satu

Day dream

" Lee hi, bangun ! Dah pagi ni . " jerit ibu Lee Hi dari dapur.

Lee Hi yang terdengar jeritan ibunya terus bangkit dari mimpi indah dan mencapai tuala yang tersedia di ditempat penyangkut. 

' Hari ni hari Sabtu. Hm nak buat apa eh? ' ngomel Lee Hi seorang diri dihadapan cermin dibiliknya. 

Tetiba telefon bimbit yang berdering menandakan mesej masuk, dia mengambil telefon bimbit dan membuka mesej tersebut 

" Woi, budak hingusan ! Hari ni jangan lupa datang Padang Busan. "

Lee Hi tersenyum kecil sambil membaca mesej yang dihantar oleh sahabatnya, Jeon jungkook

'' Okay, tempat dituju dah ada. '

 

Brrr  !

 " Hah, laparnya ! Apalah omma masak hari ni ? " kata Lee Hi sambil meneruni anak tangga ke dapur

Sebelum dia datang menghampiri ibunya di meja makan dia sempat mencuit adik kecilnya, Lee Sun yang sedang asyik melayan kartun Kick Buttowski Adiknya yang sedang asyik melayan kartun kegemarannya tadi pun menoleh kearah kakak tunggalnya sambil tersenyum. 

" Omma ! " peluk Lee Hi dari belakang sambil mengucup pipi ibu kesayangannya

" Macam mana uji bakat semalam okay? " tanya ibu Lee Hi

" Boleh je, tapi entahlah dapat ke tak sebab ramai sangat semalam yang datang " jawab Lee Hi

" Dapat tu, ibu dapat rasakan " jawab ibu Lee Hi

Berderai ketawa dua anak beranak itu memecah kesunyian di dapur. Lee Sun juga tidak ketinggalan, dia datang menghampiri Lee hi sambil menarik hujung baju Lee hi. Lee Hi faham akan maksudnya itu. Lalu Lee Hi mengakatnya untuk didukung.

___________________________________________________________________________________________________________________________

Selepas selesai sarapan, Lee hi bersiap-siap untuk pergi ke padang Busan untuk melihat perlawanan persahabatan Busan - Seoul diantara sekolah sekolah. Lee Hi meminta bantuan bapanya untuk menghantarkannya ke padang Busan. Sesampainya dipadang Busan, kelihatan satu susuk tubuh seorang lelaki yang amat dikenalinya sedang menunggu di hujung sudut padang tersebut. 

" Eh, kenapa tak bersiap lagi? Bukan nanti dah nak mula ke perlawanan? " tanya Lee Hi kepada lelaki tersebut

" Oh, perlawanan ditangguhkan selama 10 minit. " jawab lelaki tersebut

" Oh okay, ramai juga yang datang hari ni " jawab Lee Hi sambil matanya melilau memandang kawasan padang tersebut. 

" Lee hi, jom ikut aku ! " kata lelaki itu

" Kita nak ke mana ni, Jungkook ? " tanya Lee Hi kepada Jungkook kehairanan

Sesampainya di tempat yang dituju,

" Ini tempat kau ! " kata Jungkook

" Eh, depannya. Tapi inikan tempat duduk pemain simpanan dengan coach Park " jawab Lee Hi terkejut

" Coach Park bagi tempat ini untuk kau " kata Jungkook lagi

" Biar betul ! Kenapa baik sangat coach Park hari ni? " tanya Lee Hi

Sebab coach Park ni garang orangnya, nak tengok dia senyum pun payah. 

" Entahlah " jawab Jungkook sambil berlalu pergi

Lee Hi yang terpinga-pinga pun duduklah disitu. Agak janggal baginya kerana selalunya dia akan duduk bersama penonton-penonton yang lain

_______________________________________________________________________________________________________________

Sebelum perlawanan bermula, Lee Hi sempat memberi kata-kata semangat kepada Jungkook. Bukan mudah untuk mengalahkan Sekolah Seoul ini kerana mereka pernah menjuarai perlawanan bola sepak tahun lepas. Lee Hi tidak jemu jemu memberi kata kata semangat kepada Jungkook. Perlawanan di akhiri dengan 3-2, Sekolah Busan menang dalam perlawanan persahabatan tersebut. Selepas tamatnya perlawanan persahabatan tersebut, Jungkook ke bilik persalinan untuk tukar baju. Selepas selesai menukar pakaian, dia berjumpa Lee Hi. Dari jauh kelihatan Jungkook  tesenyum keriangan mungkin kerana kemenangannya sebentar tadi. 

" Suka lah tu, dapat golakn dua tadi " kta Lee Hi

Kata kata Lee Hi hanya disambut senyuman

" Tak sia sia aku datang & bagi sokongan dekat kau. Apalagi belanja lah makan, aku lapar ni ! " kata Lee hi

" Jom ! " kata Jungkook sambil menarik tangan Lee hi

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet