Sapphire Love (original)

Language: Malay

Notes: Not proof-read/edit. The raw version since the first time written down. The original version of this fic.


Sapphire 1

            “Kakak! Tunggulah!” Haemin menjerit memanggil kakak kembarnya. “Hish, cepatlah nanti lewat pula!” Haesu berhenti, menunggu adiknya yang termengah-mengah mengejarnya. Tiba-tiba sebuah basikal menuju ke arahnya dan hendak terlanggar. Haemin yang melihat menjerit ke arah kakaknya. “Kakak!!!” Nasib baik basikal itu sempat menekan brek. “Hoi! Kalau nak berhenti, jangan la kat tengah jalan!” Dongmin, salah seorang daripada 5 putera di sekolah mereka menegur Haesu. “Cish, malang betul hari ni! Woi, ! Kau ni memang bawak malang sebab tu semua orang tak nak dekat. Sampai pemandu pun berhenti kerja, kena kayuh basikal pagi-pagi. Kesian kau kan?” Haesu ketawa sinis. Dongmin adalah anak kepada seorang usahawan dalam bidang hiasan dalaman rumah yang amat berjaya. Dia juga adalah salah seorang anggota kumpulan 5 Princes yang agak popular di dalam internet kebelakangan ini. Selain itu, kumpulan mereka dianggap sebagai putera kacak di sekolah mereka dengan gelaran masing-masing. Gelaran Dongmin ialah Sapphire Prince. Gelaran ini digunakan kerana dia menyukai warna itu serta mempunyai pelbagai barangan yang berdasarkan warna biru sapphire. Sebagai contoh, basikal kepunyaannya. “Kau ni! Tak ada ribut, pagi-pagi cari gaduh dengan aku pula!” Haesu tersenyum, sinis sekali. Haemin mendekatinya. “Kakak.....” “Ceh, kau tak layak langsung dengan gelaran kau tu. Biru sapphire tu suci, bukan macam kau hati busuk. Lagipun permata sapphire tu berharga tau, kau tu bagaikan najis je....sesuai sangat kan, Prince?! Prince!” Haesu melepaskan geram yang lama terbuku. “Hish, aku langgar kau pun takpa tadi.” Dongmin terus mengayuh pergi. “Kakak...” “Diam la, Haemin!” Haesu mengorak langkah. ‘Hmm, kakak dengan Dongmin tak pernah boleh berdamai. Ah, my Sapphire Prince...’ Haemin memang meminati Dongmin tapi dirahsiakan daripada kakaknya. Haesu berdendam dengan Dongmin kerana Dongmin telah menghina penyanyi idola Haesu, Sapphire Boys yang amat diminatinya. Namun, yang anehnya, Dongmin juga meminati warna biru sapphire padahal itu adalah warna tema bagi penyanyi yang amat dibencinya itu. Haesu merasakan Dongmin tidak layak dengan gelaran Sapphire Prince setelah dia menghina idolanya. Jadi dendam Haesu terhadap Dongmin tidak pernah padam tapi Haemin perasan persamaan antara mereka. ‘Suka baca komik, menyukai warna yang sama, meminati pelukis komik yang sama, tapi dorang tu tak pernah ngam betul!’ Haemin membuka langkah mengejar kakaknya yang telah jauh meninggalkannya.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

            Dongmin menghempaskan begnya atas meja. Rakannya terkejut. “Kenapa, Dongmin? Kau datang dengan basikal ke?” Kangwook, kawan karibnya sejak kecil juga salah seorang anggota 5 Princes dan juga putera sekolah. Gelaran Kangwook ialah Violet Prince. “Hmm, basikal la. Pemandu aku sakit.” Dongmin menjawab acuh tak acuh. Ryeobum yang juga kawan baik Kangwook dan Dongmin sejak kecil ketawa kecil. Dia juga salah seorang anggota 5 Princes dan juga putera sekolah dengan gelaran Baby Prince. Hanya dia menggunakan gelaran berdasarkan rupa, manakala yang lain berdasarkan warna kesukaan mereka. “Tapi aku rasa kau marah pasal benda lain, kan?” Ryeobum bertanya. Dongmin diam. “Takla!” Kangwook dan Ryeobum tersenyum. “Sah! Gaduh dengan Haesu lagi la tu kat mana-mana.....” Ryeobum bersuara. Dongmin memandangnya tajam. “Ryeobum!!” Kangwook dan Ryeobum ketawa pula. “Korang jangan sebut pasal malaun pendek tu. Shorty!” Dongmin melepaskan geram. Ryeobum dan Kangwook terdiam. Dongmin benar-benar marah. “Dah korang tu memang takleh jumpa langsung.....” Shinhyun menyampuk. Dia merupakan ketua kelas dan ketua kumpulan 5 Princes. Dia adalah putera sekolah dengan gelaran Turqouise Princes. Dia dianggap ketua 5 Princes kerana dia yang paling tua dan ayahnya yang paling kaya antara semua putera. Ayahnya adalah pemilik kepada hospital terbesar di bandar itu. Hospital ayahnya telah membuka 5 cawangan hospital di 2 buah bandar jiran, 27 klinik di sekitar kawasan ketiga-tiga bandar dan 14 buah farmasi di kawasan pedalaman sekitar bandar-bandar tersebut. Ayahnya digelar Raja Perubatan kerana selalu membantu di setiap cawangannya ketika penyakit yang berbahaya melanda bandar-bandar itu. Ayahnya selalu sibuk sepanjang masa. –continue-

 

Sapphire 2

                “Ergh!! Geramnya!!” Haesu duduk di tempatnya. Adiknya juga duduk di tempatnya, bersebelahan kakaknya. “Kau ni kenapa, Haesu?” Hyein bertanya. Haemin memberi isyarat yang amat difahami Hyein. “Owh, Dongmin lagi la ni? Kau ni daripada tahun 1 lagi dok gaduh dengan dia. Nasiblah korang tak satu kelas tahun ni, kalau tak aku tak tau la jadi apa....” Keluhan Hyein dibalas dengan jerkahan daripada Haesu. “Kau tak payah nak mention cita lama...lapuk! Dan jangan kau sebut nama Prince tu kat aku!!” Hyein terkejut. “Alah, kau tu yang asyik simpan dendam, maknanya kau pun ingat lagi la kejadian tu....and by da way, dia tu Sapphire Prince tau!” Hyein menegur. Untung tak ramai peminat Dongmin dalam kelas mereka. Kalau tak, mati Haesu kena belasah dengan peminat-peminat putera seorang itu. “Hyein, Haesu, Haemin, selamat pagi!” Hyuksoo, Whity Prince menegur mereka. Hyuksoo adalah putera yang paling muda dan menggunakan gelaran putih kerana dia menyukai warna suci seperti putih sayap angel. Tapi ada yang mengaitkan warna putih itu ibarat mukanya yang jernih dan bersih. “Pagi!” Hyein tersenyum. Dia memang meminati Hyuksoo sejak sekolah menengah rendah lagi tapi mereka tidak sama kelas. Kebetulan Hyuksoo duduk di belakangnya. Bertambah gembiralah Hyein. Haesu menyiku adiknya, memberi isyarat. “Dia dah mula dah. Sudahlah tu!” Haemin ketawa kecil di hujung ayatnya. Kemudian kelas mereka dimulakan.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

                Haesu melangkah laju. Dia begitu sakit perut lepas makan tadi. Tiba-tiba dia terlanggar seseorang. “Maaf!” Serentak itu, Haesu terkejut. ‘Turqouise Prince!’ Haesu mengangkat mukanya. “Kau tak apa-apa? Haesu kan?” Haesu mengangguk. Shinhyun menghulurkan tangannya. Haesu menyambut dan berdiri semula. “Ok saja, Prince Shinhyun tahu mana nama aku?” Setahu Haesu, Shinhyun tidak sekelas dengannya tahun lepas. “Hmm, musuh ketat Dongmin, manalah aku tak kenal...” Haesu ketawa kecil. “Heh, putera najis tu memang menyakitkan hati betul. Memang musuh ketat aku sangat-sangat.” Haesu menekup mulut. ‘Alamak, aku terlepas cakap pulak gelaran tu...’ Shinhyun ketawa. Haesu hairan. “Haha...tak sangka korang ni musuh sampai beri gelaran entah apa-apa!” Shinhyun masih ketawa. Haesu tersenyum kecil. “Dah la, aku ada benda nak buat....ok la, Angel Princess, bye!” Haesu terkejut dengan kata-kata Shinhyun yang telah berlalu pergi. ‘Angel Princess?’ Haesu tersenyum penuh makna. Dia melangkah. ‘Eh?! Kejap! Tadi dia cakap pasal gelaran....najis tu bagi gelaran kat aku?? Apa? Mesti yang buruk-buruk!’ Haesu terus masuk ke tandas.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Waktu pulang...

                “Hei, Dongmin! Comel jugak musuh kau tu!” Shinhyun berkata ada Dongmin setelah sampai di bilik mesyuarat 5 Princes. Bilik ini memang khas hanya untuk mereka berlima. “Sapa? Sapa yang kau kata comel?!! Shorty!?!” Shinhyun mengangguk. “Tapi Dongmin....dia memang comel la...” Hyuksoo berkata perlahan tapi didengari jelas oleh Dongmin. “Ei, korang ni! Kenapa la buta sangat? Yang korang dok puji dia apasal?” 4 putera lain ketawa. “Eh, Hyuksoo, kau bukan ada kelas tambahan ke sekarang?” Kangwook bertanya. “Hmm, tapi biasa la...ponteng pun bukan ada yang nak marah...” Hyuksoo menyuapkan kek coklat kegemarannya ke dalam mulut. “Hyuksoo ni ada excuse la, aku dah mintak atas nama presiden persatuan pelajar. Aku cakap kita ada mesyuarat. Terus cikgu bagi. Sekarang ni, aku nak bincang satu perkara.” Shinhyun mencelah. Mereka adalah ahli persatuan pelajar yang rasmi sejak tahun lepas mendapat jawatan tersebut atas pengaruh ayah mereka. Ayah mereka menyumbangkan sebahagian wang dalam membina sekolah ini tidak lama dulu. Mereka melantik Shinhyun sebagai presiden(dah memang ketua mereka pun) dan Kangwook sebagai penolong presiden. Ryeobum menjadi setiausaha presiden manakala Dongmin sebagai bendahari. Hyuksoo adalah ketua ahli jawatankuasa. -continue-

 

Sapphire 3

                “Apa benda, Shinhyun?” Ryeobum bertanya. Keadaan diam sebelum Shinhyun membuka mulut. “Korang ingat kes kecurian tabung dana minggu lepas?” Semua angguk. “Kali ini duit tabung kita pula kena curi....” Semua terkejut. “Maksud kau, duit bantuan yang kita derma untuk sekolah ke?” Shinhyun mengangguk sebagai jawapan kepada soalan Dongmin. “The point?” Kangwook masih keliru. “Mesti sekolah minta kita bayar untuk dua-dua tabung tu kan?” Hyuksoo berkata. “Ah, betul tu, Hyuksoo..” Shinhyun berkata pula. “Alah, bukan susah sangat pun...” Ryeobum berkata. “Memang la tapi kalau kita bayar, nanti kena curi lagi...asyik macam ni....bankrap la macam tu....” Dongmin berkata, memberi pendapatnya. “So, apa kata kita siasat siapa yang curi?” Shinhyun dan Dongmin mengangguk serentak. “Memang tu yang aku fikir...” Shinhyun berkata sebagai jawapan. “Jadi?” Ryeobum bertanya pula. “Aku ingat nak minta tolong ayah kau saja. Boleh, Ryeobum?” Ryeobum tersenyum. Ayahnya adalah seorang penyiasat persendirian yang terkenal malah mempunyai syarikat sendiri. “No hal la.” Dongmin tersenyum. “So, Turqouise. Ada apa-apa lagi?” Shinhyun tersenyum kecil. “Tak ada dah, tapi Dongmin, tunggu kejap. Yang lain, nak blah pun takpa.” Ryeobum mencebik. “Yang kau tak cakap kat kelas je apsal?” Yang lain bangun kecuali Dongmin. “Ni kan secret? Kes ni bukan semua tau, ahli jawatankuasa yang lain pun tak tau.” Ryeobum mengangkat tangan, mengalah. Dia, Kangwook dan Hyuksoo keluar selepas mereka meletakkan pinggan kek mereka di atas troli. “Thank you, sebab tinggalkan kitorang.” Ryeobum cuma melambai ke arah Shinhyun sebelum menutup pintu. “Sapphire, baik kau mengaku betul-betul. Kau sukakan Haesu kan?” Shinhyun bertanya selepas Ryeobum menutup pintu. Dongmin terkejut. “Apa kau mengarut lak? Turqouise, buat apa aku nak suka kat Shorty tu?” Shinhyun tersenyum. “Kau ingat aku ni baru kenal sehari ke? Sejak kau sama kelas dengan aku kat tahun 2 menengah rendah sampai sekarang. Dah 4 tahun tau!” Dongmin terdiam dan menunduk. “Hah? Diam dah? Kau memang macam ni kan? Asal kau suka kat seseorang je, mesti cari pasal dengan dia. Kau ni memang jenis tak reti nak tunjuk perasaan kau tu kan? Jangan sampai melepas macam dulu sudah...” Dongmin masih diam, malah tak bergerak sedikit pun. “Sapphire? Woi, kau dengar tak?” Shinhyun sedikit hilang sabar. “Dongmin! Kim Dongmin!!” Shinhyun menggerakkan badan Dongmin. “Budak ni! Mangkuk! Kau tido pulak!” Shinhyun menggoyangkan badan Dongmin sekuatnya. “Hish, geramnya! Kau ni...dah la, aku tinggal kau la. Nanti kau kunci bilik ni sendiri!” Shinhyun keluar. Dia tahu perangai Dongmin. Jika dia enggan buat sesuatu, pasti dia buat-buat tidur. Shinhyun malas hendak memaksa. Dongmin membuka mata perlahan. ‘Shinhyun, maaf ya? Aku tak nak fikir pasal tu...tapi tekaan kau betul, Turqouise..’

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Esok....

               “Hah? Haemin, cepat la...selalu macam tu, kau ni liat bangun betul la!” Haesu pantas melangkah. “Kakak ni! Jangan la sebut kuat-kuat!” “Tau pun malu!” Di satu selekoh, tak jauh dari tempat pertelingkahan Haesu dan Dongmin semalam, Dongmin menjenguk ke satu arah. ‘Hish, biasanya dah lintas kat sini...’ Dongmin berkata dalam hati sambil melihat jamnya. Sejak dari awal tahun lagi, Dongmin sering menunggu di situ untuk melihat Haesu berjalan ke sekolah. Dia bertekad untuk memastikan Haesu selamat setelah dia sendiri mengetahui perasaannya pada Haesu walaupun jauh. Kadangkala, dia sengaja bertembung dengan Haesu seperti semalam. Namun, Dongmin tak berniat hendak langgar Haesu. Dongmin juga terkejut apabila Haesu tiba-tiba berhenti disitu. Sejak 2 bulan lepas, Dongmin menaiki basikal hanya ingin melihat Haesu. Dia tak mahu pemandunya tahu mengapa dia selalu berhenti di sini. Dongmin meninjau ke kawasan itu lagi. ‘Hish, dah lewat ni....’ Dengan hampa, Dongmin mengayuh perlahan. Tiba di satu tempat, Dongmin berhenti dan menyembunyikan diri. Dia terlihat Shinhyun yang berjalan bersama Haesu manakala Haemin berada di hadapan. ‘Apa Turqouise buat kat sini? Dia kan naik kereta? Peliknya...’ Dongmin menolak basikalnya perlahan, mengekori mereka dari belakang. Dongmin rasa sedikit cemburu. -continue-

 

Sapphire 4

                “Turqouise Prince, kenapa tiba-tiba perkara berjalan kaki pula hari ini?” Haesu bertanya. “Oh, kereta rosak tadi. Jalan sahaja la. Lagipun rosak dalam perjalanan tadi, alang-alang tu, jalan kaki saja la.” Sebenarnya Shinhyun sengaja mahu berjalan bersama Haesu. Dongmin di belakang masih mengikuti mereka. “Hmm, kenapa kau panggil Turqouise Prince ni? Formal sangat la. Panggil saja Turqouise atau Shinhyun ke? Tak perlu tambah prince tu...” Haesu tersenyum. ‘Macam mimpi pula, jalan dengan Putera Shinhyun ni pagi-pagi....’ Haesu tersenyum lagi. “Kalau macam tu, Shinhyun?” Shinhyun menghulurkan tangan. “Macam tu la, Angel!” Haesu menyambut dan tersenyum. “Eh, panggil nama saja la.” Pegangan tadi terlerai. Dongmin di belakang makan hati. ‘Turqouise ni buat apa?!’ “Ok, Haesu. Nama penuh?” “Byun ....Byun Haesu.” “Oh, sedap juga ya? Seperti yang diketahui ramai, Lee Shinhyun.” “Dah lama tahu, macam la Shinhyun tak terkenal...rata-rata dalam kelas aku, semua peminat Shinhyun.” Shinhyun tersenyum. Kemudian, mereka sampai di sekolah. Dongmin masih ikut di belakang. “Haesu, jumpa lagi!” “Hm!” Mereka berpisah, masuk ke kelas masing-masing. ‘Ah! Bestnya!’

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

                “Teruklah! Teruklah! Bangunan Winter terbakar! Tingkat 2!” Dongmin terkejut. “Hei, kat situ kelas Hyuksoo kan?” Kangwook bertanya. Dongmin tergesa-gesa bangun dan berlari ke bangunan Winter. Dalam fikirannya, dia bimbang tentang Haesu bukan Hyuksoo. Shinhyun menggeleng. ‘Laju betul kau refleks kan?’ Dia bangun dan mengajak Violet dan Baby yang sedang bimbang tentang Whity serta seseorang yang disukai mereka mengikutinya ke bangunan Winter. Sampai di bangunan tersebut, Dongmin meluru masuk tapi ditahan pengetua. “Sapphire Prince, sabar. Semua akan selamat. Hanya dua orang saja yang terperangkap lagi.” “Siapa?” “Pelajar 2C, Byun Haesu dan putera Hyuksoo.” Dongmin terus meluru masuk. Pengetua tidak dapat menghalang dia lagi. Violet, Turqouise dan Baby Prince sampai. “Pengetua?” Shinhyun berkata. “Ah, kamu. Masih ada dua orang pelajar terperangkap, pelajar 2C.” “Whity Prince kah?” “Ya, dan pelajar Byun Haesu. Oh, putera Dongmin juga masuk tadi. Saya tak dapat halang dia.” Violet ingin masuk tapi dihalang Turqouise. “Biar aku selamatkan Whity, Sapphire tu bukan boleh harap sangat.” Turqouise masuk. ‘Selamat, dia tak terperangkap di dalam.’ Violet dan Baby menghembuskan nafas kelegaan. Orang yang mereka cintai sudah selamat. Ahli bomba sudah sampai untuk memadamkan api. “Haesu! Haesu!” Dongmin menjerit memanggil nama Haesu apabila dia mendekati kelas Haesu. Dia perasan api yang marak sedang membakar makmal kimia di sebelah kelas itu. “Haesu! Haesu!” Dia terlihat sekujur tubuh terbaring. “Haesu!” Ada kayu yang menghempap badan Hyuksoo yang melindungi Haesu daripada kayu itu tadi. “Whity!” Dongmin cuba mengangkat kayu almari yang terbakar hangus itu. “Whity!” Suara Turqouise kedengaran di luar. “Shinhyun! Kat sini!” Dongmin menjerit. Seketika, Shinhyun muncul. “Tolong...” Lemah suara Hyuksoo kedengaran. Shinhyun mengendong Hyuksoo. “Untung budak ni ringan. Dah, kau tercegat apa lagi? Angkat Haesu cepat!” Kata Shinhyun sambil terbatuk. Dia keluar dari kelas itu. Dongmin mengendong Haesu. “Shinhyun...” Haesu berkata perlahan. Dongmin rasa berat hati. ‘Haesu...ini aku, Dongmin...’ Dongmin membawa Haesu keluar. Shinhyun dan Hyuksoo telah sampai, pihak ambulans membawa Hyuksoo dan Haesu ke hospital. “Dah, jom. Violet, Baby, Sapphire. Kita ke hospital.” Kangwook dan Ryeobum mengangguk. Dongmin masih membatu. “Kenapa tak naik?” Kangwook bertanya sambil menghidupkan enjin keretanya. “Tak apalah. Aku ada benda lain nak buat. Bila Hyuksoo dah sedar, beritahu aku.” Akhirnya, hanya Turqouise, Violet dan Baby saja ke hospital. ‘Kau tak perlu aku kan? Shinhyun yang kau nak...bukan aku...’ Dongmin pulang dengan basikalnya. ‘Tapi kurang-kurang aku nak tengok dia sedar.’ Dongmin menghala ke hospital. ‘Pasti kau tak apa-apa...perlukah aku ke sana?’ Dongmin berhenti mengayuh. “Hish!” Dongmin mengayuh semula. ‘Tak! Aku nak jenguk Hyuksoo kan?’ Dongmin tersenyum sendirian. ‘Aku nak pergi lihat dia juga, walaupun bukan aku yang dia cari...aku harap kau bahagia melihat Shinhyun di samping kau. Aku janji akan buat dia bersama kau selalu...’ -continue-

 

Sapphire 5

Kat hospital...

                Haesu sedar. Dia terlihat Shinhyun yang sedang memandangnya. “Aku kat mana?” Ryeobum, Kangwook dan Hyuksoo tersenyum. “Kat hospital, Haesu.” Haesu perlahan teringat tentang kejadian pagi tadi. “Hyuksoo...” Hyuksoo tersenyum. “Terima kasih ya? Kalau tak, mungkin aku dah mati kena hempap.” Hyuksoo menggeleng. “Tak apa. Sikit saja.” Kangwook tersengih. “Eleh, tunjuk hero lak! Tolonglah!” Kangwook memerli. Hyuksoo memandangnya geram. “Ok..ok..” “Betul ke tak apa-apa, Hyuksoo?” Hyuksoo mengangguk. Ryeobum menarik Hyuksoo dan Kangwook. “Korang ikut aku kejap.” Mereka bertiga keluar dari wad Haesu. “Shinhyun, terima kasih...” Shinhyun terkejut. “Kenapa pula?” “Selamatkan aku...” ‘Eh, dia sedar tak siapa yang jumpa dan bawa dia keluar?’ Shinhyun hairan. “Haesu, yang selamatkan kau dan Whity bukan...” Haesu memeluk Shinhyun yang duduk di kerusi bersebelahan katilnya. Shinhyun terdiam. Dongmin yang baru sampai cuma mengintai dari luar. Dia rasa hampa. ‘Betul cakap aku...’ Dongmin berlalu. Dia terserempak dengan Baby, Violet dan Whity yang berada di luar. Mereka sengaja membiarkan Haesu dan Shinhyun di dalam kerana mereka ingin berbincang mengenai siasatan kes kecurian itu. Mereka tidak mahu Haesu mengetahuinya tapi kasihan pula ditinggalkan seorang jadi Ryeobum hanya mengajak Hyuksoo dan Kangwook. “Lah, kau datang juga? Nak tengok Haesu ke?” Ryeobum berkata. “Mana ada. Aku cari Whity, rasa risau pula tadi. Tak jumpa, rupa-rupanya dah berjalan sana sini. Buat penat je risau tadi.” Dongmin menepuk bahu Hyuksoo. “Auch!” “Weh, dia sakit lagi tu.” Kangwook berkata. “Violet, tak apalah. Sikit saja.” “Sorry, Hyuksoo.” Hyuksoo tersenyum. “Haah la, kau kan memang cemerkap dan selalu buat sesuatu tak kena tempat.” Ryeobum berkata. Kangwook mengangguk. “Ceh, korang ni ungkit waktu-waktu dulu apasal?” Ryeobum, Kangwook dan Dongmin merupakan kawan baik sejak kecil lagi. Mereka adalah jiran, kawan setadika, satu sekolah rendah dan kini sekolah tinggi. Mereka cuma terpisah dua tahun ketika sekolah menengah rendah. Ketika itu, Kangwook dan Ryeobum di sekolah lain dan mereka rapat dengan sepupu Kangwook, Hyuksoo selepas Dongmin berpindah ketika tahun dua dan bersekolah di sekolah lain. Dongmin pula berkenalan dengan Shinhyun di sekolah itu. Apa yang menjadi keajaiban, ayah mereka berlima adalah kawan baik dan sama-sama membangunkan sebuah sekolah tinggi, sekolah mereka sekarang ini. Ketika pertengahan tahun lepaslah, tertubuhnya 5 Princes, sebuah kumpulan menyanyi dan menari. Namun, mereka hanya terkenal di internet tidak di televisyen. Mereka juga telah diminta pengetua sekolah menjadi ketua dalam persatuan pelajar. Walaupun mereka kaya, tapi mereka tidak sombong. Mereka mempunyai minat menari dan menyanyi. Bakat menggubah lagu yang dimiliki Hyuksoo dan Ryeobum ditambah pula dengan bakat menari Shinhyun, Dongmin dan Kangwook. Nyanyian mereka amat merdu dan tersendiri. Ini membuatkan kumpulan mereka digilai ramai di dalam internet melalui laman web ciptaan mereka. “Hei, aku ada lagu baru. Nak praktis?” Hyuksoo berkata tiba-tiba. “Shinhyun?” Kangwook bertanya. “Tak apalah, kita saja. Nanti beritahu dia pula.” Dongmin menjawab. “Jomlah.” Mereka berempat ke rumah Hyuksoo dengan kereta Dongmin. Basikalnya telah dibawa pulang oleh pembantunya. “Eh, ok saja pemandu kau?” Dongmin tersentak. “Ah, dah ok dah...” Dongmin diam. Sampai kat rumah Hyuksoo, “Tunggu kejap, aku ambil. Duduklah.” Hyuksoo berlalu ke piano yang terletak di sudut ruang tamu itu. “Eh, kau guna piano pula ke?” “Hmm, lagu kali ini sentimental pula...slow and sad..” Hyuksoo memberikan not-not lagu serta liriknya kepada Ryeobum. “Check la, aku takut tak betul.” Ryeobum menggeleng. “Kau ni, aku bukannya terer dengan piano. Bagi Kangwook la.” Kangwook tersentak. “Hei, aku mana reti bab gubah lagu ni?” Kangwook menolak. “Alah, kau main saja...aku takut salah not...kalau rasa pelik, beritahu la...” Mereka juga mempunyai kemahiran berlainan dalam alat musik. Kangwook mahir bermain piano, Dongmin bermain violin dan selo, Shinhyun pula menguasai kemahiran bermain drum dan Ryeobum pandai main gitar. Hanya Hyuksoo yang tahu bermain seruling dan dia boleh memainkan pelbagai alat musik tapi dia tidak mahir bermain piano. Mereka belajar bermain alat musik sejak kecil lagi. Kemahiran ini adalah salah satu adat sebagai tuan muda dalam keluarga mereka berlima. Jadi, kemahiran ini sudah sebati dengan mereka sejak kecil. Tarian pula mereka belajar sendiri daripada guru yang diupah. -continue-

 

Sapphire 6

                Kangwook menyambut huluran kertas not dan lirik tadi daripada Ryeobum. Kangwook berlalu ke arah piano Hyuksoo. “Boleh aku main, Whity?” Hyuksoo angguk. “Apa tajuk dia, Hyuksoo?” Dongmin bertanya. “When you become mine.” Kangwook bermain piano sambil menyanyi. ‘Eh?’ Kangwook rasa hairan dengan lirik lagu itu. “Being sad looking you....from far i’m watching....wanted you become mine...but i just shy to confess...” Di situ Kangwook terhenti. “Hyuksoo, lagu ni pasal dia ke?” Hyuksoo angguk. Dongmin dan Ryeobum hairan. “Siapa?” Dongmin dan Ryeobum bertanya serentak. “Seseorang yang aku sayang...” Hyuksoo menjawab. “Alah, beritahu biar terang sikit.” Ryeobum berkata. “Alah, satu hari nanti korang tau la.” Hyuksoo berkata. “Kau dah beritahu dia?” Hyuksoo geleng. “Belum la...” “Ceh, ingat dah. Kau ni la...” Kangwook menyambung kembali. Sampai habis, Ryeobum tepuk tangan. “Wow, jadi la. Selama ni tak pernah lagi kita ada lagu yang dihasilkan seorang je. Selalu mesti idea kita dua. Ni kau la not, kau la lirik. Best gila, tengok rasa nak nangis pun ada.” Dongmin mengangguk. “Lepas ni kita rakam, then masukkan dalam web. Aku tak sabar nak tengok reaksi fans.” Di dalam web mereka, FaCE(Fans Care Earnestly) of 5 Princes memuatkan aktiviti terbaru mereka, gambar-gambar baru, diari mereka, lagu-lagu baru dan macam-macam lagi tentang mereka. Mengikut perjanjian mereka dengan ayah Hyuksoo, pengarah syarikat SH Entertaiment, selepas mereka tamat sekolah tinggi, ayahnya akan mengambil mereka sebagai artis syarikatnya. Sebelum tiba masanya, mereka cuba mencari alternatif untuk mempromosikan kumpulan mereka melalui laman web tersebut. Peminat mereka bertambah dari sehari ke sehari sejak tahun lepas. Mereka juga diminati oleh peminat luar negara. “Hei, hari tu aku dapat invitation dalam blog aku. Ingat Shinhwa?” Semua mengangguk, sebagai jawapan pada soalan Ryeobum. “Dia ajak kita semua buat persembahan kat konsert amal dia!” Suara Ryeobum kedengaran amat teruja. Yang lain gembira dan excited. “Bila?” Hyuksoo bertanya. “Cuti musim panas ni. Hyuksoo, tanya la ayah kau. Takut dia tak bagi pula.” “Ok, settle. Kalau tak bagi pun, aku mesti pujuk juga.” Mereka ketawa. “Eh, kau dah bahagi part lagu ni tak?” Dongmin bertanya. “Hmm, salinan tu ada kat situ. Korang ambil la. Ni la lagu first time kita yang hanya guna piano.” Dongmin tersenyum. “Kita tambah violin nak?” Ryeobum tersengih. “Lah, nak menyelit juga.” “Ceh, bukan la. Kurang sangat korang buat lagu sentimental. Aku nak juga main violin biasa, bukan elektronik macam selalu.” Hyuksoo ketawa. “Ok la, nanti aku buat not dia.” Dongmin angguk. Dia mengambil salinan yang dimaksudkan Hyuksoo. “Dah la, lewat pula nanti. Ryeobum, Kangwook, jom!” “Ok, Whity, bye!” Mereka berdua balik dengan kereta Dongmin. Dongmin menghantar Violet dan Baby ke rumah mereka malam itu.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Pagi esok....

                “Hmm, Alvan. Hari ini saya naik kereta saja la.” Alvan mengangguk. “Baik, tuan muda.” Dongmin masuk ke dalam kereta setelah Alvan membukakan pintu untuknya. Sebelum sampai di sekolah, Dongmin ternampak Haesu dan Haemin yang berjalan bersama. Dongmin memandang ke arah lain apabila keretanya melintasi dua orang gadis itu. ‘Eh? Sapphire Prince?’ Haemin perasan. Haesu memandang tajam. “Tu dah ada pemandu barulah tu. Nasib baik juga aku, tak payah terjumpa dia selalu.” Haemin rasa hairan apabila tiba-tiba Dongmin menaiki kereta kembali. “Haemin, kita belajar kat mana? Kelas kita kan terbakar.” “Entahlah. Kejap lagi ada perhimpunan rasanya. Pengetua beritahu sebelum balik semalam. Nak beritahu pasal ni kot.” Haesu diam. “Kelas kita sajakan tahun 2 kat tingkat 2 tu?” Haemin mengangguk. “Hujung makmal kimia, kelas kita, kelas tahun 3A dan last sekali bilik study kan?” Haemin mengangguk lagi. “Habis? Kita nak menumpang kat mana? Kat bangunan tu, hanya ada satu je lagi bilik study....mesti bagi tahun 3A guna. Kita? Bilik study bangunan Summer dah jadi perpustakan kecil dan kat bangunan Autumn pula memang tak buka, sebab kes dulu kot. Lagipun semua tak berani punya nak masuk kat bilik tu.” Haesu mengeluh. Hanya bangunan Winter mempunyai 2 bilik study manakala 2 bangunan lagi hanya satu. “Entah la. Sabar saja.” Mereka meneruskan perjalanan ke sekolah. -continue-

 

Sapphire 7

                “Perhatian kepada semua pelajar tahun 2C. Disebabkan kemalangan semalam, kamu akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan menumpang sebentar di kelas 2A, 2B dan 2D. Pelajar 2C diminta berjumpa dengan guru kelas anda di belakang dewan. Pelajar tahun 3A, boleh bergerak ke bilik study di bangunan Winter, tingkat 4.” Pengetua mereka memberikan arahan. “Lah, aku tak nak masuk 2A. Minta jauh la nasib malang.” Haesu berkata. ‘Tapi Turqouise kelas tu....aku tak nak jumpa Prince!’ Haesu mengeluh. Haemin disebelahnya diam. ‘Aku nak masuk 2A, Sapphire....’ Haemin berkata dalam hati. “Hei, tak apalah mana-mana pun, asal belajar. Cuma aku harap kau tak ‘menggempabumikan’ kelas 2A tu sudah kalau kau masuk. Eh, mana Hyuksoo yek?” Hyein bertanya. Haemin menjungkit bahu. “Oh, aku dengar, dorang tu dah nak buat lagu baru lagi dalam website dorang. Aku baru tahu semalam. Ah, tak sabarnya!” Hyein menambah lagi. “Apatah lagi ni lagu ciptaan Hyuksoo sepenuhnya...ah, mesti best!” Mereka diam apabila mendengar guru kelas mereka  mela membahagikan pelajar. “Pelajar Byun Haesu, Byun Haemin, Yoon Hyein...tolong bergerak ke kelas 2A.” Haesu terkejut. ‘Hish, macam mana ni?!’ Haesu gembira tapi dia rasa geram kerana terpaksa menghadap Dongmin. Haemin pula rasa begitu gembira. Hyein diam. “Hyuksoo?” “Dah la,kita jalan cepat.” Haemin mengajak mereka. Mereka bergerak, namun sampai di kelas 2A, Haesu berhenti. “Kakak, cepatlah!” Mereka pun masuk. Kebetulan guru yang berada dalam kelas itu belum memulakan pengajarannya. Dia memberikan peluang kepada pelajar yang akan masuk. “Hah, kamu disitu. Kenapa tercegat saja? Cepat masuk.” Guru itu berkata. Haesu, Haemin dan Hyein masuk. “Di belakang tu, masih ada tempat kosong. Duduklah.” Mereka menuju ke arah yang ditunjukkan guru itu. Hyein mengajak Haemin duduk bersamanya di tempat yang agak belakang. “Weh, apa ni?” Haesu berkata perlahan. Tempat kosong yang tinggal hanyalah meja yang betul-betul di belakang Dongmin dan Ryeobum. “Duduk saja la.” Hyein tersenyum. “Maaf, kakak...” Haemin serba salah. Haesu duduk juga. Kemudian, Hyuksoo muncul di hadapan pintu kelas itu. “Maaf, saya terlewat sedikit, cikgu.” “Masuklah.” Kini cukup 10 orang pelajar 2C menumpang di kelas 2A. Hyuksoo diminta duduk di sebelah Haesu yang masih kosong. “Haesu, tak adillah!” Hyein berbisik perlahan. “Padan muka kau, khianat aku lagi.” Haesu tersengih. Kemudian, kelas bermula. Sepanjang kelas itu, Dongmin langsung tidak memandang ke belakang. Haesu pula sedang sibuk melihat ke arah Shinhyun yang duduk di hadapan sekali di barisan Haemin dan Hyein. Telefon bimbit Dongmin bergetar. “Ish, malaun mana ni?’ Dongmin mencuri-curi baca mesej yang baru masuk itu. ‘Ceh, Turqouise. Berani dia hantar mesej, padahal dia duduk kat depan tu?’ Dongmin membaca. ‘Kau mengaku sajalah. Elok-elok dia kat belakang kau tu, beritahu sajalah perasaan kau sebenar padanya.’ Dongmin rasa geram. Dia membalas. ‘AKU TAK PERLU NASIHAT KAU LA!!! Jangan sibuk pasal tu. Aku TAK SUKAkan dia pun!’ Shinhyun terkejut dengan mesej yang dihantar Dongmin. ‘Kau tak fahamkan? Haesu perlukan kau lebih dari aku, bukan aku yang dia suka tapi kau, Turqouise.’ Dongmin mengeluh. Keluhan itu memelikkan Ryeobum disebelahnya. “Kenapa?” Ryeobum bertanya perlahan. “Tak ada apa. Aku okey, belajar sajalah.” Suara Dongmin perlahan tapi sedikit keras. Ryeobum tahu Dongmin sedang marah tapi dia tak tahu puncanya. ‘Takkan pasal Haesu kot? Alah, selalu macam tu...’ Ryeobum mengalih pandangannya ke belakang. Dia terlihat Haesu yang tekun melihat ke arah Shinhyun. ‘Entahlah dorang ni..Haesu ni suka Shinhyun agaknya? Yang mamat dungu sebelah aku ni, tak pernah buang ego dia tu la...’ Ryeobum melihat ke arah Haemin. ‘Ah, dia sekelas dengan aku lagi..bestnya..’ Ryeobum memang menyukai Haemin sejak tahun lepas lagi. Namun kerana sikap pemalunya terhadap perempuan yang dia sukai, dia pendamkan perasaannya sampai hari ini. Tanpa disedari olehnya, Kangwook juga mempunyai perasaan terhadap Haemin sejak peristiwa di pesta sukan sekolah mereka tahun lepas. Dia dan Haemin telah tertukar beg sukan. Dia juga telah terminum air Haemin yang telah diminum Haemin. Kangwook menganggap itu sebagai indirect kissnya. Disebabkan peristiwa itu juga, Haemin dikejar peminat Kangwook sehingga seminggu. Akhirnya masalah itu diselesaikan Dongmin. Ketika itu juga, Haemin semakin menyukai Dongmin. Dia tertarik dengan Dongmin setelah dia cuba mempertahankannnya daripada peminat Kangwook dan dia bernasib baik kerana tidak dikejar peminat Dongmin pula. -continue-

 

Sapphire 8

                “Sapphire, ikut aku kejap!” Shinhyun memanggil Dongmin setelah rehat bermula. Dongmin mengikuti langkah Shinhyun yang menghala ke bilik 5 Princes. Mereka masuk. “Kau duduk dulu.” Shinhyun ke pantry, membuat air dan mengambil kek dalam peti sejuk. Makanan itu memang telah disediakan di dalam bilik itu. Bilik mereka memang lengkapi pelbagai kemudahan seperti makanan, minuman, bilik komputer, perpustakaan kecil yang menyimpan maklumat sekolah serta bilik latihan mereka untuk lagu baru. Shinhyun meletakkan makanan dan air itu dihadapan Dongmin. “Kau nak apa?” Dongmin bertanya kasar setelah Shinhyun duduk. “Kenapa kau bagi mesej macam tu? Salahkah tekaan aku? Rasanya tak....berdasarkan waktu dulu....aku beri nasihat...” Dongmin ketawa. Shinhyun hairan. “Ni je? Baik kau tanya dalam kelas tadi. Turqouise...Turqouise...kau ni buta ke? Aku tak suka langsung kat dia dan dia tu tak mungkin suka aku. Sebab dia sukakan kau, Turqouise!” Jerkahan dan ayat terakhir Dongmin mengejutkan Shinhyun. “Kau jangan mengarut, Sapphire!” Dongmin tersenyum sinis. “Jangan buat-buat buta la. Aku rasa kau tau tapi cuba nafikan sebab kau ingat aku suka dia? No!” Dongmin keluar. Dia terkejut melihat Kangwook, Ryeobum dan Hyuksoo yang sedang memasang telinga di hadapan pintu tapi dia terus berjalan. “Dongmin?” Kangwook dan Ryeobum serentak memanggil. 3 putera itu tak faham apa yang berlaku pada 2 orang kawan mereka itu. “Turqouise, apa yang berlaku?” Shinhyun diam, soalan Hyuksoo tiada jawapan. ‘Mungkinkah....berkaitan dia? Seperti anggapan aku awal-awal tadi...’ Ryeobum berkata dalam hati.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

                “Ok, saya akan bagi satu tugasan yang kamu semua kena hantar secara individu minggu depan. Tapi tugasan ni kena bincang secara berkumpulan jadi saya bahagikan kumpulan.” Guru itu mula membahagikan pelajar kelas 2A itu kepada beberapa kumpulan. “Pelajar Byun Haesu, Byun Haemin, Putera Park Ryeobum, Putera Kim Dongmin, satu kumpulan. Putera Lee Shinhyun, Putera Shim Hyuksoo, Putera Joo Kangwook dan pelajar Yoon Hyein, satu kumpulan. Ok, semua dah ada kumpulan? Lantik seorang ketua dan datang ambil tugasan dihadapan.” Pembahagian itu memang mengejutkan Dongmin dan Haesu. “Cikgu! Saya nak tukar kumpulan.” Dongmin berkata. “Kenapa pula, putera?” Dongmin diam. “Tak selesalah, cikgu.” Kata-kata itu menaikkan kemarahan Haesu. “ Prince ni!” Haesu berkata perlahan tapi didengari Dongmin. “Hmm, nampaknya saya terbahagi putera dengan musuh putera ya? Hmm, putera nak tukar dengan siapa?” Guru itu bertanya. Hampir kesemua guru di sekolah itu mengetahui permusuhan Dongmin dan Haesu. Kebanyakan guru perempuan menyokong Dongmin manakala guru lelaki pula menyokong Haesu. Kadang kala permusuhan mereka menjadi pertaruhan guru-guru sekolah itu termasuklah pengetua. Disebabkan ini juga, guru-guru perempuan tidak menyukai Haesu. “Saya nak tukar dengan Shinhyun.” Shinhyun terkejut. “Baiklah, saya tak kisah. Berkumpul dengan kumpulan kamu semua.” Dongmin duduk di meja Kangwook. Hyein dan Hyuksoo juga berkumpul disitu. ‘Untung la dia tukar, kurang-kurang dia tukar dengan Shinhyun...hehe...’ Haesu gembira. ‘First time, aku berterima kasih kat kau, putera najis...’ Shinhyun dan Dongmin dilantik menjadi ketua kumpulan masing-masing. Shinhyun mendekati Dongmin. “Apa kau nak buat sebenarnya?” Shinhyun berbisik perlahan. “Pulangkan kepada yang sepatutnya...” Dongmin duduk semula di kerusinya. Kemudian, semua kumpulan memulakan tugasan masing-masing. ‘Eh? Kenapa Prince tu baik pula hah?’ Soalan itu bermain di kepala Haesu. Haemin di sebelahnya menyikunya. “Kakak, buat la kerja tu.” Haemin berkata perlahan. “Yala.” Ryeobum mencuri pandang Haemin. ‘Hmm, aku rindu betul nak tengok wajahnya dekat-dekat. Aku tak berani nak beritahu yang aku...’ Ryeobum berkata dalam hati. “Baby?” Shinhyun mengerakkan tangannya dihadapan Ryeobum yang termenung. “Hah? Oh, sorry...sorry..sorry...” Ryeobum kembali menyambung kerjanya. “Hei, Dongmin. Apa terjadi antara kau dengan Turqouise?” Kangwook bertanya. Hyein rasa hairan. ‘Apa yang berlaku?’ “Sapphire, ingat. Kami juga kawan kau, kalau ada masalah, beritahu la.” Hyuksoo berkata pula. “Ok je, Whity.” “Hyuksoo, ni ada aku tak fahamlah.” Hyuksoo mengajar Hyein. -continue-

 

Sapphire 9

                “Sapphire, seriously. Aku tau ada sesuatu antara kau dengan Turqouise tapi pastikan ia tak jejaskan persahabatan kita juga group 5 Princes ni, ok?” Dongmin mengangguk. Kangwook kembali melakukan kerjanya. Begitu juga pelajar lain. Mereka tekun menyiapkan kerja mereka hingga masa tamat. “Baiklah, cuba siapkannya sehingga minggu depan. Pagi Ahad depan, Shinhyun, tolong kutip semuanya dan hantarkan pada saya. Diatas kertas itu, tuliskan nama ketua kumpulan kamu dan ahlinya ya? Ok, itu saja.” Mereka mengucapkan terima kasih sebelum guru itu keluar.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

                “Haemin!” Ryeobum memanggil Haemin setelah keluar dari kelas. Haemin yang berjalan bersama Haesu dan Hyein mengalih ke arah Ryeobum. “Boleh aku jumpa kau sekejap?” Haemin mengangguk. ‘Apasal tiba-tiba Baby Prince nak panggil aku?’ Haemin mengikuti langkah Ryeobum yang memasuki kelas semula. ‘Aku berani ke ni?’ Ryeobum berhenti. Haemin juga. “Kenapa putera panggil aku?” Haemin bertanya. Ryeobum mengeluh. “Aku...” Ryeobum terdiam. “Sebelum putera beritahu tu, boleh aku tanya?” Ryeobum memandang Haemin. “Apa dah jadi dengan Sapphire Prince? Kalau tak, selalu bergaduh dengan kakak tapi dia diam saja. Dia ada masalahkah?” Haemin bertanya. Ryeobum merasakan Haemin begitu mengambil berat tentang Dongmin. “Aku juga tak tau. Haemin, adakah kau sukakan Dongmin?” Haemin terkejut. Mukanya merah, dia diam dan menunduk. Ryeobum dapat mengagak. “Betul ya? Wah, tekaan aku betul la!” Haemin mengangkat muka. “Apa maksud putera?” Ryeobum tersenyum. Dia mengeluarkan telefonnya dengan rasa hampa. “Aku baru rekod perbualan kita. Dari pertanyaan kau tadi, aku dapat agak kau betul-betul sukakan Sapphire. Betulkan?” Ryeobum tersenyum lagi. Dia rasa kecewa tapi dia tetap berbohong. ‘Oh, tolonglah..sesiapa hentikan mulutku ini...’ “Tak, padam balik kesemuanya! Putera!” Haemin cuba mengambil telefon Ryeobum. Tanpa disedari, kaki Ryeobum tersandung pada kaki meja. Dia tidak dapat mengimbangi dirinya lalu terjatuh diatas Haemin. Haemin terkejut. “Putera...” Ryeobum tiba-tiba mendapat kekuatan untuk berterus terang. “Sebenarnya, Haemin..aku sukakan kau...” Ryeobum berkata perlahan tapi Haemin mendengarnya jelas. Dia terkejut. “Putera, jangan...” Ryeobum memandang Haemin dalam. “Aku tak berbohong. Itulah yang sebenarnya aku nak cakapkan. Dan tadi aku cuma berbohong. Aku tak rakam pun perbualan kita. Untuk apa? Aku sangat sukakan kau sejak dulu lagi. Tapi aku tahu, Sapphire pilihan kau kan? Jadi, aku harus  mengalah...” Ryeobum bangun dan terus keluar dari kelas. Haemin bangun tapi tergamam disitu. ‘Betul apa yang berlaku? Adakah aku bermimpi?’ Dia bangun dan duduk di mejanya. Dia terdengar telefon bimbitnya berbunyi. ‘Kakak,..eh?’ Dia terlihat sesuatu terselit di celah buku di bawah mejanya. ‘Macam surat...’ Haemin mengambilnya, dia tak pedulikan mesej yang dihantar kakaknya tadi. ‘Haemin, aku harap kau tak marah pada aku. Aku sukakan kau. Sudikah kau jadi teman wanita aku? Aku tak paksa, kau fikirkanlah. Aku sukakan kau sejak dari peristiwa di pesta sukan sekolah tahun lepas. Aku sungguh gembira bila lihat kau masuk kelas ni selama seminggu. Harap kau terima aku. –Violet Prince/Kangwook-‘ Haemin terkejut. ‘Apa dah jadi ni? Kenapa mereka sukakan aku? Aku sukakan Sapphire, tapi aku tahu aku tak mungkin dapat dia. Aku percaya Sapphire Prince memang untuk kakak. Namun, aku tak mungkin dapat hapuskan perasaan aku macam tu saja. Baby Prince, Violet Prince...’ Haemin mengeluh. Dia sendiri buntu. Dia bangun dan duduk di tempat duduk Dongmin. ‘Andainya yang menyukai aku adalah Sapphire...’ Haemin meletakkan kepalanya diatas meja Dongmin. ‘Tak! Aku patut lupakan dia. Aku harus terima antara mereka. Tapi siapa?’ Haemin mengangkat kepala. Dia mengeluh lagi. ‘Aku tak pasti...Ryeobum baik, Kangwook juga.....tak tahu siapa yang patut aku pilih... tapi kalau aku pilih, dan tak dapat menyukai dia...takkah melukai dia? Ah, bencinya keadaan ni!’ Haemin bangun. Dia keluar dari kelas. Sampai dihadapan pintu pagar, dia mancari kakaknya. ‘Mana? Ah..’ Dia mengeluarkan telefonnya. Kakaknya memberitahu bahawa dia dan Hyein pulang dahulu. Haemin mengatur langkah ke taman berdekatan sekolah dan rumahnya. ‘Ah, lama tak datang sini...mungkin dah lama tak ada masalah?’ Haemin tersenyum. Dia duduk di salah satu buaian. -continue-

 

Sapphire 10

Pagi esok...

                “Kakak...” Haemin ingin menanyakan sesuatu pada kakaknya yang berjalan dihadapan. “Ya?” Haesu memandang ke arah adiknya. Dia berhenti. “Kenapa?” Haemin serba salah hendak bertanya pada kakaknya. “Ermm..” Haesu hairan melihat perangai adiknya. “Kenapa dengan kau, Haemin?” Haesu bertanya. “Kakak rasa, andai katalah kakak terpaksa pilih antara dua orangkan, kakak pilih siapa? Yang sorang tu baik sangat, dia memang perfectlah. Yang sorang lagi pula baik dan sopan je orang dia. Tapi point penting dia la, kakak tak suka langsung dengan dorang ni. Kakak minat orang lain. Tapi orang tu tak mungkin suka kakak. Kakak pilih siapa, yang baik tu, yang sopan tu atau yang kakak suka tu?” Haemin akhirnya bertanya. Haesu berfikir sebentar. “Kenapa kau tanya? Hmmm, kalau kakak...” Haesu diam. “Maybe yang suka tu kot...” Haemin ingin minta kepastian lagi. “Walaupun tak mungkin dia sukakan kakak?” Haesu diam lagi. “Entahlah...” Haesu berkata selapas beberapa lama. “Eh? Yang kau tanya sangat ni kenapa?” Haemin berjalan kembali. “Hmm...cepat la...lupakan saja..” Haesu mengikuti langkah Haemin, masih bingung. Sekali lagi pagi ini, mereka terserempak dengan kereta Dongmin. ‘Sapphire..’ Haemin berkata perlahan. ‘Kenapa putera najis ni naik kereta pulak yek? Hmm, rasa lama pulak tak gaduh dengan dia. Boring rasanya...’ Haesu berkata dalam hati. ‘Eh? Apasal pulak aku fikir pasal dia??’ Haesu menggeleng. Haemin hairan. “Kenapa?” “Tak ada apa-apa la.” ‘Sapphire...aku lepaskan kau saja sebab aku tau kau sukakan kakak aku kan? Memang kaulah milik kakak aku. Korang pasangan yang sepadan..’ Haemin memandang Haesu sebentar dan terus berjalan. Mereka sampai di sekolah kemudiannya.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

               Haemin masuk ke dalam kelas. Dia ternampak Ryeobum dan Kangwook. Haemin terus berlalu ke tempatnya. Kangwook ingin menegur tapi dia terasa malu pula. Ryeobum tahu dia tidak patut bercakap lagi dengan Haemin. ‘Hati Haemin untuk Sapphire saja...’ Ryeobum mula bercakap dengan Hyuksoo dibelakangnya. Haemin diam. Hyein pula masih mencuri pandang pada Hyuksoo. Hyuksoo perasan tapi tak mengendahkannya. Haesu pula diam. Dia tak tahu hendak buat apa. Kelas mereka bising seketika. Shinhyun memandang ke arah Haesu. ‘Aku tak percaya dengan Dongmin ni...apa yang dia fikir sebenarnya...rasanya tu bukan benda betul. Aku nak tanya Haesu tapi...’ Shinhyun mengeluh. Dongmin perasan Shinhyun sedang melihat ke arah Haesu. ‘Kau pun suka dia ke?’ Dongmin menunduk, dia membuang pandang pada komik baru dibelinya yang dilukis oleh pelukis kegemarannya. “Selamat pagi!” Guru mereka masuk. Dongmin segera memasukkan komik itu ke dalam begnya. Haesu ternampak. ‘Oi! Cite tu, aku tak beli lagi la!!’ Haesu juga menyukai pelukis komik itu. ‘Dia ni, saja menunjuk ke??’ Haesu rasa geram. Haemin melihat ke arah Ryeobum, kemudian beralih kepada Dongmin. Akhirnya, dia memandang Kangwook yang duduk dihadapan Hyein. ‘Aku tetap takkan pilih Sapphire...tapi antara mereka...aku nak pilih siapa?’ Pertanyaannya itu masih bermain di fikiran Haemin. Hyein masih sibuk mencuri pandang ke arah Hyuksoo. ‘Ah, Whity...kalaulah aku boleh peluk kau sekarang ni...” Semua pelajar duduk selepas mengucapkan selamat pagi pada guru mereka. Kemudian, kelas mereka bermula. “Hyein, kau sedarlah, sudah-sudah la tu.” Haesu berbisik sedikit pada Hyein. Dia rimas dengan pandangan Hyein yang asyik mencuri perhatian Hyuksoo. Dia menjadi orang tengah, rasa tak selesa. “Yang kau sibuk apasal? Biarlah kat aku, kau kisahkan je la pasal Sapphire Prince kau tu.” Hyein ketawa dihujung ayatnya. Dongmin terdengar dan memandang Hyein. “Sorry...sorry..sorry...” Hyein berkata dan memandang ke hadapan. Haesu geram pada Hyein. “Kau ni!!” Guru mereka tersedar yang Haesu dan Hyein sedang berbual di belakang. “Hah, kenapa tu? Pelajar Byun Haesu, Yoon Hyein, ada masalah?” Haesu menggeleng. Hyein kelihatan takut. “Hish, kamu ni! Tak habis-habis dengan masalah!” Guru perempuan itu sudah bersiap sedia hendak merotan Haesu dan menarik Haesu bangun. Dia memang suka memukul pelajar yang dianggap salah. Sebaik saja rotan itu tinggal lima inci lagi mengenai badan Haesu, tiba-tiba ada orang menghalangnya. -continue-

 

Sapphire 11

                “Oh, tidak! Putera tak apa-apa? Kenapa putera menghalang?” Dongmin tersenyum. Belakangnya terasa sakit kerana dia tak pernah merasa dirotan sejak lahir lagi. “Tak apa-apa, cikgu. Masih baik. Cikgu, lain kali jangan memukul pelajar perempuan dengan rotan. Mereka lemah, tidak seperti lelaki, cikgu.” Guru itu terdiam. Dongmin kembali duduk. Haesu tergamam disitu. Dia tidak menyangka Dongmin melindunginya. “Hah, kamu! Duduklah.” Haesu duduk. “Aku rasa Dongmin pasti begitu sakit kerana dia tak pernah dirotan seumur hidupnya.” Hyuksoo berbisik perlahan pada Haesu. Haesu terdiam mendengar kata-kata Hyuksoo dan mengimbas kejadian yang amat pantas tadi. ‘Itu cukup membuktikan kau sayang dia, Dongmin..’ Shinhyun tersenyum.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

                “Haesu...” Shinhyun menegurnya setelah habis kelas. Dongmin yang berada tidak jauh di belakang mereka terdengar. “Haesu, boleh aku nak tanya kau sesuatu?” Haesu cuma mengangguk. “Mari ikut aku sekejap.” Shinhyun menghala langkahnya ke arah bilik 5 Princes. Dongmin melihat sayu. ‘Aku malas nak ambil tahu.’ Dongmin berjalan menuruni tangga. Dia ingin pulang. Haemin mencari-cari kakaknya. ‘Eh? Mana kakak aku pergi ni?’ Hyein menyapanya. “Kau tak nak balik lagi ke” Haemin menjenguk ke belakang. “Kakak aku...” “Tadi aku dengar Turqouise Prince cari dia.” “Hmm, tak apalah...kita jalan sekali.” Hyein mengangguk. Mereka berjalan bersama. Kangwook di belakang mereka ingin memanggil Haemin tapi dia takut. Ryeobum ternampak Kangwook. “Violet, tak nak balik lagi ke?” Kangwook terkejut. “Hush, Baby! Terkejut aku tau!” “Apasal lak, kau ada buat salah ke?!” Kangwook memandang Ryeobum. “Heh, apa yang kau fikir ni...mana ada!” Kangwook berjalan ke hadapan. “Hei, tunggu. Jangan lupa siapa hantar kau hari ni!” Kangwook berhenti. “Yalah, aku tau kau yang hantar aku kejap lagi. Silakan jalan dalu, tuan muda Ryeobum.” Kangwook berkata dalam nada mengejek. Tanpa mereka sedari, Haemin sedang memerhatikan mereka tadi sebelum dia pulang bersama Hyein yang menunggunya dibawah. Pada masa yang sama, Shinhyun mempersilakan Haesu duduk di sofa di dalam bilik 5 Princes. “Wow, cantiknya decoration bilik ni. Bilik ni khas untuk korang kan? Ingatkan cuma bilik persatuan pelajar yang biasa, rupa-rupanya...siapa decoratornya?” Shinhyun tersenyum. “Idea Dongmin dan sedikit bantuan Kangwook. Ayah Dongmin membuka syarikat hiasan dalaman, Blue Deco Company kan? Ayah Kangwook pula pemilik syarikat pembinaan terkenal, Purple Construction. Jadi dengan bantuan dan bakat yang dorang ada, terhasillah bilik yang sempurna ni.” Shinhyun berkata panjang lebar. Haesu hanya mendengar. ‘Wow, putera najis tu terer juga yek? Tak tau pulak, ingatkan dia tu memang tak guna macam najis..hehe..’ Haesu memuji dalam hati. Shinhyun ingin bertanya tapi dia tak tahu ingin memulakan dari mana. Masing-masing diam. “Haesu, betulkah Dongmin beritahu yang kau sukakan aku?” Shinhyun lega, dia berterus terang juga akhirnya. Haesu terkejut. ‘Hee? Prince tu beritahu dia...mana dia tahu aku sukakan Shinhyun? Huh, nak mengaku ke? Malulah! Kurang siot lagi ke putera najis tu?!’ Haesu bergumam dalam hati. Dia diam, gementar. Shinhyun menunggu jawapan Haesu. Tapi terlalu lama menanti pula. “Aku harap kau tak marah. Aku cuma tanya. Tapi lebih baik jawapannya tak betul, kerana aku cuma anggapkan kau sebagai kawan baik aku dan Dongminlah paling layak untuk kau. Dia sangat-sangat sukakan kau sehingga dia sanggup lepaskan peluang untuk pikat kau semata-mata dia tau kau sukakan aku. Haesu, seriously, i’m not suitable for you, Sapphire is your destiny...dia sanggup dirotan tadi sebab dia betul-betul cintakan kau...” Haesu terkejut dan kelu. Haesu ingin memberitahu perkara sebenar tapi dia telah terlepas peluang itu. Shinhyun tidak menyukai dia. Haesu terdiam ‘Dongmin? Destiny? Tak mungkin, tak masuk akal sangat-sangat!’ Haesu merungut dalam hati. “Haesu, percayalah...Dongmin sengaja mencari gaduh dengan kau sebab dia nak tarik perhatian kau...dia memang seorang yang tak reti menunjukkan perasaan dia sebenar.” “Tak, memang apa yang Dongmin kata tak betul. Sesuka hati je putera najis tu analisa perasaan aku. Heh, kau kan kawan aku, takkan aku suka kat kau pula? Hmph..jangan mengarut, Shinhyun. Tak mungkin aku dan Prince tu bersama.” Haesu bangun setelah mengatakan ayat terakhirnya. -continue-

 

Sapphire 12

                “Ni je ke? Hmm, beritahu putera najis tu, jangan sesuka hati tuduh orang tau. Ok, dah lewat ni. Aku pergi dulu.” Haesu berjalan menuju ke pintu. “Aku hantar kau?” Haesu mengalih ke belakang kembali. “Tak apa. Aku nak singgah kedai kejap. Bye!” Haesu keluar. Dia berjalan pulang sepantas mungkin. ‘Bodoh! Bodoh! Dasar najis! Aku mentah-mentah kena tolak dengan dia. Tak sempat nak beritahu sendiri, !!’ Haesu memaki hamun dalam hati. Air matanya laju mengalir. Dendamnya pada Dongmin terasa bertambah lagi. Dia sampai di taman itu lalu duduk di salah satu buaian. ‘Tapi...aku rasa dia....agak baiklah, kejadian tadi..malah dia memahami perasaan aku pada Shinhyun...’ Haesu berkata perlahan. Dia rasa amat kusut. ‘Patut ke aku benci dia? Atau...?’

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Esok...

                ‘Jumpa aku kat atas bumbung waktu rehat. Important! Kalau kau tak datang, memang kau cari nahas dengan aku!’ Dongmin membaca nota yang terselit di buku dalam mejanya. Dia melihat sekeliling. Haesu memandang dia tajam. ‘Takkan Haesu kot?’ Dongmin kembali memandang ke hadapan. Kemudian, kelas bermula. Sepanjang kelas itu, Dongmin tak dapat menumpukan perhatian langsung. Haemin masih tidak membuat keputusan. Ryeobum tidak mempedulikan Haemin. Kangwook pula tak berani menegur Haemin. Kangwook dan Ryeobum tidak mengetahui mereka menyukai gadis yang sama. “Baiklah, sampai sini saja. Kamu boleh rehat sekarang.” Guru itu keluar setelah semua pelajar mengucapkan terima kasih. Dongmin segera bergerak ke atas. Haesu telah lama hilang. Dongmin sampai di atas bumbung. “Sampai jugak kau, hmm 5 minit...macam kura-kuranya kau jalan...otak pun sama kot?” Haesu menyapa Dongmin sinis dan ketawa. Dongmin mencari arah suara Haesu. Dia terlihat Haesu yang berdiri di hujung dan melihat ke bawah. “Apa kau nak?” Dongmin bertanya setelah dia mendekati Haesu. Angin bertiup agak kuat. “Hmph...sepatutnya kau tau tujuan aku. Apa kau dah buat?” Dongmin pelik. Soalannya dibalas dengan soalan daripada Haesu. “Apa aku dah buat?” Haesu ketawa. “Lembap! Kau memang tak berguna, macam najis. Padanlah dengan Prince! Tak layak langsung dengan nama Sapphire yang suci tu!” Haesu beralih memandang Dongmin. Marah Haesu yang membara tiba-tiba suram apabila dia bertembung mata dengan Dongmin. Rambut hadapan Dongmin ditiup angin, Haesu dapat merasakan Dongmin sangat kacak ketika itu. Kali pertama Haesu memuji sebegitu. ‘Heh? Kenapa dengan aku ni?’ “Kau nak apa? Straight to point boleh? Aku tak pahamlah! Lagipun tak ada masa nak dengar kau berleter!” Dongmin hilang sabar. “Kau memang tak guna. Sesuka hati kau je beritahu Shinhyun, aku sukakan dia. Kenapa kau tuduh aku macam tu? Aku tak suka pun!” Haesu melepaskan marah yang terbuku tadi. Marahnya berapi kembali. Dongmin tersenyum. “Jangan berdalih. Kau memang sukakan dia kan? Aku menolong kau kan? Kenapa kau nak marah? Dah memang betul kau sukakan dia.” Haesu terdiam. ‘Mana dia tahu sebenarnya ni?’ Dongmin tersenyum. “Haesu, aku tau perasaan suka kau pada dia. Jangan berpura-pura.” Haesu terkejut. ‘First time dia sebut nama aku..’ Haesu terdiam lagi. Dongmin mendekatinya lagi. “Kau mengaku kan?” Haesu geram. “Tak betul!” Haesu nak mengorak langkah pergi tapi tangan pantas ditangkap Dongmin. Sepantas kilat juga, Haesu berada dalam pelukan Dongmin. “Haesu, janji dengan aku, kau akan bahagia dengan Shinhyun. Dan aku takkan kacau kau lagi lepas ni. Maafkan perangai aku dulu. Kau masih marahkan aku sebab idola kau kan? Maafkan aku ya? Bahagialah dengan Shinhyun, janji pada aku.” Haesu tergamam, kaku. Dongmin perlahan mencium pipi Haesu tanpa meleraikan pelukannya. Haesu terkejut dan terkedu. “Aku tahu kau sukakan dia waktu selamatkan kau dari kebakaran tu. Yang pastinya, Shinhyun akan bersama kau. He will be yours.” Dongmin meleraikan pelukan dan pergi. Dia kembali ke kelasnya. Haesu masih disitu. ‘Apa maksud kau sebenarnya? Kenapa kelakuan dia pelik betul? Dia tenang, tak gaduh dengan aku. Aku tak paham! Dia juga yang selamatkan aku..bukan Shinhyun..’ Haesu tertanya sendiri. Dia melangkah perlahan ke kelas. ‘Apa maksud kau, Dongmin? Jangan gantungkan perkara sebenar, aku tak paham...’ Haesu bergumam lagi. ‘Eh? Aku sebut nama betul dia tadi? Dah lama rasanya, selepas kejadian tu..aku...’ -continue-

 

Sapphire 13

                ‘Dah lama tak sebut nama betul dia...aku dah maafkan dia ke? Aku juga yang berjanji takkan sebut nama betul dia...sehingga aku maafkan dia....benarkah? Dia juga dah selamatkan aku dua kali...’ Haesu tertanya pula. Dia masuk ke dalam kelas. Dia terpandang Dongmin. Dongmin tak melihat langsung ke arahnya. Haesu mengalihkan pandangannya pada Shinhyun yang sedang membaca. Haesu mengeluh akhirnya dan duduk ditempatnya.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

                “Haemin!” Kangwook memanggil Haemin sewaktu pulang. “Boleh aku jumpa kau kejap?” Haemin mengangguk. Mereka berjumpa di tangga. “Haemin, sebenarnya aku..” Haemin dah mengagak tujuan Kangwook memanggilnya. “Violet Prince, aku..” Haemin terdiam bila terdengar suara seseorang di bawah. “Putera, saya harap putera terima saya.” Seorang senior perempuan sedang bersama Ryeobum di bawah. ‘Ryeobum?’ Haemin menjenguk ke bawah. Kangwook hairan. “Kenapa Haemin?” Kangwook bertanya. Haemin masih diam dan melihat ke bawah. “Putera...” Senior tadi memaut leher Ryeobum yang diam saja. Senior itu mendekatkan mukanya dengan Ryeobum. Serentak itu, Haemin turun dan menarik tangan Ryeobum pergi. Kangwook yang mengikuti Haemin dari belakang terpinga-pinga bila Haemin bertindak sebegitu. “Apa kena ni?” Ryeobum cuba melepaskan tangan Haemin bila langkah Haemin semakin perlahan. “Apa yang kau buat?” Ryeobum memegang tangan Haemin selepas melepaskan tangannya tadi. Haemin berhenti. “Haemin...” ‘Apa aku buat tadi? Apa dah jadi dengan aku? Tadi, dalam fikiran aku..’ Suasana diam. Haemin masih membelakangkan Ryeobum, tangannya masih dalam pegangan Ryeobum. “Haemin, beritahulah..” Haemin beralih dan memeluk Ryeobum. Ryeobum terkedu. Kangwook yang mengikuti dan memerhati mereka terasa sedih setelah mengetahui siapa pilihan Haemin. Dia berlalu. “Haemin.” Haemin menangis. “Aku tak tahu. Bila lihat apa yang berlaku tadi, aku harap sangat benda tu tak jadi. Aku...aku takut kehilangan kau..” Perlahan suara Haemin dalam tangisannya. Ryeobum memeluknya erat. “Haemin, aku cintakan kau..sayang sangat-sangat. Cutty Princess, really love you.” Ryeobum tersenyum. “Baby, thank you.” Mereka berpelukan erat. Ryeobum lega, akhirnya cintanya berbalas. “Haemin..terima kasih..” Mereka bercium, ditemani cahaya senja terpancar dari tingkap dan air mata kegembiraan kedua-duanya.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

2 hari kemudian..

