001 : Permulaan

PRETTY || New Dre☆m Entertainment Girls Group || Story Starting! || BACA CHAPTER 13
Please Subscribe to read the full chapter
 

001 : Permulaan

if you can DREAM it. You can DO it.

Song Eun Hee tersenyum kepada para wartawan selepas memberi keterangan berkaitan gambar teaser yang dikeluarkan di laman rasmi syarikat. Selepas semua wartawan keluar, dia mengeluh dan tiada lagi senyuman di mukanya tetapi hanya muka yang tidak puas hati.

 

"Mana mamat sengal itu? Sepatutunya dia yang menjawab semua soalan wartawan, kenapa aku pulak yang kena?" Tanya Song Eun Hee kepada Go Kyung Mi yang berada di sebelahnya. Go kyung Mi hanya berdiam sebab malas nak layan Song Eun Hee yang sedang marah kepada rakan kerja kesayangannya, Lee Hee Young yang tidak kunjung tiba di syarikat sehingga Song Eun Hee terpaksa meminta Go Kyung Mi menemaninya bertemu dengan wartawan yang telah berkumpul di hadapan bangunan syarikat sejak pagi tadi. Tiba-tiba seorang lelaki muncul dengan nafas yang tidak cukup pasti baru lepas berlari.

 

"Eun, minta maaf sebab lambat." Selepas lelaki itu kembali bernafas seperti biasa, akhirnya dia bercakap dengan begitu lembut sekali. Go Kyung Mi dengan berat hati berlalu pergi apabila Song Eun Hee mengarahkannya untuk pergi dahulu. 'Habislah kau Hee Young kena bebel dengan Eun Hee.'Desis Go Kyung Mi dengan penuh simpati terhadap rakan sekerjanya. Tetapi yang paling penting dia terlepas daripada perlu mendengar bebelan Song Eun Hee.

 

 

[All] Deo dangdanghage neon Mr. Mr. ([Hyoyeon] nal bwa)
Mr. Mr. ([Hyoyeon] geurae baro neo neo neo)
Nal gaseum ttwige han Mr. Mr. ([Sooyoung] choegoui namja)
Mr. Mr. ([Sooyoung] geuge baro neo)
[Tiffany] Sangcheoro kkaejin yurijogakdo
Byeori doeneun neo Mr. Mr. Mr. Mr.
[Jessica] Nareul bitnaejul [Sunny] seontaek badeun ja!
Geuge baro neo Mr. Mr.

 

Lagu mr. mr. yang dinyanyikan oleh Girls' Generation bergema di dalam bilik tarian 2 ini. 15 gadis menari dengan bersungguh-sungguh tetapi diantara mereka masih ada yang masih kaku dan kekok dengan tarian ini.

 

"Yah, Koeun! Kenapa salah step lagi? 7 kali kita ulang step yang sama, itu pun lupa lagi ke? Kamu tidak pernah berlatih tarian ini? Saya rasa sudah dekat seminggu kita berlatih tarian ini." Marah Jang Soo Min dengan suara yang sangat tinggi sambil matanya tajam memandang Koeun. Koeun menundukkan kepalanya dan air matanya tidak mampu lagi ditahan lagi. Tetapi air mata itu belum lagi mampu melembutkan hati batu milik guru tarian mereka.

 

"Maaf, cikgu Soo dan semua. Saya akan buat lebih baik kali ini." Kata Koeun dengan perlahan sambil mengesat air matanya. Jang Soo Min mengeluh perlahan dan hanya memandang Koeun sebelum menyuruh semua trainee duduk untuk berehat. Semua terus duduk dan ada yang memeluk Koeun dan memberi kata-kata semangat.

Please Subscribe to read the full chapter

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hihihohohaha
#1
Chapter 20: oh hai~~ jina is here!
Dadamatolover
#2
Chapter 26: woah woah- interesting sangat,
curious nak tahu, huhu
atinybuddy
#3
Chapter 20: hai author-nim~~
Sorry lama tak bukak TT
Rai disini !!
femalemonstaa #4
Chapter 20: hwaiting authornim!
Dadamatolover
#5
Chapter 20: it's okay take your time <3
yoong_dandyu
#6
Chapter 20: finally u're back ! hwaiting author!
YWDA7204 #7
Chapter 20: kami semua understand! take your time ^^