Nak Kurus!

Don't Go (Malay fanfic)
Please Subscribe to read the full chapter

 

SEHUN POV

"Hayoung suka Sehun,"Sehun terkedu. Dia yang sedang bermain-main dengan gula-gula kapas di tangannya terus terhenti. Sehun memandang Hayoung disebelahnya. Perempuan itu sedang menunduk ke lantai. 

"Hayoung suka Sehun,"kata perempuan itu lagi tanpa memandangnya. Sejujurnya dia terkejut dengan luahan yang amat mengejutkan itu. Sehun cuba memikirkan jawapannya tapi kepalanya seolah-olah buntu. Memang benar yang dia selalu mendengar luahan seperti itu tapi dia cuma menganggap itu semua seperti luahan sebagai seorang peminat kepadanya tapi perempuan yang berada di sebelahnya itu sememangnya serius.

"Boleh Sehun tanya sesuatu?"tanya Sehun berlagak tenang. Hayoung mengangguk perlahan.

"Hayoung suka Sehun sebagai seorang peminat ke?"

"Tak. Mungkin Sehun fikir macam tu tapi tidak. Hayoung tak pernah menganggap Sehun sebagai artis malah pada mula Hayoung nampak Sehun, Hayoung tak tahu yang Sehun seorang artis. Sampailah hari ni."kata Hayoung jujur.

"Sehun tak tah.."

"Hayoung tahu Sehun tak boleh terima Hayoung sebab Hayoung gemuk, tak cantik dan sebagainya. Mungkin Hayoung juga tak sepandai Sehun. Hayoung sedar itu. Hayoung dah lama faham,"jawab Hayoung. Sehun tak berniat untuk cakap macam tu. Dia tidak memandang seperti itupun terhadap Hayoung. Cuma mungkin Sehun tidak pernah mengalami perkara seperti itu.

"Sehun tak pernah pandang semua tu. Kalau Sehun pandang benda tu dan menilai Hayoung seperti itu sememangnya Sehun tak layak dipanggil lelaki. Sehun hormat pendirian dan fizikal seseorang. Sehun terima Hayoung sebagai kawan Sehun walaupun kita baru berkawan hari ni. Cuma Sehun tak tahu nak buat apa. Kalau Hayoung tanya Sehun apa ciri-ciri perempuan idaman Sehun, mestilah Sehun nak cari yang cantik tapi bagi Sehun personalliti lebih baik dari benda tu,"jawab Sehun jujur. Hayoung disebelahnya seperti tidak berani memandang wajahnya. 

"Boleh bagi Hayoung masa selepas EXO debut tak?"

"Masa apa?"

"Masa untuk Hayoung kurus. Hayoung nak buktikan pada Sehun yang perasaan Hayoung bukan main-main,"kata Hayoung. Sehun memandang Hayoung. Dia melirik wajah Hayoung sedalam-dalamnya. Dia tidak mahu seseorang perempuan terseksa hanya disebabkan dia tidak menerima perasaan perempuan itu. Itu bukan gaya Sehun.

"Jangan paksa diri Hayoung. Hayoung buat Sehun ni macam orang jahat."kata Sehun risau.

"Tak. Hayoung akan buat. Jangan risau. Sehun tak datang kuliah berapa bulan?"

"Mungkin empat bulan. Lepas EXO buat comeback, kami menjelajah beberapa buah negara."

"Dalam masa empat bulan dari sekarang, Hayoung mula,"

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

DUA BULAN KEMUDIAN

HAYOUNG POV.

Dua bulan telah pun berlalu. Hayoung berada di gim di universitinya sedang berlari di atas treadmill. Sudah dua jam dia berlari di atas treadmil itu tanpa henti. Gim itu kosong. Pada setiap petang, Hayoung tidak lagi berada di rumah dan tidur sebaliknya dia banyak menghabiskan masa petangnya di g

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
SeHunZa98
jangan segan komen tau... berikan pendapat korang.

Comments

You must be logged in to comment
SeHunZa98 #1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca fanfic 'Don't Go'. Terima kasih kerana para pembaca sudi membaca walaupun fanfic ni dah lama dah saya karang. Mesti korang semua tertanya kenapa saya dah lama tak mengarang. Jujur saya katakan untuk dua tahun selepas saya terbitkan fanfic 'Don't Go', kejadian yang tak berapa menyenangkan telah terjadi kepada saya dan membuatkan saya berhenti mengarang tapi alhamdulilah dengan izin-Nya saya dapat kekuatan dan ingin kembali. Hobi saya ini saya harap dapat mendatangkan kegembiraan dan kesenangan kepada korang semua. Memang itu niat saya. InsyaAllah, dengan kembalinya saya, saya akan mula mencipta satu cerita yang boleh menyenangkang korang. Terima kasih kerana membaca dan menyokong saya selama ini. Nantikan fanfic saya yang baru ye.. Semoga fanfic baru yang akan saya terbitkan sesuai dengan citarasa korang..

Saranghae...
Chanseong196 #2
SeHunZa98 - waalaikumussalam ...
Saya harap untuk fanfic 'Can You Smile' tu ...awak boleh jadikan Song Ji Hyo sebagai watak utama ^,^ hee saya peminat Miss Mong ♥_♥
sishawa
#3
Chapter 34: datang sini demi Ji Hyo.. nice :D
SeHunZa98 #4
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pembaca-pembaca fanfic 'Don't Go'. Saya sangat-sangat berterima kasih kepada para pembaca kerana sudi membaca fanfic ini. Saya ingin meminta maaf kerana langsung tidak melayan comment dan tidak berterima kasih atas subscriber yg bertambah-tmbah hari demi hari. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa korang semua. Sebagai tanda terima kasih saya kepada anda semua. Sila nantikan fanfic yang baru bertajuk 'Can You Smile' starring by Lee Sungyeol (infinite), Lay (exo) dan banyak lagi. Sokongan anda banyak membantu saya untuk lebih maju ke hadapan.

TERIMA KASIH & THANK YOU :-)
stephanie1138 #5
Chapter 38: This is amazing.Don't be mad honestly I badly want Jihyo to be Sehun girlfriend.But I still love this story...
miss_baby_face #6
Chapter 27: uwwah! sedih la! :( btw, citer ni best! update lagi tau!
syiradali #7
Chapter 18: my dongsaeng yah.... keep up the good work. this story is amazing n cant wait for the . hehehhehehe from ur lovely unnie lolz xDd
mieyhyun
#8
Chapter 16: Thanks for the update author-nim.. awk dh smbuh ke?? Get well soon okay :)