Australia

Travelling Heart

            Deru angin pagi itu cukup membuatkan mata gadis berambut coklat keperangan itu untuk tertutup sekali lagi. Namun dia harus kuat untuk menahan ngantuk kerana dia harus mencari tempat penginapan murah untuk dia merehatkan badan. Walaupun didalam kapal terbang dia tidur untuk tiga, empat kali namun itu tidak mampu memberinya rehat yang cukup. Dia memerlukan katil untuk meregangkan urat-urat badannya. Penat tidur berposisi duduk didalam kapal terbang itu.

                 Namun bandar Melbourne yang damai pagi itu kerana waktu berkerja dan kurang sesak membuatkan kakinya mahu pusing satu bandar dahulu sementara mencari tempat penginapan. 

                Australia adalah tempat pertama dan titik permulaan Leeya untuk memulakan aktiviti mengembaranya. Walaupun hatinya pada bunga tulip di Holland namun negara kangru tetap menjadi pilihan utamanya. Entah mengapa hatinya di Australia sedangkan ini baru pertama kalinya dia menjejakkan kaki di Australia. Dia tahu, disebalik isi hatinya ini ada sesuatu yang akan menjadikan Australia sebagai negara yang istimewa buat dirinya. Suatu hari nanti...

               Jadi tempat pertama yang di jejakinya ialah Eureka Tower. Kakinya teringin untuk jejak di atas permukaan kaca transparent skydeck yang berada di tingkat 88. Walaupun didalam hatinya berdebar hebat namun di abaikannya hanya untuk memenuhi kehendak kembaranya. Untuk merasa berlainan kita kena berkorban rasa. Walaupun itu kehendak sendiri. Di gagahi jua jarinya menekan butang yang bernombor 88 didalam elevator menara tertinggi di Melbourne itu.

 

                                                                                                      OOO

 

                  Bila berada di tempat tinggi dirinya terasa seperti bebas. Bebas dari segalanya. Terasa ingin terbang setinggi-tingginya seperti burung yang bebas di awangan. Itulah defini mengembara bagi Baekhyun. Dirinya ingin bebas dari terikat dari apa jua keadaan dan kekelutan masalah.

                 Kakinya semakin rancak mengorak langkah menuju ke Eureka Tower. Destinasi pertama yang telah di tanda olehnya setibanya dia menjejakkan kaki di Australia. Bangunan atau menara setinggi 88 tingkat itu menarik hati Baekhyun. Skydeck itu menjadi miliknya hohoho. 

                Penjaga di bangunan itu mencadangkan dirinya untuk menaiki bersama seorang gadis yang membawa backpack dan kamera yang tergantung di lehernya. Mungkin juga gadis itu backpackers sepertinya. Baekhyun hanya setuju menerima baik sahaja cadangan tersebut. Yelah kan apa salahnya berkongsi. Lagipun hanya mereka berdua sahaja itu tidak menjadi masalah kerana tidak perlu bersesak didalam skydeck tersebut.

                Setibanya di tingkat 88 bangunan Eureka itu, penjaga tersebut membuka pintu untuk ruangan skydeck tersebut. Keterujaan Baekhyun makin ketara. Lalu tinggallah Baekhyun dan gadis backpackers berdua didalam skydeck tersebut. 

                Baekhyun dengan keterujaan terus menghampiri dinding kaca yang menghadap terus ke bandar Melbourne yang jelas dan terang dari tingkat 88 bangunan Eureka. iPhone 5s yang berwarna hitam itu terus menjadi saksi telah sampainya dia di bangunan itu. Kaca yang di pijaknya itu sedikit pun tidak menjejasnya untuk menangkap setiap sudut didalam skydeck itu sehingga kamera henfonnya menala kearah seorang gadis yang sedikit pun tidak berganjak dari tempat dia berdiri. Baekhyun terus menutup telefon bimbitnya.

                 "Err cik, awak okay?" Baekhyun cuba menegur gadis itu. Wajah gadis itu sangat ketakutan dan kelihatan badannya menggeletar. 

               Gadis itu memandang Baekhyun dengan pandangan yang tajam didalam ketakutan. Gadis itu menggeleng. 

               "Kalau begitu mari saya bawa awak turun."

               Gadis itu menggeleng laju.

               Dalam keadaan menggeletar dan ketakutan gadis itu cuba berkata,

              "boleh tak saya pegang tangan awak?"

              Permintaan itu membuatkan Baekhyun sedikit terkejut namun dia hanya mengangguk dan membiarkan gadis itu memgang tangannya.

              Gadis itu cuba menapakkan kakinya di atas permukaan kaca itu dan bergerak selangkah demi selangkah. Tangannya yang memegang tangan baekhyun tadi kini menggenggam erat lengan baekhyun tanpa rasa untuk dilepaskan. Namun tangan kirinya yang kemas memegang kamera Canonnya itu menangkap setiap sudut didalam skydeck tersebut namun tidak pada permukaan kaca yang dipijaknya. 

