DOPE: BTS Malay Fanfic Writing Contest 2015 (LATEST UPDATE: READ CHAPTER 34)
Description
d o p e
BTS MALAY FANFIC WRITING CONTEST
02 november 2015 - tidak menerima entry!
pengenalan
Selamat datang ke 'DOPE: BTS Malay Fanfic Writing Contest 2015! Serlahkan daya kreativiti anda sebagai penulis di sini dan menangi hadiah-hadiah utama yang bakal diumumkan kelak. Sila baca syarat-syarat penyertaan dengan teliti sebelum anda membuat keputusan untuk menyertai pertandingan ini. Sila scroll down untuk membaca syarat-syarat yang ditetapkan. Selamat berkarya dan semoga berjaya, A.R.M.Y.!
prompts
PRIZES
syarat-syarat penyertaan
Anda perlu subscribe & upvote contest ini. Ini bukan satu pilihan, tetapi satu kemestian.
Anda dikehendaki membuat satu blog post yang menyatakan yang anda telah menyertai contest ini. Sertakan bersama clickable link dan contest banner di dalam blog post anda.
Sertakan juga ayat ini dan contest banner di description/foreword karya anda: ‘Khas untuk Dope: BTS Malay Fanfic Writing Contest 2015.’ Klik saya untuk dapatkan banner link.
Karya anda perlulah berstatus one-shot/two shots dan ditulis menggunakan Bahasa Melayu. Karya yang mempunyai lebih dari dua bab tidak akan diterima. Jumlah keseluruhan bilangan perkataan bagi karya anda mestilah melebihi 1500 patah perkataan.
Anda tidak dibenarkan untuk ‘mengitar semula’ karya anda yang lepas untuk contest ini. ‘Published date’ bagi karya anda mestilah bermula dari 20 Oktober 2015 dan selanjutnya.
Anda diwajibkan menggunakan mana-mana BTS members sebagai watak-watak utama karya anda. Anda dibenarkan menulis karya yang bertemakan /bromance atau straight romance. Contohnya BTS member feat. BTS member atau BTS member feat. Girl OC/Boy OC.
Karya yang bertemakan /mpreg adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk menyertai contest ini.
Pastikan karya anda berstatus 'completed' sebelum tarikh tutup. Karya yang gagal dilengkapkan selepas tarikh tutup secara automatik akan hilang kelayakan untuk bertanding.
Tarikh tutup penyertaan akan diumumkan seminggu lebih awal dari tarikh tutup sebenar. Buat masa sekarang, tarikh tutup penyertaan masih belum ditetapkan lagi.
Senarai hadiah dan prompt akan diumumkan di bab yang seterusnya. Sebarang bantahan, kritikan mahupun pandangan yang bersifat penghinaan terhadap karya/pemenang yang diumumkan adalah sangat tidak digalakkan. Dalam erti kata lain, sila bersikap positif dan optimis sepanjang contest ini berlangsung.
Setiap penulis hanya dibenarkan untuk menghantar SATU penyertaan sahaja.
Sebarang soalan mahupun pandangan, sila tinggalkan komen di ruangan komen atau PM admin contest ini dengan segera.
Kata laluannya adalah SUGAHOPE.
NOtis penting!
- Sila tinggalkan komen setelah anda menghantar entry form anda. Penyertaan anda tidak akan diterima sekiranya anda gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.
Comments