Chapter 11
Never Let You Go ( Malay version )
‘ Weyhh datang kat tempat biasa sekarang , aku ada hal yang tersangat penting nak bagitahu kau nie . Ni antara hidup dengan mati kau tahu tak ‘ ! ujar D.O melalui telefon apabila Kris mengangkat telefon .
Kris dengan cemas mengambil kunci keretanya lalu terus memecut laju keretanya menuju ke tempat D.O.
Kris memasuki cafe itu dengan pantas sekali .
Kris tercungap2 keletihan .
Dia memandang D.O, tiada sebarang reaksi cemas pun dimuka D.O tidak seperti tadi semasa D.O menelefon dia .
‘ Kenapa ? ada apa sebenarnya ni ?? Kau cakap tadi ada hal penting antara hidup dengan mati ?? . Tapi aku tengok kau biasa je nie ?! Marah Kris tidak berpuas hati .
‘ Rileks lah wehh, duduk la dulu . ‘D.O hampir tergelak melihat reaksi Kris yang begitu cemas itu , tetapi dia menahan ketawanya takut Kris akan memarahi dia nanti .
‘ Mahunya aku tak marah sebab kau cakap macam tu tadi urgent sangat .. huh nasib baik aku tak kena heart attack tau siaa ‘
Kris menarik kerusi lalu duduk .
‘ Huh ada ape ? ,kalau bende bodoh aku tanak dengar buang masa aku jer rush dating sini tadi ’ Kris menarik muka masam .
‘ Ni pasal Krystal ,’’ pendek D.O .
‘ apa ? ! ‘ mata Kris terus membutang kearah D,O
Kris terkejut mendengar jawapanD.O itu .
D.O hanya tersenyum melihat reaksi Kris itu .
‘ Ye, pasal Krystal ,. Mesti kau nak tahu sangat2 mengenai status dia sekarang kan ? ‘ soal D.O dengan serius .
‘ Mestilah ! “ Kris menganggukkan kepalanya .
‘ Dia single sekarang nie . Inilah peluang kau meluahkan perasaan kau yang sebenar terhadap dia , ‘ ujar D.O sambil tersenyum .
Kris tersenyum lega .
‘ Kau pandai2 lah ekk , aku tak perlu ajar step yang seterusnya kan ? .’ D.O menepuk2 bahu Kris .
‘ Aku pun taulah ! Tapi siapa yang bagitau kau semua ni ?‘ soal Kris kembali .
‘ Chorong yang bagitau aku , dia kan kekasih aku and rapat pulak tu dengan Seohyun ,mestilah dia tahu semua nya ,ishh kau ni tanya soalan yang mintak lempang je ! ‘ jawab D.O
Comments