The Accident that made a Love Grew

Description

Son Naeun ialah seorang gadis yang ceria dan baik hati. Setelah berlakunya kemalangan yang ngeri dan telah menyebabkan kesemua ahli keluarganya terkorban,tinggallah dia seorang sahaja yang telah terselamat dari kemalangan.  Sikapnya yang ceria dan baik berubah menjadi egois dan suka berseorangan. Rakan karibnya juga tidak diendahkan. Bermacam pujukan yang telah diberi oleh rakan dan saudara mara juga tidak dihiraukannya.

Hinggalah satu hari dimana perasaan Naeun berubah menjadi tenang selepas berjumpa dengan seorang lelaki yang baik hati yang selalu menceriakan dirinya. Lelaki tersebut bernama Byun Baekhyun. Baekhyun baru sahaja berpindah dari Australia bersama dua orang rakannya Park Chanyeol dan Kim Jongin ( Kai ).  Mereka menjadi semakin rapat dan ceria bersama. Adakah ini dinamakan cinta dan adakah cinta ini akan kekal selama lamanya?

 

WATAK UTAMA:

 

-Son Naeun

-18 tahun

-Seorang gadis yang telah kehilangan segalanya akibat suatu kemalangan

 

 

- Byun Baekhyun

-18 tahun

-Lelaki yang ceria,peramah dan baik hati

 

 

-Park Chanyeol

-18 tahun

-Kawan baik Baekhyun sejak sekolah rendah lagi

 

 

-Kim Jongin ( Kai )

-18 tahun

-Kawan baik Baekhyun dan Chanyeol yang sentiasa membantu jika diperlukan

 

 

-Jung Eunji

-18 tahun

-Rakan karib Naeun sejak hari pertama masuk ke sekolah menengah

  Dan beberapa watak sampingan yang mungkin ada didalam cerita ini

Foreword

CHAPTER 1:

 

“Hai semua!!!” Ucap Naeun yang sudah lama tidak berjumpa dengan rakan sekelasnya itu kerana cuti sekolah yang lalu begitu panjang. Naeun memang suka datang ke sekolah untuk bertemu dengan rakan sekelasnya. Sebagai senior Anyang Art High School tahun ini,Naeun telah dikenali ramai oleh pelajar dan guru guru disitu kerana sikapnya yang peramah dan baik hati. Naeun juga seorang pelajar yang cemerlang di sekolah tersebut. Dia telah mendapat pelbagai siji dan anugerah di sepanjang tahunnya di sekolah ini.

“Haa! Sampai pun kawan aku sorang nih. Dah lama aku tak dengar cerita kau. Selalunya mesti ada je cerita terhangat yang baru keluar dari oven yang kau nak cakap. Mesti banyak kan?” Tegur Eunji yang baru sahaja Nampak rakan karibnyaNaeun masuk ke kelas. Naeun yang baru sahaja perasan yang Eunji menegurnya tersengih sendirian sambal menuju ke tempat duduknya di sebelah Eunji. Eunji dan Naeun memang sangat rapat sejak pertama kali mereka berjumpa di tahun pertama mereka bersekolah di Anyang Art High School. Mereka berdua ni dah macam kembar tak seiras yang selalu bersama. Sehinggakan setiap tahun diorang ni asik duduk dalam kelas yang sama je. Ada otak sama kot. Diorang ni memang best friend forever yang tidak boleh dipisahkan. Asik nak berkepit je.

“Naeun, ko jadi kan nak datang rumah aku weekend ni. Bukan apa,saja je Tanya. Nanti ada pulak orang yang kebulur tak dapat makan dekat rumah aku. Aku taknak lah sampai jadi macam tu.” Tanya Eunji yang ingin menanyakan tentang kehadiran Naeun kerumahnya nanti. Naeun memandang Eunji dengan muka yang agak marah kerana gurauan rakannya itu. Memanglah dia kuat makan dan mudah lapar tap janganlah perlinya sewaktu didepan orang ramai. “Hish kau nih,dah tentulah aku datang. Bukan senang kau ak ajak aku pergi rumah kau dan bukan senang aku nak luangkan masa kat rumah kau tu.” Balas Naeun selamba sambal mengeluarkan buku sekolahnya dari beg untuk diletakkan di atas meja. “Hmm..betul jugak cakap kau tu. Memang susah aku nak ajak kau datang rumah aku. Hmmm… susah susah. Aku tak menafikannya.” Keluh Eunji selepas mendengar kenyataan yang munasabah dari Naeun. “Diam semua!Cikgu dah sampai lah.” Jerit salah seorang rakan sekelas mereka yang baru sahaja ternampak seorang cikgu yang menuju ke kelas mereka.

 

Ketua kelas tunduk hormat

Waktu pembelajaran bermula

Skip…skip..skip

REHAT!!!!!!

 

Hah~~ Rehat.Aku dah lapar dah ni. Perut ni asik berbunyi je dari tadi. Aku yang memang kelaparan kerana tidak mengambil sarapan pagi terus menuju ke kafe sekolah. Rindu juga dengan kafe sekolah ni. Dah lama aku tak makan makanan kat sini. HMMM~~ Hari ni makan spaghetti tomato kesukaaanku.”Sedapnya!!Kau tak nak makan ke Eunji . Sedap tau spaghetti ni. Rugi kalau kau tak makan.” Sapa Naeun yang pelik tengok kawannya tu tak makan.”Aku bawak bekal makanan yang aku masak sendiri dari rumaharrow-10x10.png. Lagi sedap. Kau nak rasa?” Eunji meletakkan beg kecil yang dibawanya tadi ke atas meja. Dia telah membawa nasi goreng kimchi bersama telur gulung yang telah disediakan olehnya sendiri. Maklumlah dah besar. Kenalah buat kerjaarrow-10x10.png sendiri,masak sendiri,kemas rumah sendiri semua benda buat sendirilah. Nasib rumah tak jauh dari sekolah.Kalau tak…merana!

 

 

  Hehehe…ini first time saya mengarang cerita dekat sini. Kalau ada typo ke salah eja ke.Harap dihiraukan ye.Moga terhibur dengan cerita saya.Sila tunggu chapter yang seterusnya ok!And please SUBSCRIBE!BYE 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
mimibaekhyunnie4 #1
PLEASE LEAVE SOME COMMENT