Perintah Kuarantin

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

Awam berarak cantik, menghiasi ruang langit. Indah berbanding semalam yang mendung. Pohon di tepi jalan berwarna perang, mewarnai warna sebenar musim luruh. Angin bertiup halus, tidak terlalu sejuk, tidak terlalu kencang. Dedaun jatuh lembut ke tanah, tanpa sebarang paksaan.

“Hari ni hari rabu. Rabu yang berdarah”

Suara itu dihiasi dengan satu senyuman.

                                                                        …

Leeteuk semakin resah dan menekan laju setiap kandungan dalam fail yang dinamakan ‘Rabu Yang Berdarah’ itu. Leeteuk menarik kolar Jin, mengangkat pelajar itu.

“Terangkan pada aku, apa maksud rabu yang berdarah ni?” bentaknya dengan suara meninggi.

“Virus D&E. satu virus yang akan dilancarkan hari ni. Target sasaran ialah sekolah ni, pelajar sekolah ni” jelas Jin agak tersangkut-sangkut sambil menyeka air matanya.

“Virus apa tu? Bukan bom?” soal Leeteuk pula. Segera dicapai sebuah kerusi dalam bilik separuh kelam itu dan diletakkan laptop di atas kerusi tersebut. “Terangkan pada aku” dia menggesa.

“Virus tu menyerang sel darah manusia, ia boleh merebak melalui darah dan luka. Saya tak pasti apa sebenarnya jenis virus ni, tapi kalau ia menyerang sel darah maknanya ia berbahaya. Ia boleh menyebabkan kematian” tambah Jin. Beberapa gambar dalam fail itu dibuka tekan, suapaya Leeteuk dapat melihat jelas.

“Macam mana kau tahu ia menyasarkan pelajar sekolah ni?”

Jin membuka lagi satu folder yang penuh dengan senarai nama pelajar sekolah tersebut. “Ada sesuatu di sekolah ni yang ingin digunakan sebagai umpan. Aku tak pasti apa dia atau siapa dia, tapi umpan tersebut pasti ada kaitan dengan virus tu”

“Anak Menteri” balas Leeteuk selepas berfikir sejenak. “Dalam sekolah ada beberapa pelajar yang merupakan anak menteri kabinet Korea. Mungkin virus ni merupakan satu ugutan. Aku dah agak. Sasaran mereka yang sebenar ialah presiden Korea”

“Menteri? Presiden?” soal Jin kabur, tidak memahami apa yang cuba Leeteuk sampaikan.

“Aku tak boleh jelaskan kepada kau, ia sulit” tegas Leeteuk seraya menutup laptop itu semula. “Aku perlu hubungi unit kecemasan. Tempat ini perlu dikuarantinkan”

Jin menggigit bibir lalu menerpa Leeteuk. “Aku dah buat apa yang kau suruh! Aku dah jadi kuli kau! Kenapa aku tak boleh tahu tentang apa yang berlaku!” bentak Jin marah, mengenggam kasar kolar baju lelaki yang lebih berusia daripadanya itu.

“Kau tahu kan siapa aku. Kau kena percayakan aku. Ini tugas aku”

Kata-kata Leeteuk mendiamkan Jin, lalu tangannya dilepaskan.

“Baik kau selamatkan diri sebelum kau juga menjadi mangsa virus tu” ujar Leeteuk, menunduk, mengeluarkan pistol yang diikat pada kakinya. Peluru pistol itu diperiksa berulang kali sebelum ia disimpan ke dalam poket. Leeteuk lalu mencabut buang tali lehernya.

“Macam mana virus tu akan disebarkan?”

“Aku tak tahu” jawab Jin lemah.

