Pertemuan Pertama

Don't Go | 가지마

"Terima kasih Suho hyung."

Sejak dari mereka keluar daripada kedai kasut tadi, Baekhyun tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada ketuanya itu. Sehun sudah berkali-kali menjeling Baekhyun dengan pandangan tidak puas hati.

"Sehun-ah. Berhenti buat macam tu lagi. Nanti mata kau juling. Macam mana nak buat comeback?" tanya Kai membuatkan semua orang yang berada di situ tergelak kecuali Sehun. Dia membuat muka tidak ada perasaan. Bubble Tea di hadapannya disedut perlahan.

"Yah, kenapa lambat?" Han Ye Seul membuat muka tidak puas hati kepada kawan baiknya.

"Mianhae. Tadi aku terlanggar seseorang," jawab Ga In jujur.

"Apa-apa jelah. Jom," Ye Seul terus menariknya masuk ke dalam kedai Makanan Cina.

Beberapa hari kemudian. Sehun dan Chen keluar untuk membeli makanan. Mereka bercadang mahu makan makanan Cina memandangkan D.O tiada di dorm untuk memasak. Cuma ada dia, Chen dan Baekhyun. Ahli yang paling malas nak sediakan makanan. Jadi mereka buat keputusan untuk beli sahaja di luar di atas arahan Baekhyun selaku ahli yang paling tua di dorm buat masa itu.

"Sehun-ah, hyung nak pesan air," Chen meminta diri dan menyuruh Sehun memesan makanan. Chen meninggalkan Sehun di kaunter makanan dan menuju ke kaunter untuk memesan air.

Sehun berdiri dan menunggu gilirannya dengan sabar. Di hadapannya, ada seorang gadis sedang menunggu makanannya.

Beberapa ketika kemudian, makanan gadis itu sampai. Namun, gerak-geri gadis itu menarik perhatian Sehun yang berada di belakangnya.

"Mianhae, duit saya tak cukup," ucap gadis itu dengan nada meminta simpati kepada pekerja di kaunter.

Sehun terdengar apa yang gadis itu beritahu. Dia menghampiri kaunter dan berdiri di sebelah gadis itu. Sehun menghulurkan sekeping wang kertas kepada pekerja lelaki itu. "Ini cukup ke?"

Ga In terkejut dengan kehadiran seorang lelaki yang tidak dikenali di sebelahnya. Pekerja lelaki itu mengambil wang daripada Sehun dan mengangguk laju.

Ga In masih memandang Sehun. Sehun mengambil wang bakinya dan tersenyum kepada pekerja tersebut. Sambil tersenyum, dia mengalihkan pandangannya kepada gadis di sebelahnya. Senyuman di bibirnya perlahan-lahan hilang. Dia terkesima. Cantiknya.

Lama dia berbalas pandangan dengan Ga In sebelum Chen datang dan mengganggunya.

"Kamu dah pesan belum?" tanya Chen.

Sehun menggosok belakang lehernya. Tiba-tiba dia terasa kekok. Dia memandang Chen dan menggeleng. Chen mengeluh. "Cepatlah pesan. Hyung dah lapar ni."

Chen meninggalkan Sehun dan mengambil tempat di salah sebuah meja di situ. Dia tidak menghiraukan Sehun.

"Kamsahamnida," Ga In menunduk hormat kepada Sehun.

"Ne," Sehun menjawab dengan kekoknya.

"Saya Han Ga In," Ga In memperkenalkan dirinya tanpa dipinta.

"Errr.. Ne. Saya Sehun," Sehun memperkenalkan dirinya.

"Terima kasih sekali lagi ya," ujar Ga In. Sehun hanya mengangguk sambil tersengih sebelum Ga In berlalu pergi. Dia segera memesan makanan mereka bila matanya terpandang Chen yang garang seperti dinasour itu.

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
chibishiro
#1
hi, sorry if i may appear rude and all (u can delete my comment after reading it) but I think the correct term would be kajima ( 가지 마) not kajimanha (가지많아)... manha (많아) means a lot. :) i want to pm u to inform but i do not know how to since im still quite new to this aff thingy.