What I Feel Today...

This morning, around 10.15 am... was the most important time for me. Ah, bukan aku sorang je, semua candidates PT3. Aku tengok time tu reaksi dah macam-macam, yang senyum tak cukup gula ada, jenis yang confirm dia skor straight A. Yang muka macam nak nangis pun ada, ni jenis yang study last minute, takut tak pass, budak pandai yang tak cukup confident pun macam ni jugak. Last, jenis yang muka tak ada perasaan. Hati batu. Jenis yang tak kisah dia dapat berapa, jenis yang terima je berapa pun dia dapat sebab dia tahu apa yang dia dapat tahu... hasil usaha dia sebelum ni. Aku? Jenis yang terakhir ni. Muka batu je, sebab aku tak kisah apa yang aku dapat, macam aku cakap, itu hasil usaha aku sebelum ni.

Tak tahu kenapa, aku terkejut tengok aku punya result tadi. Higher that my expectation, more better. Aku tak sangka aku akan dapat macam tu. Wuish! Giler la, rasa cam nak je pergi balik kat cikgu aku, tanya betul ke tu slip aku. Tapi fikir balik cam bodoh pulak, dah sah-sah nama aku, IC aku kat situ, takkan orang lain punya pulak. Fikir lagi, walaupun bukan straight A, itu hasil kerja keras aku sebelum ni. Itu hasil yang aku dapat. Jujur, lebih dari puas hati, aku bersyukur sangat-sangat. 

Aku ingat lagi, time before PT3 dulu, aku dengan kawan-kawan tengah lepak, sembang pasal target berapa A untuk PT3. Semua target tinggi-tinggi je, aku sorang je target low. Apa lagi, kena kutuk la. "Low gila target, baik tak payah target", "Kalau setakat target macam ni... (sarkastik sungguh)", "Hahaha, banyak tu je? Buat mau je lah". Huish, sentap aku. Sesedap mulut je diorang kutuk target aku.

Hari ni, aku tengok, sorang demi sorang yang pernah pandang rendah dekat aku punya target dulu... Result diorang, tak setinggi diorang harapkan. Aku yang target low ni. yang dapat lebih tinggi dari target yang aku buat dulu.

Masa tu jugak, aku teringat ayah aku pernah cakap, "Jangan letak hope yang terlalu tinggi, sebab nanti bila kita jatuh, sakit sangat. Baik humble je, sekurang-kurangnya bila jatuh nanti, sakit tu tak sakit sangat." Aku sedar, yang kita tak sepatutnya berlagak, target tinggi=tinggi, macam confirm yang akan dapat apa yang kita nak tu.

Don't fly too high, because when you fall, the pain will haunt you forever.

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
DreamerAPlus
#1
Heyyyyy.... setinggi-tinggi tahniah dari unnie!!! Syabas!!!
kimyoochi
#2
it's good :)
just don't put yourself in a too comfortable place.
sometimes its good to take a risk and aim high for it will be your reason to do things twice the effort.
both have pros and cons but of all, congrats for your result okay? <33