Jigguk High School Clubs Application (Dream Catcher) | Lovely Girl | Lee Herin

LEE HERIN

DADAMATOLOVER

 
 
app

⟪ NICKNAMES ⟫

→ Rini ⋮ Nama panggilannya di rumah sejak kecil lagi
→ Flora ⋮ Dia meminati watak FLORA dalam cerita Winx Club

⟪ BIRTHDAY ⟫ 12 January 1999
⟪ AGE ⟫ 16
⟪ BIRTHPLACE ⟫ Seoul,South Korea
⟪ HOMETOWN ⟫Seoul,South Korea

⟪ ETHNICITY ⟫ Korean
⟪ NATIONALITY ⟫ Korean

⟪ LANGUAGE(S) SPOKEN ⟫

→ Korean ⋮ Bahasa ibunda yang tercinta
→ English ⋮ Fluent |ibunya menghantar Herin ke kelas tuisyen bahasa inggeris sejak kecil

⟪ AMBITION ⟫ Penyanyi
 

⟪ FACE-CLAIM ⟫ kim shin yeong
⟪ BACK UP ⟫ park cha hun
⟪ WEIGHT, HEIGHT ⟫ 163cm,40kg

⟪ FASHION STYLE ⟫ Herin sangat gemar memakai skirt dan blouse,dia tidak suka memakai pakaian yang terlalu seksi.Selalunya dia akan memakai skirt bersama blouse yang berwarna lembut seperti pink lembut dan dipadan dengan high heel.Sekali pandang,dia ni seperti perempuan korea terakhir..eceh.Dia akan memakai t-shirt dan tracksuit jika dirumah atau ketika dia bersama ahli kelab Dream Catcher.

⟪ APPEARANCE ⟫ Sekali pandang,dia memang cantik.Mukanya yang comel sesuai dengan perwatakannya yang lemah lembut sering mencuri perhatian para lelaki yang melihatnya.Dia dilabel sebagai Queenka disekolah kerana popularitinya yang luar biasa di kalangan lelaki dan wanita.

 
 

⟪ PERSONALITY ⟫ Lemah-lembut,baik,pemalu,pelupa,manja,kurang makan

Lemah lembut | Herin seorang yang sangat lemah lembut dari segi perwatakan dan percakapannya. Dia tidak pernah menggunakan bahasa kasar walaupun di antara ahli Dream Catcher sendiri.Disebabkan perwatakannya yang lemah-lembut,ramai pelajar lelaki jatuh cinta kepadanya dan cuba untuk mengoratnya tetapi dia tidak melayan mereka semua dan menolak mereka dengan lembut tanpa menyakiti hati mereka.

Baik | Herin seorang yang baik hati,dia tidak suka melihat seseorang dibuli walaupun haiwan.Ada satu hari tu,dia ternampak seekor anak kucing tersangkut di atas dahan pokok dan dia cuba sedaya upanya menyelematkan anak kucing yang comel itu.Dia juga pernah menyelamatkan seorang pelajar baru daripada dibuli oleh sekumpulan pelajar senior yang belagak kaya,akhirnya kumpulan itu melepaskan pelajar kerana mereka tidak mahu mencari gaduh dengan QUEENKA sekolah mereka.

Pemalu | Sebenarnya Herin seorang yang pemalu. Dia akan berasa kekok jika berdua-duaan dengan lelaki,dia juga tidak boleh memandang mata lelaki terlalu lama.Jika bercakap dengan ahli lelaki ,dia akan tundukkan wajahnya kerana malu mahu menghadap wajah lelaki namun dia berasa semakin selesa bercakap dengan Taeyong .Bukan itu sahaja,dia juga tidak suka menjadi perhatian orang ramai kerana dia malu apabila semua orang memandangnya.

Pelupa | Herin seorang yang pelupa.Dia sering lupa dimana dia meletakkan barang-barangnya. Ada suatu hari tu, Presiden kelab menghadiahkannya seutas rantai sempena hadiah hari jadi tetapi dia terlupa di mana dia meletakkan rantai itu.Tetapi akhirnya,salah seorang ahli Dream Catcher menjumpai rantai itu di dalam laci meja Herin sendiri.

Manja | Dilahirkan dalam keluarga yang berada, sifat manja menguasai dirinya. Jika dia mahu sesuatu,dia pasti dapatkan dapatkan apa yang dia mahu.Dia akan menangis jika dimarahi oleh ahli Dream Catcher yang lain jika dia ada buat salah.Dia akan merajuk jika dia tak dapat apa yang dia nak.Ketika dia baru sahaja masuk sekolah Jigguk High School dan ditempatkan di asrama,dia sering menangis kerana rindu akan rumahnya yang mewah.

Kurang makan | Walaupun dia dilahirkan dalam keluarga yang kaya dan senang,namun,dia tidak suka makan.Dalam sehari,dia akan minum air dan makan sekeping roti sahaja.Dia pernah berbuat demikian selama sebulan.Ahli Dream Catcher sering mengajaknya keluar makan tetapi dia sering menolak ajakan mereka.Dia tidak tahu kenapa dia tidak suka makan,sifat itu sudah ada sejak kecil lagi,ibu bapanya juga pernah membawanya berjumpa dengan doktor tetapi doktor memberitahu mereka itu adalah sifat semula jadi Herin.Dia ada juga pergi makan jika dipaksa oleh ahli Dream Catcher.Dia adalah antara ahli yang terkurus dan terkecil di Dream Catcher. 

⟪ BACKGROUND ⟫

Lee Herin dilahirkan pada tanggal 12 Januari 1999 di Seoul,South Korea.Dia dilahirkan dalam keluarga yang kaya kerana ayahnya mempunyai asetarrow-10x10.png yang besar di Korea.Ayahnya bernama Lee Soohyun yang merupakan seorang ahli perniagaan terkemuka di Korea.Ayahnya mempunyai sebuah syarikat yang mengeluarkan pakaian.Ibunya bernama Lee Sunhwa yang mempunyai sebuah butik pakaian di Seoul yang dikenali sebagai "Sweetie Love". Dia tidak mempunyai adik beradik kerana ibu bapanya terlalu sibuk bekerja.Dia merupakan anak tunggal dalam keluarganya.

Sejak kecil,dia telah belajar bahasa Inggeris di kelas tuisyen khas berdekatan rumahnya.Ayahnya menghantarnya ke kelas itu kerana dia mahu Herin belajar di luar negara.Herin berminat menjadi seorang penyanyi selepas dia melihat persembahan di televisyen.ketika itu, salah seorang ahli SNSD iaitu Kim Taeyeon menanyikan sebuah lagu yang bertajuk If dengan penuh perasaan.Herin merasakan nyanyian merupakan sesuatu yang menarik kerana kita boleh meluahkan perasaan yang terpendam melalui nyanyian. Setiap hari,selepas pulang dari sekolah dia akan berlatih menyanyi di dalam bilik,dia tidak sangka dia mempunyai suara yang agak sedap.Sehinggalah dia berumur 12 tahun,dia masih berlatih menyanyi secara rahsia.Saban hari,suaranya semakin mantap dan akhirnya dia bercadang untuk memberitahu ibu bapanya tentang dirinya yang mahu menjadi seorang penyanyi.Ibunya menyokong apa sahaja keputusan yang anaknya mahu tetapi berbeza pula dengan ayahnya.Dia mahu Herin menjadi seorang doktor tetapi Herin tidak suka sains.Disebabkan itu,berlaku pertelingkahan antara Herin dan ayahnya.Ayahnya membuat keputusan drastik untuk menghantarnya ke New York untuk belajar dalam bidang perubatan namun mendapat tentangan yang hebat daripada Herin.Ibunya cuba untuk memujuk ayahnya namun tidak berdaya.Malam itu juga,dia cuba memikirkan cara untuk menghalang niat ayahnya itu.Dia tahu ayahnya mahu yang terbaik untuk dirinya tetapi dia lebih minat dalam bidang musik.

Akhirnya,dia berjaya menjumpai cara yang terbaik untuk menghalang niat ayahnya.Dia memanggil kawan baiknya iaitu Kim So Jung dan Oh Hayoung untuk datang ke rumah berjumpa dengan ayahnya.Hayoung dan So Jung merupakan kawan baiknya sejak kecil kerana mereka berdua merupakan anak kepada kawan ibu bapa Herin.Mereka juga dilahirkan dalam keluarga yang kaya,oleh itu ibu bapa Herin tidak risau Herin berkawan dengan mereka.Herin,Hayoung,So jung belajar di tadika dan sekolah rendah yang sama.Mereka dipanggil trio "Rich Girl" sewaktu disekolah rendah kerana mereka bertiga orang kaya.Tujuan Herin memanggil mereka datang ke rumah adalah untuk memberitahu bahawa Herin telah terpilih untuk memasuki Jigguk High School bersama mereka.Mereka juga memberitahu bahwa Herin selalu berlatih untuk menjadi penyanyi,mereka memohon agar Herin bersekolah bersama mereka di skolah itu.Herin yang hanya mendiamkan diri menangis slepas mendengar apa yang dikatakan mereka.Hayoung memberitahu bahawa Herin sangat berharap ayahnya mengizinkan Herin untuk menjadi seorang penyanyi.So Jung menyuruh Herin untuk membuktikan bahawa dia sangat serious dalam bidang nyanyian,Herin menyanyikan sebuah lagu secara iaitu lagu yang bertajuk " YOU AND I " lagu kepunyaan IU.Dia menyanyikan lagu itu dengan penuh perasaan dan akhirnya ayahnya mengalah.Dia bersetuju Herin bersekolah di Jigguk High School tetapi dia masih tidak membenarkan Herin menjadi seorang penyanyi.Ayahnya masih mahu Herin menjadi seorang doktor. Herin sangat sedih tetapi gembira pada masa yang sama kerana dia tidak perlu berpindah dan belajar di luar negara.Dia hanya mengikut apa yang ayahnya mahu tetapi dia masih akan cuba menjadi seorang penyanyi.

Sebenarnya,mereka bertiga sebelum ini memohon untuk menjadi pelajar Jigguk High School selepas mereka terbaca artikel tentang Jigguk High School yang sangat popular dengan pelajarnya yang berjaya,kaya dan berkarisma. Mereka pun memohon untuk masuk ke sekolah itu.Tetapi Herin tidak memberitahu ibu dan bapanya kerana dia tidak pasti jika dia dapat masuk ke sekolah itu tetapi akhirnya dia diterima. 
 

⟪ TRIVIA ⟫

Likes;- 
→ Dress
→ Books
→ Sunglasses
→ Music
→Flora [salah satu watak winx club]

Dislikes;-
→ Bugs
→ orang kacau barang dia
→ orang cubit pipi dia
 

Habits;-
→ main dengan jari kalau nervous
→ dengar lagu sedih dan tengok awan kalau dia sedih
→ main dengan rambut kalau dia mengantuk
→nangis kalau orang marah dia,atau waktu dia ketakutan

Hobbies;- 
→ singing
→ reading
→ tengok cerita Winx Club

Good at;- 
→ swimming
→ main badminton
→ pemilihan pakaian 

⟪ YOUR FACTS ⟫ 

→Mempunyai suara seperti Yuju daripada G-Friend
→Memilih Kim Taeyeon sebagai idolanya dalam bidang nyanyian,dia mahu menjadi seperti Kim Taeyeon
→Lemah dalam matapelajaran sains kerana dia tidak berminat dalam bidang itu
→Mempunyai account instagram yang bernama HerinLee
→Merupakan pengguna i-phone 6s
→Merupakan anak tunggal dalam keluarganya
→Mendapat gelaran Queenka disekolah kerana popularitinya 
→Peminta cerita kartun Winx Club
→Tidak gemar memakai pakaian yang seksi
→AJK kelab Dream Catcher
→Pandai main piano


 

 

⟪ FAMILY ⟫

Bapa, Lee Soohyun ⋮ 54 ⋮ ahli perniagaan ⋮ tegas,rajin bekerja ⋮ mahu yang terbaik untuk anaknya
Ibu, Lee Sunhwa ⋮ 47 ⋮ pemilik butik "Sweetie Love" ⋮ caring,penyayang,workholic ⋮ memanjakan Herin,tidak mahu Herin dalam kesusahan,memberikan yang terbaik kepada Herin
 

⟪ FRIENDS ⟫

Kawan Baik, Oh Hayoung ⋮ 16 ⋮ student⋮ Banyak cakap,berani,suka tidur ⋮ rakan sejak kecil
Kawan baik, Kim So Jung ⋮ 16 ⋮ student ⋮ Gila-gila,4D,suka gelak ⋮ rakan sejak kecil
Kawan, Do Kyungsoo ⋮ 17⋮ student ⋮manly,penyayang,romantik ⋮ rakan yang temankan Herin baca buku dekat perpustakaan kerana dia merupakan pengawas perpustakaan sekolah Jigguk High School
Kawan, Yoo Youngjae ⋮16 ⋮ student ⋮ baik,pandai,suka buat kelaka ⋮rakan sekelas

⟪ OTHERS ⟫

Sepupu, Lee Hara ⋮ 15 ⋮ student ⋮ baik,manja⋮ dia bersekolah dekat Jigguk High School
 

 

⟪ CHOSEN PLOTLINE ⟫ Lovely Girl

⟪ DARI MANA DIA TAHU KELAB 'DREAM CATCHER' ⟫

Herin tahu kewujudan kelab Dream Catcher selepas Taeyong memberitahunya tentang kelab itu selepas Taeyong terbaca artikel tentang penubuhan kelab itu di newsboard.

⟪ KENAPA MENYERTAI KELAB 'DREAM CATCHER'? ⟫

Selepas mendengar apa yang dikatakan oleh Taeyong berkaitan kelab Dream Catcher,yang akan menunaikan impian ahli kelab dia teringatkan impiannya untuk menjadi penyanyi.Dia ingin menjadi penyanyi vokal yang terkenal dan membuatkan semua orang gembira mendengar suaranya.Namun,impian itu terhalang kerana ayahnya mahu dia menjadi seorang doktor.Oleh itu,dia menyertai kelab itu agar dia dapat menjadi seorang penyanyi dan membuktikan yang dia mampu menjadi seorang penyanyi.

Kim seonah

⟪ AMBITION ⟫ Model ⟪ AGE ⟫ 16 ⟪ BIRTHDAY ⟫ 31 April 1999 ⟪ CLUB ⟫ Wonderful Harmony
⟪ BACK UP RIVAL ⟫ Jung Eunji ⟪ BACK UP RIVAL ⟫ Jung Yerin

 
loveint

⟪ PERSONALITY ⟫ Seonah merupakan remaja yang berumur 16 tahun.Sejak kecil lagi,dia telah berminat untuk menjadi model keran ibunya merupakan seorang model yang terkemuka.Dilahirkan dalam keluarga senang,dia tidak pernah merasa susah dan sering dimanjai menyebabkan dia mempunyai sifat sombong dan membangga diri.Dia suka jika orang memuji-muji dirinya.Dianugerahkan wjah cantik dan tubuh yang menawan,dia mempunyai ramai peminat tertumanya dalam kalangan lelaki.Dia tidak suka jika ada orang yang lebih mendapat perhatian berbanding dirinya.Dia akan cuba untuk menghapuskan orang itu dengan membulinya hingga dia berhenti sekolah.Dia mempunyai ego yang tinggi,dia akan dapat apa yang dia mahu walaupun dia terpaksa menggunakan kekerasan. 

⟪ FACTS ABOUT HER ⟫

→Satu kelas dengan Lee Herin
→Pernah memenangi johan dalam pertandingan model di sekoah.
→Berpengaruh di sekolah selepas Herin
→Tinggal di Amerika ketika berusia 5 tahun dan kembali ke Korea ketika berusia 10 tahun.

 

 
 

⟪ RELATIONSHIP ⟫

Hubungan Seonah dan Herin sangat tegang.Setiap kali mereka berjumpa pasti ada sahaja yang akan dilakukan oleh Seonah untuk mensabotaj Herin. Dia pernah menyuruh beberapa orang rakannya untuk membuli Herin di dalam kelas ketika semua orang tiada dalam kelas namun,Herin diselamatkan oleh Presiden kelab Dream Catcher.Herin tidak melawan kerana dia tidak mahu perkara ini menjadi lebih teruk lagi namun Seonah tidak pernah berputus asa untuk memboikotnya.Dia selalu mengeskploitasi peluang yang ada untuk menghapuskan Herin.

⟪ HISTORY ⟫

Sejak menjadi pelajar tahun pertama di Jigguk High School mereka sudah bermusuhan. Seonah sangat bangga kerana dilabelkan perempuan paling popular di sekolah namun popularitinya mula jatuh disebabkan pelajar bernama Herin iaitu rakan sekelasnya. Dia terdengar perbualan pelajar lelaki yang membandingkan dirinya dengan Herin dan mereka memilih Herin kerana Herin seorang yang lemah lembut,comel dan pemalu. Dia mula membenci Herin kerana merampas popularitinya.Dia tahun Herin merupakan rakan sekelasnya,dia pergi bertemu dengan Herin di dalam kelas dan berlakon mahu berkenalan dengan dirinya.Herin yang tak tahu apa-apa hanya melayan Seonah,dia sebenarnya gembira kerana dapat menambah list kawannya tetapi semua itu hancur apabila Seonah membisikkan sesuatu kepada Herin.
"Baik kau pergi dari sekolah ni..atau kau akan sengsara".

⟪ CONCLUSION ⟫

Selepas Seonah sedar daripada kemalangan,dia teringat bahawa orang yang membawanya ke hospital dan menyelematkannya ialah Herin.Dia berasa sangat kesal kerana membenci Herin yang selama ini baik kepadanya.Akhirnya,mereka berdua berbaik dan menjadi kawan.Kemalangan itu berlaku selepas pulang dari sekolah,ketika itu Seonah mahu melintas jalan dan tiba-tiba ada sebuah kereta hilang kawalan dan melanggarnya.Pada waktu itu juga,Herin berada berdekatan dengan tempat kejadian,dia terus pergi ke arah Seonah dan meminta pertolongan untuk membawa Seonah ke hospital.

Lee Taeyong(name)

⟪ AMBITION ⟫ Composer lagu,penulis lirik ⟪ AGE ⟫ 18 ⟪ BIRTHDAY ⟫ 6 Jun 1997 ⟪ CLUB ⟫ Dream Catcher
⟪ BACK UP LOVE INTEREST ⟫ Oh Sehun ⟪ BACK UP LOVE INTEREST ⟫ Mark Lee

 
loveint

⟪ PERSONALITY ⟫ Taeyong seorang yang sangat bersungguh-sungguh dalam mecapai impannya untuk menjadi seorang composer lagu dan penulis lirik.Dia merupakan salah seorang Kingka di sekolah disebabkan oleh perwatakannya yang seperti bad boy dan mempunyai wajah yang kacak.Dia sebenarnya seorang yang baik dan manly dengan orang yang dia sayang.Dia jarang tersenyum oleh itu orang gelarkan " No Face ",reaksi mukanya hanya satu iaitu selamba dan poker face.Tetapi kadang-kadang dia akan tersenyum dan hanya seorang yang boleh membuatkan dia tersenyum iaitu Herin.Dia menyertai kelab Dream Catcher kerana dia ingin menjadi seorang penggubah lagu dan penulis lirik yang terkenal disamping ingin menjaga Herin

⟪ ANY LAST COMMENT ⟫ sorry kalau banyak typo,harap authornim faham apa yang saya tulis xD

⟪ SCENE REQUESTS ⟫ Seonah buli Herin,Herin pergi hangout dengan Taeyong,Dream Catcher pergi holiday.Taeyong luahkan perasaan dekat Herin.

⟪ PASSWORD ⟫ diorang pergi main bowling,tengok wayang,melawat rumah anak yatim,pergi holiday,lawan bola keranjang dengan Wonderful Harmony

 
 

⟪ RELATIONSHIP ⟫

Ketika Herin dan Taeyong berdua dalam bilik Dream Catcher sebab yang lain keluar pergi makan,suasana awkward akan memenuhi bilik itu.Herin malu untuk memulakan perbualan,oleh itu Taeyong akan mulakan perbualan dengan perkara yang mengarut seperti "awak umur berapa?",padahal dia dah tahu Herin 16 tahun.Herin yang mendengar soalan itu akan menjawab dan tergelak,dari situ mulalah perbualan seterusnya.Mereka berdua sering duduk berdua di dalam bilik Dream Catcher kerana Taeyong tidak mahu lelaki lain mengacau gadis comel itu..Selalunya,Taeyong akan mengajak Herin pergi makan dan memaksanya keluar makan,dia risau tengok saiz badan Herin yang kurus. Tapi,makin lama Herin dah tak berapa malu dengan Taeyong.Taeyong jarang tersenyum dan hanya menunjukkan reaksi poker face.Namun,jika dia bersama Herin,dia akan sering tersenyum melihat gelagat Herin yang comel dan lemah lembut.Jika mereka pergi holiday atau hangout,dorang akan selalu berdua.Pada mulanya Herin malu ingin berdua dengan Taeyong tapi lama-kelamaan,dia semakin selesa berduaan dengannya dan mereka berdua semakin rapat.

⟪ HISTORY ⟫

Detik pengenalan mereka tercetus di dalam kelas Herin.Ketika itu,Herin telah dibuli oleh rakan dan pengikut Seonah,musuh utama Herin.Herin telah ditampar dan para pembuli baru sahaja mahu memberikan tamparan berbisa yang kedua di muka Herin tetapi tiba-tiba,pintu kelas dibuka dan muncullah seorang lelaki kacak bernama Taeyong yang terus meluru ke arah Herin dan memeluknya.Ketika itu,Taeyong baru keluar dari kelas kerana waktu persekolahan sudah tamat,jika dia mahu pergi ke pagar sekolah dia akan melalui kelas Herin dan tiba-tiba dia terdengar bunyi bising dalam kelas itu,dia mengintai dari tingkap dan ternampak seorang pelajar perempuan sedang dibuli.Dia dengan segera pergi menyelamatkan pelajar itu.Keesokan harinya,Herin pergi berjumpa dengan Taeyong untuk berterima kasih dan memberikannya makanan sebagai tanda terima kasih. Selepas kejadian itu,mereka menjadi kawan.

⟪ CONCLUSION ⟫

Herin semakin penat untuk mencintai Taeyong kerana dia tahu Taeyong tidak menyukai dirinya,lelaki itu lebih gemar perempuan yang seksi dan cantik seperti Seonah.Disaat dia mahu putus asa,Taeyong datang dan meluahkan perasaan yang selama ini dipendam dengan perit.Akhirnya,mereka dapat bersama sehingga ke jinjang pelamin.

⟪ FACTS ABOUT YOU AND LOVE INTEREST ⟫

Herin mempunyai perasaan yang sangat mendalam terhadap Taeyong namun berbeza pula dengan Taeyong,bagi dia Seonah merupakan idela type nya kerana dia seksi. Herin tidak pernah meluahkan perasaan terhadap Taeyong kerana dia malu namun dia sering menunjukkan perasaannya terhadap jejaka itu melalui perwatakannya terhadap Taeyong tetapi dia masih tidak memberikan apa-apa respon.Sebenarnya,Taeyong hanya menganggap Herin sebagai adik selama ini sehinggalah suatu hari tu,dia terdengar perbualan Herin dengan Seonah.

Seonah:Kau tahu tak yang Taeyong suka dekat aku?
Herin:Apa yang kau cakap ni?
Seonah:Dia sendiri bagitahu aku semalam,aku ada rakam kalau nak dengar. [seonah keluarkan rakaman suara Taeyong]
Herin: Ohh..jadi betullah,selama ni dia suka dekat kau? 
Seonah:Aku ingatkan kau bodoh sangat rupanya pandai jugak
Herin: Kau dengan dia..memang sesuai..aku lepas tangan..kau ambillah dia..aku akan cuba lupakan dia.[berlalu pergi]

Sebenarnya,memang betul Taeyong ada cakap macamtu tapi dia saja je sebab nak mainkan perasaan Seonah walaupun dia sukakan perempuan seksi tapi dia tak sangka yang selama ni Herin ada perasaan kat dia.Satu malam dia fikir pasal hal tu,dia akhirnya perasan yang dia juga cintakan Herin.Keesokan harinya,dia terus pergi luahkan perasaan dekat Herin.Taeyong luahkan perasaan dekat Herin di taman sekolah.Ketika itu,Herin sedang bersendirian,dia duduk di bawah sepohon pokok yang menjadi tempat kesukaannya untuk berehat pada waktu rehat sementara menunggu dua orang kawannya pergi membeli makanan.Taeyong menutup mata Herin secara diam-diam dan luahkan perasaannya,selepas dia membuka mata Herin dia terus memeluk Herin.Herin hanya mampu tersenyum dan menangis kerana dia merasa sangat gembira.

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet