Apalah Daya Hati~ (Part 14)
Apalah Daya Hati
Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai berbagai tafsiran
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Diuji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar dilalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatNya
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi....
-Monolog Faris Haikal-
Faris haikal bermunajat di malam yang hening. Suasana di halaman Darul Izzah sepi dan sunyi. Warna langit hitam pekat mewarnai. Hujan renyai-renyai merasa sejuk keseluruhan bandar itu. Anak-anak yatim kesayangannya sedang dibuai mimpi yang indah. Kadang-kala terdengar suara yang mengigau-ngigau memanggil ibu dan ayah. Mungkin terlalu merindukan kasih dan sayang seorang ibu dan ayah. Teringat keadaan Rasulullah s.a.w yang yatim piatu ketika kecil. Baginda sabar dan tabah dalam mengharungi mehnah duniawi. Walau badai datang menerjah, baginda tetap bersungguh dalam menyampaikan wahyu Allah. Itulah sifat yang sangat dikagumi. Faris haikal mengambil al-Quran di rak buku, lalu dia membuka untuk bertilawah pada malam yang sepi itu. Al-Quran merupakan mukjizat baginda. Dalamnya sangat banyak pengajaran dalam kehidupan. Faris haikal teringat kisah yang diceritakan oleh gurunya, betapa banyaknya mukjizat yang Allah kurniakan buat Rasulullah s.a.w. Ketika perang Hunain, para sahabat dahaga ingin minum air. Ketika di sebuah telaga, di mana airnya sangat masin. Lalu, Rasulullah meludah sedikit ke dalam telaga tersebut dan secara ‘miracle’ air itu bertukar menjadi seperti ‘air mineral’. Dalam riwayat lain menyatakan bertukar menjadi air yang manis dan lazat. Subhanallah !
Surah al-Kahfi menjadi pilihan Faris Haikal pada malam jumaat yang sangat tenang itu. Dia membacanya dengan penuh bersemangat dan sangat menjaga tajwid dan sungguh tartil bacaannya. Banyak yang dapat dijadikan amalan ketika dia masih kecil. Sewaktu berumur 8 tahun, gurunya di Darul Izzah itu selalu mengingatkannya agar menjadikan surah al-Kahfi sebagai amalan pada malam jumaat atau pada hari jumaat. Kata-kata gurunya sangat dia hayati dan ingat sehingga ke hari ini. Beliau berkata, surah al-kahfi boleh jadi pelindung dari fitnah dajjal. Dalam hadith Nabi juga ada menyatakan bahawasanya barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat pertama dari surah al-kahfi akan terhindar dari fitnah ad-dajjal.
Jarum jam menunjukkan pukul 6 pagi, azan subuh kedengaran. Hujan sudah mula berhenti. Angin yang bertiup di luar sangat sejuk. Faris haikal terus segera membangunkan adik-adik di Darul Izzah. Sambil menunggu untuk berjemaah dia meneruskan dengan solat sunat rawatib. Aiman datang dari bilik sambil membetulkan kain pelekatnya dan duduk bersebelahan Faris Haikal sambil menunggu sahabatnya yang lain sedang bersiap. Sambil menunggu, Faris Haikal terkumat-kamit meneruskan zikirnya. Aiman hanya mendengar dan sambil menahan ngantuk. Apabila semua adik-adik Darul Izzah sudah berkumpul, Faris Haikal memulakan solatnya dengan menjadi imam pada pagi jumaat itu. Memang sudah kebiasaannya menjadi imam kepada adik-adiknya di situ. Takbir dimulakan. Surah as-sajadah menjadi pilihan pada pagi itu, kerana sudah menjadi sunnah amalan Rasulullah membaca surah as-sajadah ketika menunaikan solat subuh pada pagi jumaat bersama para sahabat….
****
Comments