Let's not get married !

Please Subscribe to read further chapters

Description

“Cinta tidak akan menuntut kesempurnaan, cinta akan memahami, menerima dan rela ununtuk berkorban. Kerana cinta seharusnya membuatmu bahagia bukan terluka.”

 

 

Di dunia ini, 

Drama bukan realiti. 

Kisah cinta setiap manusia itu berbeda-beda.

Di saat engkau menangis,

Pasti ada yang tersenyum kerana cinta.

 

 

Lakonan 'cinta' antara Choi Yeorum dan Kris Wu Yi Fan. Mungkin, kedengarannya seperti cinta biasa. Mungkin mereka akan dicop cliche. Namun, kisah yang bukan sebarang kisah. Sebuah kisah yang berkisar tentang kasih dan sayang, persahabatan dan dendam, cinta sejati dan pengkhianatan.

 

Mereka pernah saling berkongsi kasih suatu ketika dahulu. Namun, semua itu hanya berlaku selama 13 hari. Terlalu singkat untuk digelar 'bercinta'. Watak Kris yang kedekut kasih dan sikap Yeorum yang keras kepala telah menyebabkan hubungan mereka retak.

 

Takdir telah menyatukan Yeorum dan Kris dalam satu misi yang sama, iaitu 'TIDAK INGIN BERKAHWIN'. Mereka benci perkahwinan. Mampukah mereka mempertahankan gelaran 'bujang' yang bagaikan mahkota kepada mereka? Atau mereka pula yang terjerat dalam misi yang mereka bina sendiri?

 

 

Foreword

Untitled  Choi Yeorum

 

 

              070e7bf312d88b291f02da8d758cfb5a.jpg Kris Wu Yi Fan

 

 

                                e3cf2c26f1735e84a9ad8d6b9caddb50.jpgSuho

 

 

                                                                     T-ara-Jiyeon_1395972533_af_org.jpg Park Ji Yeon

 


 

Prolog : 

Choi Yeorum bengang! Beg tangannya dihempaskan, kuat di atas meja kerja suaminya. Air matanya bagai ingin tumpah dari kelopak mata, namun ditahan juga sekuat hati. Dia tidak ingin lelaki tidak berperikemanusiaan di hadapannya itu melihat kelemahannya.

 

Tidak ! Dia tidak lemah dan tidak ingin kelihatan lemah.

 

" Kau kenapa?" Kening pria itu sudah pun bercantum menjadi satu. Cermin matanya yang terherot sedikit ke bawah dibetulkan. Tangannya yang sibuk membelek setiap lembar dokumen perkerjaan terhenti seketika.

 

Yeorum diam. Pada saat-saat seperti ini, dia lebih suka mendiamkan diri. Suaranya  akan menggeletar setiap kali hendak menangis. Satu petunjuk yang jelas bahawa dirinya lemah. Jika dia tahu semua ini akan berlaku, sudah dari awal lagi, dia akan menolak perkahwinan ini. Sudah pasti !

 

" Jawab la" 

 

Yeorum mengeluh seraya menyeka air matanya yang sudah pun gugur.

 

" Aku nak cerai !"

 

Lelaki itu terkebil-kebil, perlahan-lahan, tangannya melepaskan cermin mata tersebut, " Ok "

 

Terkejut ! Yeorum terkejut dengan kata-kata suaminya itu. Tidak terlintas sama sekali bahawa lelaki berkepala batu seperti dia bakal bersetuju. Ingatkan, dirinya bakal dipujuk dengan seribu satu kata-kata madu. Nyata, dia silap.

 

Adakah aku sudah tersalah langkah, getus hati kecil Yeorum.

 

" Kenapa? Terkejut? Kalau itu yang kau nak, aku tak masalah. Kau berhak buat pilihan."

 

" Gila ! Kau suami  aku ka atau musuh dalam perang?! Kau ingat perkahwinan ni satu permainan?! Pernah timbul rasa ingin tahu setiap kali aku menangis?! Pernah?! Tak?! Geezz... Baru aku ingat, dari awal lagi memang cinta kau palsu. Mulai hari ini, jangan cari aku lagi ! Kita cerai !"

 

Credit Poster To :

HGhiEWY.png

Comments

You must be logged in to comment
sayhershe
#1
Chapter 2: Kreaasseeeee!!! My love from the star~ this is cool author!! teringat belik cerita marriage not dating,aww this is super sweet~ but i was attracted with the discription... i'm expecting something more~ Good Luck to you!
GreenDecember #2
Chapter 1: Hai awak...bestlah citer awk nie...semua citer awk sy rasa best...you're one of my favourite author *thumbs up*
Btw kan author nim...maaflah jika sy nie pandai mandai pulak..,boleh tak kalu author asinkan tag malay dan tag comedy tu...nti senang skt orang nk cr cerita author nim yg gempak lg daebak nie...
Maaf sekali lg