Who Are You?

Marrying The Undead
Please Subscribe to read the full chapter

 

Hari yang ditunggu -tunggu sejak 7 tahun lepas akhirnya tiba. Dengan teruja ,Min Hee yang berpakaian pyjama pisang itu meloncat turun dari katilnya lalu terus keluar dari bilik. Berlari menuju ke pintu rumah untuk menyambut kehadiran si bapa yang sudah memesejnya. 

 

Dengan senyuman lebar dan jantung yang berdegup kencang , dia berdiri di muka pintu . Air matanya sudah sedia berkumpul di tubir mata. Setelah 7 tahun dia mengira hari demi hari , bapanya akhirnya pulang. 

 

Dari pintu rumah ,dia dapat mendengar bunyi tutupan pintu kereta . Bunyi roda bagasi yang menggesel pada jalan tar mrndebarkan lagi penungguannya. 

 

Dengan rasa yang teruja , dia akhirnya terus memulas tombol rumah lalu membukanya luas. 

 

 " Ayah! "Sorakannya yang kuat terus menurun sebaik sahaja melihat siapa yang berada di hadapannya. 

 

Jantung yang berdegup kencang dan dada yang berombak laju terus terasa terhenti dalam sekelip mata. 

 

Seorang lelaki dengan rambut serba putih yang dimiliki oleh orang -orang tua , wajah yang serba pucat dan...

 

Pandangan Min Hee jatuh pada bahu kiri lelaki itu yang tidak bertangan . 

 

 "Hye ~"sapa si lelaki bertangan satu itu sambil menggerak-gerakan tangan kirinya yang sudah tertanggal. 

 

Senyuman kekok terhias di wajahnya yang pucat lesi itu. 

 

 ".....Aaaayahhh" Min Hee terus rebah dan jatuh keatas lantai. Kepalanya berpinar dan matanya terus menutup tirai. 

 

♤♤♤♤♤

 

Buku manual dikeluarkan dari bagasi setelah dia selesai mengheret Min Hee masuk ke dalam ruang tamu. Dia duduk bersila di tepi gadis itu sambil sibuk membelek -belek buku manual yang dibekalkan kepadanya . 

 

Dengan wajah yang keliru , otak yang berpusing -pusing dalam kepala ;dengan semangat dia mengambil tangan kirinya tadi lalu cuba memasang kembali ke soket namun jatuh semula. Rengusan geram dikeluarkan dan dia akhirnya mencampakkan tangannya ke tepi sebelum tangannya itu menghentak kepala Min Hee membuatkan gadia itu terus tersedar. 

 

Mata Min hee terkebil -kebil sebelum hidungnya mula menghidu sesuatu yang pelik. Pelik , bola matanya terus juling ke bawah sebelum sedar akan apa yang menimpa wajahnya. Sebatang tangan !. 

 

 "Arghhhhh!!!"jerit Min Hee lalu dengan pantas bangun dari baringannya dan menepis tangan tadi pergi. 

 

Baek Hyun yang sedang tekun membaca manual terus terloncat kecil lalu menoleh. Dia memandang tangannya yang sudah bergolek jauh sebelum memandang kearah Min Hee yang sudah mencangkung diatas sofa dengan wajah penuh ketakutan. 

 

 "Jangan takut... itu cuma tangan saya "ujar lelaki itu dengan selambanya. Dia lalu segera mendapatkan kembali tangan kirinya lalu menyimpannya kembali ke dalam kocek sweater nya yang luas itu. 

 

 "Siapa?.. Siapa kau ?"soal Min Hee terketar -ketar. Sambil itu dia meraba -raba wajahnya ;takut -takut dia sebenarnya sudah mati. 

 

Lelaki tadi berpaling menghadap Min Hee. 

 

 "Baek Hyun.. Aku Baek Hyun "balasnya dengan wajah polos. 

 

Min Hee diam. Bukan itu penjelasan yang dia inginkan. 

 

 "Tak. Maksud aku.. Kau ni apa ? Zombie? "Teka Min Hee walaupun tekaknya sakit untuk mengeluarkan kata -kata tak berasas itu. Zombie tak wujud itu yang selalu ayahnya katakan sejak kecil. 

 

Tapi lepas tengok apa di depannya ;dia jadi was -was. 

 

Pandangan tenang Baek Hyun bertukar tajam membuatkan Min Hee terus terkedu. Urat -urat

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet