Oh My Deer!

    

     

    

  

 

Pagi-pagi dapat berita tentang Luhan.

Perasaan sedih macam mana saya rasa Kris tinggalkan EXO datang kembali.

Saya memang terkejut, tapi saya dapat agak benda ni akan terjadi.

Seorang demi seorang...

T_T

 

Perasaan saya bercampur sekarang.

Sedih dan bengang.

Sedih semestinya sebab Luhan.

Bengang sebab ada sesetengah fans kata Kris ni pembelut dan Luhan tidak.

 

Ya!

Setiap orang ada pendapat masing-masing.

Saya beri anda untuk berfikir sebentar.

Mungkin Kris ada sebab kenapa dia terus menghilangkan diri selepas kes dia tersebar.

Setiap orang ada rahsia yang kadang-kadang tak perlu nak luahkan kepada orang lain.

 

Maaflah kalau ada peminat Luhan marahkan saya sebab cakap macam ni.

Saya cakap ni bukan nak menangkan Kris.

Saya tak salahkan Luhan dan tak pernah terdetik pun nak bencikan Luhan.

Tapi saya marah sangat ada beberapa peminat cakap macam tu dekat Kris.

Dia pun manusia jugak yang mempunyai hati dan perasaan.

Sekarang saya minta janganlah nak bandingkan Kris dan Luhan lagi.

 

Kepada SM,

Saya minta bagi mereka semua berehat untuk sementara waktu (hiatus).

Mungkin dalam 1 tahun macam tu.

Bagi masalah-masalah mereka selesai dan mereka dapat meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan.

Kepada Luhan,

Jaga kesihatan anda.

Awak tetap Ssang Namja bagi EXO.

Kami EXO-L, akan terus menyokong anda.

 

Saya minta maaf kalau kata-kata saya dapat menyakitkan hati anda.

Jadi kita harus sokong EXO!

WE ARE ONE!!!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet