Warna Senja

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

018 Warna Senja

Wain merah yang diisi dalam gelas kaca mewah digoncang lembut. Nikmat rasa wain itu hilang dan Jung Ryu Won tidak tahu apa yang patut disalahkan, tekaknya yang tidak menikmati wain itu atau wain itu sendiri yang tidak lagi sedap.

“Jae, apa yang kamu lakukan sekarang?”

Tuan presiden yang duduk di atas sofa mendongak pandang Jung Ryu Won yang berdiri di tepi tingkap.

“Jae adalah anak lelaki kamu?” soal presiden itu.

Jung Ryu Won mengangguk. “Dia dah dah banyak tersiksa. Bila dia beritahu aku rancangannya untuk sebarkan virus tu, aku takut dia akan gagal”

“Kau patut halang dia. Aku tahu Jung Ryu Won yang sebenarnya takkan kejam untuk membuat rancangan ganas virus tu” nada presiden mendatar.

“Masa tu, pandangan mata dia memang tekad. Dia betul-betul nak balas dendam pada Park Seon Ho”

Tuan presiden menunduk apabila nama Park Seon Ho disebut. “Ryu Won, kau kena hentikan anak kau”

“Dah terlambat” ujar Jung Ryu Won seraya melepaskan gelas wain yang dipegang tadi. Gelas jatuh berkecai atas lantai, dan beberapa sisa wain mengalir seperti darah.

                                                            …

Taeyeon merapatkan kedua-dua tangannya, melekapkan jari-jemari rapat. Matanya ditutup rapat. Dalam kekecohan para wartawan dan masyarakat yang berkumpul di luar perkarangan kediaman presdien Korea Selatan itu, Kim Taeyeon menumpukan perhatian, senyap mengucapkan kata semangat.

“Taehyung, kakak tahu kamu kuat. Kamu pasti boleh atasi masalah kamu. Tolong jaga diri kamu”

Taeyeon lalu membuka mata, dan memandang bangunan yang tersergam indah di sebalik pagar besi yang menghalang kemasukan para wartawan dan orang luar di depannya.

“Detektif Baekhyun. Tolong selamatkan adik saya”

                                                            …

Cho Kyuhyun mendongak pandang ke atas. Awan bergerak mewujudkan corak yang unik di kaki langit. Warna perang jingga memenuhi ruang langit, dan sesiapa yang melihatnya tahu bahawa malam akan tiba nanti.

“Dr Cho, semuanya tak akan apa-apa?” seorang jururawat datang mendekati doktor muda itu. Jururawat itu dapat membaca riak wajah Kyuhyun dan tahu apa yang bermain dalam fikiran doctor itu.

“Saya risau” balas Kyuhyun ringkas.

Jururawat Im kemudian turut mendongak sama, memahami perasaan Kyuhyun. “Kita kena bersedia. Pihak polis sedang jalankan tugas mereka, dan kita juga perlu…”

“Kalau zombie tu keluar, saya bimbang kita semua tak mampu tangani mereka” celah Kyuhyun, memberi pandangan serius kepada jururawat di sebelahnya itu.

“Awak tahu kan, kalau malam, virus tu akan jadi lebih aktif dan mereka boleh menyerang kita. Sekarang dah lebih jam 6 petang. Malam akan tiba kurang dari sejam. Matahari akan terbenam dan mereka akan bangkit”

Jururawat Im tidak berani meningkah, hanya mengangguk.

                                                                        …

Taehyung menarik nafas yang dalam dan perlahan-lahan melepaskannya berserta satu keluhan. Pelajar itu cuba menenangkan dirinya semula.

“Sungjae, aku tak kira siapa pun kau” Taehyung tekad.

Joy segera berpaling, mendepakan tangannya di hadapan Sungjae, melindungi lelaki itu. “Jangan!” teriaknya.

“Joy” Sungjae terkejut dengan tindakan gadis itu yang cuba melindunginya daripada Taehyung.

“Joy, ke tepi!” Taehyung memberi amaran.

“Jangan! Sungjae kan kawan kau! Takkan kau nak tembak kawan kau?!”

“Dia bukan kawan aku kalau dia yang buat semua ni. Kawan kelas kita jadi zombie sebab dia. Cikgu Leeteuk mati sebab dia! Ramai lagi yang mati sebab dia! Sungjae kawan aku ni dah jadi pembunuh!” Taehyung menjerit balas.

“Dan kau pun nak jadi pembunuh macam dia juga?!”

Taehyung terdiam.

Dalam pada itu, Jimin mencapai senjata milik Eunhyuk yang diambil secara senyap-senyap tadi. Anak muda itu berkira-kira dan mengambil masa sebelum mencapai keluarkan pistol tersebut.

Taehyung menggeleng laju. “Setidaknya, aku cuba selamatkan kau! Kenapa kau perlu lindungi dia? Dia pergunakan kau!”

Air mata Joy mengalir lagi. “Aku dah sayangkan dia”

Sungjae hanya tersenyum. Dia tak tahu samada pengakuan Joy itu yang membuatkannya gembira ataupun kelakuan Taehyung yang semakin teragak-agak.

“Tapi aku tak pernah sayangkan kau” ujar Sungjae, menolak Joy ke tepi. Tangannya mencapai tali yang dari tadi sudah tergantung di belakangnya, berjuntai jatuh dari atas helicopter.

“J dah bertindak!” lapor Heechul. Keadaan tegang diperhatikan dari tempatnya di dalam badan helikopter yang terbang di atas bumbung tersebut..

“Sungjae!” jerit Jimin sambil mengacukan pistol milik Eunhyuk yang diambil tadi. Hujung pistol diacu hala kepada Sungjae.

“Jimin, kau!” langkah Sungjae yang memanjat tangga tali itu terhenti.

“Yah Yook Sungjae!” Taehyung memejam mata sambil menekan tarik picu pistol.

“Sekarang!” arah Shin Dong, matanya tidak berkelip memerhatikan pergerakan Sungjae melalui skrin monitor.

Bang!

                                                            …

Baekhyun berasa sesak nafas secara tiba-tiba. Seperti sesuatu yang datang menerjahnya. Badannya terasa kosong umpama kehilangan jiwa.  Inspector Choi memberi pandangan tegas, seolah memberi amaran kepada detektif itu agar jangan timbulkan sebarang masalah. Baekhyun menyandarkan belakang badan pada dinding.

“Kau ok?” seorang detektif merendahkan suara, bertanya.

Baekhyun hanya mengangguk. Tidak semena-mena badannya berpeluh. Nalurinya dapat menangkap sesuatu. Perkara buruk.

                                                            …

“Ahh!!” Joy menjerit ketakutan sebaik mendengar bunyi tembakan itu.

Taehyung membuka mata, tangannya langsung mengigil. Bunyi tembakan itu, terasa dekat dengan dirinya. Taehyung melihat Jimin yang juga dengan pistol di tangannya, jatuh terduduk di atas lantai.

“Jimin, kau ke.. kau..” Taehyung mengalihkan pandangan melihat Sungjae jatuh dari tali tangga yang dipanjat.

“Sungjae!” jeritan Joy memenuhi ruang atas bumbung bangunan itu.

Jimin mencampakkan pistol yang dipegang tadi. “Aku…” pelajar itu memandang tangannya yang ketar.

“Jimin” Taehyung berlari mendapatkan Jimin yang terduduk di atas lantai. “Kau tembak…kau tembak Sungjae?”

Jimin menggeleng sambil mendongak pandang Taehyung yang berdiri. “Aku tak tembak dia’ nafi Jimin.

“Jangan bergerak!”

Taehyung terperanjat apabila satu hujung pistol terasa dekat pada kepalanya. “Bukan kamu berdua yang lepaskan tembakan tu” ujar Kim Heechul, merampas pistol pada tangan Taehyung dan menendang jauh pistol milik Eunhyuk yang dipegang Jimin tadi.

“Tuan, saya perlukan bantuan segera. Bantuan kecemasan segera. Dua orang pelajar lelaki ni berada dalam kawalan saya” lapor Heechul, namun alat komunikasinya rosak, langsung tidak dapat disambungkan sebaik dia mendarat turun atas bangunan tersebut. Sistem komunikasi kawasan tersebut masih belum dibaik pulih.

“Ketua Shin. Ketua Shin” Kim Heechul cuba memanggil Shin Dong dalam talian tapi gagal.

“Saya dah jumpa anti-virus tu” ujar Taehyung, tidak berani menoleh belakang.

“Di mana kamu jumpa? Macam mana kamu yakin ia adalah anti-virus yang sebenar?” soal Kim Heechul mendapatkan kepastian.

“Cikgu Donghae yang jumpa di makmal kimia. Dia nampak di mana cikgu Eunhyuk sorokkannya” balas Taehyung jujur.

“Kau.. macam mana Baekhyun tahu yang kau ada anti-virus tu?”

Taehyung kecur liur. “Kami berkomunikasi melalui walkie talkie yang saya jumpa.  Walkie talkie milik Cikgu Leeteuk. Saya dah tahu yang Cikgu Leeteuk adalah polis juga, tapi dia dah mati. Mayatnya ada dalam makmal. Masa saya jumpa, dia memang dah mati. Cikgu Donghae nampak Sungjae yang tembak dia”

“Sasaran mengenai tepat” lapor penembak khas yang berada di sebelah Yang Hyo Seung. Inspektor itu mengangguk. “Ketua Shin, rasanya talian Kim Heechul tidak disambungkan. Sediakan sebuah helikopter untuk saya ke sana bersama unit perubatan.”

Shin Dong mengangguk. Kamera yang dipasang pada topi keselamatan Kim Heechul tidak lagi dapat berfungi namun sebuah lagi kamera yang dipasang pada badan helikopter telah berjaya merakam detik-detik tadi.

“Kim Jun Myeon, arahkan Dr Cho dan unit perubatan bersedia. Anti-virus ada di atas sana dan hantar juga pasukan keselamatan untuk kawal keadaan. Hari semakin gelap”

“Baik Tuan!” sahut pegawai Kim seraya berlari meninggalkan Shin Dong yang masih berada di dalam trak sistem kawalan polis itu.

“Pegawai Choi, sekarang” arahnya pula, ditujukan kepada unit pasukan yang berada di dalam rumah tuan presiden.

Choi Siwon mengangguk sebaik mendengar isyarat masuk dari Shin Dong. Jarinya membuat i

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD