You and I

Characters: Go Hara as Hara, Highlight Yong Junhyung as Junhyung

Language: Malay

Notes: My old fanfic that I wrote back in high school days. Have been featured in a magazine (if you're Malaysian, this can be found in Epop Malay #31). Well, just feel like I want to dump it here somehow (as I decided to put/dump all my old fics that I'm lazy to edit here)


Satu pagi…

          “Ah! Lewat! Lewat!” Hara berjalan pantas. Baju sekolahnya sedikit basah kerana peluh. Dia rasa menyesal tidak bangun ketika dikejutkan oleh kakaknya, Gyuri.

Buk! Beg sekolahnya jatuh. Hara jatuh terduduk.

“Ah! Mianne! Gwenchana?” Hara menyapu siku dan lututnya. Orang yang terlanggarnya mengambil beg Hara yang jatuh. Hara bangun lalu memandang orang di hadapannya. Lelaki.

“Kau tak ada matakah?!” Hara merentap begnya. Lelaki itu tergamam. Hara memandang geram. Dia mengerling ke arah jamnya.

“Cik, tadi awak yang jalan tergesa-gesa. Bukan salah saya.”

“Aish! Yah! Kau nak salahkan aku? Ergh! Tak ada masa aku nak gaduh dengan kau, aku dah lewat!” Hara terus berlalu. Bahu mereka berlanggar kuat.

“Aduh...aish, dia ni garang betul! Aku pula yang kena.” Lelaki itu mendengus geram.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

          “Ah! Selamat! Banzai!” Hara menjerit kecil di depan pintu kelasnya, Media 3. Semua orang memandangnya.

“Ah..ratu dah sampai dah...” Seorang daripada ahli kelas itu berkata. Hara tersenyum.

“Yosh! Annyeong, penghuni hutan!” Semua ketawa. Hara sememangnya seorang lucu dan suka buat lawak di dalam kelas itu. Hara duduk di tempatnya.

“Annyeong, Yuna!” Yuna tersenyum. Dia membetulkan kaca matanya.

“Lewatnya kau?” Jaegyeong bertanya. Hara tersenyum sumbing.

“Matahari tak kejutkan aku. Aku pun bangun lewat. Hikhik!” Jaegyeong ketawa kecil kerana kata-kata Hara yang lucu itu.

“Kau berlari yek? Basah semacam ja belakang kau ni. Eh, skirt kau pun kotor sikit.” Seungyeon berkata.

“Huh! Ni semua pasal mamat tu la! Aku bertembung dengan mamat sengal tadi. Habis aku kotor, ah, beg aku pun...” Mereka hanya tersenyum mendengar suara aegyo Hara.

“Handsome ark?” Hyoyoung bertanya.

“Tah, aku tak sedar pun. Aku tengah geram tadi...” Hara berkata blur.

“Uh..kau ni...” Hyoyoung berlalu ke tempatnya. Kemudian, guru kelas mereka masuk. Kelas berjalan seperti biasa.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Waktu pulang sekolah...

          ‘Ah...rasa nak melakar pula...pemandangan tengah cantik.’ Hara berhenti di taman bunga sakura berdekatan rumahnya. Hara tersenyum, dia sememangnya sangat suka melakar pemandangan. Pernah ketika dia di tahun 1 junior high school, dia memenangi tempat kedua peringkat kebangsaan.

‘Ok ke kat sini?’ Hara ketawa kecil dan duduk di bawah pokok. Dia mengeluarkan pensel dan buku lakarannya.

“Sekarang daun nak luruh. Hm, ok juga...buat daun berguguranlah. Eh?” Hara terlihat seorang lelaki sedang tidur di bawah pokok sakura di hadapannya.

“Macam cantik je...hehe, jadi model aku la ye lucky guy.” Hara dengan pantas mula melakar. Penselnya laju menari di atas kertas lakarannya. Dia sememangnya dapat melakar dengan pantas.

Setelah 20 minit, lakarannya telah siap sepenuhnya. Hari semakin gelap.

“Hm, cantik juga.” Hara terkejut apabila seseorang menegurnya. Dia mengangkat muka.

“Ah! Kau mamat pagi tadi!” Lelaki itu tersenyum.

“Kau ingat rupanya. Erm, bayar aku.” Hara hairan. Lelaki itu menadah tangannya di hadapan Hara.

“Kenapa pula?” Lelaki itu kecil.           

“Sebab kau jadikan aku model kau!” Hara terkejut. Segera dia memandang ke arah pokok tadi. Lelaki tadi telah tiada. ‘Takkanlah...’

“Kau?” Lelaki itu mengangguk.

“Bayarlah. Kau ingat aku model free je ke?” Hara geram. Dia mahu bangun namun niatnya mati apabila mukanya begitu dekat dengan lelaki itu. Jantungnya berdegup kencang. Dia kembali duduk.

“Tak mahu! Aku bukan sengaja lakar kau kat situ. Pemandangan cantik. Kau yang kacau pemandangan aku.” Hara berkata sambil memandang ke arah lain. Entah mengapa kali ini dia tidak dapat melawan mata lelaki itu.

“Kalau macam tu, aku ambil lakaran ni.” Lelaki itu cuba mengambil lakaran Hara. Segera Hara menjauhkannya ke belakang. Tanpa disedari, wajah mereka semakin dekat. Mujur lelaki itu menahan tangannya pada pokok, kalau tidak mungkin bibir mereka telah bersentuhan. Muka Hara mula merah.

“Yalah, yalah! Aku bayar! Kau nak berapa?” Lelaki itu tersenyum kemenangan.

“Belanja aku makan malam. Sekarang.” Hara mendengus. Untung duit poketnya masih banyak.

“Yalah, yalah. Cepat.” Lelaki itu memberi ruang kepada Hara untuk bangun. Hara mengemas barang-barangnya lalu bangun.

“Erm..apa nama kau?” Lelaki itu bertanya. Hara dibelakangnya hanya diam. Dia masih malu dengan kejadian tadi.

“Hei, kau dengar tak?” Lelaki itu berhenti dan menoleh. Hara yang tidak sedar terlanggar lelaki itu. Dahinya bertemu hidung lelaki itu.

“Aduh! Yah! Kenapa kau ni?” Hara marah, dia memandang lelaki itu tajam.

“Kau tak balas aku.” Hara mendengus. Dia terus melangkah. Lelaki itu mengejarnya.

“Tunggu! Hara!” Hara terkejut saat lelaki itu menjerit memanggil namanya. Tangannya digenggam kemas oleh lelaki itu.

“Kau...tahu nama aku?” Lelaki itu hanya tenang. Hara hairan.

“Siapa kau?” Lelaki itu menarik Hara mendekatinya. Hara terkejut apabila lelaki itu mendakap dia kemas. Jantungnya berdegup pantas. Namun, kehangatan pelukan itu mengingatkannya kepada seseorang.

“Hara...kau dah lupakan aku? Dah..tak ingat lagi aku...Jet Coaster Love..” Hara terkejut. Nama itu menguatkan lagi ingatannya kepada orang itu. Itu adalah nama lakarannya yang dia lakar untuk seseorang yang sangat dia sayangi.

“Joker? Junhyung?!” Pelukan semakin erat.

“Sampai hati kau lupakan aku...” Hara membalas pelukan Junhyung.

“Aku...memang tak cam kau langsung...kau sangat lain...” Junhyung tersenyum dan melepaskan pelukan.

“Pagi tadi tu...aku cadang nak ke rumah kau. Mula-mula tu, aku pun tak sedar tu kau. Bila kau tengking tu, baru aku sedar...yang aku langgar tu kau, Hara. Kat taman tadi, aku saja baring kat situ selepas main basketball. Then, aku nampak kau sedang lukis. Bila tengok kau khusyuk sangat, aku pun bangun nak tegur kau. Tapi kau tak kenal aku...sebab tu aku usik kau...”

Hara memukul lengan Junhyung lembut. “Bila masa kau balik?” Junhyung tersenyum. Dia menarik tangan Hara. Mereka mengorak langkah.

“Pagi tadi. Aku pindah sini balik.” Hara terkejut namun hatinya gembira.

“Sekolah sini?” Junhyung mengangguk.

“Median Shining Highschool.” Hara terjerit. Junhyung terkejut tapi tersenyum kemudiannya.

“Sekolah aku!” Junhyung berhenti begitu juga Hara. Dia memegang bahu Hara, memandang ke arahnya.

“Hara, tujuan aku balik ke sini...sebab..” Hara menanti kata-kata Junhyung seterusnya. Muka Junhyung sedikit kemerahan. Mata mereka bertembung lama. Suasana sepi.

“Junhyung...”

“Hara, aku balik sebab..nak jumpa kau. Aku..Hara, saranghaeyeo..” Junhyung tersenyum dan memeluk Hara. Airmata Hara mengalir perlahan.

“Aku tunggu 6 tahun Junhyung, akhirnya kau balik...aku sangka aku takkan jumpa kau dah. Pernah, aku cuba lupakan kau tapi tak boleh. Sepanjang 6 tahun ni, Junhyung..aku..menunggu kata-kata tu...Junhyung, nado saranghae...”

Junhyung merenggangkan pelukan. Bibir mereka bertaut.

“Jadilah girlfriend aku.” Hara mengangguk. Dia sangat bahagia. Penantiannya telah berakhir.

“Hey, kau kata nak belanja aku?” Hara ketawa kecil. Junhyung menarik tangannya.

“Yalah, yalah! Jom!” Hara mengesat airmatanya. Junhyung tersenyum.

-END-

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet