chapter 5.
nothing happen betwen us.flashback seminggu selepas kejadian di kedai bunga mirae.
hanie pov.
lee chan hee masuk kedalam kelas aku, dan datang mendekati aku.
''hanie, cikgu chae rin nak jumpa awak dekat bilik guru.''
dia bercakap dengan berhati-hati, mungkin sebab apa yang aku cakap dengan dia kali lepas.
''ye, nanti aku datang, thanks for the information, satu lagi, yoomi sekarang dekat tandas, nanti kalau jumpa dia bagi tahu dia yang aku balik sendri jadi dia tak payah tunggu aku.''
aku terus beredar selepas memberi pesanan pada chan hee.
aku tak tahu macam mana muka dia masa tu, sebab aku hanya fokus pada buku-buku aku je.
''knock!knock!knock''
aku mengetuk bilik guru.
''masuk!!''
jerit cikgu jung.
lalu aku membuka pintu dan masuk kedalam dengan agak was-was.
''duduk lah.''
arah cikgu jung.
lalu aku melabuh kan punggung di tempat duduk berhadapan cikgu jung.
''kamu tahu tak kenapa cikgu panggil kamu?''
tanya cikgu jung pada aku.
aku hanya menggeleng, aku tahu yang cikgu jung ni cikgu disiplin, jadi aku tak berapa berani nak pandang atau bercakap dengan dia.
''kamu tahu kan yang gambar kamu tidur dengan artis tu dah tersebar luas. dan masa itu juga awak memakai seragam sekolah, jadi disebabkan nak menjaga nama baik sekolah pengetua memberhenti kan awak dari sekolah ni.''
aku sungguh terkilan hingga mati kata-kata.
''cikgu tahu kamu pelajar terpandai dekat sekolah ni, jadi cikgu cuba merayu dengan pengetua, tapi pengetua tak nak.''
''saya faham, nanti saya akan kemas barang2 saya.''
kata aku sambil menahan sakit yang ada dalam hati aku ni.
''tak perlu!, cikgu dah buat pertukaran.''
''apa maksud cikgu?''
tanya ku.
''cikgu kata dengan pengetua yang cikgu... sanggup berhenti dari sekolah ni asal kan kamu masih tetap belajar dekat sini.''
''apa yang cikgu cakap ni? saya tak kisah lah kalau diberhenti kan, lagipun cikgu kan nak sangat jadi cikgu dekat sekolah ni kenapa cikgu buat keputusan yang mengarutni?''
aku mula meninggi kan suara.
cikgu jung berdiri, dan memandang aku yang masih duduk.
''saya jung yong hwa, bekas cikgu dekat miracle high school, ingin mengatakan pada yoon hanie, yang ini sahaja cara untuk saya menebus kesalahan yang dilakukan oleh orang tua saya 4 tahun lepas, lagi 2 bulan masuk 5 tahun lepas.''
cikgu jung berkata dengan senyuman yang dipaksa.
''kan saya dah kata jangan ungkit tentang cerita ni lagi, saya tak kisah pun.''
aku berdiri dan pergi kearah cikgu jung..
lalu aku menunduk hormat cikgu jung.
''kamsahamnida cikgu jung., saya tak kan sia-sia kan peluang yang ada ni, dan saya akan cari jalan untuk dapat kan kerja ni semula dekat cikgu.''
kata aku dengan yakin, yang hanya di balas dengan senyuman hambar cikgu jung.
=============================================================================
bila aku keluar dari kelas semua mata memandang aku.
aku tahu sebab apa, tapi aku malas nak ambil kisah.
aku pergi ketempat dimana aku letak basikal aku.
aku terkejut bila tengok basikal aku dipenuhi dengan sampah sarap.
dan tayar nya pula pancit.
''hmm...''
aku mengeluh.aku hanya membiar kan basikal itu disitu, lagipun rumah aku bukan jauh dari sekolah pun. kalau jalan kaaki pun tak pe.
kalau naik, bas aku bukan jenis yang naik bas, aku tak suka berhimpun dengan ramai orang, ia membuat kan aku tak selesa.
baru keluar dari perkarangan sekolah aku dah diherdik.
''tengok lah perempuan kotor tu, entah2 dia ada bagi ubat tidur dekat baek hyun, sampai baek hyun tidur dengan dia.''
aku terus memasang earphone di telinga aku, baik dengar tentang pelajaran yang aku download minggu lepas dari dengar semua benda yang tak berfadedah ni.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
niat aku adalah nak pergi ke kedai mirae, untuk selesai kan salah faham ni, mesti dia marah gila dekat aku.
bila dah sampai seperti biasa aku masuk ikut pintu belakang.
''mi..''
aku tak menghabis kan ayat aku sebab dengar nama aku disebut.
aku bukan lah seorang yang busy body atau pasang telinga cuma kali ini aku tiba2 rasa nak buat benda tu semua.
''aku dah buat seperti yang kau ajar, tapi hanie si budak mentah tu hancur kan plan aku, macam mana dia boleh masuk kedai aku sendiri pun tak tahu.''
''patut nya lepas kau bagi ubat tidur tu kau terus pergi dekat bilik tu.''
''dah terlambat, syarikat diaorang dah umum kan pun yang diorang akan berkahwin hujung bulan 11 ni.''
aku terus menutup telinga aku dari mendengar semua ni, dan berlari keluar dari kedai itu.
aku terasa nak menangis, tapi kenapa air mata ni macam tak nak keluar.
.aku berjalan tanpa arah tuju.
''plak!''
aku memandang bahu aku yang baru saja terkena telur.
beberapa saat kemudian, lebih banyak telur tepung dan macam lagi mendarat dekat aku.
baru aku perasan sekarang aku tengah dikerumuni orang ramai, semua mencaci dan mencela aku sambil melempar benda2 yang tak patut di lempar dekat aku.
aku hanya menutup kepala dengan lengan aku.
''berhenti semua!!!!''
semua orang berhenti, aku memandang kearah suara tersebut, seorang perempuan yang memakai baju yang agak bergaya, tapi terkena juga telur dan tepung mungkin sebab dia datang di tengah2 kerumunan orang. berada disebablah aku.
''korang ingat dengan buat macam ni, korang dapat ke henti kan perkahwinan diaorang? korang dapat ke kahwin dengan bias korang? saya rasa bias korang lagi sakit hati bila tengok apa yang korang buat ni.''
perempuan itu bercakap sambil melepas kan jaket nya dan meletak kan nya di bahu aku.
''mungkin exo kecewa dengan apa yang korang buat ni.''
tambah perempuan itu lagi. aku hanya memerhati kan dia dalam senyap.
''saya pun peminat exo juga, tapi saya sokong apa jua keputusan diorang, daripada korang membazir kan tepung telur semua benda ni baik korang balik la.. lagipun hari dah senja.''
semua bersurai, tinggal aku dengan perempuan tu yang masih berdiri di sini.
''unnie rasa awak perlu ikut unnie.''
lalu perempuan itu menarik tangan aku, aku hanya mengikut.
===============================================================================
author pov.
hanie membulat kan matanya bila melihat rumah banglo yang mewah depan matanya.
''unnie tahu banyak benda yang awak nak tanya dekat unnie, tapi sebelum tu awak kena bersih kan diri awak dulu.''
''tapi saya tak de baju.''
jawab hanie, dengan muka yang agak letih.
''jangan risau, ikut unnie.''
arah perempuan itu lagi.
hanie memandang seluruh isi rumah banglo tersebut.
Comments