               Gadis itu memandang baekhyun dan mengangguk tanda sudah puas dan dengan perlahan baekhyun membawa gadis itu keluar dari skydeck itu dan membawanya turun. Sebaik sahaja keluar dari elevator tersebut gadis itu terus terduduk menghela nafas lega. 

              "Itu kali pertama dan kali terakhir masuk skydeck. After this, dalam mimpi pun jangan harap lah." sambil menyandarkan tubuhnya di dinding. 

             "Lega dah?"

             Leeya mengangkat muka. Hampir terkejut juga namun dia mengukir senyuman puas sambil mengangguk dan mengucapkan terima kasih.

           Baekhyun turut tersenyum sama sambil mengangguk dan berlalu pergi. 

          Okay Baekhyun. Next destination!

          Disebabkan  seorang Byun Baekhyun amat cinta akan ketenangan dan kedamaian serta kebebasan, dirinya telah memilih The Royal Botanic Garden untuk destinasinya pada pagi yang ketengahari itu. Kehijauan taman itu membuatkan dirinya berasa teramat nyaman.

         Selain daripada bunga yang berwarna-warni disitu, hidupan seperti burung dan itik turut menarik perhatiannya. Dan yang lebih menarik lagi, pada waktu bekerja ini, ada sepasang pengantin membuat photoshoot ditaman tersebut. Itu turut dirakam oleh Baekhyun. 

          Taman yang agak besar itu sedikit sunyi kerana pada waktu itu adalah waktu bekerja dan persekolahan. Jadi tidak ramai orang. Mungkin dia akan tiba lagi pada hujung minggu. Kena cari destinasi seterusnya lah nampaknya.

                                                                                              OOO

           Leeya sangat berasa riang ria bermain dengan haiwan didalam zoo di Melbourne itu. Haiwan-haiwan disitu sangat jinak dan boleh dikatakan peramah. Paling mengembirakan hatinya adalah apabila harimau yang berwajah ganas itu menghampirinya. Bernasib baik tempat itu tinggi kalau tidak Leeya akan menjadi arwah. huhuhu

           Zirafah dan gajah disitu turut mesra dengan pengunjung yang hadir melawatnya disitu. Leeya cuba memberi tebu kepada gajah itu walaupun sedikit geli namun digagahi jua dirinya untuk memberi gajah tersebut makan. Zirafah juga jinak apabila dibelai dan diusap. Sungguhlah, haiwan juga ingin di manjakan. 

           Koala yang sentiasa menjadi hiasan poskad Australia turut menggembirakan hati Leeya kerana dia dapat memegang koala itu dengan tangannya sendiri. Koala itu memegang erat tangannya supaya tidak terjatuh ketanah. Nampaknya Leeya dan koala mempunyai persamaan yang sama iaitu gayat. Mengenangkan kisah di Eureka tadi membuatkan Leeya tersenyum malu sendiri. 

          Leeya berlari sambil melompat apabila melihat kangroo didepan matanya. Leeya memang teruja akan haiwan. Kantung pada kangroo itu amat menarik hati leeya untuk memegangnya. Bertambah terharu apabila didalam kantung itu terdapat anak didalamnya. Leeya mengusap lembut kepala anak kangroo tersebut. 

         Singa dan gorilla didala zoo itu menambahka lagi keterujaan Leeya. Bertambah lagi apabila dia melihat singa tersebut. Dirinya akan terus teringat akan anak buahnya Taehyung yang amat meminati Alex dalam kartun Madagascar3 in Circus. Gambar-gambar dibekukan didalam kamera Canon kesayangannya. Dia turut ber-selfie dengan singa tersebut untuk ditunjukkan pada anak buahnya. Taehyunggg cikLeeya jumpa Alex :D

         Sealion dan butterfly house turut dijelajahi oleh Leeya. Namun Leeya tidak berada lama didalam butterfly house itu kerana Leeya tidak berapa suka akan serangga namun tak di nafikan rama-rama di butterfly house itu sangat cantik dengan warna yang berwarna-warni. 

          Masa untuk Leeya pulang. Dia telah mendapat cekak rambut yang berbentuk rama-rama secara percuma daripada pekerja disitu. Cekak rambut yang comel itu terus di pakai olehnya. 

         Badan yang keletihan itu meronta meminta untuk direhatkan. Jadi malam ini dia akan merehatkan diri sepuasnya untuk menyambung perjalanannya esok ke Sydney pula. Tidak sabar rasanya ingin menjejakkan kaki ke Pantai Sydney. 

          Jumpa esok, Sydney!

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet