001

Bookshop's Flower Boys!

"Tumpang tanya, sini ada kerja kosong tak?"

Dia yang sedang bertungkus-lumus menyiapkan kira-kira mengangkat muka. Hye Jin mengerut dahi dan memandang budak lelaki di hadapannya yang kelihatan gelisah dan mula berpeluh sejuk. Entah mengapa dia merasakan kedai buku ini sedikit menyeramkan. Tapi bagi Luhan, dia sudah tiada pilihan lain. Semenjak berhenti kerja di sebuah restoran tiga bulan lalu, dia sangat terdesak untuk menampung perbelanjaan kehidupannya sepanjang mengganggur. Bukan tiada tawaran kerja cuma dia merasakan kurang selesa dengan segala gangguan yang dialaminya.

Spontan, Hye Jin memalsukan senyuman. "Ada tapi untuk permenant sajalah."

"Bolehlah, kak.." muka Luhan makin pucat lesi. Berbanding dengan keadaan kedai ini yang menyeramkan, dia merasakan gadis dihadapannya lebih menakutkan. Dia menelan air. Dah terlewat untuk berpatah balik.

"Sekejap, akak pergi ambil form." kata Hye Jin sebelum menghilang ke dalam pejabatnya.

 

Sementara Luhan menunggu Hye Jin, matanya melilau memandang sekeliling. Ini pertama kali dia datang ke kedai buku yang amat tersorok kedudukannya dari pandangan orang ramai. Langsung tak strategik dan mungkin itu antara sebab utama kenapa tidak ramai pelanggan yang datang. Tapi mungkin ini jugalah tempat terbaik untuk Luhan memulakan kehidupan baru. Jauh dari segala gangguan yang menyeksa batinnnya.

Sambil leka memerhati, kemudian matanya terarah kepada seorang gadis yang sibuk mengipas dirinya sendiri walaupun duduk di hadapan kipas yang sedang berpusing kuat. Kelihatan dia begitu kepenatan dan lesu. Luhan sedikit terkejut apabila gadis itu tiba-tiba menoleh ke arahnya dengan pandangan yang tajam.

Luhan panik lagi sekali. Gadis ini mempunyai aura yang sama dengan gadis yang pertama. Demi mengelakkan rasa janggal, Luhan memandang tempat lain.

Satu benda yang paling dia kagum ialah, kedai buku ini sangat terurus dan begitu kemas susunnya. Tanpa sedar, membuatkan dia tersenyum sendirian menyenangkan betapa bahagianya jika dapat bekerja di tempat seperti ini. Okay, tolak ke tepi pasal pekerjanya yang kurang... ermm..

"Isi form ini dulu kemudian baru akak interview." kata Hye Jin yang tiba-tiba muncul kembali bersama sekeping form untuk di isi.

Luhan mengangguk dan mula mengisi form sebanyak tiga helai itu.

 

"Kerja kau dah siap, Dahee?" tanya Hye Jin sebelum kembali membuat kira-kira.

"Aku baru nak duduk ni. Dah la lapar. Bila la kau nak ambil staff lelaki ni, Jin?" Dahee mula merungut. Peluhnya masih belum kering lagi, terasa kipas and aircond yang berfungsi pada yang sama langsung tidak memberikan kesan kepadanya.

"Kan ada yang tengah apply ni? Sabar la..." kata Hye Jin.

Luhan yang sedang mendengar hanya menggerutu di dalam hati. Tapi dia hanya mampu mendiamkan diri. 

"Lelaki ke ni? Lembik semacam je aku tengok." selamba Dahee berkata-kata. Dia langsung tak berkenan dengan candidate yang seorang ni. Tengok cara jalan pun dah tahu dia ni dari spesis yang mana. Lagi-lagi dengan seluar sendat yang berbunga-bunga, cermin mata bingkai tebal yang palsu...old school la katanya. Dengan jari yang melentik dan kuku yang bersinar-sinar, jangan kata sekali pandang, banyak kali pandang pun Dahee dah tahu lelaki jenis ni bukan sesuai buat kerja-kerja kasar dan berat.

Telinga Luhan makin merah mendengar penghinaan sebelum salam perkenalan dari Dahee. Dia menggigit bibir menahan marah. Tak apa, kita tengok la nanti, huh!

 

"Kak, dah siap." ujar Luhan sebelum memulangkan kembali form yang telah siap di isi. Hye Jin mengambilnya dan meneliti untuk beberapa seketika.

"Ermm...Xi Luhan, huh? Chinese?"

"Ya, saya. Panggil saja Luhan."

"Okay, nama akak Han Hye Jin. Panggil Kak Hye Jin. Akak owner kedai buku ni."

Luhan mengangguk tanda faham. Tapi satu benda yang dia tidak faham ialah adakah dia sedang di interview sekarang ni? Open? Mujurlah tiada sesiapa kecuali mereka bertiga.

"Kat sini stated ada certificate untuk kulinari tapi kenapa tak apply kerja untuk bidang yang sepatutnya?" tanya Hye Jin.

"Panjang ceritanya kak. Tapi saya hendak kumpul duit untuk buka restoran sendiri suatu hari nanti. Itu impian saya."

Hye Jin hanya mengangguk sebelum menanyakan soalan yang lain. "Sini kerja berat . Boleh tak? Kena angkat kotak-kotak yang besar. Maklumlah dah nama pun kedai buku, kotak buku mestilah semuanya berat-berat. "

Soalan itu yang paling menggerunkan bagi Luhan. Dia menelan kelat air liur. Secara jujurnya, dia tidaklah begitu gagah perkasa tapi dia sudah tiada pilihan lain lagi.

Dahee yang duduk di tepi hanya tergelak halus.

"Err...b-boleh kut.." Luhan mula gagap.

"Aik, takkan orang lelaki tak boleh angkat berat. Kakak yang sebelah ni biasa angkat 100 kotak setiap minggu. Maklumlah, kami cuma ada seorang staff lelaki.." Hye Jin tersenyum walaupun nada suaranya separuh usikan.

"Boleh kak. Saya cuba mana yang saya mampu." 

"Ok. set! Esok datang kerja pukul 9 pagi sharp tuggu depan pintu. Tak boleh lambat, be punctual, Okay? Ada soalan?"

"Gaji kak?"

"Akak bayar ikut kelayakan tapi jangan risau. Rajin kerja mesti ada bonus." Ujar Hye Jin sebelum mengelip matanya.

Luhan yang masih takut-takut hanya mengangguk sebelum beredar.

 

"Kau serius ke nak ambil budak tu? Biar betul kau ni?" tanya Dahee selepas Luhan hilang dari pandangan.

"Nak buat macammana? Dialah satu-satu candidate dalam masa 3 bulan. Lepas jadi cashier pun jadilah. So, bila Nana resign nanti ada juga replacement. Atau kau nak jadi cashier?"

"Tak nak aku! Siapa yang siapkan return kat belakang tu?! Ehm..kurus la aku macam ni. Entah bila boleh dapat assistant.."

Mendengar perkataan 'kurus' membuatkan Hye Jin ketawa kuat. "Usah berangan la nak kurus! Lepas buat kerja, makan. Angkat kotak sikit je, makan. "

"Hello! At least aku lagi kurus dari kau, okay? Pipi aku ni je yang chubby, tapi tak apa still comel selalu."

Hye Jin buat-buat muntah mendengar kata-kata staffnya yang seorang itu sebelum ketawa lagi. Hubungan mereka bukan setakat Boss dan staff, malah lebih mesra seperti sahabat baik. Walaupun jarak umur mereka hampir 5 tahun, tapi mereka sudah tidak menggunakn kata penghormatan. Malah, menjadi Dahee yang telah mengenali Hye Jin hampir 3 tahun begitu selamba untuk mengutuk ketuanya depan-depan. At least, bukanlah mengumpat kalau mengutuk di belakang. Betul tak?

"Tapi kan... mesti L marah aku sebab ambil budak Luhan tu bekerja kan?" tanya Hye Jin tiba-tiba.

"Kenapa pulak dia nak marah?" Dahee mengerut dahi. Tanda tak faham.

"Kut-kut la si Luhan tu ngap dia! Haha... Tengok gaya pun dah tahu." Hye Jin gelak lagi.

"Giler kau! Tak baik tau kau cakap macam tu. Rupanya kau lagi jahat daripada aku. Ceh!" Dahee ikut gelak sama apabila dia dapat menangkap maksud Hye Jin.

"Dapat staff lelaki yang melentik macam tu, mahu resign si L tu nanti. Habis la aku..." kata Hye jin lagi dengan ketawa yang masih berbaki.

"Tak pe, Jin. Bagi aku masa sebulan je, aku akan jadikan Luhan lelaki gagah perkasa. Aku nak suruh dia angkat kotak yang bertimbun kat belakang tu."

"Jangan sampai Luhan tu pulak tu yang resign. Dengan kau sekali yang kena jaga cashier counter."

"Yelah...aku tahu la."

 

 

Dengan itu bermula episod baru dalam sejarah kedai buku yang kecil itu. Orang kata jangan menilai seseorang dari luaran. Even, nampak baik di luaran pun belum tentu bagus dalamannya. Bagi Hye Jin, walaupun mulutnya kadang-kadang tak boleh nak control dan seolah-olah kata-katanya memandang rendah kemampuan seseorang, tapi dia jenis pandai menilai. Dengan pengalamannya yang beberapa tahun itu, dia tahu siapa yang boleh buat kerja, dan siapa yang mempunyai hidden talent. 

Dan, Luhan adalah salah seorang daripadanya.

Dan, dia mempunyai feeling yang Luhan akan bertahan lama bekerja di kedainya itu.

 

 

 

 

 

Tapi, dia tidak akan menyangka kehadiran Luhan akan mengubah segala-galanya. Suatu hari nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet