Special Class ᵔᴥᵔ Fun Highshcool ᵔᴥᵔ Class Clown

 

 

 

 

 
 

 

replace with fc 90 90replace with fc 180 100replace with fc 90 90

kIM JUNG HYUN

SUGAR / SAWAKO184 / 3

 

 

NICKNAMES 

 

class clown / dia selalu buat kecoh,tak kira masa belajar atau masa dekat padang

big eater / dia suka melantak sampai 5 pinggan nasi 

 

AGE )  17 

BIRTHDAY ) 18 - April - 1998



BIRTH PLACE ) Seoul , Korea

HOMETOWN ) Daegu  , Seoul 



ETHNICITY ) korean

LANGUAGES ) 

 

korean / fluency / native

Japannese / un fluency / selalu tengok anime

 


FACE CLAIM ) J- Hope (BTS)

 




BACK UP FACE CLAIM ) V (BTS)

 




APPEARANCE ) Tingginya 178 cm manakala beratnya pula 58 kg. Mempunyai tahi lalat di belakang tengkuknya.Dia suka dye rambut dia dengan warna koko tapi kadang-kadang je.Dia ada tanda lahir dekat lengan dia.Dia juga menindikkan subang pada telinganya.



STYLE ) Dia suka pakai t- plain yang warna putih,hitam ataupun merah.Based on his mood.Kalau kat sekolah,dia lebih suka pakai baju tanpa tie.Katanya lebih seksi dan menggoda.Fufu.Dia pun suka pakai suka pakai gelang yang warna warni kalau dia hendak ke sekolah or keluar lepak
 

 

OZ5FEnx.png

 

PERSONALITY )

 

➳ positive - peramah,kelakar,kecoh

➳ negative - pemalas,pengotor, nakal




Disebabkan sikap kecohnya dia telah digelar class clown oleh rakan sekelasnya.Jika dia tidak datang sekolah,pasti sekolah akan sunyi semacam.Waktu cikgu baik,mesti dia akan buat kelas kecoh,Dia juga seorang yang senang nak buat kawan.Tak kira senior or junior,pasti dia berkawan.Dia seorang yang sangat kelakar dan selalu buat kelas ketawa dengan lawaknya itu.Kadang-kadang dia suka buat lawak dengan menggunakan badannya.Pasti kelas kecoh bila dia ada.


Dia juga digelar sebagai slob oleh rakan sekelasnya kerana dia selalu sahaja mengorek hidungnya dan mengelap tahi hidungnya pada baju rakan-rakannya.Dia juga suka meletakkan sampah-sampah di bawah mejanya sehinggakan tikus beranak dalam tu pun tak sedar!Oh,dia juga seorang yang pemalas.Kalau waktu rehat,dia tak suka rehat dekat kantin,so dia rehat kat atas atap.Lepastu dia suruh kawan-kawan dia yang pergi beli makanan untuk dia.Dia juga malas nak buat kerja sekolah dia,so esok kat sekolah dia pergi tiru kekawan dia.Yang terakhir,dia seorang yang nakal.Ketika waktu belajar,pasti dia membaca buku komik yang dipinjam daripada kawannya.Dan juga mengusik cikgu yang tengah mengajar



PAST )

Lahir pada 18 April 1998 di Seoul Korea.Ketika waktu kecil dahulu,dia sering berpindah radah.Ketika dia umur 3 tahun,satu keluargnya pindah di Daegu atas urusan kerja ayahnya yang perlu menguruskan sebuah syarikat kecil di situ.Rumahnya terletak di sebuah perkampungan kecil dan jauh sedikit daripada pekan.Oleh itu,dia kurang sedikit dengan pengembangan dunia luar namun disebabkan ibunya yang selalu membawanya keluar jalan-jalan ke pasar yang berdekatan,pengatahuannya semakin meluas.Ketika dia berumur 5 tahun,ibu bapanya mula menghantar dia ke sebuah tadika.Di situ,dia mempunyai ramai kawan tapi dia hanya mempunyai seorang sahaja kawan baik yang selalu berada di sampingnya.Namanya Oh Tae Jin.

Kehidupan dia sememangnya indah namun..sebaik sahaja dia umurnya mencecah 8 tahun,hidupnya mula berubah.Syarikat bapanya telah bankrap dan telah mengundang kecelakaan kepada kesenangan keluarganya.Tidak lupa juga,ayahnya mula menjadi kaki minum serta kaki pukul.Waktu kecil dahulu,dia sering melihat bapanya memukul ibunya.Dia mahu menolong,namun apakan daya,dia hanyalah seorang budak.Ibu bapanya kekal begitu sehinggalah , suatu malam,ibunya telah melarikan diri.Meninggalkan dia bersama bapanya.Dia mula meraung-raung memanggil ibunya pada keesokan harinya,namun akibat digertak oleh ayahnya,dia terus sahaja diam.

Sejak haritu,dia mula menjadi mangsa pukul ayahnya.Dia cuba bertahan,namun dia hanyalah seorang budak yang berumur 8 tahun.Masih belum tahu hendak melawan ayahnya.Namun,pada suatu malam,ketia dia berada di dalam biliknya , tiba-tiba dia dikejutkan dengan ketukan bertalu-talu pada pintu rumahnya dia segera membuka pintu rumahnya.Dia amat terkejut apabila mendapati beberapa buah kereta polis berada di perkarangan rumahnya.Ketika waktu itu,dia agak blank apabila kelihatan seperti beberapa orang polis meluru ke dalam rumahnya.Ketika dia sedang memerhati kelakuan polis-polis itu,tiba-tiba sahaja lengannya ditarik oleh seorang wanita yang lebih kurang sebaya ibunya.

Rupa-rupanya,wanita itu ialah ibu saudaranya.Ibu saudaranya ingin menjaganya setelah apa yang terjadi.Sejak haritu,dia mula mengikut ibu saudaranya ke Seoul dan tinggal bersamanya.Sedikit sebanyak kehidupannya telah menjadi seperti dahulu.Dia juga telah menjadi seorang yang kelakar dan peramah sejak tinggal bersama ibu saudarnya yang mempunyai seorang anak lelaki yang hampir sebaya dengannya. Sepupunya bernama Jin Geuk Joo manakala ibu saudarnya mesra dikenali sebagai Kim Mi Joo.





PRESENT )

Kini,dia telah menjadi seorang yang kelakar,peramah serta kecoh akibat sepupunya yang selalu kecoh orangnya.Keputusannya duduk bersama ibu saudarnya itu memang keputusan yang bagus.Dia amat terhutang budi kepada ibu saudaranya yang selalu menolongnya,tak kira masa.Sebaik sahaja dia menamatkan zaman sekolah rendahnya,dia terus sahaja berbincang dengan sepupunya,sekolah manakah yang dia harus pergi.Sepupunya mencadangkan agar dia masuk ke SOPA disebabkan dia berbakat dalam nyanyian serta tarian,namun,cadangan sepupunya ditolak.Dia mencari dan terus mencari.Sampailah,dia ternampak sebuah flyer ditampalkan pada sebuah kedai serbaneka.Di flyer itu jelas tertulis Fun High School sedang membuat pesta bunga.Dia mula tertarik dan ketika dia melihat tarikh di flyer itu,rupa-rupanya,pesta bunga itu sudah lama berlangsung namun,disebabkan perasaanya yang membuak-buak,dia terus sahaja menuju ke arah sekolah itu seperti yang sudah tertera.

Sebaik sahaja dia ternampak bangunan sekolah itu,dia terus sahaja terpegun.Dengan hiasan seperti sekolah lama,dia berasa amat kagum.Dia terus sahaja balik ke rumahnya dan memberitahu kepada ibu saudaranya serta sepupunya tentang Fun High School.Melihatkan keterujaan anak saudarnya,dia hanya membenarkan sahaja walaupun Fun High School itu terkenal dengan prestasi pelajaran yang tidak memuaskan.Malam itu,dia terus sahaja memohon di laman web Fun High School.Dan,pemohonannya itu telah diterima oleh Fun High School.

Pada hari pertama di Fun High School sebagai junior,dia berasa amat kekok dan langsung tak tahu nak cakap apa dengan orang sebelah.Namun kerana kawan semejanya itu agak terbuka orangnya,mereka berdua terus sahaja bersahabat baik dan mereka rehat bersama-sama pada waktu rehat.Disebabkan kawan semejanya itu mudah ketawa kuat,dia mula menjadi perhatian rakan sekelasnya kerana rakan baiknya itu tergelak sampai terguling-guling di atas lantai hanya kerana mendengar cerita lawaknya yang tak berapa nak lawak itu.Sejak haritu,dia mula menjadi perhatian orang ramai.

Ketika waktu pertengahan bulan May,dia telah mendaftar sebagai salah seorang ahli kelab culinary.Ya,dia minat masak.Dia sering membantu ibu saudarnya memasak,berbanding sepupunya.Cita-citanya dia ingin menjadi seorang chef yang membawa rasa lain daripada yang lain.Rasa yang tersendiri.Itulah cita-citanya.Oh,pada waktu lapang juga,dia juga minat menonton anime bersama sepupunya.Ini kerana,sepupunya memang seorang otaku.

Dia memang seronok belajar di fun High School namun,setiap kali jika ada ujian,pasti dia akan tercorot di antara rakan-rakannya.Ini kerana dia bukanlah seorang yang pandai,dan dia juga seorang yang malas belajar.Keputusan peperiksaan akhir tahunnya itu telah membuatkan para guru di fun high school telah memasukkannya di Special Class pada tahun berikutnya.Perkara itu amat membuatkan dia kecewa kerana telah menghampakan ibu saudaranya.





LIKES

➳anime

➳makanan

➳warna merah

➳manga

➳peralatan memasak






DISLIKES

➳mengemas

➳bersenam

➳berpeluh

➳subjek sejarah


➳Cikgu disiplin


➳subjek matematik


➳subjek english


HABITS

➳suka gigit ibu jari 

➳juling mata bila mengantuk

➳cubit pipi kuat-kuat bila nervous

➳bila ketawa banyak sangat,dia akan tampar pipi dia sebab nak suruh diam





HOBBIES

➳ memasak

➳ tengok anime

➳ baca manga

➳ main game





FUN FACTS 

➳ pernah belajar taekwando masa sekolah rendah tapi kejap je

➳ pandai dandan rambut orang tapi dia yang malas nak buat

➳ pandai nyanyi dan menari tapi langsung tak berminat nak jadi idol

➳ dia pernah dinobatkan sebagai pelajar yang paling kecoh oleh guru besar sewaktu hari kecermelangan

➳ dia takut dan benci gila dengan cikgu disiplin sebab pernah sebat punggung dia and penah buat dia menangis depan orang ramai

 

 

OZ5FEnx.png

 

FAMILY ) 

 

father / Kim Tae Gook / 48 / penyayang tapi lepas syarikatnya brankup,terus menjadi kaki pukul 

mother / Han Yoon Joo / 46 / baik hati,caring


 

FRIENDS )

 

child hood best friend / Oh Tae Jin / 17 / pemalu , manja , suka menangis (diorang dah tak contact skrang)

best friend / Park Myeong guk / 17 / sporting , selamba , mudah terlepas cakap
 



OTHER ) 

 

aunty / kim min joo  / 42 / caring , baik hati , agak tegas

cousin / Jin Geuk Joo / 20 / selamba , suka buat kelakar , suka dengar masalah orang

 

 

 
kalau tak nak ada love interest pun takpe

 

replace with l/i 90 90replace with l/i 180 100replace with l/i 90 90
LOVE INTEREST NAME.

BACK UP LOVE INTEREST 1 / BACK UP LOVE INTEREST 2
 

 

PERSONALITY ) describe dekat sini, letak dia ahli kelab apa, class/sekolah mana (reka je nama apa-apa)



LOVE STORY) macam mana first meet korang, macam mana korang boleh suka dekat dia



RELATIONSHIP ) bagilah tahu interaction korang macam mana

 

LAST WORDS ) Huhu,harap boleh terima.first time buat..


SCENE SUGGESTION ) diorang ada buat study group kat kelas tapi semuanya jadi kecoh
PASSWORDS ) jawab jangan tak jawab

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet