Nama Yang Tertulis

Darah dan Emosi
Please Subscribe to read the full chapter

Kakinya melangkah besar. Laju berlari. Jam tangan yang dipakai di tangan kiri kerap kali diperhatikan. Rambutnya yang disikat rapi tadi kini ditiup angin kuat. Semburan minyak wangi juga sudah hilang baunya. Kaki seluarnya juga disinggahi lecak air salji yang mencair semalam. Dingin musim salju itu tidak lagi dirasakan.

Sampai sahaja di depan sebuah bangunan, larian Baekhyun terhenti serta merta. Anak muda itu menstabilkan nafas dan membetulkan baju kotnya. Sempat juga dia menyisir kemaskan rambut menggunakan jarinya. Selang beberapa saat, Baekhyun melangkah masuk ke dalam bangunan balai polis utama Seoul itu.

“Ahhh!” Baekhyun jatuh tersungkur ke lantai apabila kakinya tersadung sesuatu. Lantas anak muda itu mendongak gerangan sesuatu yang menghalang jalannya itu.

“Selamat pagi” ucap gerangan itu dengan senyuman sinis terukir di bibirnya. Baekhyun memandang kaki lelaki itu yang kelihatan sengaja melekehkan dia tadi.

“Awak ok?” belum sempat Baekhyun bangun, seseorang menghulurkan tangan, cuba untuk menolong lelaki itu. Baekhyun pana seketika, memandang gadis cantik yang berada di depannya. Tangan gadis itu lalu disambut.

“Sandara Park” gadis itu memperkenalkan diri sambil membantu Baekhyun bangun berdiri. Anak muda itu lantas menyapu habuk yang terlekat pada lutut seluarnya.

“Byun Baekhyun” balas Baekhyun. Matanya masih terlekat pada kecantikan Sandara.

“Sudah berkenalan?” lelaki yang berdiri di depan pintu itu tadi bersuara. Lantas dia mencampakkan dua buah lencana kepada dua orang anak muda itu. Baekhyun dan Sandara menyambut cekap.

“Aku paling tak suka orang lambat dan lembap” perli Kim Heechul lalu beredar ke meja tugasnya, meninggalkan Baekhyun yang terpinga-pinga.

“Majlis penyerahan kumpulan tu dah berakhir. Itu Kim Heechul, ketua kumpulan kita” ujar Sandara menjelaskan. Suaranya diperlahankan agar tidak didengari Heechul. Dia dapat membaca riak wajah Baekhyun yang ‘hilang’.

“Kita?” nada Baekhyun bertanya agak rendah.

“Ya, kita satu kumpulan. Seriously, kalau saya jadi awak, saya dah cuak sebab lambat pada hari pertama bekerja. Apa-apa pun, selamat berkenalan dan semoga kita dapat jadi ahli kumpulan yang mantap” tambah Sandara sambil menepuk bahu lelaki itu.

Baekhyun menunduk pandang lencana polis yang diserahkan oleh Kim Heechul tadi. Lencana yang masih berkilat itu seolah memberi harapan baru dalam hidupnya. Baekhyun tersenyum. Semua hasil kerja kerasnya di akademi polis seolah ditukarkan menjadi lencana identiti polis itu.

Sandara lalu beredar menuruti langkah ketua kumpulannya, untuk mengetahui meja tugasnya yang baru.

“Eh, apa nama awak tadi? Sanda? Sara Park?” Baekhyun mengejar langkah rakan setugasnya yang baru itu.

“Sandara Park!”

“Pastikan kau kenal ahli kumpulan kau betul-betul. Kita akan tersangkut di dalam kumpulan yang sama untuk beberapa tahun. Aku cakap awal-awal, aku paling tak sukakan kesilapan remeh. Kalau kau ingat polis ini kerjanya hanya tangkap orang jahat, baik kau berhenti awal-awal. Aku nak kotminmen yang penuh. Faham!” suara Kim Heechul agak tegas dan lantang, menasihati dan dalam masa yang sama, memberi arahan.

Baekhyun kecur air liur, diam mengangguk.

“Faham tuan!” sahut Sandara penuh semangat. Dia berdiri tegak dengan menyilang tangan di belakang badan. Baekhyun turut dapat rasakan semangat kental gadis itu. Secara tiba-tiba Baekhyun dapat rasakan saingan daripada gadis itu dan entah kenapa Baekhyun dengan yakinnya meneka gadis itu pastinya akan menjadis seorang anggota polis yang berkaliber.

“Fa faham tuan” Baekhyun meniru lagak Sandara. Kemudian gadis itu mengerling Baekhyun yang berdiri di sebelahnya. Dia tersenyum manis.

                                                                        …

Nafas Heechul berdengus kasar. Matanya menjeling tajam ke arah suspek yang berada di hadapannya. Tidak semena-mena Kim Heechul teringat kali pertama dia berjumpa dengan suspek itu yang merupakan anggota polis yang diletakkan bawah kumpulannya. Dia mengagumi semangat gadis yang sentiasa menunjukkan kerjasama yang baik bersama Baekhyun. Tidak pernah sekali pun Kim Heechul akan menduga yang gadis itu sedang merancang sebuah keganasan.

“Sandara Park” berat hati Kim Heechul menyebut nama suspek itu. “Cakap. Siapa dalang di sebalik semua ni?”

Sandara Park kekal diam. Dia menggunakan haknya untuk mendiamkan diri dengan sebaiknya. Lidahnya sengaja dibekukan.

“Cakap!” tengking Kim Heechul sambil menghentak meja. Gadis itu agak terperanjat namun itu semua sudah biasa dalam dirinya. Sandara masih enggan bersuara.

“Sediakan renjatan elektrik” Kim Heechul memberi arahan. Kim Minseok yang berada di sebelah ketua kumpulan itu tidak berani meningkah, hanya mengangguk. Dia lalu menekan ‘on’ sebuah mesin renjatan eletrik yang berada di tepi meja. Wayar-wayarnya sudahpun disambung di hujung jari suspek.

“50 watt”

Kim Minseok menekan, menurut arahan. Sebaik butang ditekan, Sandara menggelupur sakit. Elektrik yang mengalir masuk menekan sakit sel dalam badannya. Badan gadis itu bergetar menahan sakit di tempat duduknya.

“Cakap!” tegas ketua kumpulan itu. Min Seok lalu menekan henti aliran elektrik yang dipasang. Sandara tercungap-cungap mencari udara, tangannya masih menggigil sakit. Namun masih berdegil untuk mendiamkan diri.

“Beritahu aku, siapa dalang yang beri arahan kepada kau?!”

Sandara diam tidak membalas.

“60 watt”

Sekali lagi butang ditekan, dan Kim Minseok menekan jumlah tenaga elektrik yang dikenakan. Sekali lagi Sandara menggelupur direnjat elektrik. Bibirnya diketap kuat, menahan sakit.

“Ahhhh!” jerit Sandara Park, tidak tertahan sakit. Lantas Min Seok menekan butang henti.

“Siapa Lee Eunhyuk? Apa kaitan dia dengan kau dan Jung Ryu Won?” soal Heechul. Sandara mendongak pandang ketua kumpulan itu dengan pandangan sinis. Rambutnya serabut dan wajahnya pucat. Bibirnya berdarah dan matanya merah.

“Aku tak akan beritahu apa-apa. Baik bunuh je aku. Aku rela mati reput dalam penjara, daripada mengkhianati Jung Ryu Won” Sandara Park bersuara, lemah. Suaranya juga ketar.

“120 watt”

Kim Minseok agar terkejut, memandang Kim Heechul. “Tuan Kim, itu terlalu tinggi, ia akan membahayakan suspek” tingkahnya masih berfikiran waras.

Kim Heechul mengenggam erat buku limanya. Pandangannya masih tidak beralih. “120 watt” dia mengulang.

Kim Minseok tiada pilihan lain selain menuruti. Butang 120 ditekan dan jumlah tenaga elektrik disambungkan.

“Ahhhhh!!” Sandara terus menjerit sambil mendongak. Lehernya menegang. Badannya menggelupur di atas kerusi.

“Henti” arah Kim Heechul, tidak sanggup melihat gadis itu terus kesakitan. Namun dia tetap akan menjalankan tugasnya. Sandara yang berada depannya bukan lagi anak buahnya tapi merupakan suspek utama. Kim Heechul meraup mukanya. Buntu

“J”

“Apa dia?” soal Min Seok, dapat menangkap satu butiran perkataan keluar dari mulut gadis yang sudah lembik itu.

“J” Sandara mengulang.

“J? siapa J?” soal Heechul pula.

“Ini semua idea J. Aku dan Eunhyuk buat semua ini atas hutang budi baiknya. J dan Jung Ryu Won yang selamatkan aku dulu.”

“Ini siapa yang bernama J ni?” Heechul dan Min Seok semakin mendekati gadis itu.

Sandara yang tadi tertunduk, mengangkat muka. Di sebalik rambutnya yang serabai dan menutupi separuh wajahnya, gadis itu tersenyum.

“J ialah ketua kami. Dia yang wujudkan ‘Rabu yang Berdarah’. Dia adalah salah seorang pelajar sekolah tu”

                                                                        …

“Baekhyun!”

Pantas Baekhyun menekan pedal brek kereta dengan kuat, mencengkam tayar agar tidak terus meluncur laju. Baekhyun menarik nafas lega apabila keretanya berjaya diberhentikan betul-betul depan tubuh badan Park Chanyeol.

“Kau gila ke?!” Baekhyun memarahi lelaki itu.

Park Chanyeol mengendahkan amarah rakan setugasnya yang khas itu. Pintu kereta di sebelah penumpang lalu dibuka dan lelaki itu menyelesakan diri di sebelah Baekhyun.

“Bawa aku ke Sekolah Kyeonggi sekarang” arah Chanyeol sambil melilit tali pinggang keselamatan.

“Aku nak jumpa Ketua Kim. Dia ada di dalam? Bagaimana dengan Sandara?” soal Baekhyun, masih tidak mengerakkan kenderaannya.

“Ketua Kim ada di dalam. Sekarang kita kena pergi ke sekolah dengan cepat. Ketua Shin dah beri arahan untuk bebaskan pelajar dan kakitangan yang dikuarantinkan. Kita kena halang  mereka dengan cepat. Talian komunikasi di sana masih tidak dapat dicapai jadi Ketua Shin mahupun Jun Myeon tidak dapat dihubungi. Kita yang harus ke sana” jelas Chanyeol lalu membuat isyarat agar Baekhyun tidak lagi membuang lebih banyak masa.

Baekhyun menelan padam hasratnya tadi untuk mencari sebuah walkie talkie di dalam balai. Malah dia ingin beritahu kepada Kim Heechul tentang adik Taeyeon yang menghubunginya tadi. Rancangannya gagal.

“Sandara maklumkan bahawa ketua rancangan keganasan ini ialah J. Eunhyuk dan Sandara merupakan anak angkat Jung Ryu Won dan mereka membantu J untuk membalas dendam bagi pihak Jung Ryu Won. J adalah salah seorang pelajar sekolah tu” ujar Chanyeol menjelaskan lalu membuka belek senarai nama pelajar itu.

“J? huruf J dalam bahasa Inggeris? Atau dalam bahasa korea? Ji eut?” soal Baekhyun sambil kakinya menekan pedal minyak. Tangannya pula cekap mengendalikan stereng.

“Aku tak pasti, tapi Ketua Kim dah suruh aku asingkan senarai nama pelajar yang mempunyai nama keluarga bermula huruf J seperti Jung, Ji, Jun, Jeon dan juga nama awal bermula dengan J. Kau patut tengok wajah rakan setugas kau tadi, wajahnya bukan lagi pegawai Sandara Park yang aku kenal, tapi wajah penyenayah yang licik”

Baekhyun diam tidak membalas. Wajah ceria Sandara Park singgah di benak fikirannya buat seketika lalu terhapus apabila Baekhyun teringat kenyataan gadis itu. Segala lakonan gadis itu membuatkan Baekhyun berasa sakit hati dan dalam masa sama timbul satu penyesalan kerana gagal membawa gadis itu ke arah kebenaran.

“Sekarang dah tiada guna untuk aku terus berpura depan kau. Rahsia aku dah terbongkar.”

“Bagaimana pula dengan doktor yang ditangkap bersama tu? Ada sebarang maklumat? Dia  orang yang bertanggungjawab yang mencipta virus tu?” sengaja Baekhyun bertanya soalan lain, mengubah topik. Enggan bercakap mengenai Sandara Park.

Chanyeol mengangguk, mengiyakan. Dia juga dapat memahami apa yang dialami Baekhyun. Pasti pedih apabila dikhianati oleh rakan setugas sendiri, orang yang paling dipercayai. “Ada sesuatu yang menganggu fikiran aku. Ketua Kim pun masih belum dapat merungkaikan. Doktor gila tu cakap yang dia ada buat anti-virus tapi ia ada pada emosi”

“Emosi? Maksud kau?”

Kini Chanyeol menggeleng pula. “Aku tak tahu. Aku pun tak faham apa yang dimaksudkan dengan anti virus tu disembunyikan oleh emosi. Aku dah puas paksa doktor itu untuk luahkan, tapi

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
tenmachan
Mampukah Taehyung melaksanakannya?

Comments

You must be logged in to comment
sunshine234 #1
Chapter 20: Let's me say it in one word. Amazing. I'm glad I'm reading your fanfic to be honest. I'm so in love with the plot, characters , and the twist. Although yeah it lucky that they still alive, if it was me, I might kill everyone hahahaha *evil laugh* anyway thank you for spending time writing this amazing fanfic. And it must be difficult for you but yeah you managed to end this amazing story. I wish it will turn out to be a real movie cause heck for sure I will watch it.
Park_Rafa88
#2
Akhirnya! Completed! ^^ Tahniah! Saya suka akan ending nya macam tengok drama gitu~ Tapi kenapa Baekhyun tak maam lead pun LoL~ Tak apa saya lagi suka baca cerita yg macam tak ada lead dan saya suka ff awak dari ff kerana cinta sampailah yg ni sangat daebak! Tahniah lagi sekali dan hope awak tak berhenti tulis ff genre macam ni sebab awak je satu-satunya author yg boleh ff sejjang ini~ Hehehe hope jumpa awak di ff yg lain~ *Komen pepanjang pula >< *
Netflixandchillrp
#3
WOAHHHHHHHHHHHHHHHH ITS GOOD
Mila_xiumin #4
Chapter 13: Author nim , palli , huhuu . Sambungkan chapter. Tk sabar nk tngk apa jadii lepas ni . huhu
aty_izzaty
#5
Chapter 12: Chapter 12: Sungjae? Huh? Joy? So, sungjae pura-pura rpt dgn joy sbb rncgn virus ni? Haha. Mati-mati fikir J tu Jimin...
tyhah_nad #6
Chapter 12: WHATTTTTTT ????!!!!! Sungjae omg..
aathirah28 #7
Chapter 11: Best..update lagi ^^
5days_fin
#8
Chapter 4: wahhh... bagus ye cerita no. Buat saya trtanya siapa J tu yg sbnr ye. apa kaitan leeteuk dgn jin? J tu jin ke? curious gler xD