starting now, I love you

Description

  Eunji,Naeun dan Baekhyun ialah pelajar tingkatan 4 Sakura. Eunji dan Baekhyun berkawan baik sejak sekolah rendah lagi manakala Naeun pula ialah kawan baik kepada Eunji sejak di tingkatan satu lagi. Eunji telah menyimpan perasaan kepada Baekhyun selama enam tahun namun Baekhyun amat menyukai Naeun. Baekhyun sering meluahkan isi hatinya kepada Eunji tanpa mengetahui isi hati Eunji. Eunji amat sedih setiap kali mendengar Baekhyun bercerita tentang Naeun. Dia sangat cemburu akan Naeun namun dia hanya menyimpan perasaannya itu tanpa disedari oleh Baekhyun. Eunji hanya menceritakan isi hatinya kepada Naeun.

Foreword

 DI DALAM KELAS

    "Hai,Eunji,"panggil Naeun sambil melambai-lambaikan tangannya ke arah Eunji.

   "Hai Naeun," jawab Eunji.

   "Kenapa kau tak mesej aku semalam? Kau janji nak chat dengan aku dekat SNS. Penipu je kau ni,"

   "Oh...aku ada janji dengan kau ke semalam?  Mianhae..aku tak ingat langsunglah. Aku betul-betul terlupa,"

   "Kau ni, janji dengan Baekhyun kau ingat tapi bila kau janji dengan aku, mesti kau lupa.. sampai hati kau.. pentingkan dia dari aku,"

   "Mianhae Naeun..jeongmal mianhae..ok..macam ni..hujung minggu ni aku belanja kau makan..aku belanja..janji," Eunji cuba memujuk Naeun dengan perkara sebegitu kerana dia tahu itulah kelemahan Naeun.

  "Ok..janji eh kau belanja aku..kalau tak aku bagi tahu Baekhyun yang kau...." tidak sempat Naeun menghabiskan kata-katanya tiba-tiba seorang lelaki menerjah mereka.

  "Haaaa..mengumpat aku eh??" Baekhyun menyapa.

   "Mana ada..tuduh je kau," kata Eunji.

    "Yelah tu.. kau fikir aku ni ada masalah pendengaran ke? Aku boleh dengarlah korang sebut nama aku tadi,"

    "Eh eh..siapa pulak yang nak mengata dia..perasaan pulak orang," gurau Eunji.

   "Ishhh...korang ni boleh tak kalau jangan asyik bergaduh. Kalau tak gaduh sehari mesti x boleh," Naeun menyampuk.

   "Mana ada kitorang bergaduh.. aku cuma nak cari bukti yang benar je ni," kata Baekhyun.

   "Yelah..kau je yang betul Baekhyun..Dahlah tu cikgu Kris nak masuk kelas dah..Kau duduk tempat kau sekarang,"kata Naeun setelah terlihat Cikgu Kris yang dalam perjalanan masuk ke dalam kelas 4 Sakura.

    "Yelah. Aku pergi sekarang. Alaaa kau ni. Halau aku pula,"Baekhyun terus berlalu ke tempat duduknya.

 

 

WAKTU REHAT

      "Aku dengar ada budak baru nak masuk kelas kita esok,"kata Naeun sambil mencut roti yang berada di tangannya.

    "Aku ada dengar juga tapi tak tau pulak yang dia nak masuk esok. By the way..macam mana kau boleh tau?"tanya Eunji

   "Kau ni,Eunji. Macam tak tahu je yang aku ni kan spy kat sekolah ni,"

   "Yelah. Aku tahulah yang kau tu spy kat sekolah ni tapi aku tanya macam mana kau boleh tahu..macam mana!!"marah Eunji.

   "Relakslah. Aku nak bagitahulah ni. Tak payahlah nak marah aku pula. Aku curi curi dengar perbualan cikgu kris dengan pengetua masa hantar buku tadi," jelas Naeun. Eunji mengangguk tanda faham.

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet