Minta Maaf

Assalamualaikum semua! Sihat? Kalau sihat, alhamdulillah. Kalau tak sihat, jangan lupa makan ubat. So, berbalik pada tujuan utama saya buat blog ni adalah kerana saya ingin memberitahu bahawa saya akan menghilangkan diri buat sementara waktu. Untuk makluman semua, saya hiatus sebab saya ingin bekerja. Bulan lepas, 12/10/2014 saya kehilangan orang yang saya sayangi iaitu ayah saya. Sejak hari itu, saya sibuk menolong mak untuk menguruskan semua perkara. Dan sejak itu juga, saya tidak sempat untuk menjenguk AFF apa entah lagi nak fikir untuk membuat cerita. Saya minta maaf kepada pembaca Mysterious Pianist kerana saya mungkin tidak akan meneruskan lagi cerita ini kerana saya tak mampu nak teruskan disebabkan, satu, masalah keluarga dan yang kedua masalah EXO sekarang. Bukan sebab saya dah tak suka EXO. EXO tetap dihati saya cuma penat nak perah otak. Yelah, saya buat cerita macam realistik, so faham-faham jelah. Saya minta maaf sangat-sangat ok. TAPI!!! Kalau saya ada buah fikiran, saya akan teruskan cerita itu atau buat cerita yang lain. Sebelum saya terlupa, kepada pembaca yang belum baca cerita Cinta Adam sila singgah ok. Saya nak pertolongan dari anda semua untuk VOTE, SUBSCRIBE dan COMMENT kerana saya masuk untuk pertandingan | Fearless B! | A Malay One Shot Contest. Kalau boleh saya nak comment sebab saya nak tahu cerita saya best atau tidak. Kerjasama anda amat saya hargai, terima kasih.

 

HEY!: Kepada WU YI FAN! Happy belated birthday! Semoga awak berjaya dalam kerjaya dan bahagia disamping bersama orang yang tersayang terutama sekali ibu anda! Saya dan fans yang lain akan terus sokong anda sampai bila-bila. Jaga kesihatan. By the way, lagu ciptaan Kris iaitu There Is A Place memang best gila. Layan habis! Sesiapa yang tak dengar lagi tu, dengar-dengarlah ok. Love and miss you, MR GALAXY! 

Comments

You must be logged in to comment
luhaena241
#1
Keep fighting ya! ^^