                “Dongmin!” Ryeobum menepuk bahu Dongmin. “Huh?” Dongmin terkejut sedikit. Ryeobum menggeleng. “Kau ni apasal la 2-3 hari ni? Senyap je hobi kau, gaduh dengan Haesu pun hilang. Apasal, hah? Baca komik pun melayang kat tempat lain.” Haesu ke tandas ketika ini. “Tak ada apa. Malas nak cari gaduh, kang kelas ni terbakar..” Dongmin cuba ketawa tapi kedengaran pelik pada Ryeobum. “Aku pun pelik tengok kau, Sapphire.” Hyuksoo menyampuk. Kangwook diam. Dia malas nak masuk campur. Dia masih rasa kecewa. “Tak ada apalah. Korang ni!” Dongmin cuba senyum pula. “Kau jangan bohong! Kau dengan Turqouise pun kurang bercakap la ni. Boring la kami macam ni...kan Kangwook?” Ryeobum memandang Kangwook. “Hmm..” Perlahan balasan daripada Kangwook. “Lah, ni pun nak join dorang, tak best la!” Hyuksoo berkata. Suasana sunyi. Hyein dan Haemin yang mendengar perbualan mereka itu tertanya-tanya tapi Haemin dapat rasa Kangwook kelihatan senyap kerana semalam. Kring! Loceng rehat berbunyi. “Putera, ke sini kejap.” Haemin memanggil Kangwook. Ryeobum ternampak tapi dia tenang. Dia tak mahu cemburu buta. Hubungan dia baru nak bermula. “Putera Kangwook, maaf..aku..” Kangwook tersenyum. “Aku nampak dah. Ok je!” Kangwook tersenyum. Haemin lega tapi dia tahu Kangwook terluka. “Putera, maafkan aku...” Kangwook tersenyum. “Alah, relaxlah. Hah, lepas ni kawan ok? Jangan panggil putera lagi. Panggil saja Kangwook atau Violet. Baru betul!” Haemin tersenyum. “Kawan?” Kangwook menyambut huluran tangan Haemin sambil mengangguk. “Kawan!” -continue-

 

Sapphire 14

                Mereka berdua bertukar senyum. Tak jauh dari situ, Ryeobum sedang memerhatikan mereka. ‘Rupanya, Violet...ah! Kenapalah aku tak perasan langsung? Harap Violet okey...aku tak sengaja...maafkan aku, Violet...”

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

                “Haemin..” Haesu memanggil adiknya yang hendak masuk ke kelas. Beberapa minit lagi masa rehat tamat. “Kenapa kakak?” Haesu mengeluh. Haemin hairan. “Macam mana kalau kakak kata kakak...” Haemin menarik kakaknya, menjauhi pintu kelas. Ketika itu, Dongmin hendak masuk ke kelas. Dia terlihat Haemin dan Haesu. “Kakak, kenapa ni?” Haesu diam. “Andai kata la, kau tersuka kat orang yang tak sepatutnya, apa kau nak buat?” Haemin diam. “Hmmm...entahlah, tak tau la, kakak.” Haesu mengeluh. “Tak apalah, cepat. Nanti masa rehat habis pula.” Haesu menarik Haemin. ‘Apasal dengan kakak ni?’

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

                Haesu asyik memerhati belakang Dongmin sepanjang kelas. Hyuksoo perasan tapi dia diam sahaja. ‘Malas nak kacau dorang ni. Nanti ribut pula.’ Hyuksoo berkata dalam hatinya. Ryeobum pula mencuri lihat pada Haemin. Haemin perasan dan kadang-kadang tersenyum pada Ryeobum. Kangwook pula menumpukan perhatiannya. Dia cuba untuk melupakan perasaannya pada Haemin. Dongmin diam, dia berfikir sesuatu. ‘Kenapa la Turqouise tak bertindak lagi ye? Tah-tah dorang dah kapel?’ Soalan itu menikam perasaannya sendiri. Dongmin tidak dapat menumpukan perhatian langsung sehingga kelas tamat. Waktu pulang, Dongmin terus keluar. Haesu dan Haemin keluar dahulu daripada Hyein kerana Hyein ingin menghabiskan kerjanya. Dia menyuruh mereka menunggunya di bawah. “Haemin...” “Ya?” Haemin memandang kakaknya. Mereka berhenti melangkah. “Kau percaya tak kalau kakak kata kakak....rasa kakak dah suka pada Dongmin?” Haemin terkejut. “Ap...apa kakak kata?! Suka?!” Haesu pula terkejut dengan suara Haemin. “Nampak sangat kau tak percaya...” Haemin tersenyum. “Tak, Haemin gembira. Akhirnya, ...eh bukan...Sapphire Prince dah tambat hati kakak...haha...dan kakak, dah lama Haemin tak dengar kakak sebut nama betul dia! Peningkatan yang bagus!” Jeritan Haemin sedikit kuat. Haesu menekup mulutnya. “Hei, kakak kata kalau la...” Haesu diam. “Tapi kurang-kurang kau sebut nama betul dia...” Hyein mendekati mereka. “Kau dengar?” Hyein ketawa kecil. “Sapa suruh adik kau jerit kuat-kuat sangat? Bukan setakat aku....satu sekolah boleh dengar kot..” Haemin dan Hyein ketawa. Haesu malu. “Aku cakap kalau kan...” “Kemungkinan tu ada...” Hyuksoo mendekati mereka. “Whity!” Hyein memaut lengan Hyuksoo. “Eh?!” Haesu dan Haemin terkejut. Hyein dan Hyuksoo ketawa kecil. “Kami ni dah lamalah, cuma tak mahu beritahu lagi. Betul-betul lepas kelas terbakar tu...” Hyuksoo berkata. “Alah, dia yang kata nak tunggu Dongmin tu dapat cinta dia...hah, ni..dah kira nak dapat dah ni...” Haesu tunduk. “Alah, Haesu...dia sememangnya sukakan kau! Yang kau Hyuksoo, tak beritahu aku...” Ryeobum muncul. Dia mendengar perbualan mereka melalui telefon Hyuksoo. Dia sedang bercakap melalui telefon dengan Hyuksoo tadi. Kebetulan jeritan Haemin menarik dia untuk mengetahui perkara sebenar. Jadi dia minta Hyuksoo membiarkan telefon itu sambil dia mendengar perbualan mereka. “Dan selain korang, kami berdua..juga!” Haemin menggenggam tangan Ryeobum. “Eh?!” Kali ini, Haesu, Hyein dan Hyuksoo pula terkejut. “Kami masih baru. Kebetulan banyak hal berlaku jadi tak sempat beritahu..” Haemin ketawa kecil. “Dah, masuk point asal. Dongmin tu, setahu aku memang sukakan kau sepenuh hati dia.” Ryeobum berkata. “Dan aku tengok kau jugak sukakan dia, ikut pemerhatian aku.” Kata-kata Hyuksoo membuatkan Haesu malu, dia tidak sedar Hyuksoo perasan apa yang dia buat ketika kelas tadi. Haemin dan Hyein tersenyum-senyum. “Dan Dongmin sememangnya sukakan kau sampai dia sanggup lepaskan kau sebab dia tahu kau sukakan aku dulu!” Satu suara kedengaran dari tembok yang tak jauh dari mereka. -continue-

 

Sapphire 15

                “Turqouise!” Semua terkejut. Shinhyun yang terdengar jeritan Haemin tadi lalu dia bersembunyi di belakang tembok berdekatan mereka. Dia mendengar setiap perkataan yang dikeluarkan mereka berlima. “Aku dah dengar. Haesu, percayalah. Dia memang sukakan kau sepenuh hati dia. Sejak dia tahu kau sukakan aku, dia jadi tak bersemangat dan cuba padankan kau dengan aku. Malah dia juga kurang bergaduh dengan kau bukan? Pengakuan tidak kau pada pernyataan dia melegakan aku. Sebab aku aku tahu korang adalah pasangan yang sesuai. Pastinya satu hari nanti kau akan suka padanya. Dan sekarang terbukti kan? Terus terang saja padanya, Angel.” Shinhyun berkata panjang lebar. Yang lain diam, menunggu jawapan Haesu. “Takkan kau nak diam selamanya? Wake up Angel Princess!” Shinhyun berkata  lagi. “Kakak...” Haemin memegang bahu Haesu. “Aku tak tahu, aku keliru. Kadang-kadang aku nak dia disisi aku, kadang-kadang aku benci dia. Aku tak berani...” Shinhyun, Hyuksoo dan Ryeobum tersenyum. “Tiga hari lagi, waktu hari last korang dalam kelas kami, hari lahir Dongmin. Kau guna la masa tu.” Ryeobum berkata. “Aku boleh tolong!” Kangwook muncul. “Lah?” Kangwook tersenyum. “Shinhyun dah beritahu semuanya. Termasuk pasal kau, Whity! Patutlah lagu baru kau tu pelik sikit kat korus dia...pandai betul kau simpan rahsia!” Semua ketawa. “Mari kita laksanakan rancangan luahan hati Haesu!” Mereka bersorak. Haesu cuma diam dan terasa malu.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Esok, waktu rehat...

            “Angel! Sini kejap!” Shinhyun memanggil Haesu. Haesu mengikuti langkah Shinhyun yang menghala ke bilik 5 Princes. Dongmin dah keluar ketika itu. “Kitorang dah fikir, aku tau kau takut. Tapi nanti kitorang umpan dia datang bilik ni malam hari lahir dia. Dia tu lahir tepat 12.00 tengah malam. Sebab tu nak buat waktu malam. Kebetulan hari Khamis. Kau terus terang dengan dia kat sini, then bawak dia ke dewan khas tau! Kita buat party kat situ. Okey?” Shinhyun menerangkan pada Haesu dihadapan pintu bilik 5 Princes. Dongmin terlihat. ‘Tapi aku takut la.” Shinhyun tersenyum. “Relaks, Angel. Aku sokong kau...” Shinhyun memegang tangan Haesu yang menunduk. Dongmin terkejut. ‘Mereka sudah bersama....’ Dongmin pergi, dia tak mahu rasa sakit hati. Dia masuk ke kelas. Haesu dan Shinhyun pula masuk ke dalam bilik 5 Princes untuk makan dan berbincang. Ryeobum, Hyuksoo, Kangwook, Haemin dan Hyein memerhati kelakuan Dongmin yang tidak bersemangat dan lemah di tempatnya. Mereka berkumpul di tempat duduk Kangwook-Haemin-Hyein. Masing-masing tersenyum. “Dua tiga hari lagi, happy la muka 10 sen tu..” Ryeobum berkata perlahan, tidak mahu didengari Dongmin. Yang lain ketawa kecil. Mereka sengaja tidak mempedulikan Dongmin. “Weh, nanti korang nak kena masuk balik kelas korang kan? Aku dengar kelas korang dah cantik. Tiga hari lagi kan?.” Kangwook berkata sedikit kuat, mahu Dongmin terdengar. “Wmm, tulah..kesian aku...tak boleh jumpa Cutty selalu.” Yang lain ketawa kecuali Haemin tersenyum. “Eleh, macam la dunia nak kiamat kalau tak nampak time kelas. Blahlah kau!” Kangwook berkata. Dongmin yang mendengar diam, tidak ada niat ingin menyampuk. “Violet!” Haemin menampar tangan Kangwook. “Wah, marahnya kau, Cutty!” Hyuksoo berkata. Yang lain ketawa. ‘Violet tabah betul. Dia dah boleh terima keadaan. Dia langsung tak sedih.’ Ryeobum tersenyum. “Kau untung, Whity. Sekelas dengan Cutty dan Pinky. Tukar dengan aku?” Ryeobum berkata. “Banyak la kau! Nak pisahkan aku dengan Whity ke?” Hyein berkata. Sekelas mendengar percakapan mereka tapi mereka tidak mengendahkannya. Semua peminat sudah sedia maklum hubungan Haemin-Ryeobum dan Hyein-Hyuksoo. Kenyataan itu telah ditulis Kangwook dalam website mereka. Walaupun ada yang tidak menyukainya, mereka terpaksa menerimanya juga kerana dua orang putera itu amat menjaga puteri masing-masing. Setakat ini, masih belum yang berani membuli dua orang puteri itu walaupun sudah ada yang membuat kelab Anti-The Princesses. “Haha, korang ni! Dah la tu, terima je kenyataan.” Kangwook berkata pula. “Hei, apa korang sembangkan dari tadi?” Haesu menyapa mereka. Shinhyun muncul bersamanya. “Apa yang korang sembang? Seronok semacam?” Shinhyun bertanya sambil tersenyum. –continue-

 

Sapphire 16

            “Hm, tak ada apa la sangat. Korang pergi mana, Angel, Turqouise?” Kangwook bertanya. “Adala. Kau sibuk buat apa Violet?” Shinhyun membalas. “Ei, bertanya sikit pun tak boleh?” Yang lain ketawa. Kemudian, loceng tamat waktu rehat berbunyi. Guru mereka masuk selepas beberapa minit. Waktu pulang, Haesu bersendirian. Dongmin secara diam mengikutinya dari belakang. ‘Aku akan pergi tak lama lagi...kalaulah kau tahu, adakah kau akan halang aku pergi?’ Dongmin berkata dalam hati.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

            “5 Princes! Ikut aku kejap!” Ryeobum memanggil 4 putera yang lain. Angel, Cutty dan Pinky agak hairan tapi malas ambil tahu. Sampai di dalam bilik 5 Princes, Ryeobum beritahu apa sebab dia memanggil semua orang. “Ayah aku dah jumpa pencuri tu...dan dia dah pulangkan duit tu...” Ryeobum meletakkan sampul yang mengandungi wang yang dicuri diatas meja. Dongmin memandang Ryeobum. “Betul?” Kangwook bertanya. Ryeobum angguk. “Jadi siapa?” Hyuksoo pula buka mulut. “Budak 2B, Ken.” Shinhyun terkejut. “Ee! Ken tu kan...” Ryeobum angguk lagi. “Memang la...motif dia pun sebenarnya saja je, nak mainkan kita.” Kangwook genggam penumbuk. “So?” Kangwook bertanya. “Pengetua tak boleh buat apa-apa. Ayahnya kawan baik dia, dia tak sanggup hilang kawan.” Shinhyun mengeluh. “Jadi dia tak kena tindakan pun?” Soalan perlahan Dongmin dijawab dengan anggukan Ryeobum. “Ah, kira settle la tu. Duit dah dapat balik. Oh, by the way! Ayah bagi kita join konsert Shinhwa summer ni!” Hyuksoo teruja. Yang lain gembira kecuali Dongmin yang sekadar tersenyum. “Yes! Syoknya! Jadi, lagu baru!?” Kangwook bersorak dan meletakkan tangannya dihadapan. “Eh? Aku tak tau pun ada lagu baru? Aku tau pasal konsert je...” Shinhyun berkata. Hyuksoo dan Ryeobum sudah mencantumkan tangannya dengan tangan Kangwook. “Sorry, lupa beritahu kau. Salinan part kau ada kat aku...” Dongmin bangun. “Korang ni, aku leader tau!” Tangan Shinhyun bergabung dengan mereka. “Sapphire?” Kangwook memanggil Dongmin. Tanpa mereka sedar, Dongmin sudah keluar selepas meletakkan salinan lagu untuk Shinhyun. “Eeehhh?” Serta-merta mereka mencari Dongmin. “Hmm, korang, biarlah. Esok malam dia okey la tu.” Shinhyun tersenyum, yang lain juga. Mereka masuk kelas namun Dongmin tidak kelihatan. “Hmm, biarlah dulu....”

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Pagi esok...

            “Haemin, kakak takut...” Haemin memandang kakaknya. “Alah, kakak ni. Boleh punyalah!” Haesu diam. “Kakak!” “Ok...ok..” Sampai di kelas, Haesu tercari kelibat Dongmin tapi tiada. “Angel?” Shinhyun memanggilnya. “Hmm?” Haesu menjawab tanpa memandang ke arah Shinhyun. “Kau cari dia ke? Dia pergi bilik guru kejaplah.” Haesu mengeluh. “Hai, dah tak sabar ke?” Gurauan Shinhyun dibalas dengan cubitan di lengannya. “Adui!” “Padan muka!” Haesu berlalu ke tempatnya. “Semua orang minta perhatian!” Kiteuk berkata. Kiteuk adalah penolong ketua kelas 2C. “Cikgu cakap cuti musim panas kita diawalkan. So, cuti kita start esok bukan Khamis minggu depan. Masuk sekolah balik pada tarikh yang sama.” Satu kelas bising dengan sorakan gembira. “Bestnya! Cuti lebih! Yeahhh!” Mereka amat gembira. “Mesti sebab perlawanan taekwando yang akan diadakan minggu depan tu.” Hyuksoo berkata. “Oh, Kiteuk presiden kelab taekwando tahun dua kan, Whity?” Hyuksoo angguk. “Oh, patutlah dia tahu kita start cuti awal.” Ryeobum berkata. Suasana yang bising tadi senyap bila Dongmin dan guru kelas mereka muncul di pintu. “Ok, semua. Bisingnya, dah tahu pasal cuti korang tu ya? Hmm, jadi korang excitedlah ni?” Semua angguk. “Tak apa. Jangan over sangat. Tu banyak kerja sekolah korang. “ Dongmin meletakkan kertas-kertas kerja. Gurunya minta tolong Dongmin di pejabat tadi. “Ah, ada satu berita sedih. Bila buka sekolah nanti, akan ada...” Dongmin memberikan isyarat pada gurunya agar tidak memberitahu tentang pemergiannya dua minggu lagi. “Kenapa cikgu?” -continue-

 

Sapphire 17

            Gurunya tersenyum. “Tak apalah, Turqouise. Benda ini rahsia, terlupa pula. Bila korang dah masuk balik nanti, korang tahulah.” Dongmin duduk di tempatnya. Haesu memerhati Dongmin. Telefon bimbit Dongmin bergetar. ‘Siapa pula ni?’ Dongmin membaca pesanan. ‘Dari Hyuksoo. Konsert dengan Shinhwa tu minggu depan tau! Jangan tak datang pula. Hah, malam nanti kita buat training kat bilik 5 Princes.’ Dongmin mengalih pandangan ke arah Hyuksoo yang berada di belakangnya. Hyuksoo hanya tersenyum. ‘Lah, kenapa tak buat kat rumah kau je?’ Hyuksoo tersenyum. ‘Sajalah. Ikut sajalah cakap aku.’ Dongmin tidak membalas cuma memberi isyarat ‘ok’ pada Hyuksoo. ‘Bagus! Haesu, pasti boleh!’

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Malam itu...

           “Hai, gelap je..” Dongmin membuka pintu. Dia cuba hidupkan suis tapi tak menyala. ‘Hai, rosak ke?’ “Hyuksoo, Violet? Baby? Shinhyun?” Dongmin memanggil. Namun dia diam apabila melihat cahaya lilin. “Dongmin..” Haesu berkata. Cahaya lilin daripada kek yang dipegangnya menampakkan mukanya samar-samar. “Haesu?” Haesu tersenyum. Dia meletakkan kek itu diatas meja berdekatannya. “Mana mereka? Kata nak berlatih..” Haesu menarik tangan Dongmin lembut. Dongmin terdiam. “Dongmin, aku tau, pukul 12.00 nanti, hari jadi kau kan?” Dongmin sedikit terkejut. “Mana kau tahu...” Haesu memotong. “Hye, I’m not finished yet. Dongmin, aku...” Haesu diam sebentar. Suasana sepi. “Haesu..aku nak pergi...” Dongmin rasa tidak selesa dan menarik tangannya. Haesu menggenggam kemas tangan Dongmin dan menarik Dongmin sedikit. Dongmin tertarik dan Haesu menciumnya. “Apa..ni...?” Dongmin menolak setelah beberapa ketika. “Aku..aku..” Haesu gugup. “Aku..” Kali ini Haesu terdiam setelah Dongmin pula menciumnya, lama. “Ah,  maaf, sorry. Aku..aku..nak pergi.” Dongmin ingin membuka pintu namun Haesu memeluknya dari belakang. “Dongmin, aku sukakan kau.” Di dalam hati, Dongmin rasa gembira tapi dia tidak boleh menerima juga. “Kenapa? Kenapa baru sekarang?” Dongmin beralih ke belakang setelah pelukan Haesu terlerai. “Aku...tak tau. Aku begitu cintakan kau kini.” Kesamaran cahaya lilin tadi tidak dapat mempamerkan keseluruhan muka Dongmin. Haesu tidak dapat menangkap titisan air mata Dongmin. ‘Kenapa baru sekarang? Aku memilih untuk pindah Haesu...terlambat untuk betulkannya...’ Dongmin memeluk Haesu. “Maaf, aku tak dapat terima kau.” Perlahan Dongmin berkata. Haesu baru perasan Dongmin menangis. “Sapphire, jangan pergi lagi. Sambut hari jadi kau bersama aku...” “Aku..” Haesu pula menangis. Pelukannya erat. “Mereka tunggu kau, kalau kau tak nak raikannya bersama aku.” Dongmin diam. “Shor...egh, Angel..” Haesu terkejut. “Sapphire..” “Aku raikan bersama kau dahulu.” Haesu meleraikan pelukan. “Mereka?” Haesu mengesat air matanya. Dongmin memegang pipi Haesu dan mengesat air matanya. “Aku akan pergi juga.” Dongmin duduk di sofa. “Kek aku kan?” Haesu mendekati dan duduk juga. “Ya.” Dongmin memandang Haesu. “Angel, maafkan aku ya? Kau bersusah payah untuk ni tapi aku tolak...” Haesu tersenyum padanya. “Tak apa!” ‘Maafkan aku, aku terpaksa kerana tawaran tu, ayah aku amat berharap aku pergi...aku dah janji padanya...’ Suasana diam.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

12 malam...

            “Happy birthday, Sapphire Prince. Buat hajat dan tiup la lilin tu.” Dongmin meniup lilin setelah membuat hajat. “Hah, gelap...” Haesu ketawa kecil dan bangun. Dia membuka lampu. “Hye, menyala pula.” “Hmm, dorang tu set timer...” Dongmin ketawa kecil. “Hmm, apa kau wish tadi?” Dongmin memandangnya. “Lah, mana boleh cakap? Nanti tak terkabul la....” Haesu tersenyum. “Dah, dorang tu tunggu kat Dewan Amysys. Pergi la....” Dongmin bangun. “Sekali la..jom..” Dongmin menarik Haesu. ‘Wish aku ialah..aku berharap kau dapat cinta sejati kau nanti. Aku yakin ada lelaki yang lebih baik daripada aku....’ -continue-

 

Sapphire 18

Sampai kat dewan...

            “Happy birthday!” Muka Hyuksoo, Ryeobum, Kangwook dan Shinhyun terjengul di hadapan pintu dewan selepas Dongmin membuka pintu. Haesu di belakangnya tersenyum. Haemin dan Hyein masuk membawa kek. “Hei, kek lagi? Tadi kan...” Dongmin berkata tapi dipotong Shinhyun. “Alah, kau makan ke kek tadi tu? Takkan?” Shinhyun senyum. “Mana ada dia makan pun...” Haesu menjawab. Dia masuk. “Everyone, come in!” Haesu memanggil semua rakan sekelas mereka, 2A dan 2C. Shinhyun berjalan ke arah pentas. “Light!” Lampu yang lebih terang dinyalakan. Perkataan ‘Happy Birthday, Kim Dongmin(Sapphire Prince)!’ tertera di pentas. “Testing mic...ok! Oleh sebab malam ni hari lahir Sapphire, jadi party malam ni memang khas untuk dia....and celebrating our holiday! Come forward, Dongmin.” Dongmin berjalan ke pentas. “Okey, sebagai hadiah daripada ahli 5 Princes yang lain, kami bersetuju belikan.....err..Haesu...mari sini kejap...” Haesu terkejut. Dia tidak berganjak. “Hei, cepatlah!” Hyuksoo menarik tangan Haesu tapi dia masih tidak bergerak. “Lah, kau ni Whity.” Kangwook menolak Haesu perlahan. Mereka berdua membawa Haesu ke pentas. “Ok, hadiahnya....kitorang belikan korang berdua...” Satu kotak berbentuk love berwarna merah dikeluarkan Hyuksoo. Dongmin dan Haesu terkejut. Haesu tidak tahu langsung tentang hal ini. Dongmin dan dia berpandangan. “Dengan ini, in name of 5 Princes leader, Byun Haesu is Kim Dongmin girlfriend.....she’s yours forever now!” Shinhyun berkata. “Turqouise!” Haesu cuba memberitahu tapi dia tidak berani. “Kejap....bukan!” Dongmin merebut mikrofon dari tangan Shinhyun. “Tak, Turqouise Prince hanya mengarut, ianya tak betul pun! Apa kena dengan korang ni?” Dongmin bertanya. Kangwook, Shinhyun dan Hyuksoo hairan begitu juga Hyein, Haemin dan Ryeobum. “Sapphire, apa kau ni? Takkan malu?” Kangwook bertanya. “Ianya tak betul pun lah. Mana kami ni bercinta? Korang ni...mengarut..” Haesu berkata, sedikit rasa sedih. Dia memandang Dongmin. Hyein, Haemin dan Ryeobum naik ke pentas. “Kakak....” Haesu beralih ke arah Haemin. “Dia tolak kau?” Haesu tersenyum hambar. Ryeobum ketawa kecil. “Mari sini mic tu...” Ryeobum mengambil mikrofon di tangan Dongmin. “Semua rakan-rakan, korang ingat tak pagi tadi guru kelas 2A nak beritahu sesuatu tapi tak jadi?” Suasana bising sedikit. Dongmin memandang Ryeobum. “Perkara yang sebenarnya...Sapphire nak pindah dalam cuti ni. Selepas konsert amal Shinhwa.” Suasana bertambah bising. “Mana kau..” Dongmin berkata. Shinhyun dan yang lain terkejut. “Aku tak sangka kau tergamak nak tinggalkan kami. Tak ada kau, tak bermaknalah nama 5 Princes, Sapphire! Aku tahu daripada cikgu sendiri! Aku juga tanya ayah kau, memang scholarship tu idaman keluarga kau kan? Ayah kau amat gembira dan amat berharap kau menyertainya bukan?” Dongmin menunduk, kata-kata Ryeobum memang betul. Semua orang berbisik sesama sendiri. “Dongmin...” Haesu memanggil nama Dongmin. “Kau gunakan alasan tu untuk tolak Haesu? Dongmin, kau pengecut! Tak yakin pada perasaan kau sendiri!” Ryeobum berkata lagi. Dia cuba menyedarkan Dongmin. “Aku...tak nak hampakan ayah aku, Baby....” Dongmin mengangkat muka. “Tapi kau sememangnya sukakan Haesu, jangan bohong diri kau dan kami. Semua ahli 5 Princes dah lama kenal kau. Kami tahu Dongmin.” Shinhyun, Ryeobum, Hyuksoo dan Kangwook mengangguk. “Tapi...” Dongmin memandang Haesu. “Aku sanggup tunggu, Dongmin.” Air mata Haesu mengalir. “Haesu..” Dongmin memeluknya. Semua orang bertepuk tangan. “Jadi hadiah kami...” Hyuksoo berkata. Shinhyun mengambil kotak itu dan menghulurkannya pada Dongmin. Dongmin mengambil cincinnya. Ryeobum menyerahkan mikrofon tadi kepada Shinhyun. “Aku sayang kau, Angel...” Dongmin berkata sambil menyarungkan cincin yang diberikan ahli 5 Princes. Haesu menangis lagi. Dongmin mengesat air mata Haesu. Haesu mengambil pula satu lagi cincin dan menyarungkannya pada Dongmin. “Aku juga sayangkan kau, sanggup tunggu kau sampai bila-bila, Dongmin.” Dongmin menarik Haesu ke dalam pelukannya. Semua bertepuk tangan lagi. “Hei, dah-dah la. Ok, let’s start the party!” Shinhyun berkata. Alunan muzik yang mengiringi party itu. “Terima kasih, Turqouise!” Dongmin berkata setelah turun dari pentas dengan Haesu. “No..no..tu jasa Baby yang buat kau sedar kan?” Dongmin ketawa. Genggaman tangannya dan Haesu kemas. Mereka menari di tengah ramai kebanyakan. Ramai yang menari dengan pasangan masing-masing. “Oi, Turqouise...kau?” -continue-

 

Sapphire 19

            Hyuksoo menegur Shinhyun yang duduk bersama Kangwook. “Huh..no...perli ya? Ni Kangwook?” Mereka ketawa. “Amboi, apa ni?!” Mereka ketawa lagi setelah Kangwook berkata. Hyuksoo ke arah Hyein yang menunggunya menari bersama. Ryeobum dan Haemin pula telah lama menyertai Dongmin dan Haesu.

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

            “Haesu...” Dongmin bersuara. Haesu memandangnya. “Betulkah kau sanggup tunggu? Ianya  agak lama dan ayah pula ingin pindah ke sana juga tapi aku boleh pujuk dia, cuma scholarships tu lama Haesu.....” Haesu tersenyum. “Aku sanggup Sapphire. Asalkan satu hari nanti kau bersama selalu dengan aku. Aku tak kisah.” Dongmin tersenyum sambil meneruskan tariannya, diikuti Haesu. “Terima kasih Angel. Aku tak salah lagi, aku sangat sayangkan kau, Angel Princess.” Dongmin memeluk Haesu. “Aku juga.” Dongmin meleraikan pelukan dan mencium Haesu. “Wah, mereka tu..” Hyuksoo ketawa kecil setelah mendengar kata-kata Hyein. “Biarlah.” Hyuksoo berkata. “Whity, aku cintakan kau.” Hyein mencium pipi Hyuksoo. “Ohoo..hmm, aku pun sayang sangat-sangat dengan kau, Pinky.” Hyuksoo mencium Hyein. “Violet, kau tengok Whity dengan Pinky tu..” Kangwook ketawa kecil. “Kau tengoklah Sapphire, sama saja.” Shinhyun mengangguk sambil ketawa kecil. “Shinhyun..” Tiba-tiba seorang perempuan menegur Shinhyun. “Hmm? Chaeri?” Perempuan itu tersenyum. “Bila balik ni?!” Shinhyun memeluk Chaeri. Chaeri/Shin Chaeri adalah kekasih Shinhyun, tua 2 tahun daripadanya. Chaeri sebenarnya baru pulang dari Australia kerana dia belajar perdagangan di sana dan sedang bercuti sebelum peperiksaan akhir. “Baru lagi, Turqouise. Ni Violet kan?” Kangwook mengangguk. “Nampak lain la. Maybe lama tak nampak kau kot.” Shinhyun ketawa kecil. “Kau tu yang lama tak balik.” Chaeri tersengih. “Busy la. Lagipun ayah dengan ibu dah decide nak pindah ..” Shinhyun terkejut. “Then?” Chaeri tersenyum. “Alah, aku tinggal kat sinilah. Yang nak pindah ayah dengan ibu tiri aku. Aku masih boleh tinggal dengan ibu aku, Shinhyun.” Shinhyun memeluk Chaeri lagi sekali. “Rindunya aku dengan kau. Hmm, jom menari.” Shinhyun meleraikan pelukan. “Dongmin punya hari jadi kan? Nasib baik ibu kau beritahu kau kat sini, kalau tak aku dah tak datang majlis ni tau! Rugi ni!” Shinhyun tersenyum. “Jom la menari.” “Hei, tinggal aku sorang-sorang?” Chaeri ketawa. “Tu, ada orang cari.” Chaeri menunjuk ke arah seseorang. “Hee? Minyoon?” Tae Minyoon adalah rakan Kangwook ketika kecil. “Dia datang nak tuntut janji dengan kau! Dah jom, Turqouise.” Chaeri dan Shinhyun berlalu. “Kangwook.....” Kangwook memandang Minyoon. “Maaf..maafkan aku sebab lupa dengan janji aku sendiri.” Minyoon mendekati Kangwook sambil tersenyum. “Violet, walaupun tarikh tu dah berlalu....aku masih sempat sangkutkan loceng kepunyaan aku..” Kangwook terkejut. “Bukankah kau masih...” Minyoon menarik tangan Kangwook. “Aku sempat datang sebelum masanya. Aku ke tempat itu pada tarikh yang sama di tahun ini. Aku ingat lagi pada janji kau yang sepatutnya kita berjumpa di taman itu pukul 6 pagi. Aku terlihat cahaya pantulan matahari menuju ke arah bangunan itu. Aku naik ke atas bumbung. Aku menjumpai sapu tangan aku di atas itu dan ia terikat pada satu penyangkuk. Aku teringat tentang kata-kata kau, loceng kita ada kuasa ajaib yang merupakan kata-kata ajaib bila disangkutkan di tempat yang tinggi. Aku sangkutkannya dan nampak keajaiban itu. Aku dah nampak separuh perkataan itu. Aku datang ke sini untuk mengetahui separuh lagi, daripada loceng kau.” Minyoon berkata panjang lebar. Kangwook menunduk. “Youngwonhi, Joo Kangwook saranghae Tae Minyoon...” Minyoon tersenyum. “Boleh kau tunaikan janji kau tu, Kangwook?” Kangwook mengangguk. “Janji adalah janji, Minyoon...” Kangwook memeluk Minyoon. ‘Mungkin selama ni aku terlupa, aku masih sayangkan Minyoon. Haemin, mungkin aku cuma tersilap tafsir perasaan aku sendiri. Aku masih cintakan Minyoon.’ “Minyoon, maafkan aku sebab tak tunaikan janji ketika itu...” Kangwook berbisik di telinga Minyoon. “Ok, aku tahu...kau tak sengaja....Kangwook, saranghae...” Kangwook tersenyum. “Saranghaeyo, Minyoon.” Mereka meleraikan pelukan. “Idea kau memang cantik, Kangwook...” Minyoon berkata. “Kau sempat tengok pelangi itu?” Minyoon mengangguk. Dia memang sukakan pelangi. -continue-

 

Sapphire 20

            Pantulan cahaya matahari pada loceng kepunyaannya telah menerbitkan perkataan ‘saranghae Tae Minyoon’. Di belakang perkataan itu, terhasil pelangi, hasil daripada prisma yang terdapat dalam loceng itu. “Aku rekanya khas untuk kau.” Mereka berdua tersenyum. “Hei...” Dongmin menegur Kangwook. Yang lain bersamanya. “Macam ni, baru adil, baru cukup.” Hyuksoo berkata. Yang lain ketawa kecil. “Hei, alang-alang kita dah cukup, apa kata kita menyanyi bersama?” “Ok juga.” Ryeobum menyokong cadangan Shinhyun. 5 Princes dan pasangan masing-masing naik ke pentas. “Ehem...oleh kerana kami dah ada kat sini...apa kata kami yang hiburkan semua orang?” Semua tetamu bersorak gembira. “Kami nak dengar lagu We are one!” Ada beberapa pelajar menjeritkan tajuk lagu. “Ok, oleh kerana saranan korang ialah lagu itu...kami nyanyi saja.” Ryeobum berkata. “So, apa kata aku main drum?” Shinhyun tiba-tiba berkata. “Oklah.” Shinhyun menarik keluar drum daripada belakang pentas. “1...2..3....Let’s start!” Shinhyun mula memukul drum. “We are one....we in this together..we are one...” Nyanyian mereka ditemani daripada nyanyian pelajar-pelajar lain. Mereka sungguh berseronok tengah malam itu. ‘Kita pasti bersama selamanya. All of us is one....we are one...’

 

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

 

Konsert amal Shinhwa....

            “Hai, semua. Sunbae, terima kasih kerana jemput kami.” Shinhwa menuruni pentas. “Ok....kami umumkan hari ini yang Sapphire akan melanjutkan pelajarannya ke luar negara. Jadi mungkin kami hanya tinggal empat orang untuk sementara waktu...” Semua penonton terkejut. “Eh, aku bukan pergi untuk selamanyalah. Nanti bila aku dah tamat belajar, aku pasti kembali.” Dongmin berkata. “Ok, oleh sebab ini....kami persembahkan 1 lagu perpisahan dan 1 lagu yang menjadi kegemaran semua, Goodbye to you dan We are one.” Haesu, Haemin, Hyein, Minyoon dan Chaeri yang duduk di kerusi VIP tersenyum sepanjang persembahan mereka. ‘Dongmin, percayalah. Aku pasti tunggu kau sampai kau tamat belajar...’ Haesu menyeka airmatanya. Haemin terlihat kakaknya menangis. “Kakak....” Haesu tersenyum. “Ah, kakak tak apa-apa...cuma...” Chaeri yang terdengar kata-kata Haesu mencelah. “Kau rasa sedikit berat hati nak biarkan dia pergi...kan? Aku faham perasaan macam tu. Ia sama macam ketika aku lanjutkan pelajaran ke Australia dulu. Shinhyun juga berat hati nak biarkan aku pergi. Aku pula sedih sebab berpisah dengan Shinhyun. Aku juga rasa Sapphire berat hati untuk berpisah dengan kau sebab itu dia tak mahu mengaku perasaan dia kali itu. Dia tak mahu kau sedih dan menunggunya.” Chaeri berkata, memberikan pendapat. Mereka yang lain terangguk kecil mendengarnya. “Haesu, kau kena yakin dia pasti kembali pada kau nanti.” Minyoon berkata. “Kami semua sokong kau dan Sapphire. Jadi kuatkan semangat kau. Korang pasti bersama nanti.” Haesu tersenyum mendengar kata-kata Hyein. Dia mengelap airmatanya dengan belakang tapak tangannya. “Terima kasih semua. Aku akan kuat untuk menempuh segalanya.” Mereka tersenyum. Persembahan 5 Princes telah tamat, disambung oleh artis lain yang dijemput oleh Shinhwa. Dongmin, Shinhyun, Hyuksoo, Kangwook dan Ryeobum berehat di belakang pentas. “Mereka semua sedih dengan pemergian kau, Sapphire.” Kangwook berkata. “Sapphire, kau ke sana, jangan lupa kami.” Ryeobum berkata pula. “Tak mungkin aku akan lupakan kawan-kawan aku ni! 5 Princes are ONE!” Mereka ketawa bersama-sama. “Belajar elok-elok ya?” Shinhyun memberi semangat. “Kenapa aku rasa nasihat kau tu macam makcik-makcik, Turqouise?” Mereka ketawa lagi. “Sapphire, Sapphire....ingat tau janji kita.” Hyuksoo berkata. “Aku pegang janji kita, promi5e..always together.” Mereka yang lain juga menyambut kata janji mereka berlima itu. ‘Apa-apapun, we all are one....and Angel, tunggu aku...saranghae...’ Mereka tersenyum dan saling berpelukan.

 

–END-

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet