Chapter 1

SCHOOL 2021 (MALAY VER.)

Sepasang suami isteri yang kaya tidak sabar menunggu kelahiran puteri sulung mereka. Keluarga Kim merupakan orang yang terkenal dalam bidang permodelan. Namun, disebalik kehidupan mereka yang bahagia, terdapat segelintir ahli keluarga mereka tidak gembira dengan kejayaan mereka. Oleh itu,mereka merancang untuk menghapuskan pasangan tersebut dengan mensabotaj kereta pasangan itu.

Pada hari kemalangan, anak pasangan Kim itu selamat dilahirkan, namun pasangan tersebut meninggal dunia. Madam Kim sedih akan keadaan cucunya kerana tidak sempat membesar dengan ibu bapanya. Madam Kim mengambil keputusan untuk menjaga cucunya dan menamakannya Kim Jimin. Dia menjaga cucunya dengan penuh kasih sayang. Namun, kebahagiaan mereka hanyalah sementara kerana cucunya telah diculik semasa Jimin berusia 6 tahun. Jimin di bawa lari oleh seorang lelaki yang bernama Park Hyunbin. Dia diupah untuk membunuh Jimin, namun dia tidak sampai hati membunuh budak itu dan mengambil keputusan untuk mengambil Jimin sebagai anak angkatnya.

Isteri Park Hyunbin tidak setuju dengan keputusannya. Park Hyunbin menegaskan kepada isterinya bahawa kehidupan mereka berubah menjadi lebih baik disebabkan oleh Jimin. Puan Park masih tidak puas hati dan merancang untuk menyingkirkan Jimin. Kehidupan Jimin di dalam keluarga itu dilayan dengan teruk kecuali Park Hyunbin melayannya seperti anak sendiri. Walaupun sudah mempunyai anak perempuan yang sama umur dengan Kim Jimin, Park Hyunbin memberikan kasih sayang yang sama kepada anaknya Park Soodam dan Kim jimin.

Kim Jimin sudah meningkat dewasa dan menjadi gadis yang cantik. Walaupun berusia 15 tahun, dia bersifat matang dan pandai menguruskan dirinya sendiri. Berbeza pula dengan Park Soodam, walaupun gadis itu sama cantik dengan Jimin, dia mempunyai sifat jahat dan suka membuli Jimin kerana tidak suka melihat Jimin lebih daripadanya. Dia juga rasa tercabar dengan Jimin kerana gadis itu mempunyai semua yang dia tidak ada. Dia juga tidak suka Jimin tinggal di rumahnya sejak Jimin melangkah masuk ke rumahnya. Jimin sering dipukul oleh Puan Park dan menjadi mangsa fitnah disebabkan oleh perbuatan Park Soodam. Mereka menyeksanya semasa ketiadaan Park Hyunbin di rumah. Mereka berubah menjadi baik dan melayan Jimin dengan penuh kasih sayang semasa Park Hyunbin di rumah. Jimin tidak sanggup dengan layanan Puan Park dan anaknya terhadapnya namun dia terpaksa bersabar kerana tidak mahu Park Hyunbin sedih dan kecewa. Jimin berhasrat untuk keluar dari rumah itu tetapi tidak sampai hati kerana masih terhutang budi dengan Park Hyunbin. Dia mengambil keputusan mencari kerja untuk membalas jasa baik Park Hyunbin terhadapnya setelah habis belajar. Namun, nasib tidak menyebelahi Jimin apabila Park Hyunbin terjebak dalam kemalangan langgar lari dan meninggal dunia. Rasa benci Puan Park terhadap Jimin semakin bertambah dan dia menghalaunya keluar dari rumah. Jimin dihalau sehelai pinggang dan tiada arah untuk dituju.

Hujan semakin lebat dan Jimin masih tiada tempat untuk berteduh dan menginap. Tiba-tiba, seorang gadis menyapanya dan bertanya “Kamu okey tak? Kenapa basah kuyup? Kamu nak ke mana? Saya boleh tumpangkan.” Kata Park Soeun. “Saya tiada tempat nak tuju. Saya baru sahaja kena halau dari rumah dengan mak angkat saya. Boleh saya menginap di rumah kamu untuk malam ini? Saya janji saya tak akan menyusahkan kamu.” Jawab Jimin. “Kenapa mak angkat kamu kejam sangat? Sanggup dia buat kamu macam ni! Aish! It okay, kamu jangan risau. Kamu boleh tinggal terus di rumah saya sebab saya tinggal seorang sahaja. By the way, nama saya Park Soeun. Kamu boleh panggil saya Soeun. Selamat berkenalan.” Balas Soeun. “Wahh! Betul ke awak? Thank you so much Soeun. Kalau tak ada awak saya tak tahu nak ke mana lagi. Nama saya Kim Jimin. awak boleh panggil saya Jimin. Selamat berkenalan Soeun!” Jawab Jimin. “Hehehe. Sama-sama. Let’s go Jimin.” Balas Soeun.

Kehidupan Jimin pada ketika itu berubah menjadi baik setelah berjumpa dengan Soeun. Mereka berkongsi masalah dan menjadi kawan baik. Pada awalnya, Jimin takut meluahkan perasaannya kepada Soeun tetapi mengambil keputusan untuk bercerita kepada Soeun tentang kehidupannya. Soeun berasa marah akan perbuatan Puan Kim dan Soodam terhadap Jimin. Dia juga turut berdukacita tentang ayah angkat Jimin yang baru sahaja meninggal. Soeun bertanya kepada Jimin, “Kau tak nak cari keluarga kandung kau Jimin? Aku rasa mereka still cari kau la.” Jimin hanya tersenyum dan berkata, “ Orang tua aku dah meninggal sejak aku lahir lagi… Nenek aku yang besarkan aku.. Kami sempat bersama sampai aku 6 tahun sebab aku kena culik time ni. Nasib baik ayah angkat aku tu orang yang baik, kalau tak aku mungkin tak ada kat dunia ni dah. Ayah angkat aku kata ada orang upah dia bunuh aku sebab tak nak aku jadi waris kepada keluarga Kim. Aku memang teringin dan nak jumpa nenek aku tapi bukan sekarang Soeun. Aku dalam keadaan bahaya dan perlukan seseorang untuk bantu aku balas balik perbuatan mereka yang menyebabkan orang tua aku di bunuh. Sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku balik ke rumah nenek aku. Aku perlukan masa sedikit sahaja lagi….” Soeun memandang sedih kepada kawannya itu. Dia tidak sangka kawannya dapat tempuh semua dugaan yang menyakitkan. “Kau kena kuatkan semangat Jimin. Aku akan sokong setiap keputusan kau. Aku pun harap akan ada orang yang boleh tolong kau balas dendam dekat orang yang menyebabkan kematian orang tua kau. Stay strong ya beb!” Mereka berdua melanjutkan perbualan sehingga pukul 4 pagi.

Soeun menngajak Jimin daftar ke sekolahnya memandangkan mereka sama umur. Jimin menolak pelawaan Soeun dan berkata, “ Sorry lah Soeun. Bukan aku tak nak ke sekolah. Aku kena habiskan sekolah private aku tu dulu untuk 2 tahun lagi. Maybe dalam masa 2 tahun lagi kita boleh ke sekolah sama. Ok? Sorry tau weh..” Soeun berasa sedih dan menjawab, “Oh, yaka? Okk lah kalau macam tu.. Hmmm 2 tahun lagi lah Nampak gayanya.” Jimin ketawa dengan rungutan kawannya itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet