0000

Traitor Z.Tao

' Huh Sakit ? Aku rasa Tao akan ikut jugak jejak langkah Luhan dan Kris ' Aku melihat Sora yang terangguk-angguk mendengar kata Minhyun. Exam ada lagi pon masih sibuk dengan news artis-artis kpop. Nasib baik Exam tinggal 2 hari je kalau tak nazaklah aku nak kene dengar baby panda tu merengek je setiap hari. Dah 3 tahun aku belajar di Jeju National University dan tahun ni tahun akhir aku disini.

' Weh weh kau dah tengok gambar Instagram Tao ni. Diaorang kata SM bagi Tao rehat setahun untuk ubat dan belajar kat America ' Bwoh ? America ! Macam mana aku boleh tak tau. Heh memang nak kena lah dia ni. Aku terus bangun dan keluar dari kelas. Aku pergi ke belakang bangunan dan mengeluarkan handphone dari poket sweater

' Heyy yah yah ' Aku terus menjerit sebaik sahaja talian di sambungkan. Aku terdengar orang sebelah sana merungut.

' Dengan aku pun nak cakap Korea ke ? ' Tanya si pemanggil

' Yah Huang Zi Tao macam mana ko boleh pergi America tak cakap dengan aku ' Marah aku. Kalau Tao dah ade kat depan aku dah lama aku piat telinga dia sampai putus. Huh bagi aku panas hati je

' Alah tak sempat bagitau ko sebab Baba dah ajak aku pergi dulu ' Kata Tao. Sampai hati Baba tak bagitau aku.

' Alah takpa kau punya habis Exam lagi 2 hari je kan ? Nanti aku tunggu kat Airport Icheon jemput kau dari America dan kita balik sama-sama eoh ? ' Pujuk Tao. Pandai pulak dia pujuk aku

' Okayh tapi aku still kene pergi sana pukul 2 ke 3 pagi jugak ke ? Macam biasa ? ' Tanya aku. Terpaksalah aku turun Airport pukul 2-3 pagi semata - mata sebab Tao

' Err kau tengah seorang-seorang tak ? ' Tanya Tao. Aku cuba melihat sekeliling. Manalah tau ada orang ke.

' Takde kenapa ? ' Tanya aku pelik. Dia jugak yang sebelum ni kata kalau nak call dia atau angkat call dia kene lari jauh dari orang sekeliling. Sampai member aku pun fikir lain.

' Sebenarnya aku nak keluar dari SM tapi aku tak tau. SM tak kasi aku keluar. Dia cuma bagi aku ' cuti ' setahun ' Tiba-tiba suara Tao mengendur. Aku tau bertapa seksanya dia. Yelah mana taknya setiap malam dia call mengadu dekat aku pasal SM sampai aku boleh agak ape yang dia nak cakap

' Takpa nanti sampai China aku tolong kau ye ? Nanti aku mintak gege aku tolong kau ' Pujuk aku. Kekadang aku kesian juga pada Tao kerana sering di pulaukan oleh staff SM.

Aku tersengguk-sengguk sambil memegang pemegang beg roda. Manalah pulak dia ni ? Kata sampai 2.30 pagi. Dahlah aku ngantuk ni. Mana taknya siang tadi baru habis Exam dan sekarang pagi-pagi buta tercongok dekat Icheon Airport tunggu dia

' Shoo ' Tegur seseorang. Aku dengan mamainya mendongak melihat siapa yang memanggil aku. Dah sampai pun dia. Aku segera bangun tapi akibat aku agak mamai membuat aku berdiri agak tidak stabil dan hampir terjatuh. Dia segera memegang lengan aku untuk membantu aku menstabilkan diri.

' Kau ni tidur je tau ' Bebel Tao . Aduh pagi-pagi dah buat aku rasa nak sumbat mulut orang dengan beg roda ni. Bising jelah

' Kau tu lah. Kata flight mendarat 2.30 pagi tapi yang ko datang sini dah pukul berapa ? Pukul 2.45 pagi. Kita dah lambat ' Bentak aku

' Dah tau lambat. Jomlah ' Kata Tao lalu menarik lenganku mengikut jejak langkahnya ke balai berlepas

' Eii kejaplah Huang Zi Tao ' Marah ku perlahan. Ialah mana boleh cakap kuat-kuat

' Aden Gege Ooo Aden gege ' Panggil aku sebaik sahaja masuk kedalam kondo yang dibeli Aden dan rakan-rakannya. Selalu Aden memang tak tidur lagi waktu macam ni. Nak buat buat lagu katanya. Aden ialah seorang Drummer dan Song Writter bagi Fly4, band group di China. Dia baru habis promotion tu yang bersenang lenang kat rumah tu

' Kau ni kalau sampai pun takleh senyap ke ? Habis hilang semua ilham aku ' Bising Aden sambil menggosok rambutnya yang hampir tertutup matanya.

' Alah semua dah tidurkan ? ' Kata ku sambil menjuihkan bibir. Tao dah balik ke rumahnya dengan babanya.

' Dah lah aku malas nak bergaduh dengan kau pagi-pagi buta ni. Kau buatlah apa yang kau suka ' Kata Aden sebelum masuk kembali ke dalam biliknya. Aku melihat Yuta , Gutarist Fly4 dan juga seorang japanesse tengah tidur telentang di ruang tamu.. Aku melangkah ke ruang tamu dan berbaring di atas sofa. Dia perlukan masa untuk tidur lagi. Akhirnya aku terlelap

' Shoo bangun ' Aku mengelak dari orang menggerakkan aku. Aku memusingkan badan mengelak dari dikejutkan.

' Bangunlah Shoo. Tao dah datang ' Orang itu tidak berputus asa menggerakkan aku. Tao dah datang ? Aduh kenapa lah panda tu rajin datang pagi-pagi buta macam ni.

' Yelah yelah orang bangun. Ziyu gege ni langsung tak bagi orang tidur lagi lah ' Dengus aku. Ziyu merupakan Gitarist sama macam Yuta. Aku  mengeliat kecil lalu memperkemaskan rambut yang agak serabai. Mungkin.

' Apa punya anak dara lah kau ni. Bangun pun lambat ' Dah mula dah dia nak membebel. Aku berjalan malas ke bar. Aku melihat Yuta, Aden, Ziyu dan Tao dah ade di meja. Cuma seorang lagi ahli Fly4 je takde iaitu Zuen , Vocal Fly4. Pergi Berlakon mungkin

' Tao minta gege carikan studio. Kau tak cakap pon pada gege ? ' Tanya Aden. Aduh macam manala aku boleh lupa

' Tak sempat nak tanya. Orang sibuk dengan Exam. Orang tu ada duit banyak tak nak pulak telefon gege ' Aku mencebik. Aku duduk di antara Tao dan Ziyu gege

' Kenapa kau nak keluar ' Tanya Yuta. Dia sebaya dengan aku dan Tao.

' Aku dah penatlah nak hadap diaorang. Hari-hari kene tindas ' Suasana tiba-tiba sunyi. Aden , Yuta dan Ziyu mengenang diri mereka. Apelah mereka akan buat kalau mereka senasib dengan Tao

' Kan bagus kalau aku join kau dulu dan tak terima tawaran dari Korea ' Kata Tao lagi lalu menundukkan wajahnya.

' Mesti ada hikmahnya. Mungkin kalau kau tak join EXO kau takkan jadi se femes ni kan ? ' Kata Ziyu. Yuta memeluk dan menepuk bahu  Tao supaya bertenang

' Yang korang nak sedih-sedih kenapa ? Cheer up ' Kata Tao mengangkat mukanya sambil mengelap air di tubi matanya

' Aku akan sokong kau. Petang nanti ikut aku jumpa kawan aku. Nanti aku support kau beli studio ' Kata Ziyu

' Aku akan tolong kau buat lagu ' Kata Aden

' Terima kasih Gege ' Tao menutup wajahnya dan berterima kasih pada Fly4 kerana menyokong dia

' Yang korang ni tiba-tiba buat air mata kenapa ? ' Tanya Zuen terpinga melihat semua menangis di meja makan. Eyyyyy Zuen gege ni spoil lah

' Perghh bodoh gila Tao. Bila dah Famous dalam EXO boleh pulak dia bukak studio sendiri dan terbitkan mini album ' Aku menggenggam botol minuman apabila terdengar apa yang dikatakan oleh pengunjung. Berita tentang pembukaan Studio dan mini album yang bakal dikeluarkan telah tersebar luas

Shoo baik kau sabar sebelum peti ais ni melayang kat muka diaorang. Aku meletakkan botol minuman dengan kasar hingga mengejutkan pengunjung tersebut. Ah kisah pulak aku

Sepanjang perjalanan aku terdengar kkata cacian disediakan khas untuk Tao. Rasanya aku tak buka lagi media sosial. Confirm lagi banyak. Tiba-tiba handphone dalam poket aku bergetar. Aku keluarkan dan melihat siapa yang hantar

 

Jom Jumpa dekat Taman

- Panda Tao -

 

Dia rupanya. Pasti ada hal sampai tak nak jumpa di rumah. Aku menelefon Aden untuk memberitahunya bahawa aku mungkin lambat sikit pulang ke rumah untuk membelikannya air.

' Tao , Zi Tao Kau kat mana ' Tanya Aku sambil memandang ke kiri dan ke kanan. Tak kelihatan pulak dia aku naik di tempat permainan yang agak tinggi untuk melihatnya kalau dia ada dimana-mana

Tiba-tiba aku terasa ada seseorang memeluk aku dari belakang. Dia meletakkan kepalanya di bahu aku dan menangis tersedu-sedan

' Shoo , kau sanggup tak sokong aku walaupun aku kene hina '

' Kau sanggup tak berdiri dekat sebelah aku walaupun aku tak lagi dengan EXO '

' Dan kau boleh tak terima cinta aku walaupun aku tak sehebat dulu '

Aku menangis di dalam pelukannya. Aku sanggup buat apa sahaja untuk dia supaya tak nampak dia menangis lagi. Aku sanggup kene hina juga semata-mata untuk berdiri bersama dengan dia

' Aku sanggup ' Aku meleraikan pelukkanya dan memeluknya secara berdepan. Kami berdua menangis di atas tempat permainan. Tao merenggangkan pelukan mereka

' Wo ai ni ' Ucap Tao sebanyak tiga patah perkataan telah membuatkan aku kembali menangis. Aku mengangguk kepala perlahan dan kembali memeluknya. Tao mencium dahi ku dan menarik muka ku agar mendongak melihatnya. Dia mencium bibir aku dengan linang air mata yang membasahi pipinya

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kwon_Dongho
cerita ini akan dibuat esok sbb computer author dh kehabisan bateri T.T

Comments

You must be logged in to comment
taehyung_taetae #1
Chapter 1: Ahhhh kesian tao T-T.
sehunloversuho #2
Chapter 1: Huhuhu...mule2 mrah la gak ngn Tao tpy mne bole mrah BABY PANDA lme2