PERMULAAN.

Tamat. Akhirnya waktu persekolahan saya sudah selesai. Segalanya sudah menjadi aturan. Kini, sedang saya menaip blog adalah untuk memberitahu semua bahawa, demi kebaikan saya dalam mengekalkan momentum saya dalam dunia penulisan. Setelah tangan kaku otak beku dalam mengungkap kata. Setelah diri mula bacul dengan dunia penulisan. Maka saya akan cuba menghasilkan kisah-kisah seram di dalam dunia fanfic saya untuk memastikan kecekapan saya dalam bermain kata. Sebenarnya, diri ini agak kaku dan terganggu dengan pelbagai perkara. Lebih-lebih lagi saat memikirkan beberapa kisah seram. Hampir dua tahun menghilangkan diri kerana Anda Baca Anda Mati benar-benar memberi impak yang hebat. Benar-benar mengganggu ketenteraman. Maka, saya akan kembali semula untuk menyahut cabaran mendepani segala-galanya. Akan tidak saya gentar dalam menukil lagi. Doakan saya selamat dalam menghasilkan pelbagai kisah seram. 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet