[this post written in bahasa]

Jadi , start minggu depan saya kena semi-hiatus sehinggalah Jun. Dan lepastu hiatus balik dari julai sehinggalah oktober sebab exam pertengahan tahun  dan PT3. Semi hiatus sebab saya selalunya tak dapat kawal tangan dari buka aff hohoh jadi seblum saya hiatus ingat nak tinggal wasiat.

 

 

taklah, bukan wasiat. tinggalkan hadiah untuk korang because you're my bae(s)  ;-----; Okay, fist, maaf untuk korang semua yang selalu perasan saya banyak delete story walaupun satu cerita tu baru nak start takpun dah nak tamat. Bersalah jugak sebab ada satu cerita tu, sampai ada yang pm cakap suka cerita tu dan minta sambung tapi terlambat sebab saya baru baca beberapa hari lepas delete. Writer block selalu datang masa penamat jugak. #Prayforme2014

Tapi cerita yang between you and me 1990, penamat di camni. Jungkook tertidur. Dan dia kembali ke tahun di mana dia sepatutnya jumpa Chae Young. Sebenarnya dia dapat tawaran belajar ke luar negara pada tahun tu. Kalau pada masa lalu dia tolak tawaran tu sebab dia ternampak Chae Young baru pindah dan dia sukakan Chae Young, tapi kali ni dia ambil tawaran tu dan tak keluar rumah untuk bantu keluarga Chae Young angkut barang masuk ke dalam rumah. Dan keesokan harinya, dia terus ke luar negara tanpa berkenalan dengan Chae Young. Means, Chae Young takkan kenal dia. Dan tu lebih baik sebab Chae Young takkan pulang ke Korea dari Jepun untuk bertemu dengan dia dan tak terlibat dalam kapal terbang yang terhempas tu.

 

Maaf sangat sebab selalu delete story ;--------; cuma kadang saya tak tahu macam mana nak gambarkan situasi sebab nampak terlalu susah dan ayatnya berjela. Dan jalan cerita akan lari dari apa yang saya nak buat ughh

Jadi saya nak bagi korang idea yang kadang datang macam orang serbu masuk bilik tiba tiba tanda maaf. Orang lain pun boleh guna. free. no charge . HAHHA

 

- Seorang pelukis komik yang selalu mendapat sambutan tinggi tiba tiba mengalami benda pelik dalam hidup dia, sebab benda yang dia lukis dan jalan cerita dalam komik yang dia lukis, jadi kenyataan. Tetapi dalam cerita tu watak hero mati untuk selamatkan orang yang dia suka. Dan dia tahu, dia hero watak tu dan heroin tu sebenarnya orang yang paling mengjengkelkan bagi dia. Dia selamatkan gadis tu ataupun tak?

- Ada seorang lelaki yang selalu muncul waktu senja , bermain seruling di bawah pokok rendang di taman permainan. Seorang gadis tu pula rumah dia dekat dengan taman permainan tu dan selalu nampak lelaki tu. Dia tak tahu yang lelaki tu sebenarnya dewa maut, sehinggalah lelaki tu akhirnya datang berjumpa dengan dia untuk ambil nyawa dia.

- Ada mitos kat seluruh dunia , kalau terjumpa dengan perempuan bunian yang bermata biru dan berambut putih panjang di kawasan berhampiran sungai, jangan tegur. nanti bawa malang. Tetapi lelaki ni cam idiot sikit, dia ingat nak minta tolong perempuan tu tolong ramal nasib. Perempuan tu cakap nasib lelaki tu adalah berkahwin dengan dia. Tak semena mena dia bawa lelaki tu masuk dalam air dan minta keluarga dia kahwinkan diorang sebab perempuan tu dah lama kesunyian ( romcom rasanya best HAHAH tetapi kena buat watak perempuan tu cam naif dan periang, kalau buat terlalu comel/cutey pie nanti nampak cam gadis tu terdesak lol )

- seekor arnab yang ada di taman sains sekolah selalu terabai dan kelaparan disebabkan jarang ada orang datang melawat. Sehinggalah seorang gadis ni mula datang melawat dan beri dia makan setiap hari. Tetapi arnab tu sebenarnya manusia yang disumpah. Dia akan bertukar setiap kali waktu tengah malam. ( saya selalu pergi taman sains sekolah sebab stay petang tengok arnab. Kesian tengok diorang sebab ada satu tu dah tinggal bangkai tetapi tiada sesiapa tanam. )

 

selamat maju jaya LMAO APAKAH AYAT GURU PADA KAD LAPORAN HAHA MIAN SONGSAENNIM OTL. Korang ada twitter tak? Nak cakap dengan korang  .__.

Comments

You must be logged in to comment
woonicorn_syah
#1
Sesape buat citer2 tu...saya btol2 nk baca~ please pm saya kalau dh start ...saya srs ni ~
LovelyPurple96
#2
sye nak ambik satu boleh tak??
LovelyIna
#3
Wow~~ nampak menarik... tapi, sygnya exam ni mmg dengkikan kita lol~~ xD
Fighting for ur exam saeng ><"