Miss you..

Crush
Please Subscribe to read the full chapter

-----------------------------------------------------------------

Hujan rintik yang turun membuatkan Jungkook mempercepatkan langkahnya.Jadual kelas tariannya yang berlangsung lambat membuatkan dia pulang lewat dari biasa hari itu.Dan dia tidak ingin ketinggalan bas sekali lagi,seperti minggu lalu.Jungkook melurut-lurut titisan air hujan yang membasahi kepala dan bahunya tatkala dia sampai di perhentian bas.Perlahan-lahan dia duduk dibangku yang tersedia disitu sambil membelek pada jam dipergelangan tangannya.6:30 petang.Dia menghela nafas lega kerana dia berjaya tiba disitu sebelum bas terakhir dikawasan itu melintas.Sambil menanti ketibaan bas,Jungkook menyanyi-nyanyi kecil.Sesekali matanya memerhati keadaan sekeliling yang suram.Senja sudah lama melabuhkan tirainya,dan Jungkook tersenyum sendiri tatkala melihat lampu-lampu jalan terpasang secara automatik satu demi satu.

Walaupun berseorangan ketika itu,cahaya lampu neon yang berwarna warni menerangi segenap ceruk bandaraya Seoul itu berhasil membuatnya tersenyum.Cuma bezaya saat itu,hujan sedang turun membasahi bumi.Dikala Jungkook sedang leka memerhati sekeliling,sesuatu menarik perhatiannya.Tidak jauh dari tempat dia sedang duduk,dia terlihat seseorang sedang berdiri mematung didalam hujan lebat sambil memegang sebuah payung berwarna merah jambu.Apa yang menghairankan,orang itu- seorang gadis yang mungkin sebaya dengannya-hanya berdiam diri ditempatnya berdiri tanpa mempedulikan apa-apa pun.Gadis itu leka menyambut air hujan yang jatuh membasahi payungnya,dengan senyuman girang terukir jelas dibibir gadis itu.Jungkook terpaku melihat tingkah gadis itu.Tanpa sedar,dia perlahan-lahan bangun dan cuba untuk melihat gadis itu lebih dekat,namun dia tersentak apabila melihat kelibat bas yang dinantinya sudah pun tiba.Kecewa,Jungkook menaiki bas dan matanya tidak lepas dari memandang ke arah gadis misteri tadi.

*************************

Seminggu berlalu.Sekali lagi Jungkook melihat gadis misteri itu.Kali ini,dia sedang duduk bersendirian di perhentian bas sambil memegang payung merah jambunya yang terlipat kemas.Aneh sekali fikiran Jungkook kerana saat ituhujan tidak turun.Perlahan-lahan Jungkook duduk di atas bangku paling hujung,bertentangan dengan gadis itu.Suasana sepi menyelubungi sekeliling.Selepas beberapa ketika,Jungkook berdehem. ''ehem..ch..chogiyo..Awak tengah tunggu siapa?'',soal Jungkook sambil tersengih janggal.Gadis tadi segera menoleh ke arah Jungkook.Sambil mengerdip-ngerdipkan mata cantiknya,gadis itu tersenyum manis membuatkan jantung Jungkook berdegup-degup pantas.Jungkook lantas memaki dirinya sendiri didalam hati kerana membiarkan hal itu terjadi padanya,namunn saat gadis itu mengeleng-gelengkan kepalanya,Jungkook terpana.

****************************

Eunmi.Nama gadis itu Eunmi.Dia sebaya dengan Jungkook tahun ini,berusia 17 tahun.Eunmi seorang yang ceria tetapi agak pemalu.Dia sangat suka pada hujan.Baginya,bunyi rintik hujan amat menyenangkan dan mampu membantunya melupakan setiap masalah yang dihadapinya.Eunmi menzahirkan rasa gembiranya saat Jugkook mennyatakan bahawa dia ingin sekali menjadi sahabat barunya memandangkan Eunmi sering berseorangan dan tidak mempunyai ramai kawan.Dia hanya ada ibunya seorang.Aneh sekali pada perkenalan pertama mereka malam itu,Eunmi secara terbuka berkongsi ceritanya pada Jungkook seolah-olah mereka telah lama mengenali,namun Jungkook tidak peduli.Dia gembira dapat mengenali Eunmi,dan cuba menyembunyikan rasa terujanya setiap kali melihat Eunmi tersenyum girang menampakkan kedua-dua lesung pipit di kedua belah pipinya.Sangat comel,dan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
Raeyun #1
Chapter 1: Wow.Jjang lah authornim!! the best
starlightkim_
#2
Chapter 1: Sdihnye cite ni..daebak author nim
hyemipark
#3
Chapter 1: Sedih gile wei menangis sis, dh la time ni sis tngh dengo lagu love is not over habis makin berjujuran air mata sis, mmng awesome ff ni
#sissedih #sisdaebak
FIGHTING!!!
choco_chim
#4
I just can smile and wipe my tears after reading this one shot..its awesome for me I love angst story tho.. T^T oh u should make a sequel for this one shot heehee
aiyani
#5
Omo, sedihnya.. TT _ TT Cinta mereka tak kesampaian~ Anyway, authornim, awak kena letak tag malay, baru ramai orang dapat baca! :D
Btw, I love this story XD