Love Confession?

Bestfriend? No, She's My...

"Yezi! Yezi! Lee Yeziii!" Laung Seungheon sambil berlari mengejar langkah Yezi yang agak laju. Yezi memerlahankan langkahnya tatkala mendengar namanya dipanggil. "Haihh. Penat aku kejar kau. Laju betul." Ujar Seungheon termengah-mengah sambil berjalan di sebelah Yezi. "Kau yang lambat sangat."Balas Yezi acuh tak acuh seakan merajuk. "Hehehe. Sori la Yezi aku pegi jumpa cikgu tadi." Ujar Seungheon memberi alasan. Keadaan menjadi sunyi seketika. Mereka berjalan tanpa berbual seperti kebiasaannya. "Yezi, aku nak cakap something boleh?" Soalan Seungheon memecah kesunyian antara mereka berdua. Yezi hanya membisu. Namun Seungheon teruskan juga niatnya. "Aku suka kau!" Kata-katanya yang cukup ringkas itu membuatkan Yezi terkedu lalu memberhentikan langkahnya. Seungheon turut menghentikan langkahnya. Yezi memandang wajah Seungheon yang kelihatan tidak beriak itu. Lama mereka membisu. Tiba-tiba... "APRIL FOOL!!" Ujar Seungheon separuh menjerit tanpa rasa bersalah. Yezi mengetap bibir menahan geram. Seungheon ketawa semahu-mahunya melihat reaksi Yezi itu. PANGG!! Tangan Yezi hinggap di pipi kiri Seungheon, membuatkan Seungheon berhenti ketawa. Yezi berlari meninggalkan Seungheon yang masih terpinga-pinga.

Malam itu di rumah Seungheon,

Seusai mengeringkan rambut selepas mandi, Seungheon menghempaskan badannya ke atas katil. Sambil berbaring, otak Seungheon ligat berfikir. Kejadian yang berlaku ketika perjalanan pulang dari sekolah tadi seakan diulang tayang dalam mindanya. Dia agak keliru dan aneh dengan tindakan Yezi itu kerana selama dia berkawan dengan Yezi, gurauannya sentiasa disambut baik oleh Yezi. 'Apsal dengan Yezi tadi?Aku bergurau je kot. Kenapa dia macam marah sangat?Dia tak nak kawan aku dah ke?' Seungheon bermonolog dalam hati sambil tangannya memegang pipi kirinya yang ditampar Yezi petang tadi. Pelbagai persoalan tanpa jawapan berlegar-legar di fikirannya. Akhirnya dia dibuai mimpi indah tanpa belum sempat untuk mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan yang dia kemukakan sendiri.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet