Start

Grimhilde Casilla
Please Subscribe to read the full chapter

Didalam larutan malam yang dikacau awan mendung yang melitupi awan dan cahaya bulan yang tidak begitu kelihatan dek impak dari cahaya yang begitu terang dari bandar Seoul disetiap sudut pemandangan si pelihat.Dia yang melintasi setiap penjuru kegelapan dan mengaut aura makluk kegelapan menarik setiap garisan disetiap sudut.Hood ditanggalkannya perlahan-lahan.Wajahnya dilindungi disebalik kolar kot yang lebar serta maffela besar bewarna merah terang.Setiap mata yang melalui pasti tidak akan terlepas memandang dan merasai auranya yang begitu kuat.

Jelingan matanya yang bersinar serta lirikkan yang tercelit kelembutan sebaliknya membuatkan pemerhati berasa kesan kesakitan pada lubuk hati.Tertusuk sesuatu yang digelar aura kegelapan yang indah.

“Mr. Grimhilde!,”Seorang lelaki dimana usianya menjengak pertengahan 20-an menyapanya dengan senyuman yang meleret-leret serta sisipan kemanisan disebaliknya yang mempunyai kepahitan.Rambutnya yang hitam serta beralun pasti ingin menenggelamkannya.Dia tidak akan terdaya!Tidak sama sekali!

“Jadi..Mr. Grimhilde..,”Tangannya merayap pada bahu lelaki tersebut seraya badannya yang semakin lama semakin rapat dan menggesel antara satu sama lain menyebabkan senyuman sinis dan penuh kenodaan terbit diwajah teruna itu.

“Urusan diutamakan,maafkan saya Mr.Oh,saya tiada masa untuk semua ini,”Jari jemari lelaki tersebut ditolak dengan perlahan lantas serta merta lelaki tersebut melayang tangannya keudara dan tersenyum lebar dengan kepala digeleng.

“Saya takkan apa-apakan awak,Mr. Grimhilde,awak terlampau sempurna untuk disentuh oleh saya,”Dia menyulam senyuman yang penuh bermakna untuk sekian kali.

“Tetapi,adakah saya tidak akan ada peluang untuk berbual-bual disertai teh,bersama? Jangan risau,saya bawa barang membunuh..Awak mungkin hapuskan saya untuk mengapa-apakan awak yang begitu berharga,”Dia menjeling lembut. “Jom”

Grimhilde atau namanya,Luhan hanya membuntuti dari belakang dengan matanya tajam merenung lelaki tersebut dari belakang yang berpakaian serba hitam,belakangnya yang bidang serta tatu atau mungkin tepat tanpa pada tapak tangannya sudah cukup membuatkannya tahu apa yang menyebabkan lelaki tersebut sesuai melayakkan diri ke dunia kegelapan.

“Silakan duduk,saya tidak akan menarik kerusi untuk awak,Mr. Grimhilde,memandangkan saya mendapat naluri,awak akan membencinya,”Dia berdehem dan tersenyum kecil. “Begitu juga dengan manusia yang ‘dimakan’ saya,saya pakar,”Sebenarnya apa yang dilalutkan oleh lelaki tersebut langsung tidak menarik perhatiannya.

“Cepat..Berikannya pada saya dengan segera..Awak tahu,lewat malam akan muncul,dan ia tidak bagus untuk Casilla,”Ujarannya membuatkan lelaki tersebut terkedu dan menghela nafas panjang.Dia hampir terlupa,mungkin kerana mamai dengan kesempurnaan dihadapan matanya,dia sudah lama tidak menjamu aroma dan helaan nafas yang indah dihadapannya ini.

Lelaki tersebut mengeluarkan sesuatu dari bungkusan hitam dan meletakkannya diatas meja,dihadapan Luhan  dengan kening yang dipautkan.Dia dapati senyuman yang menghiasi wajah Luhan tersebut,itu senyuman pertama yang diukirkan,sudah cukup membuat hati dia tersebut seperti dididih dengan air panas yang menggelegak.Dia tidak mampu menahan dirinya bingkas bangun dari kerusi lalu menarik jejaka tersebut kedalam dakapannya.

“Mr.Oh,apa awak buat ni?,”Luhan kelihatan tercengang-cengang dengan situasi yang dihadapi,situasi yang tidak mampu dijangkanya,situasi yang belum pernah terjadi padanya.

“Haha…Mr. Grimhilde..Awak lupa awak berurusan dengan siapa..Awak lupa siapa saya didunia kegelapan?”

“Sudah pasti tidak,saya berurusan dengan awak hanya kerana..Awak satu-satunya pewaris Casilla..Dan saya ingin memilikinya..”

“Sebuah kucupan sudah memadai,”Lelaki itu menekup pipi Luhan dan merapatkan bibirnya pada lelaki tersebut.Apabila bibir mereka tercantum,lelaki itu dapat rasakan sebuah tusukkan dihatinya,dia pantas meleraikan kucupan tersebut dan terkedu apabila melihat paras lelaki itu.

“Ap-Apa awak dah buat??”

Lelaki itu terjatuh diatas lantai dengan dahi yang dikerutkan.Dia hanya mampu melihat Luhan menekup pipinya.Ya,separuh dari wajahnya merekah-rekah.Dia membawa pergi Casilla bersama.

“Awak lupa..Apa itu Grimhilde? Dah lupa,sejarah dunia kegelapan? Awak patut belajar dengan lebih sebelum ‘memakan’manusia di dunia,”Itulah kata-kata terakhir dari lelaki yang digelar Mr.Grimhilde,pada 10 malam,lelaki itu ditinggalkan sendiri.Dia sudah tahu,mengapa lelaki itu memerlukan Casilla,mungkin tujuannya,sudah dapat ditekup olehnya.Mungkin ya..Mungkin tidak..Apa yang Grimhilde harapkan dari Violador darinya? Hanyalah sebuah Casilla…

 

 

 

 

 

 

 

 

 

[20  Tahun Kemudian]

 

Kringggg!!

Dia lantas terjaga dari tidurnya dengan mata yang terkebil-kebil.Dia melihat sekeliling.Nampaknya dia sudah ponteng waktu pendidikkan jasmani.Itu kerana dia tertidur dan didalam kelas ini,semua pelajar tahu,dia dikenali sebagai pelajar yang dingin dan yang paling penting,sukar untuk dikejutkan jika dia terlelap.Apa-apa ajalah.Dia menggeliatkan badannya dan merenung ke luar tingkap.Dia dapat lihat dengan jelas,pelajar lelaki didalam kelasnya sedang berarak-arak dari padang untuk masuk ke kawasan sekolah dengan badan yang berpeluh-peluh serta baju yang ditanggalkan dari belakang.Dalam kebanyakkan mereka itu,ada sebuah figura yang paling menarik perhatiannya.Lama memerhati,mata mereka bertembung.

Ada beberapa saat yang mencelah dalam tenungan itu sebelum keempat pasang mata itu berpaling kearah lain.Namun salah satu pemilik sepasang mata itu menjadi kuyup dan sayu,semestinya ia milik Do Kyungsoo.

“Senior! Saya dapat tangkap Senior!,”Kyungsoo mendongak kepalanya dan melihat Baekhyun yang tersenyum lebar sambil menghunus jari telunjuk miliknya,seolah-olah ianya sebilah pedang milik pahlawan kerajaan.

“Baek,jangan ganggu saya dan,awak ponteng ke sekarang ini?,”Soalnya dengan suara yang garau dan dalam namun ada lunak madu disebaliknya.Baekhyun menongkat dagunya sambil merenung Kyungsoo dengan mata terkedip-kedip.

“Senior,Senior kan tahu,saya adore Senior kerana Senior pelajar yang cemerlang lagi terbilang,namun itu waktu sekolah menengah rendah..Saya tak faham Senior,”Lelaki yang bernama Baekhyun itu mencebik.Kyungsoo sekadar ‘masuk telinga kanan keluar telinga kiri’.Sudah berapa ratus kali ungkapan itu diujarkan oleh si pemilik mulut seperti itik,Baekhyun.

“Kalau awak nak ganggu saya sebab perkara itu,sila berambus dari pandangan,”Kyungsoo menunjal dahi Baekhyun supaya beredar jauh dari meja sebelum dia menghembam wajahnya pada meja dan merenung pokok dimana dedaunnya seperti diolak-alih.

“Hei,kau budak tahun satu,sila keluar dari kelas kitaorang,”.Kyungsoo pantas mengangkat kepalanya dan menoleh kearah pemilik suara yang menghalau tersebut.Wajahnya terkaku memandang rupa paras tersebut.Kim Jongin.

“Do Kyungsu,kau ponteng sekolah lagi?,”Soal Kim Jongin dengan kening terangkat.Dia menanggalkan baju sukannya yang dibasahi peluh.Terbeliak mata Kyungsoo sebelum menarik nafas panjang.

“Do Kyungsoo,bukan Kyungsu”

“Okay,apa-apa ajalah,aku bukan disini nak bertanya apa nama kau,sebagai ketua kelas,sebab kedegilan kau ni,aku yang kena,”Suara Kim Jongin seolah-olah mahu menjerkah Kyungsoo,namun,dia perlu menjaga imej dan bersikap professional serta berfikiran matang.

Kyungsoo hanya menjuih bibirnya dan menguis-nguis meja dengan hujung jarinya.Setiap perbualannya dengan lelaki itu mesti berlandaskan ketua kelas dan seangkatannya.Kyungsoo melirik kearah Kim Jongin yang sedang menyarung kemeja putih dan mengenakan butang.

“Kim Jongin,siapa kasi kau buka baju sesuka hati dan sarung sesuka hati macam tu…Haih..,”Kyungsoo berbisik sendiri sebelum dia berjalan keluar dari kelas.Kakinya terus melangkah dengan wajahnya yang tidak begitu memberikan sebarang reaksi.Dia sengaja keluar awal 5 minit dari kelas sebelum waktu rehat bermula,dia tidak begitu suka akan riuh rendah dan kesesakkan manusia disekitarnya.Dia melalui koridor dan menuruni tangga dan akhirnya berjalan keluar melalui sebuah pintu usang dan mengatur langkah keluar ke halaman belakang sekolah.

Dia menghirup udara dengan dalam sebelum memejamkan matanya dan mendepakan tangan.Seolah-olah merasakan angin yang menerpanya.Didalam ketenangan yang dirasainya,sipemerhati tersenyum dengan bibir disengetkan.Mulutnya mengunyah epal merah yang masak ranum.

“Pelik..Macam mana Nenek boleh kata epal beracun? Sedangkan epal rasanya begitu manis dan lazat,”Dia bermain dengan emosinya sendiri mengenai epal yang dikunyahnya.Epal menjadi makanan kegemarannya sekarang ini.

Matanya merenung Kyungsoo dengan senyuman yang disisipkan,dia juga mengusap pipinya yang merekah kerana kucupan Mr.Oh.Dia menghela nafas panjang dan menyuap epal sekali lagi ke dalam mulutnya.Dia menghayun-hayun kakinya yang berjuntai disebalik dahan pokok.

Grimhilde atau namanya Luhan mengalihkan pandangan pada Casilla yang bewarna kelabu berkilauan dengan permata kecil mengelilinginya.Dia menyelip Casilla itu ke dalam poket didalam kotnya.Lantas dia menghaibkan dirinya pergi.

 

---

 

Dia menutup televisyen,kerana sudah hampir 20 minit dia asyik menekan punat kawalan jauh dan tidak sudah-sudah menukar saluran TV.Semuanya membosankan,dia menguap malas sebelum pandangannya jatuh pada kedua ibu bapanya yang berjalan beriringan keluar menuruni tangga.

“Mana Mama dengan Papa nak pergi ni?,”Soal Kyungsoo dengan mata terkebil-kebil.Mengapa orang tuanya tidak memberitahu apa-apa mengenai kemana mereka akan pergi?

“Kami ada majlis makan bersama..ala-ala reunion,kamu okay sorang-sorang kan,sayang?,”Soal Puan Do dengan senyuman meniti diwajahnya.

“Sayang,Kyungsoo dah besar panjang..Dan dia lelaki”

“Sebab aku lelaki..Aku tak faham kenapa aku suka dia,”Bisik Kyungsoo sendiri sebelum mengukirkan senyuman nipis kepada dua orang tua mereka.

“Hmm..Kalau macam tu,bergembiralah dan jangan risaukan Kyungsoo disini,”Dia tersengih mempamerkan sebaris gigi yang putih.Kedua orang tua mereka mengangguk senang dalam mengatur langkah mereka pergi.

Senyuman itu mati semula.Dia menyandarkan badannya pada sofa dan merenung siling.Siling yang kosong,seperti apa yang dirasainya sekarang.Itu mungkin klise bagi mengaitkan apa yang dirasai melalui apa yang dilihat.Namun untuk mengait apa yang dirasai pada hatinya sukar.Terlampau sukar sehingga nafasnya seperti tersekat dan sukar untuk menghembusnya.

Tanpa dia sedar,bunyi loceng mematikan hanyutannya yang semakin membunuh dirinya.Dia dengan malas mengangkat kakinya untuk mengatur langkah.Dia meraup rambutnya kebelakang dengan tarikkan nafas yang panjang.Dia berjalan keluar dari pintu rumah,dia menjengketkan kakinya untuk melihat siapa yang menjadi tetamunya diwaktu malam sebegini.

Dia menyarung sandalnya dengan malas dengan kepala terteleng.Dia menggaru lehernya sendiri,dia mengerutkan dahi,cuba amati seseorang yang sedang berdiri membelakanginya dengan berpeluk tubuh.Perasaan curiga mula membunuh dirinya perlahan-lahan.Matanya dijegilkan.Kakinya sedikit terundur apabila lelaki yang berdiri dihadapan pintu pagar rumahnya cuba untuk menoleh perlahan-lahan.

“Hei..Do Kyungsoo,”Kyungsoo terkedu apabila pemilik tubuh tersebut adalah Kim Jongin,dia yang memakai hoodie dengan tangan diselit kecelah poket bajunya disertai senyuman nipis sebagai tanda mesra rakan sekelas mungkin.Kyungsoo berdehem dan menundukkan kepalanya.

“Tak pernah budak kelas datang rumah aku,”Kyungsoo menjarakkan bibirnya untuk mengutur ayat. “A-Ada apa?,”Jongin menghela nafas panjang lalu mengeluarkan sebuah buku nota kecil dari poket dan menghulurkannya melalui pintu pagar,apabila Kyungsoo mahu membukakannya,dihalang,katanya,malas nak lama-lamakan diri disitu.

Kyungsoo menyelak satu persatu setiap helaian.Nampaknya Jongin menolongnya menyalin nota sewaktu dia tidak hadir minggu lepas,lebih tepat,dia ponteng.Dia hanya mampu mendengar bunyi derapan kakinya dan juga bisikkan halus angin meniupkan bayunya dengan lembut.

“Hei,hei awak disana”

Kyungsoo terkebil-kebil.Siapa pula yang datang.Baru beberapa saat tadi Kim Jongin berjalan pergi.Dengan pantas kepalanya ditoleh kebelakang.

“Abang,belilah epal saya,”Ujar anak kecil dengan senyuman yang manis seperti madu dengan lesung pipit di pipinya.Kyungsoo menjongketkan keningnya dengan kepala ditelengkan sedikit serta buku nota tadi dimasukkan kedalam poket seluar.Dia berjalan menuju kearah anak kecil tersebut.

“Maaflah..Saya tak nak beli apa-apa”

“Tolonglah-tolonglah,tolooooongg,”Dia mengerdip-ngerdipkan matanya.

“Tak guna,”Tidak jauh dari situ.Luhan menyilang tangan sambil mengunyah epal dengan tangan menggenggam seplastik berisi epal merah yang masak ranum dengan bibir dicebikkan.Ideanya untuk menjual epal sudah dicuri oleh anak kecil itu.Itu tidak adil,apa yang harus dijualnya? Luhan meraup wajahnya sendiri.Bagaimana dia harus menyerahkan Casilla pada Kyungsoo sewaktu lelaki itu menyuap epal dicampur ramuannya yang tersendiri lantas dia menyerahkan Casilla pada Kyungsoo?.

“Mr.Grimhilde..Sudah lama tidak bersua muka,”Anak kecil itu melambai-lambai tangannya dengan senyuman yang sinis serta kening dijongketkan.

“Mr.Oh?,”Luhan terkebil-kebil.Dia menghela nafas panjang dan menundukkan wajahnya dan mengusap pipinya.Wajahnya menjadi sebegitu oleh kerana makhluk dihadapannya ini.

“Apa yang awak tengah cuba untuk lakukan,Mr.Oh?,”Luhan menyilang tangannya dengan nafas ditarik lama dan pandangan matanya menjadi lebih tajam.Mr.Oh itu berubah pada rupanya yang asal,masih sama seperti dahulu.Lelaki yang berambut hitam beralun dengan senyuman yang menggoda.

“Nak rosakkan rancangan awak,Mr.Grimhilde”

“Jangan harap,sila berambus,”

“Takkan sesekali”

“Cukuplah apa awak dah lakukan pada wajah saya”

“Awak nak rosakkan lelaki muda itu,Mr.Grimhilde”

“Awak tak tahu apa-apa”

Luhan membawa dirinya tergesa-gesa ke rumah tersebut.Hari sudah mulai gelap,dia harus menyerahkan Casilla ini dengan segera selagi ia masih terkawal dan lelaki muda itu akan membukanya pada waktu yang tepat.

Kyungsoo yang sedang mengunyah epal dengan wajah yang riang dan senyuman kian melebar menghentikan langkah,dia mengerutkan dahi,hari ini sudah tiga tetamu yang tidak dijangka datang.Dia menjegilkan mata apabila pintu pagarnya diketuk-ketuk.Lantas dia menoleh dengan dahi terangkat dengan seribu pertanyaan.

“Hei…Sini sekejap”

Kyungsoo terkedu dengan aura yang unik dari tetamu itu dan mengundurkan diri.Luhan sudah mengawasi akan situasi ini dan menyembunyikan senyuman.Hanya lelaki ini yang akan menyedari aura yang aneh dari tubuhnya.

“C-Cari siapa?,”Tergagap-gagap Kyungsoo berkata-kata dengan dahinya dikerutkan.Beribu persoalan bermain dimindanya,melintasi jiwanya yang kian redup dengan permainan emosi yang tidak mampu diselindungkan lagi.

Senyuman Luhan kian mekar,lantas tangannya menyeluk ke dalam poket didalam kot labuhnya lalu mengeluarkan bungkusan berbalut kain hitam berkilat.Dia menghulurkannya kepada Kyungsoo dengan wajah yang mesra.

“Apa ni?”

“Kotak..”

“Kotak? Saya tak nak beli kotak,”Kyungsoo menolaknya dengan cara yang elok sebelum dia berpalingkan badannya.

“Dengar sini dulu,kotak ini bukan sembarangan kotak yang kamu boleh jumpa,”Senyumannya bertukar menjadi kesinisan. “Ia hanyalah kotak muzik yang lama..Kamu terimalah,”Luhan meletakkannya dihadapan pagar. “Dan saya tahu apa yang kamu inginkan,sekarang,percayalah..Saya tahu apa yang kamu benar-benar inginkan”

“Saya tak na-

Kyungsoo terkedu sewaktu dia memalingkan badannya.Lelaki tadi sudah ghaib dan hilang dari pandangannya.Dia terkebil-kebil dan mempercepatkan langkahnya untuk masuk ke dalam rumah sebelum apa-apa terjadi.

Langkahnya terhenti diatas tangga dan melabuhkan punggung disitu dengan rambut diraup kebelakang.Perasaannya seperti diulit-ulit dengan sesuatu yang didengarinya oleh lelaki tadi.Saya tahu apa yang kamu inginkan,sekarang.Apa yang lelaki itu tahu? Kyungsoo menarik nafasnya dan melihat kearah siling dengan pandangan yang kosong.Apa yang diinginkan hanya membawa kemudaratan pada insan disekelilingnya.Terutamanya keluarga.Ibu bapanya sudah pasti kecewa akan dirinya.Kecewa yang amat sangat.Dan dalam kehanyutan itu,dia terlelap seketika,tanpa dia menyedarinya.

“Hei..Kyungsoo..Hei..,”Matanya terkebil-kebil,dia dapat rasakan hembusan nafas yang hangat pada wajahnya,dengan jarak yang begitu dekat.Namanya dipanggil berulang kali.

“Kyungsoo..bukalah mata awak,”Nafasnya ditarik lama,penglihatannya masih kabur dan seseorang dihadapannya ini masih belum dapat dikenal pastinya.

“Mmmmm..,”Dia menenyeh-nenyeh matanya dan terkedu apabila pandangannya mula jelas.Dia dapat lihat dengan mata kepalanya sendiri,Kim Jongin yang sedang berada diatas badannya sambil tersenyum manis.

“Jo-Jongin,awak,awak buat apa dekat sini?,”Soal Kyungsoo dengan nada yang bergetaran.

“Apa saya buat dekat sini?,”Soalan berbalas soalan.Jongin melebarkan senyuman dan menyandarkan kepalanya pada dada Kyungsoo.

“Saya rindu awak,”Terkedu apabila Jongin berkata begitu.Kyungsoo terkebil-kebil dan menolak Jongin dengan perlahan-lahan dari tubuhnya.Dia masih keliru,bagaimana lelaki tersebut boleh berada diatas katilnya,dan sejak bila dia berada diatas katil?

“Saya berikan awak hadiah..Bukalah,”Ujarnya dengan senyuman manis yang membuatkan diri Kyungsoo seolah-olah terperap didalamnya untuk masa yang amat lama.

“Ha-hadiah?”

Jongin mengangguk-angguk. “Pastikan awak buka,kalau awak sayangkan saya,”Kucupan ditempatkan pada pipi Kyungsoo sebelum dirinya ghaib dari pandangan.Kyungsoo menenyeh-nenyeh matanya sekali lagi.Dia terkedu,kemanakah Jongin menghilang?

Dihadapannya ini hanya ada sebuah kotak muzik yang bewarna kelabu dengan dikelilingi berlian yang berkilauan,serta sebuah patung kecil berupa gadis yang memakai gaun paras lutut sedang menari-nari.

“Kenapa awak buat bayangan budak lelaki comel itu pada dia? Dan kenapa awak ubahkan ia jadi kotak muzik dengan patung hodoh diatasnya?,”Soal Mr.Oh dengan cebikkan dibibir.Rambut hitamnya diraup kebelakang dengan matanya melirik Luhan ataupun dikenali sebagai Mr.Grimhilde didunia kegelapan.

“Aku tahu..Dia sedang menaruh perasaan pada budak lelaki yang aku jadikan bayangannya tadi..Dia akan dengar cakap budak lelaki tu”

“Habis..Kenapa kau susah-susah dapatkan Casilla? Kenapa tak cipta bayangan tu aja untuk heret dia ke neraka kau?,”Soal Mr.Oh sambil menyilang tangan.

“Mr.Oh,awak dah rosakkan wajah saya,jadi jangan membebel disini,saya fikir itu kali terakhir kita berurusan,apa lagi awak nak?,”

“Itu hanya sebuah kucupan…Bersyukurlah saya tak lakukan dengan lebih..Awak mungkin mati disitu..Biar saya teka,sebab kuasa awak terlalu lemah untuk membuat bayangan itu mengikut lelaki yang akan dijadikan mangsa awak,bukan?”

“Lebih kurang..Dan..Casilla juga..Punya makhluk gelap didalamnya..Dan makhluk tersebut akan menyerupai wajah yang berada di minda si pembuka”

“Wah…mesti awak dah kaji dan perhati budak tu,saya cemburu”

“20 tahun saya menunggu,apa lagi boleh dibuat”

Kyungsoo menarik nafas panjang dan mengusap pipinya yang dikucup sebentar tadi dan tersenyum nipis.Jantungnya masih berdegup dengan laju dan nafasnya tidak seberapa elok aturannnya.Tangannya menekup kotak tersebut yang mempunyai begitu tarikkan yang indah serta mengguggat si pemandang.

“Baiklah,”Dia perlahan-lahan membuka kotak tersebut yang awalnya memainkan muzik yang indah sehinggalah asap hitam yang gelap berkepul-kepul keluar dan seperti magnet menarik sesuatu didalam badannya dan akhirnya dia tidak menyedarkan diri.Kotak tersebut jatuh pada ribaannya.Asap itu akhirnya bertukar menjadi seorang lelaki muda yang berambut putih kekuningan dengan wajahnya yang indah namun menggerunkan jika dilihat sekilas.Pandangan matanya yang tajam serta anak matanya yang begitu dalam mencengkam si pelihat.Hembusan nafas pertamanya menggegarkan hampir seluruh dunia gelap disebalik dunia yang nyata itu.Sudah cukup memberi amaran,Casilla sudah muncul untuk berjuta tahun lamanya.

Dia mencelik matanya dan merenung lama badan yang terbaring diatas katil tersebut.Senyumannya kian melebar,sudah pasti,itulah sipembuka kotak tersebut.Dia merenungkan dirinya pada pantulan cermin dan mengerutkan wajah.Kali terakhir dia berupa seperti seekor raksasa.Kali ini,dia belum kenal pasti,wajah siapakah ini.Tanpa mengatur langkah,dia sudah berada disebelah lelaki yang terbaring itu serta tersenyum sinis.Dia merapatkan wajah dan membuka bibir lelaki tersebut perlahan-lahan.Dia memasukkan asap hitam berkilau dari mulutnya untuk memasuki mulut lelaki itu.Dengan itu,lelaki itu tercelik matanya,kesemua matanya bertukar menjadi warna hitam untuk seketika sebelum kembali normal dan tidak menyedarkan diri untuk sekali lagi.

“te levantas de la oscuridad e impregnar el mundo, permeados I y os anima, estamos unidos,”Dengan kata-kata itu dia menghilangkan diri dari pandangan dan menjadi si pemerhati dalam diam.Casilla,dia tersembunyi didalam di pembuka Casilla.

 

 

---

 

Dia terjaga dari lenanya,dia terasa aneh dan badannya terasa sedikit berat dari biasa.Dia meliarkan matanya melihat sekeliling.Tiada apa yang berubah.Dia mengusap dadanya yang terasa sakit serta seperti ada beban yang memberatkan.Dia mengatur langkah ke bilik air untuk membersihkan diri.Dia melihat wajahnya didalam cermin.Dia terasa sesuatu yang aneh didalam dirinya.Dia segera membasahkan rambut dan badannya sebelum mengatur keluar dari bilik dan mengenakan uniform sekolah hariannya seperti biasa.Rambutnya disikat dengan kemas serta tali leher dibetulkan.Dia menggeliat malas sebelum mencapai beg galasnya dan mengatur langkah keluar dari bilik dan menuruni tangga.

Semuanya seperti biasa,dia makan sarapan kegemarannya iaitu hotcake dengan mentega serta maple syrup dan juga segelas jus oren segar yang dibeli oleh Mamanya tempoh hari.Dia menjenguk kearah jam yang tergantung pada dinding.Sudah tepat 7.39 pagi.Dia mengelap bibirnya dengan tisu sebelum beredar keluar dari rumah selepas mengucapkan selamat tinggal pada orang tuanya.Dia pasti dua pasangan bahagia itu bergembira semalam bersama-sama rakan mereka.

Kakinya mengatur dengan malas dan juga pandangan matanya menjadi pudar.Entah mengapa warna pada semua objek yang dilihatnya menjadi pudar dan warnanya semakin seakan-akan hilang.Mungkin dia patut ke kedai cermin mata selepas sesi persekolahan tamat.

Dia berpaling kebelakang apabila mendapati bunyi motorsikal yang menyakitkan telinganya,walaupun begitu,matanya tidak pernah terasa sama akan apa yang didengarinya.Dia dapat lihat Kim Jongin yang sedang menunggang motor tersebut dengan bertopi keledar hitam serta berjaket kulit,melintasinya begitu sahaja.Dia berharap dia mampu ucapkan selamat pagi.

15 minit berjalan akhirnya dia sampai dihadapan pintu pagar sekolah.Dia hanya memerhati Kim Jongin yang sedang merangkul pinggang teman wanitanya,ya,dia tahu lelaki yang disukainya itu mempunyai teman wanita yang cukup sempurna dimata lelaki,cantik,seksi,menggoda dan manja,namun bukan dimatanya.Dia mengeluh panjang sebelum melangkah melintasi mereka.

Kim Jongin memeluk erat teman wanitanya dari belakang dan menghadiahkan kucupan dipipi gebu gadis tersebut,dan matanya kini terhenti pada Do Kyungsoo,si dingin dan paling berat mulut di kelas sedang berjalan dengan selamba.Kim Jongin tersenyum nipis sebelum merenung semula kearah teman wanitanya.

Kyungsoo meneruskan perjalanannya menerusi koridor dan menaiki tangga menuju ke tingkat 5 seperti biasa.Kebanyakkan pelajar tidak melalui koridor itu memandangkan ia agak sunyi dan kebanyakkan mereka sedang menghabiskan masa berborak-borak disekitar halaman sekolah sebelum sesi pelajaran bermula.Kyungsoo memasukkan tangannya ke dalam poket.Tidak lama lagi,dia akan graduate dari sekolah,dia berharap sangat dia masih boleh berjumpa dengan Kim Jongin,namun itu ibaratkan menabur garam ke dalam sungai kemudian berharap untuk mendapatkannya semula.Helaan nafasnya menjadi berat.

Dia perlahan-lahan menolak pintu kelas dan melangkah masuk.Sekali lagi,pandangan matanya menjadi pudar dan warna seakan-akan hilang.Dia menenyeh matanya berkali-kali sebelum menjegilkan matanya.

“Senior!,”Baekhyun memeluk bahu Kyungsoo dari belakang dengan senyuman yang meleret.Kyungsoo menepis tangan tersebut dan menggeleng kepala.

“Senior,saya ada dua tiket untuk ke konsert Shinee,cuba teka,siapa yang saya akan ajak?,”Soal Baekhyun dengan senyuman yang manis seperti coklat yang ditabur diatas Patbingsu.

“Haih..Siapa-siapa ajalah”

“Ini tidak boleh jadi,saya ingatkan Senior suka dengan kumpulan Shinee!,”Baekhyun menjuihkan bibirnya.

“Dan saya tahu,Senior Kim Jongin akan ke sana dengan kawan-kawan dia,”Baekhyun mengerdip-ngerdipkan mata.Cuba mengumpan Kyungsoo.

“Kim Jongin? Saya tak tahu pula dia minat Shinee,”Kyungsoo mengerutkan wajah.Bukankah dia minat pada kumpulan DBSK?

“Kawan dia adalah salah seorang dari anggota kumpulan Shinee dan,dia akan meraikan hari jadi teman wanitanya pada malam konsert itu,”Terang Baekhyun dengan bersungguh-sungguh.

“Teman wanita?,”Kyungsoo menghembuskan nafasnya dengan malas dan melabuhkan punggung diatas kerusi.Dia tidak mahu melihat drama sebegitu berlangsung dihadapan matanya,hatinya akan sakit.Dan perkara itu tidak normal dan juga tidak bagus.

“Rileks..Saya tahu Senior ada perasaan pada Senior Kim Jongin..Saya akan bantu rapatkan korang berdua,dengan syarat,Senior bantu saya ngam dengan Senior Chanyeol,”Baekhyun mengenyit matanya lantas melirik kearah Chanyeol yang sedang memetik gitar bersama rakan-rakannya.

Kyungsoo terdiam sendiri,ini mungkin peluangnya.Mungkin sebagai peloret memori terakhir dimindanya sebelum zaman persekolahannya tamat.Mungkin perasaan ini tidak akan diterima oleh Kim Jongin,namun dia mahu meraih waktu yang berharga bersama.

“Baiklah..Call”

“Okey,Call,Senior,jangan lupa janji kita,”Baekhyun berjalan keluar dari kelas dengan bahagia.Kyungsoo melirik sekilas pada Chanyeol yang memerhati Baekhyun menari-nari keluar dengan senyuman yang meleret.Kyungsoo terkedu,adakah Chanyeol mempunyai perasaan pada Baekhyun? Dia berharap dia boleh mengharapkan perasaan sebegitu dari Kim Jongin.

 

---

 

Tepat jam 5 petang.Kyungsoo sibuk memilih pakaian yang tersusun rapi didalam almari bajunya.Dia khuatir apa yang akan difikirkan oleh Kim Jongin akan apa yang dipakainya.Dia mengusap dagunya sambil mengerutkan kening.Dia menyelak satu persatu helaian baju yang tergantung.Dia tidak perlu kelihatan begitu bergaya atau dia akan kelihatan aneh.

Makhluk Casilla merenungnya dengan lama pada jarak yang dekat,lebih tepat,Casilla tersebut berada disebelahnya dengan hidungnya akan tersentuh pipi Kyungsoo,hanya jarak 5cm memisahkan mereka.Kyungsoo tidak menyedari akan tersebut,dia sedang berfikir,apa yang harus dipakainya sekarang ini.Dia menggaru-garu kepalanya.Rambutnya diraup dengan kasar sebelum dia menggigit hujung bibirnya.

Dia cuba menyelesaikan masalah yang paling mudah dalam hidupnya ini,iaitu mengambil keputusan akan apa yang harus dipakainya pada malam ini bagi menghadirkan dirinya ke konsert Shinee.Itu tidak penting,apa yang dia fokus sekarang hanyalah Kim Jongin.Dia sudah gila nampaknya.

Dia mencapai jeans hitam dan kemeja biru muda kosong serta baju T bewarna putih.Simple.Keluhannya berakhir apabila dia sudah memutuskan akan apa yang harus dipakainya.Dia menyarung pakaian yang dipilihnya kemudian dia menuju kearah cermin panjang yang lebih kurang setingginya.Dia membetulkan kolar dan menyikat rambutnya,tanpa menyedari sepasang mata serta senyuman sinis yang turut berada di dalam pantulan tersebut.Dia mencapai wallet dan juga telefon pintarnya lalu dimasukkan ke dalam poket dan berjalan pergi.Dia berjalan keluar dari bilik dan menuruni tangga.Saat itu,pandangannya sekali lagi menjadi pudar.Dia menenyeh-nenyeh matanya dan menggeleng kepala.Kembali normal.Casilla mengikuti langkahnya dari belakang.