“Aku akan periksa persekitaran sekolah. Kalau kau boleh lari keluar, sebaiknya kau keluar dari kawasan ni sebelum polis datang dan kuarantinkan tempat ni”

Jin mengangguk laju. “Tolong selamatkan pelajar sekolah ni. Hentikan virus tu”

“Jangan risau. Aku dah dapat agak siapa dalang di sebalik semua ni. Aku nak kau hantar fail tu kepada alamat emel aku. Ia akan disambungkan dengan unit perisikan dan kecemasan Seoul”

                                                                        …

 Ruang dalam makmal tenang di sebalik kekecohan yang berlaku di Blok A. Lee Eunhyuk duduk termenung di meja utama, tersenyum lebar.

“Akhirnya dunia ini kita akan kuasai bersama. Aku, kau dan J. Kita akan tunjukkan kepada mereka, siapa kita, dan betapa menyesalnya mereka pernah membuang kita dulu. Aku akan membuat mereka menyesal”

Kata-kata Eunhyuk disambut dengan hilaitawanya sendiri.

                                                                        …

Leeteuk berlari ke blok B, terus ke aras bawah di mana Leeteuk menduga dalang virus tersebut berada dalam makmal kimia. Langkah Leeteuk terhenti di depan tangga apabila melihat kekecohan di bangunan sebelah di aras dua. Lantas Leeteuk berlari menaiki tangga ke Blok B pula.

“Cikgu” seseorang memegang paut kakinya. Leeteuk terperanjat dengan mulut pelajar tersebut yang berdarah. Tangan pelajar tersebut menggigil. Matanya merah.

“Kenapa ni? Siapa buat ni pada kamu?” Leeteuk menunduk rendah, mendekati pelajar yang tidak diingat nama itu.

“Tolong saya” suara pelajar itu ketar. Jarinya mencengkam kuat fabrik seluar Leeteuk. Darah memenuhi ruang mulutnya. “Tolong…”

Leeteuk lantas mengundur beberapa langkah, menarik kasar, melepaskan kakinya dari genggaman apabila pelajar tersebut terbatuk-batuk dan menyemburkan darah.

“Virus tu” Leeteuk lantas berlari ke dewan makan utama dan riak lelaki dewasa itu sangat terkejut.

Ruang makan tersebut dipenuhi darah dan suara garau pelajar. Darah berada di merata tempat, meleleh di atas meja, kerusi dan lantai. Beberapa orang pelajar terbaring berguling atas lantai yang dibasahi darah, mengerang kesakitan. Mulut mereka mengeluarkan darah. Mata mereka merah dan wajah mereka pucat.

Leeteuk mengeluarkan telefon bimbit dan mendail laju satu nombor kecemasan.

“Kod 1004. Kecemasan” suara Leeteuk lemah, seperti tidak percaya apa yang berlaku depan matanya.

“Kecemasan! Sila hantar unit kecemasan ke Sekolah Tinggi Kyeonggi. Keluarkan perintah kuarantin bangunan Blok A” suara Leeteuk kembali meninggi sambil berlari menuruni tangga ke blok B lalu menambah “ dan Blok B sekali.”

Lelaki itu memandang makmal kimia yang berada di depan mata. Sebaik menyimpan telefon pintarnya, Leeteuk mengeluarkan pistol tangannya.

“Aku tahu ni mesti angkara kau, Lee Eunhyuk”

Genggaman pistol dikuatkan, dan Leeteuk bergerak ke tepi pintu makmal, bersiap sedia untuk menyerang.

                                                                        …

Jin pantas bangkit, dan berlari ke Blok B aras tiga. Sedang dia berlari, sempat dia mengerling lihat keadaan kecoh di aras dua Blok A. Namun langkahnya tidak terhenti.

“Irene!”

“Irene!” jerit Jin memanggil sambil menerjah masuk ke dalam kelas tahun tiga itu. Beberapa orang pelajar dalam kelas memandangnya bersahaja. Mereka masih tidak menyedari akan kekecohan yang berlaku di blok sebelah.

“Yah, aku ingat kau tak datang sekolah hari ni” tegur salah seorang rakan kelasnya. Perhatian pelajar itu yang leka mengadap telefon bimbit diganggu dengan kehadiran Jin.

“Irene mana?” soal Jin. Dia mendapati Irene tiada di tempat duduknya, mahupun di dalam kelas itu.

“Dia tak sihat. Di bilik kesihatan mungkin” jawab seorang pelajar perempuan, juga rakan sekelas Irene dan Jin.

“Kenapa muka kau pucat semacam? Macam kena kejar hantu” rakannya tadi mencuit pipi lelaki itu. Lantas Jin menepis kasar.

“Tinggalkan kawasan sekolah ni kalau kau nak selamat” ujar Jin, memandang tepat anak mata kawannya itu. Peluh di dahinya masih tidak kering. Anak rambutnya juga basah. Jin bergerak ke belakang kelas, dan mencapai batang penyapu.

“Apa hal dengan dia tu?” masing-masing merasa aneh dengan kelakuan Jin.

Jin memegang kuat batang penyapu tersebut, lalu keluar dari kawasan kelas. Matanya melilau mencari sesuatu yang biasanya terdapat di luar kelas di tepi dinding.

“Yah, apa kau nak buat tu?” dua tiga orang rakan Jin mengikuti gerak lelaki itu. Bimbang pula jika lelaki itu cuba mencederakan sesiapa dengan penyapu yang dipegang.

Jin berdiri di hadapan sebuah kotak kecil.

‘Amaran, pecahkan jika berlaku kecemasan’

Tanpa berfikir panjang, Jin menghentak hujung batang penyapu yang dipegang pada kotak kaca itu.

Krrrrrrrrrriiiiiiiiiingggggggggggg

                                                                        …

“Hok Hok Hok”

Tersedak Jimin apabila terdengar bunyi loceng yang kuat. Taehyung segera mengipas asap putih di udara, menghilangkan jejak.

“Yah, cepatnya masa rehat tamat!” bentak Jimin. Dia turut melakukan perkara yang sama seperti Taehyung. Sungjae pula segera mencampak putting rokok ke dalam mangkuk tandas lalu menekan butang ‘flash’.

“Apa ni, aku tak sempat pergi makan lagi” rungut Taehyung sebaik mencampak buang puting rokoknya, lalu bergerak keluar dari ruang tandas yang sempit itu.

“Dah, jom-jom ke kantin. Cari roti ke apa ke. Aku lapar juga ni” Sungjae meninggalkan Jimin sendirian, menghabiskan sisa nikmat sedutan asap yang terakhir.

“Aish, lama sangat ke kita hisap rokok tadi sampai masa rehat dah tamat” tambah Jimin, mengikuti jejak Sungjae. Sempat dia membasuh tangannya di sinki sebelum bergerak keluar.

“Diam sikit cakap tu. Habis kita kalau cikgu dengar” tegur Taehyung, selamba meletakkan tangan dalam poket seluar sambil menunggu Jimin di balkoni bersama Sungjae.

Beberapa orang pelajar yang berlari ke menuruni tangga, kemudian menarik perhatian mereka. Lalu mereka mula berasa aneh dengan bunyi loceng yang masih tidak berhenti.

“Kenapa ni? Ada kebakaran ke?” soal Jimin, riaknya kerisauan.

“Yah” Sungjae menahan seorang pelajar lelaki yang sedang berlari. Hampir tersungkur lelaki itu, terkejut apabila tiba-tiba Sungjae menarik tali lehernya.

“Apa kau nak?!” bentak pelajar lelaki itu.

“Apa yang terjadi? Kenapa semua orang berlari?” soal Sungjae.

“Ada kebakaran ke?” Jimin menambah.

“Haish” pelajar itu menepis tangan Sungjae. “Bukan kebakaran. Ada virus. Virus. Pergi tengok di kantin. Semua orang muntah darah.”

“Virus?!” ketiga-tiga Jimin, Taehyung dan Sungjae terkejut. Sere

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD