Rahsia Menjadi Penulis.

Baiklah, mungkin ramai menyangka menjadi seorang penulis amat sukar. Tetapi sejujurnya, semua orang boleh menulis. Setiap orang mempunyai gaya yang berbeza dalam penulisan. Mungkin ada yang mahir dalam bercerita dengan kawan, maka tulislah cerita seakan kalian bercerita dengan kawan kalian. Mungkin ada yang suka berkias atau memerli orang, maka tulislah cerita yang berunsur perlian agar pembaca tersentap dan sedar akan apa yang hendak disampaikan. Mungkin ada yang suka berangan, maka tulislah cerita-cerita fiksyen. Mungkin ada yang bersikap realistik, maka hasilkanlah karya yang bukan fiksyen dan logik, tidakpun cerita yang berdasarkan pengalaman diri. 

Tetapi! Tidak semua orang mampu mencari gaya penulisan sendiri dan biasanya, para penulis asyik terikut-ikut gaya penulis yang dia minati. Bak kata Kak Lily ( angelily95 ), dia memberitahu saya dan kawan saya bahawa untuk mencari gaya penulisan sendiri adalah dengan pergi ke sebuah tempat atau di rumah sekalipun dan perhati keadaan sekeliling, perhati keseluruhan tempat, dan tulislah apa yang kalian perhati. Perlu ada 'TELL' dan 'SHOW' katanya lagi. Apa itu 'TELL' dan 'SHOW'?

Contoh situasi;

TELL : Jantung dia berdegup laju kerana gementar.

'TELL' merupakan perkara yang kita ingin beritahu kepada pembaca.

SHOW: Sungguh! Jantungnya berdegup pantas, seperti baru sahaja lepas bersaing dengan Usain Bolt. Sekiranya betul dia baru bersaing dengan pelari itu dan… menang, fuh! Memang kalahlah pelumba-pelumba lari yang tidak dapat mengalahkan Usain Bolt, kerana dia yang berbadan besar seberat 87 kilogram dan tinggi 157 cm dapat mengalahkan Usain Bolt. Tetapi, rasanya itu lain kali atau tidak pernah terjadi, mungkin dalam mimpi sahajalah. 

'SHOW' merupakan cara kita menyampaikan apa yang hendak kita 'TELL' kepada mereka. 

Dengan cara memerhati sekeliling dan kita keluarkan apa yang kita hendak beritahu kepada mereka, maka itu dapat mencari gaya penulisan sendiri. Ada yang apabila menulis, gaya penulisannya dipenuhi dengan bunga-bunga yang menarik. Ada juga yang terlalu berkarisma, dingin dan suram gaya penulisannya.

Gaya penulisan yang bunga-bunga sesuai dalam menulis cerita : Gembira, komedi, romantis, romantis komedi, motivasi yang penuh kegembiraan. ( Yang penting, penceritaan yang gembira )

Gaya penulisan yang berkarisma, dingin atau suram layak menulis cerita: Sedih, seram, ganas, motivasi yang penuh konflik.. ( Yang penting, penceritaan yang penuh kejutan atau penuh dengan latar yang suram ) 

Ada juga penulis yang mahir dalam kedua-dua gaya penulisan ini dan boleh menghasilkan pelbagai tema atau genre. 

Tetapi lagi! Setiap penulis pastinya ada pembaca. Siapa kata orang yang suka menulis atau tidak suka menulis tidak perlu mengikut tatabahasa dan tanda baca yang cantik. Salah sama sekali! Mereka tetap perlukan tatabahasa dan tanda baca yang cantik kerana seperti yang saya kata, setiap penulis ada pembaca. Selalunya otak pembaca akan automatik meniru penulisan penulis yang diminati, andainya penulis itu mempunyai tatabahasa dan tanda baca yang teruk, maka itu akan menjejaskan penulisan para pembaca. Baiklah, saya bagi contoh asas.

Contoh ayat:

Saya akan menolong lelaki itu demi untuk menegakkan kebenaran.

 

Ayat di atas nampak sahaja seperti betul, tetapi itu adalah salah sama sekali kerana 'demi' dan 'untuk' tidak boleh bersama kerana itu salah dalam tatabahasa Bahasa Melayu. Mahukah kita digelar sebagai penulis yang merosakkan bahasa? Baiklah, itu sahaja perkongsian saya hari ini. Sekiranya terdapat kesalahan, harap dapatlah ditegur kepada saya. Tanpa krikitan tiada sebarang kemajuan yang mampu membawa kejayaan. Andai pujian yang dikejar, kemunduran yang akan menyambar.

 

Sekian, terima kasih. 

 

Comments

You must be logged in to comment
fourteenone
#1
Oh thanks! Good information!