my answer

sleepless midnight

Sleepless Midnight
Chapter 9 : my answer
 

Setelah hampir 2 bulan Sung Ah tidak hadir ke sekolah semenjak ketidakhadiran dirinya di pementasan teater tempoh hari. Hal itu membuahkan pertanyaan akan kehilangan dirinya kepada kawan – kawannya.
 

Di taman

Seperti biasanya , enam orang gadis itu meluangkan masa petang mereka dengan melepak bersama di pondok kecil mereka di taman.


So Jin : korang ada dapat berita pasal Sung Ah unnie tak. Dah 2 bulan dia hilang.
Hyemi : tak jugalah.
Hyuna : kau nak kisah sangat pasal dia tu apasal. Dia tu pengkhianat tau.
Min Ha : hish kau ni. Tak baik tau cakap dia macam tu. Seburuk mana pun dia , dia juga sebahagian daripada kita tau.
Hyuna : sebahagian daripada kita kononnye. Aku tak de bff macam dialah. Mana ada kawan yang sanggup tinggalkan best friend dia demi seorang lelaki. Tu bodoh namanya.
Keum Jo : Euarin unnie , no gwaechana? Nampak macam tak ok je. Dari tadi termenung je.
 

Euarin yang tadi termenung kini kembali ke alam nyata setelah dikejutkan oleh panggilan manja magnae mereka Keum Jo.
Euarin kini berfikir sejenak adakah dia petut memberitahu  akan ramalannya mengenai  Sung Ah . Tapi kalau dia beritahu pun , adakah rakan – rakan kan percaya kata –katanya.
Akhirnya Euarin pun nekad untuk menceritakan ramalan mimpinya mengenai masa depan Sung Ah.


Euarin : sebenarnya 2 bulan lepas , sebelum berlangsungnya karnival tempoh hari , aku dapat ramalan yang Sung Ah pregnant anak luar nikah. Ikut ramalan tu , anak tu hasil hubungan paksaan Sung Ah & Taecyeon.
Hyuna : Sung Ah pregnant? Mimpi tu mainan tidur. Kau ni cakap perkara karut.
So Jin : betul tu. Lagipun unnie yakin sangat ke dengan ramalan kolot tu?
 

Euarin hanya mendiamkan diri. Dia sudah menjangkakan bahawa rakan – rakannya tidak percaya akan kata – katanya itu.
 

Namun , pertanyaan So Jin itu diterjah oleh Min Ha.
 

Min Ha : bagaimana kalau ramalan tu tepat?
Jawapan Min Ha itu membuatkan semua rakan – rakannya mengalihkan perhatian mereka dengan lebih “curious”
Keum Jo : maksud unnie apa? Unnie rasa tekaan ramalan Euarin unnie tu betullah?
 

Min Ha hanya mengganguk mengiakan soalan Keum Jo. Walaupun begitu , anggukan Min Ha itu membuatkan Euarin kini tertanya – tanya .
 

Euarin : unnie pasti ke dengan ramalan saya?
Min Ha : ya.
Hyuna : kalau ya , buktikan.
 

Min Ha dengan yakinnya membuktikan ramalan Euarin dengan menceritakan kembali kejadian 3 bulan lepas.
 

Thowback 3 bulan lepas.
Setelah tamat waktu persekolahan , Min Ha bercadang untuk pergi ke rumah Sung Ah untuk mencari tahu apa yang telah terjadi kepada Sung Ah sehingga dia tidak hadir ke sekolah.
Di perkarangan rumah Sung Ah.
Min Ha pun terus menekan loceng rumah Sung Ah. Setelah hampir 3 kali menekan loceng , akhirnya pintu utama rumah Sung Ah pun terbuka.
Kelibat seorang wanita yang berusia dalam lingkungan 50-an kini berada di hadapan Min Ha. Tanpa segan – silu Min Ha pun memberi tunduk hormat kepada ibu Sung Ah yang telah pun membuka pintu untuknya.
Ibu Sung Ah , Puan Sandara pun mempelawa Min Ha masuk.


Di ruang tamu.
Min Ha pun menyatakan hasrat kedatangannya pada tengah hari itu.
Min Ha : mak cik sebenarnya kedatangan saya adalah untuk...
Belum habis ayat diungkapkan , bagaikan kilat menyambar , Puan Sandara pun menyampuk.


Puan Sandara : jumpa dengan Sung Ah kan. Lebih baik kamu lupakan saja persahabatan kamu dengan dia.
Min Ha yang sedang menikmati air kopi tersentap mendengar kata – kata Puan Sandara. Ini kali pertama dia mendengar ayat seperti itu. Namun , Min Ha yakin ada sebabnya kenapa Puan Sandara berkata sedemikian.
Min Ha : kenapa mak cik cakap macam tu?


Pertanyaan Min Ha itu tidak terjawab oleh kata ,, namun air mata jernih bergugusan keluar dari kelopak mata Puan Sandara.
Min Ha yang duduk bertentangan dengan Puan Sandara kini membawa dirinya duduk bersebelahan dengan Puan Sandara lalu memeluk lembut tubuh Puan Sandara untuk menenangkannya.
 

Min Ha : kalau mak cik ada masalah , apa salahnya mak cik kongsikannya dengan saya. Mana tahu saya boleh bantu mak cik selesaikan masalah tu.
Puan Sandara : bukan mak cik tak nak kongsi tapi nasi dah jadi bubur.
Min Ha : nasi dah jadi bubur? Apa yang mak cik cuba cakap ni?
Puan Sandara : ye . semua ni dah terlambat. Kalau kamu nak selesaikan masalah ni pun apa gunanya. Sudah terlalu lewat kamu hendak bertindak.
Min Ha :  kalau ye pun , apa yang telah terjadi?
Puan Sandara : kamu mesti tertanya –tanya kenapa Sung Ah hampir 3 minggu tidak hadir ke sekolah. Semua disebabkan oleh budak lelaki yang tak guna tu. Dia dah rosakkan hidup Sung Ah.
 

Min Ha semakin ragu dengan semua ini. Namun disamping persoalan yang kini menghimpit mindanya itu lebih membuatkan dirinya tertanya – tanya akan jawapan yang bermain selama ini.


Puan Sandara : kamu tahu budak pertukaran yang baru datang ke sekolah kamu sebulan yang lepas ?
Min Ha : ya saya tahu mak cik. Tapi apa kaitan dia dengan masalah Sung Ah.
Puan Sandara : setahu mak cik sejak berkawan dengan kamu , Sung Ah tak pernah mengabaikan kamu semua. Namun , apa yang mak cik perhatikan , semenjak dia berkawan rapat dengan Taeyeon , dia mudah mengabaikan semua perkara di sekelilingnya.  Sehinggalah suatu hari , mak cik dapati bahawa Sung Ah sering mengurung dirinya di dalam bilik.
Min Ha : mak cik buat apa lepas tu?
Puan Sandara : mak cik cuba dekati dia tapi dia asyik menangis sehingga dia pernah cuba untuk membunuh diri. Mak cik risau akan keadaan Sung Ah pada saat itu. Suatu hari tu , mak cik cuba merungkai masalah Sung Ah dengan ceroboh bilik dia waktu dia sedang tidur. Kemudian mak cik dapati yang .....
Min Ha : mak cik dapat apa?
Puan Sandara : mak cik  dapat tahu bahawa Sung Ah pregnant dengan menjumpai pegnancy test di bilik air.
 

Bagaikan ditikam dengan sembilu , jantung Min Ha bagaikan dicabut mendengar khabar Sung Ah.


Min Ha : habis tu , macam mana keadaan Sung Ah sekarang?
Puan Sandara : mak cik & ayah Sung Ah amat malu dengan keadaan Sung Ah. Ayah Sung Ah takut kalau perkara ni tersebar di muka awam. Ayah Sung Ah pun segera mencari Taecyeon yang merupakan lelaki yang dekat sekali dengan Sung Ah untuk bertanggungjawab. Namun , usaha mendapatkan Taecyeon musnah apabila Taecyeon & keluarganya pindah ke luar negara.
Min Ha tidak dapat menahan sebaknya bila mendengar cerita Puan Sandara. Air matanya berlinangan jatuh membasahi pipinya yang putih.
Puan Sandara : mak cik & ayah Sung Ah bercadang untuk menghantar Sung Ah tinggal bersama – sama dengan anak dalam kandungannya untuk menetap di Singapore dengan kakaknya.


Kini segala misteri yang menyelubungi fikiran Min Ha terjawab. Dia tidak menyangka bahawa perkara yang sedemikian berlaku kepada rakan  baiknya sendiri. Sudah cukup perkara buruk datang menyimpang ke diri rakannya iaitu Kyung Ri & Sung Ah. Perkara yang berlaku sekaligus itu bagaikan sudah jatuh ditimpa tangga.

Mendengar cerita Min Ha itu , semua rakan – rakannya bagaikan tidak berganjak akibat terkejut dengan perkara yang sudah berlaku sebanyak 2 kali itu.


Kini mereka semua percaya bahawa ramalan Euarin itu bukan satu mainan.
Kalau kisah throwback Min Ha semakin sedih & kejam , adakah kisah seterusnya akan menciptakan kenangan indah dalam ingatan Min Ha sebelum dia pergi ataupun perkara yang sama akan berlaku.

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
elly_ly #1
Chapter 9: chapter 10 mana ?
elly_ly #2
Chapter 7:
er1201 #3
awesome story