Dia menuju ke dapur dan kearah peti sejuk,gelas dicapai lalu dituang air sejuk dan dideguk dengan rakus.Dia tidak mampu menyembunyikan rasa debarannya ini.Dia menyeka dahinya yang tidak berpeluh lalu meletakkan gelas itu ditepi sinki.

“Kyungsoo,kamu nak ke mana?,”Soal Puan Do dengan kening terjongket.Hairan dengan anak lelaki tunggalnya itu yang bersiap-siap dengan kemas,seperti mahu ke sesuatu tempat.Bertambah hairan kerana anak lelakinya itu tidak gemar untuk ke mana-mana tempat sejak dia menginjak ke sekolah menengah tinggi.

“Err..Nak keluar dengan kawan,pergi konsert bersama,”Jujur Kyungsoo dengan kepalanya diusap perlahan.Pasti orang tuanya hairan,sejak bila dia gemar untuk ke mana-mana konsert,sebelum ini dia hanya terperap didalam bilik atau merayau-rayau dihalaman rumah seorang diri.

“Baguslah! Sekali-sekala keluar dan berseronok dengan kawan! Atau,kamu ada temu janji dengan gadis ke?,”Usik Puan Do dengan senyuman nakal terselit pada wajahnya.Entah mengapa apabila perkataan ‘temu janji’ disebut,dia memikirkan Kim Jongin,Kim Jongin yang sudah punya teman wanita dan tidak akan terima dirinya ini.

“Taklah,Mama,Kyungsoo pergi dulu,”Dia mengucup pipi wanita tersebut dan beredar pergi.Saat dia menutup pintu rumah,telefonnya berdering nyaring.Dia terus mengangkatnya tanpa ragu-ragu kerana pendailnya adalah Byun Baekhyun.

[“Senior,saya akan jemput Senior!,”]Kedengaran suara Baekhyun yang riang dihujung talian.

“Tapi,Baek,jemput saya?Dengan apa?Kereta?Awak tiada lesen,”Kyungsoo menggeleng-geleng kepala.

[“Hehe..Senior Kim Jonginlah yang jemput,memandangkan masih ada ruang kosong disini,lagipun saya rapat dengan Senior Kim Jongin,kan,Senior!”]

[“Ye”]

Kyungsoo terkedu.Adakah ini bermakna,Baekhyun yang selalu menganggu hidupnya ini berkawan rapat dengan Kim Jongin.Dia sungguh tidak percaya akan perkara ini.Dia terkedu apabila bunyi hon terlintas pada halwa telinganya.Pasti mereka sudah datang.Kyungsoo mempercepatkan langkahnya.Pintu pagar dibuka lantas dia melihat sebuah kereta Sport bewarna Hitam berada dihadapan rumahnya sekarang ini,dan pemandunya ialah Kim Jongin yang sedang berkaca mata hitam.Dia kelihatan sempurna mengenakan kemeja bermaterial Jeans serta baju tanpa lengan bewarna hitam.Namun mata Kyungsoo beralih pada tempat duduk sebelahnya.Seorang gadis yang berambut panjang dengan wajah yang lembut serta bibir munggil merah dan mata bundar yang menawan.Teman wanita Kim Jongin.

“Senior!Masuklah,tunggu apa lagi!,”Laung Baekhyun dengan gembira.Kyungsoo terus masuk ke dalam perut kereta dan melabu

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
hjkyung #1
Chapter 1: Kejap paham kejap x pham hahahaha tp sy suka plot cite awk♥
 ̄ω ̄
chacha_ieyra
#2
Chapter 1: wow.....hebat cite ni..xsngka.... ceritanya...memeningkan kepala saya..xD tapi,hebat!!! daebak!!
atyra45
#3
Chapter 1: Mase dkat alam and alak ppersekolahan .. bleyhlaa phm , tpi sye start xphm time luhan bgitau kebaikan tu.. kebaikkan ape? N mse akak kate yg lemas mkn epal tuko identiti , kim jongun? N tuko surat kat bilik sains ?? @.@ omaii my brain .. siyestak phm .. saye nk phm gak citer nirh sbb citer nirh bez .. dah laa fanyasy .. tlong trgkn someone .. btw citer akak mmg always best . I luv it!
woonicorn_syah
#4
Chapter 1: rasa mcm masuk dunia diorg je ^_^ best la *^*
kesian d.o
tapi saya x paham ..knp ngan snow white dirogol blabla ._. okey part tu saya x paham
ohneomo #5
Chapter 1: Hai^^ sebenarnya kimchi dah baca cite ni smalam tapi blom komen so here it is!
The plot is okay, the writing style is okay too! Kimchi suka tak banyak dialog hehe
btw, boleh explain pasal Sehun tu? Nape first time dia kiss Luhan, pipi dia jadi camtu? and then in the end, muka Luhan jadi cantik balik?
apa kuasa dia sebenarnya?
MidnightWriter
#6
Chapter 1: Okey, plot twist cerita ni membunuh. Seriously, this is just awesome! Daebakk lah akak, cerita ni memang hebat. Thumbs up!