Babak 1

Terimalah Hati Ku

" Kringggg !!!" Hyeri buka matanya dan melihat ke arah jam. Pukul 7:15 pagi dan kemudian dia mengeluh.

" Awal lagi." meletakkan tangan kanan di atas kepalanya.

" Tok,tok, tok" adik Hyeri, Zelo mengetuk pintu.

" Noona, bangun dan cepat siap." Zelo mengingatkan Hyeri.

" Okay, bagi noona 5 minit" masih memejamkan mata.

" Baik tapi jangan sampai tertinggal bas " . Teringat 3 hari yang lepas. Hyeri tertinggal bas dan dia terpaksa berjalan kaki dan akhirnya dimarahi oleh cikgu kerana lambat.

" Ha-ha-ha !! Tak kelakar." Hyeri membuka mata dan memandang ke arah siling. Dengan malas dia bangun. Dia mula meregangkan kaki dan tangannya dan kemudian dia mencapai tuala dan terus menuju ke tandas

Setelah selesai, Hyeri keluar dari bilik. Dia melihat di meja makan sudah tersedia roti bakar dan susu.

" Hmmm... Macam nilah noona Zelo~~ Wangi dann...." Hyeri mengangkat kedua keningnya.

" Dan? " soal Hyeri

" Dan cantik.." seukir senyuman menguntum dibibir Hyeri.

" Kalau Zelo tak cakap pun noona dah tahu. Oh ya, hari ni noona balik lambat sebab ada kelas tambahan." jelas Hyeri pada Zelo. Zelo hanya mengangguk faham.

" Kalau ada apa-apa Zelo message saja." tambahnya lagi. Selesai saja sarapan, Hyeri dan Zelo melangkah keluar dari rumah dan mengunci pintu. Hyeri melambai tangan pada adiknya. Haluan mereka berbeza kerana sekolah berlainan.

Yonso High School adalah sekolah yang dihadiri Zelo. Sekarang, dia ditingkatan 3. Agak dekat dari rumahnya dan dia adalah seorang pelajar cemerlang dan hebat dalam sukan. Disebabkan kelebihan Zelo dalam bakat dan pelajaran dia mendapat biasiswa, dia dipindahkan ke sekolah tersebut dan dia amat popular dikalangan pelajar perempuan. Memang betul jangkaan Hyeri, adiknya akan diminati ramai pelajar perempuan. Hyeri pula bersekolah di Younha High School. Di situ, dia adalah salah seorang pelajar yang cemerlang dalam pelajaran tetapi kurang dengan aktiviti sukan. Bukan kerana dia tidak bagus tetapi kehidupannya yang tidak menentu menyebabkan dia mengambil keputusan untuk kurang dalam aktiviti sukan. Sejak ayah Hyeri dan Zelo terlibat dalam kemalangan akibat langgar lari, mereka dijaga oleh neneknya. 3 tahun yang lepas nenek mereka pula meninggal kerana jatuh semasa mengemas halaman dan kepala nenek terhentak pasu bunga. Malang tidak berbau, itulah yang dapat diungkapkan saja. Sejak kehilangan tempat bergantung, Hyeri mengambil keputusan untuk membuat kerja sambilan di restauran sebagai pelayan selepas habis waktu persekolahan. Zelo juga turut membantu Hyeri. Dia membuat kerja sambilan sebagai penghantar susu setiap pagi. Ibu Hyeri dan Zelo pula telah diceraikan oleh ayahnya kerana hidup mereka tidak mencukupi dan menyebabkan Hyeri selalu didera oleh ibunya sendiri. Hanya parut di tangan kanan Hyeri bersisa sehingga sekarang dek kerana terkena pisau semasa Hyeri cuba melarikan diri dari ibunya.

Kaki kiri Hyeri melangkah masuk pintu pagar sekolah dan dia terus menuju ke loker untuk mengambil buku. Hyeri mengambil buku mengikut jadual kelas. Selesai saja dia menutup semula loker dan kunci. Hyeri pusing untuk ke kelas dan dia hampir menjerit kerana seorang lelaki berada di hadapannya. Lelaki tersebut menutup mulut Hyeri dengan tangan kiri. Amat Hyeri kenali lelaki tersebut. Rakan dia, Kim Myung Soo.

" Yahhh!! Kalau tak terkejutkan aku tak boleh ke? " Hyeri menyeringai marah. Myungsoo hanya ketawa kecil.

" Hmmm... Boleh je tapi aku saja nak kenakan kau." dengan selamba Myungsoo jawab. Hyeri cubit pinggang Myungsoo kerana situ tempat sensitif Myungsoo. Myungsoo menahan sakit.

" Kau asah tangan kau ke? Tajam semacam." dia mengurut-urut tempat cubitan Hyeri. Hyeri pula ketawa bila melihat Myungsoo menahan sakit.

" Iyelah, kalau aku tak asah macam mana aku nak cubit tu.. tu.. pinggang kau tu." balas Hyeri. Jari telunjuk kanan menunjuk pinggang Myungsoo. Myungsoo menggelengkan kepala.

" Petang ni jangan lupa. Ada kelas tambahan...dah la minggu lepas kau tak datang. Rugi tau kau tak datang." Myungsoo mengingati Hyeri.

" Yelah, aku tahu.. minggu lepas aku tak datang sebab tak ada yang nak cover aku. Sebab tu tertinggal." jawab Hyeri panjang lebar.

" Okey, jumpa waktu rehat." Myungsoo melambaikan tangannya pada Hyeri.Sejak dia mengenali lelaki bernama Kim Myung Soo, Hyeri mula perasan Myungsoo hanya keluar rehat dan belajar dengan dia saja. Bila Hyeri tanya mengapa Myungsoo tidak keluar dengan rakan-rakan yang lain dia hanya mengukir senyuman. Ya, senyumannya yang manis. Kadang kala Hyeri terpesona dengan senyuman Myungsoo dan menyebabkan dia terlupa soalannya.

Hyeri melangkah masuk kelas. Jiyeon melihat Hyeri dan senyum. Jiyeon, rakan Hyeri dari mula masuk sekolah menengah. Serba sedikit dia tahu kehidupan dan parut tangan kanan Hyeri. Jiyeon juga banyak membantu Hyeri dari segi kewangan sebelum Hyeri membuat kerja sambilan. Jiyeon dari keluarga berada tetapi Hyeri tidak pernah mengeluh apatah lagi meminta pada Jiyeon kerana dia bukan seorang yang menyusahkan rakan baiknya.

" Hari ni kelas tambahan. Join tak?" soal Jiyeon. Hyeri mengangguk dan senyum.

" Bagus-bagus~~ Sebab nilah aku sayangkan kau." Jiyeon memeluk Hyeri.

" Jiyeonn... kan aku dah janji mestilah aku kena tepati. Kau tu dating dengan Taehyung senyap je kan. Dalam gaduh tersimpan rasa cintaa~~~." Hyeri mengusik Jiyeon.

" Wah... Cepatnya berita tersebarkan." Jiyeon balas dengan endah tak endah tapi dalam hatinya berbunga.

" Aku tak dengar dari mulut pelajar-pelajar lain tapi dari mulut Myungsoo. Aku nak tengok selama mana kau nak sorok dengan aku."

" So, siapa yang luahkan perasaan." soalan maut bagi Jiyeon. Hyeri mula mengusiknya.

" Ishhh... nantilah aku citer. Tak fokus pulak masa belajar." muka Jiyeon kemerahan menahan malu akibat usikan Hyeri. Hyeri tersengih nakal.

Pelajaran berjalan dengan lancar. Waktu rehat, Hyeri dan Myungsoo saja yang banyak bercakap manakala new couple hanya tersenyum dan membatukan diri masing-masing. Hanya mata saja kelihatan memandang antara satu sama lain. Hyeri dan Myungsoo perasan dan mula mengundurkan diri. Tidak mahu menganggu mereka. Hyeri dan Myungsoo jalan beriringan ke kolam ikan. Di situ ramai pelajar berehat untuk tenangkan fikiran.

" Zelo macam mana sekarang? " soal Myungsoo memecahkan suasana senyap antara mereka. Hyeri memandang Myungsoo dan senyum. Hati Myungsoo sedang berdansa. Senyuman yang selalu membuatkan hatinya tidak keruan.

" Dia okey dan banyak surat cinta dia dapat. Sampai satu tahap Zelo suruh aku bacakan sekali." Hyeri menggelengkan kepala.

" Macam noona dia ke? " soal Myungsoo secara mengejut. Dahi Hyeri mengerut. ' Ishh, dari mana dia tahu aku dapat surat' desis hati Hyeri.

" Ermmm... hemmm.... mana ada surat." balas Hyeri.

" Ehh... Taehyung ada cakap kat aku. Dia cerita, Jiyeon ada beritahu yang kau dapat surat cinta dari pelajar sini. Agak famous juga,ye?" Hyeri dapat mengagak ini kerja Jiyeon. 'Siap kau Jiyeon' bisik hatinya.

" Kalau ada pun aku tolak secara baik. Kan aku dah bagitahu banyak kali yang aku ni nak fokus pada pelajaran." panjang lebar Hyeri menjelaskan.

" Iye, aku tahu tapi dalam ramai-ramai takkan tak ada seorang pun tersangkut kat hati kau tu." soal Myungsoo untuk memancing jawapan Hyeri. Tapi malangnya Hyeri menggelengkan kepala tanda tiada yang dia minati.
 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
exotic3010 #1
Chapter 1: Update soon ♡♥♡