NanaxTaehyung for UUUUUUUU

All K-Idols Imagines Request || Malay Version || CLOSED

 

“Nana!” ibunya memanggil.  Nana masih lagi nyenyak tidur.

“Nana!! Taehyung datang ni!” jerit ibu Nana.

“Aish awal nak mampus dia ni” getus Nana dalam hati.

Nana terus menggapai tualanya dan terus mandi. Setelah selesai, Nana lekas turun untuk melihat Taehyung, kawan Nana sejak dia kecil. Susah atau senang Taehyunglah tempat dia mengadu. Harini Nana ada janji dengan Taehyung nak pergi ke rumah rakannya, Jimin untuk membuat study group.

Nana turun dan nampak Taehyung memakai baju warna sama sepertinya, iaitu hitam. Harap-harap Jimin takde la buat mulut sebab Jimin ni mulut murai orangnya.

“Eh serupa lah!” kata Taehyung.

“Warna je” balas Nana.

“Jom la pergi. Mama, Nana pergi dulu” kata Nana.

“Okay hati-hati” ibunya membalas.

Nana berjalan kaki bersama-sama Taehyung. Nana perasan yang Taehyung tidak berhenti memandang Nana. Nana melihat Taehyung.

“Asal tengok-tengok? Tahulah aku ni cantik” gurau Nana.

“Memang kau cantik pun.” Kata Taehyung.

“Jangan nak bodek aku lah. Aku taknak belanja kau komik lagi.” Kata Nana.

“Ish, puji pun kata bodek.” Kata Taehyung.

Nana ketawa kecil. Tiba-tiba guruh berdentum. Nana terkejut lalu memeluk badan segak Taehyung. Mereka berdua saling berpandangan. Muka Nana merah padam.  Kemudian Nana cepat-cepat melepaskan diri daripada pelukan.

Hujan mulai turun dengan lebat. Taehyung dan Nana mengambil keputusan untuk tidak pergi ke rumah Jimin. Mereka berhenti di sebuah pondok lama. Hanya mereka berdua disitu.

Nana menggigil kesejukan. Dia tidak membawa jacketnya. Tiba-tiba Taehyung memeluknya dari belakang.

“Hei!”  jerit Nana.

“Kau kan sejuk. Biar aku panaskan.” Ujar Taehyung. Nana hanya mendiamkan diri. Nana berasa berdebar tiba-tiba. Dada Taehyung bersentuh dengan belakang Nana. Nana dapat rasakan yang Taehyung juga berdebar. Nana memang sukakan Taehyung tetapi dia pendamkan sahaja perasaannya.

"Kau pernah sukakan kawan sendiri tak?" tanya Taehyung.

"Hm? Takdela pulak." balas Nana. 

"Aku sukakan kau la." getus Nana dalam hati.

Nana terdengar Taehyung mengeluh. Dia melihat Taehyung.

"Kenapa ni?" tanya Nana.

"Takdela, hujan ni bila la nak reda" balas Taehyung.

Nana hanya memandang Taehyung. Nana tidak boleh nafikan yang Taehyung sememangnya handsome. Dia suka pandang wajah Taehyung. Taehyung memandang Nana kembali. Nana terkejut dia mengalihkan pandangannya kearah lain. Mukanya merah padam. Taehyung tersenyum sinis. Dia memegang dagu Nana. Nana terkejut sekali lagi. Nana berdebar. Mata mereka saling berpandangan. Taehyung mendekati mukanya dekat Nana. Nana menutup matanya. Hidung Taehyung bersentuh dengan hidung Nana. Nana semakin berdebar kemudian Taehyung melepaskan tanganya daripada dagu Nana dan pandang semula ke arah lain. Dia tersenyum sinis.

Nana membuka sebelah matanya. Dia ternampak Taehyung tersenyum. Nana cubit paha Taehyung.

"Ouch" Taehyung mengaduh.

"Tu sebab mainkan aku" ujar Nana dengan marah. Dia berasa sungguh malu. 

"Cakap je la kau pun suka kan aku."

"Huh?" Nana sekali lagi terkejut.

"Tak payah tipu aku, aku tahu la." Nana masih tidak membalas. Nana berpaling kearah lain.

"Aku pun sukakan kau. Sejak sekolah rendah lagi." luah Taehyung. Nana memandang Taehyung. Dia membetulkan rambutnya. Pipi Taehyung merah. Dia juga malu rupanya! 

Tiba-tiba Nana menangis. Dia tidak tahu yang dia akan menangis, Nana dengan pantas lap air matanya. Taehyung memeluk Nana kembali. 

"Kau terharu ke sedih ni" tanya Taehyung.

"Terharu la" balas Nana.

Taehyung tersenyum gembira.

"Habis tu kau terharu bagai, tak nak couple ngan aku ke?" tanya Taehyung nakal. Nana hanya melihat kearah Taehyung. Entah serious ke tidak dia ni.

"Aku serious lah" Taehyung seakan memahami maksud pandangan Nana. Nana ketawa kecil. 

"Iye lah." Nana menjawab.

"Iye lah apa?" Taehyung mengusiknya lagi.

"Malaslah nak layan." 

"Hahaha. Merajuk ke baby ni?" kata Taehyung selamba. 

"Apa baby baby ni!"ujar Nana malu.

"Cakap je la malu. Kau ni comel la" kata Taehyung.

Taehyung tak habis-habis mengusik Nana sampailah hujan reda.
______________________________________________________________________________________________________________

*Bonus*

Kat rumah Nana selepas balik.

"Makcik nak kahwin dengan anak makcik!" jerit Taehyung.
______________________________________________________________________________________________________________
_______________________________________________________________________________________________________________

 

Sorry la sikit sangat T^T kekurangan idea and tengah busy td. Hihi nak request balik pun dialu-alukan :* 

and sorry baru perasan , saya simpan dalam draft story ni :'( Sorry sangat2

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
alya_yy
#1
Klau nk tuka story yg dh request hritu blh x ?
starlightkim_
#2
Chapter 24: Cam comel je hye ju..best jugak cite ni..
starlightkim_
#3
Chapter 23: Bestnya..thanks sbb buat request saya..
bigbangtanboys
#4
1.Han JooMin
2.Jeon Wonwoo
3.Comedy,Friendship,romance
4.Wonwoo seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan orang sekeliling tapi dia pelajar 'hot' kat sekolah.Pada suatu hari,JooMin si mulut murai pindah kat sekolah Wonwoo.JooMin suka kacau Wonwoo sbb sukakan Wonwoo.Ending dia suka hati author-nim...

Hehehehhe...dah cam description pulak....^o^
starlightkim_
#5
Chapter 22: Well..cerita ni pun best juga..manna author dapat idea nk buat cerita??walau apapun..teruskan usaha..
alya_yy
#6
Nk req

1. Song Rahyun
2. Chanyeol EXO
3. Romcom worklife
4. Rahyun & Chanyeol work as ___ *author choice* . Dieorg ni slalu ditugaskn bersama . Makin bnyk memori bhgia yg dicipta . Lama kelamaan mereka sedar yg mereka suka antara stu sme lain .

Happy ending .
Bngtnsvntn #7
Nk request
1)Jung Taerin
2)Mingyu(seventeen)
3)romantic comedy schoollife happy ending
4)mingyu suka gduh dgn taerin . tapi dorng x tau yg dorng ni sbnarnya rapat & suka antara satu sama lain dkt laman sosial
k-hope
#8
Chapter 20: Wow!!Daebak!!Jjinjja daebak...memang best citer awak buat ni...masa bce tu,rasa macam sye pulak jadi watak tu...*perasan*...hahahhaXD....tq..^_^
btsmylife
#9
~~NK REQ~~

Jung Yumi
Wonwoo SEVENTEEN
romantic,happy
Yumi ngan Wonwoo dh lame kwan baik..mula satu hari ni..Wonwoo mule suke dekt yumi..jdi die try nk buat suprise sebb birthday Yumi nk dekt..
mase hari jadi yumi..wonwoo confess kat Yumi..and kiss scene...awk buat lah mcm mne pun..tpi happy ending kay??