Final

Bad Love (Malay)

"WARGHH!!!" sergah Dana untuk mengejutkan aku.

"OH MAK KAU TERCEKIK!!!" telatahku yang terkejut apabila disergah Dana."Engkau ni nak bunuh aku ke apa?!" marahku.

"Okay, okay. Relax. Dah, jom kita pergi jumpa Taehyung kesayangan kau tu."lantas Dana menarik tanganku supaya tidak dimarahi aku.

"Yang kau excited sangat nak jumpa Taehyung ni kenapa? Dia tu boyfriend aku, bukan kau." kataku. Tanpa membuang masa, aku dan Dana jalan terus menuju ke stesen bas untuk menunggu Kim Taehyung a.k.a boyfriend aku.

Sudah 10 minit masa berlalu, tetapi bayang-bayang Taehyung tetap tidak kelihatan. Aku dan Dana membuat keputuan untuk terus pergi ke sekolah tanpanya.

Pada waktu rehat

"Awak, kenapa awak tak tunggu saya masa nak pergi sekolah pagi tadi ? Kan saya dah suruh awak tunggu sampai saya datang barulah kita pergi ke sekolah sama-sama." bebel Taehyung.

"Sorrylah. Saya tak ada masa nak tunggu awak. Lambat sangat."marahku.

"Saya minta maaf okay ? Erm, jom kita jalan-jalan."katanya untuk memujuk aku.

KRINGG!!! KRINGG!!!

"Takpelah, dah tamat waktu rehat. Saya dengan Dana nak masuk kelas ni. Bye." kataku yang malas dan sudah muak dengan perangainya itu.

"Okay, sayang. Take care. Balik nanti kita jumpa. Okay." balas Taehyung.

Aku dan Dana terus meninggalkan Taehyung dan rakan-rakannya tanpa sebarang kata. Dua jam kemudian, waktu sekolah pun tamat. Aku dan Dana menuju ke pondok yang berdekatan dengan pagar sekolah untuk berjumpa dengan Taehyung.

Semasa aku dan Dana masih di dalam perjalanan untuk ke pondok, aku ternampak Taehyung bersama dengan perempuan lain. Aku dan Dana terus bergegas ke tempat itu dengan perasaan marah yang membuak-buak.

"KIM TAEHYUNG!!! APA YANG AWAK SEDANG BUAT TU HAH?!!" kataku yang separuh menjerit. Selepas Taehyung dan perempuan tak guna itu perasan dan bengang dengan kehadiran aku dan Dana, aku terus melarikan diri tanpa menoleh ke belakang. Aku lari ke belakang sekolah. Kim Taehyung dengan segeranya mengejar aku.

"Minsoo... Tunggu dulu...!" jerit Taehyung yang bengang dengan tindakan aku.

Di belakang sekolah

Aku masih lagi menangis teresak-esak kerana kejadian tersebut.

"Minsoo.. Janganlah macam ni. Saya tak buat apa-apa pun. Janganlah salah faham." pujuk Taehyung.

"Engkau ni, memang dasar jantan tak guna kau tau tak?!!! Sampai hati kau buat aku macam ni!!!" marahku yang bercampur dengan tangisan.

"Tak baik tau awak cakap macam tu dekat boyfriend awak ni."balas Taehyung yang tidak mahu mengalah.

"Tak baik kau cakap ? Kau ingat kau tu siapa nak aku cakap baik-baik dengan kau hah?!! Tak sangka yang kau pun dah kena tipu dengan perempuan tak guna tu. Entah kau ni mangsa yang keberapa dengan dia tu. Menyesal aku percayakan kau selama ni tahu tak. Kau ingat aku tak tahu ke yang kau tu ada perempuan keliling pinggang ? Aku tak bodohlah..."

"Hey, perempuan! Kau tak payah lah nak cakap buruk pasal dia depan aku. Aku dah cuba sedaya upaya aku cuma untuk nak dapatkan dia tau tak! Kau tu patut bersyukur sebab dapat jadi girlfriend aku tahu tak ?!! Kau tahu tak berapa ramai lagi perempuan kat luar tu yang tergila-gilakan aku. Ni kira baik lagi sebab aku nak pujuk kau. Sedarlah diri kau tu." kata Taehyung yang melepaskan geramnya terhadap aku.

"Aku tak kesah lah semua tu. Ramai lagi lelaki yang sepuluh kali ganda lebih baik dari kau yang nak jadi boyfriend aku." jawabku,

"Woi, kau jaga sikit mulut kau tu eah?!!"

"And one more important thing, Kalau perempuan kesayangan kau tu tinggalkan kau, jangan pernah cuba cari aku lagi. Bye Kim Taehyung."ucapan terakhirku kepada Kim Taehyung.

Selepas aku dan Dana meninggalkan Taehyung, kami terus pulang ke rumah masing-masing untuk menenangkan diri sendiri. Semasa Taehyung dalam perjalanan pulang ke rumahnya, dia ternampak Yumi sedang bercumbu dengan lelaki lain. Tanpa membuang masa, Taehyung mendekati mereka dan memberi satu tumbukan yang padat pada muka lelaki tersebut. Pada masa yang sama, Yumi terkejut dengan perbuatan Taehyung lalu melempang pipi Taehyung.

"Kau ni dah kenapa?!! Kau dah gila ke hah?!!" marah Yumi.

"Awak tak sayangkan saya ke, Yumi ?" soal Taehyung.

"Sorry sikit. Aku tak pernah sama sekali suka atau sayangkan kau. Tak pernah! Dahlah, dasar jantan perasan. Prgi berambus! Aku tak nak tengok muka kau lagi." tengking Yumi.

"Sampai hati kau buat aku macam ni, Yumi." Taehyung yang berasa kesal terus berlalu pergi. Tiba-tiba Taehyung ternampak aku yang baru pulang dari kedai serbaneka lalu mengejar aku.

"Awak... saya nak minta maaf sebab saya tak percayakan awak. Kembalilah ke pangkuan saya.. Please.." rayu Taehyung kepadaku.

"Eh, Taehyung. apa yang awak cakap ni ? Saya rasa awak masih belum nyanyuk lagi kan ? Kan saya dah cakap, kalau Yumi dah tinggalkan awak, jangan cari saya lagi because.. I will never accept you forever!" luahku sepenuh hati.

Akhirnya aku dan Kim Taehyung berpisah. sehingga sekarang, aku dan dia tidak berhubung dan tidak mempunyai kekasih atau pasangan. 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet