Prologue
Temptation of Wife
Sebuah pertunjukkan fesyen 2015 ...
"Hyerim awak tak patut bawa saya ke sini " kata Baekhyun dengan nada yang gelisah kerana mungkin seseorang dapat mengesyakinya kerana dia berada di tempat pertunjukkan fesyen bersama perempuan lain bukan bersama isterinya .
"Baekhyun boleh tak awak bawa bertenang ? balas Hyerim dengan selamba .
Hyerim telah mengajak Baekhyun untuk hadir ke pertunjukkan fesyen nya untuk menunjukkan kepada Baekhyun design yang telah dia reka setelah pulang dari Itali , dalam masa yang sama sebenarnya Hyerim ingin menunjuk teman lelakinya kepada kawan kawannya .
" Macam mana nak bertenang , macam mana kalau ada sesiapa yang saya kenal , nampak saya di sini bersama awak " balas Baekhyun .
Hyerim mengeluh setelah mendengar apa yang dikatakan oleh Baekhyun sebentar tadi .
"Sepatutnya awak berasa bangga bersama saya disini , bukan macam isteri awak tu ! " balas Hyerim
Baekhyun pada masa yang sama tidak mengendahkan Hyerim , malah memandang-mandang sekeliling kot kot ada orang yang dia kenalinya juga berada disitu .
"Cik sila tunjukkan kad jemputan" kata seorang pengawal kepada Bomi yang berada diluar bangunan pertunjukkan fesyen dimana Hyerim dan suaminya Baekhyun berada .
"Saya tak ada kad jemputan , tetapi saya mempunyai seseorang yang saya kenal berada di dalam " balas Bomi kepada pengawal keselamatan itu .
Bomi diberitahu oleh seseorang bahawa dia terlihat Baekhyun bersama perempuan yang tidak dikenalinya di sebuah pertunjukkan fesyen di Gangnam .
Selepas mendapat berita bahawa suaminya bersama perempuan lain Bomi bergegas ke Gangnam untuk memastikannya sama ada benar atau tidak .
"Saya mintak maaf cik , cik tidak dibenarkan masuk ke dalam "
"Tolonglah . Saya perlu berjumpa dengan seseorang di dalam " rayu Bomi kepada salah seorang pengawal .
"Maaf cik saya tidak benarkan cik..."
Belum sempat pengawal itu menghabiskan ayatnya , Bomi telah masuk ke dalam bangunan itu .
Pengawal itu bergegas mengejar Bomi yang sudah pun berada di dalam majlis pertunjukkan fesyen itu .
Setiba Bomi disana , dia melihat sekeliling mencari suaminya , selang beberapa saat matanya tertangkap akan seorang lelaki yang mirip akan suaminya dari belakang .
Apabila lelaki itu toleh ke belakang , memang benar rupa - rupanya itu ialah tubuh badan suaminya Baekhyun .
Pengawal yang tadinya mengejar Bomi , bergegagas ke arah Bomi dan menariknya keluar tanpa ingin membuat sebarang kekecohan semasa majlis sedang berlaku .
"Cik , cik tak boleh masuk ke dalam " kata pengawal itu dengan nada yang dengan rendah .
"Saya hendak masuk ke dalam sekejap sahaja" balas Bomi kepada pengawal tersebut .
Semasa berlaku pergelutan antara Bomi dan pengawal itu , pengawal itu tidak sengaja memijak alas meja yang mempunyai gelas-gelas yang disusun rapi untuk meraikan pertunjukkan fesyen dia akhir nanti .
Hal ini menyebabkan , gelas - gelas tadi jatuh ke bawah dan pecah . Menyebabkan tumpuan orang ramai terhadap mereka bertiga .
Bomi dengan pantas berjalan ke arah Baekhyun dan Hyerim , dia tidak menyangka bahawa perempuan yang bersama Baekhyun ialah Hyerim iaitu kawan baiknya sendiri .
Selangkah-selangkah Bomi mendekati mereka .
"Bomi awak buat apa dekat sini ? " kata Baekhyun dengan nada yang bergetar-getar kerana terkejut dengan kehadiran Bomi .
Manakala Hyerim hanya memandang Bomi dengan perasaan yang tidak puas hati .
"Bomi tolong jangan timbulkan sebarang masalah , terdapat ramai tetamu di sini " rayu Baekhyun kepada Bomi dengan memegang kedua-dua bahunya .
Bomi tidak mengendahkan kata-kata Baekhyun tetapi memandang tepat ke arah Hyerim .
"Kau perempuan simpanan suami aku ?" tanya Bomi ke pada Hyerim yang akhirnya bersuara .
"Yes kawan , dan janganlah terkejut sangat .." balas Hyerim dengan selamba .
"Tiada siapa yang patut disalahkan di sini melainkan kau , tengoklah kau . Kau tak layak mendapat Baekhyun "
"Dan siapa yang layak dapat ? , pengkhianat seperti kau ? haa! ?" balas Bomi dengan nada yang geram bercampur sedih lalu menampar muka Hyerim dengan sekuat hatinya .
Hyerim yang berasa bengang dan marah kerana Bomi menamparnya membalas balik tamparan yang diterimanya .
Keadaan di situ menjadi panas , terdengar beberapa bisikan daripada orang yang berada di sekeliling mereka .
Baekhyun yang terkejut dengan perbuatan Hyerim yang ingin menampar Bomi buat kali kedua lalu segera memberhentikannya .
"Kenapa kau buat macam ni dekat aku Hyerim ? . Aku layan layan kau dengan baik selama ni , tapi macam ni kau membalasnya ? " Bomi yang akhirnya menangis bertanya kepada kawannya itu .
"Apa yang dah aku buat dekat kau ? .......
15 tahun yang lalu...
"Masuklah Hyerim " Bomi mengajak Hyerim ke biliknya dimana tempat dia dan Hyerim akan berkongsi bilik .
"Doojoon kamu pergi masuk ke bilik kamu , eomma dan appa ada hal nak di bincangkan " kata Puan Yoon kepada anak lelakinya itu .
"Baiklah eomma " balas Doojoon dengan patuh .
Setelah Doojoon beredar , bapa Bomi bertanya kepada isterinya mengenai hal Hyerim .
"Mengapa kamu ingin mengambil anak angkat , sedangkan anak kita pun kita tidak mampu untuk menjagannya ?" marahnya .
Appa Bomi berasa marah akan tindakan isterinya yang mengambil Hyerim sebagai anak angkatnya tanpa berbincang dengannya dahulu .
"Apa yang saya boleh buat awak , kawan saya telah tinggalkan anaknya lalu melarikan dirinya dengan teman lelakinya . Hyerim tak ada tempat nak dituju " balas Puan Yoon .
Hyerim terdengar akan perbualan merka berdua , Bomi yang juga mendengar perbualan ibu bapanya segera menutup pintu biliknya agar Hyerim tidak berasa sedih .
"Hyerim , pedulika mereka . Ayah saya orangnya baik , cuma hari ini moodnya tidak berapa okay , Hyerim saya meminta maaf bagi pihaknya" kata bomi dengan niat ingin menenangkan Hyerim .
Selepas 5 tahun ...
"Hyerim , kau nampak cantik sangat" kata Bomi sambil menyikatkan rambut kawannya itu untuk bersiap-siap ke sekolah .
"Kau lagi cantik Bomi , ramai lelaki tergila-gilakan kau dekat sekolah . Kau ni sombong betul , hahaha " balas Hyerim yang cemburu akan kecantikkan Bomi .
Memang tidak dinafikan bahawa Bomi lebih cantik dari Hyerim kera
Comments