Chapter 1

Seindah Dunia Di Sinari Pelangi
Please Subscribe to read the full chapter

"Apa yang dia buat disini?"

"Siapa perempuan tu?"

"Mayat hidup ke apa?"

"Sombongnya dia."

 

         Jiny menghiraukan semua bisikan halus disekelilingnya. Dia mengatur langkahnya ke dalam kafe yang terletak di tengah-tengah bandar Seoul yang bernama "Cafe Hogod". Niatnya hanya satu. Ingin mencari kerja dan hari ini merupakah hari dimana dia akan di temu duga oleh bakal bosnya itu. Sudah sebulan Jiny tidak dapat mencari kerja. Duit saki baki koceknya juga sudah tiada.

 

 

         Andaikan sahaja dia tidak dibuang kerja kerana rakan sekerjanya tidak memfitnahnya pasti dia sekarang ini mempunyai duit untuk menampung hariannya.

 

 

"Masuk."

 

 

          Jiny mengatur langkah dengan penuh berhati-hati dan membuka pintu bilik itu. Jiny menghadap pintu itu lalu menutupnya. Jiny mengatur langkahnya lalu berdiri tepat menghadap bosnya itu. Dia menundukkan kepala tanda hormat. Tiada senyuman, tiada sapaan oleh Jiny. Itu merupakan cara Jiny membesar. Tidak hairanlah orang disekelilingnya tidak menyukai dirinya.

 

 

            Di dalam bilik itu terdapat tiga orang jejaka dalam umur lingkungan 20 an memandang Jiny dari bawah sehingga atas dan dari atas sehingga bawah. Jiny membuat muka seperti tiada apa-apa yang berlaku. Baginya, pakaian yang dipakai tidak lah menjolok mata. Dia hanya memakai pakaian baju T dan skirt labuh bersama beg sandang. Dia menghiraukan pandangan mereka terhadapnya.

 

 

"Dipersilakan duduk."

 

 

             Kata bakal bosnya itu yang dikenali sebagai Lee Hoya. Lee Hoya merupakan anak kedua keluarga Lee dan telah membuka kedainya sendiri di Seoul dan Busan yang bernama "Cafe Hogod". Hogod merupakan nama gelaran beliau daripada rakan-rakan mahupun keluarga. Dan kafenya juga mempunyai tema warna yang diminati olehnya, iaitu ungu.

 

 

 

 

*Gambaran ruang dalam Cafe Hogod*

 

 

 

       Jiny menundukkan kepalanya kepada bakal bosnya itu. Dia mengeluarkan semua dokumen dan fail yang diperlukan untuk di temu duga walaupun bakal bosnya itu tidak berkata apa-apa tentang perkara itu.

 

         Ketiga-tiga jejaka itu hanya melihat sahaja tindakan Jiny tanpa berkata apa-apa. Jiny berhenti melakukan perkara itu dan memandang tepat ke dalam mata bakal bosnya itu untuk menunggu arahan walaupun Jiny seorang yang tidak

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
SyazanaZack
#1
Chapter 1: update soon :)
chacha_ieyra
#2
Chapter 1: update soon !!! xD