Chapter 4

Switch over.

Tanpa melengahkan masa, Mirae dan Kyungsoo dengan pantasnya berlari ke arah bilik Mirae di mana Baekhyun dan Myungsoo diletakkan. 

" Kenapa kau..... dekat.... " Baekhyun tidak dapat menghabiskan kata-katanya disebabkan terlalu terkejut dengan apa yang berlaku. Myungsoo dengan segera mengambil telefon dari poket baju Baekhyun dan mendail no telefon seseorang.

" yah.. yah.. kau gila ke?? " Kyungsoo berjalan ke arah Myungsoo dan cuba mengambil telefon tetapi tidak berhasil akibat tangannya ditepis oleh Myungsoo. Kyungsoo mencuba sekali lagi. 

" hyung! Tolong.... " tidak sempat Myungsoo meneruskan kata-katanya, Baekhyun merampas telefon Myungsoo lalu mencampakkannya dan telah menyebabkan telefonnya retak. Myungsoo terkejut dengan tindakan Baekhyun. 

" jangan mengelabah boleh tak?? Cuba kau relaks sekejap. Kalau kau telefon orang itu, dia boleh buat apa??" Kata Baekhyun dengan serius. 

" relaks kau kata?? Relaks??! Kau tahu tak sekarang kita dah bertukar badan??! Kau kata relaks?? Huh??! " jerit Myungsoo sambil mencampak topinya. Baekhyun menarik kolar Myungsoo.

" aku tahu! Tapi kau bawa bertenang boleh tak?? Kalau kau mengelabah macam ni, boleh kau tukar balik?? Boleh ke huh?!" Semakin kuat genggaman Baekhyun pada kolar baju. Myungsoo mengenggam tangannya sambil memandang Baekhyun dengan pandangan yang amat tajam. 

" diam!! " secara tiba-tiba, Mirae menjerit sambil menutup kedua telinganya dengan tapak tangan. Semua orang di dalam bilik itu memandang Mirae.

" boleh tak stop bergaduh?? Benda takkan selesai kalau korang terus macam ni. Faham tak huh?? " kata Mirae dengan penuh kekeluhan. Mirae terus beredar dari bilik. Baekhyun melepaskan genggaman pada kolar baju Myungsoo.  Kyungsoo memandang mereka berdua. 

" tengok?? Apa korang dah buat? Dah.. jom.. kita bincang kat luar.. " Kata Kyungsoo sambil berjalan keluar dari bilik diikuti Myungsoo dan Baekhyun. Kelihatan Mirae sedang duduk di atas sofa sambil mengurut dahinya. Mereka pun duduk di hadapan Mirae.

" sekarang kita nak buat apa?? " kata Myungsoo. Semua hanya diam tidak mempedulikan soalan dari Myungsoo. Baekhyun hanya menjeling. 

" korang.. sekarang kita nak buat apa? " kata Myungsoo sekali lagi. Mirae memandang Myungsoo.

" boleh tolong diam tak?? Kiteorang pun tengah fikir apa nak buat.. kau pun fikirlah sekali. " kata Mirae. Myungsoo mengeluh lalu bersandar pada sofa. 

" kau memang tak reti nak bersabar eh?? Semua benda nak mengelabah.. " kata Baekhyun yang duduk di sebelah Myungsoo. 

" yah.. kau.. " kata Myungsoo sambil menolak bahu Baekhyun. Kyungsoo dan Mirae mengeluh melihat kedua mereka. 

" ish.. korang ni.. sana sikit.. " Kyungsoo bangun dan duduk di antara Baekhyun dan Myungsoo. Mirae tersenyum dan menutup mulutnya dengan tangannya. 

" apa kau ini?? Menyemak pula kat sini.. " Kata Baekhyun sambil mengerakkan badannya ke tepi memberi ruang kepada Kyungsoo untuk duduk. 

" dah tu korang asyik bergaduh je.. kang nanti ada pula aksi tumbuk-menumbuk nanti. Siapa yang susah? Korang juga. " kata Kyungsoo. Baekhyun dan Myungsoo hanya menjeling Kyungsoo. 

" okay.. sekarang ini, korang ada schedule tak?? " tanya Mirae. Semua mengeleng kepala tanda mereka tiada schedule ketika ini. 

" okay.. bagus.. kau Myungsoo, sekarang kau bagitahu dia apa yang patut dia buat or apa-apa jelah pasal diri kau.. bagitahu dia semuanya.. faham?? " terang Mirae. Myungsoo hanya mengangguk perlahan. 

" korang boleh datang sini iaitu rumah aku sebagai tempat korang practice vokal ke dance ke acting ke apa-apa jelah.. okay?? Baekhyun ajar Myungsoo, Myungsoo ajar Baekhyun.. Kyungsoo pun kena membantu.. okay?? Ada apa-apa bantahan? " kata Mirae sambil menyilangkan tangannya. 

" aku pun kena?? Adushh.. " kata Kyungsoo sambil menunjukkan dirinya. Mirae mengangguk. Semua orang hanya mampu mengeluh. Mirae mengeluarkan telefonnya. 

" sekarang bagi no tel korang.. " kata Mirae. Semua memandang Mirae dengan pandangan blur.

" kau nak buat apa dengan no tel kiteorang?? Ishh.. tak boleh percaya perempuan ni.. kot kot dia ni sasaeng fan. Sapa tahu.. " kata Baekhyun sambil memeluk dirinya. 

" ish bagi jelah.. banyak songehlah kau ni.. " kata Myungsoo sambil mengambil telefon Mirae dan mendail telefonnya. 

" ishh.. dia ni kan.. ada je benda tak puas hati.." kata Baekhyun sambil membuat aksi menumbuk. Kyungsoo menyiku tangan Baekhyun. 

" diamlah.. bagi jelah.." kata Kyungsoo. Baekhyun meraba-raba tangannya. Setelah mereka semua memberikan ni telefon masing-masing, Mirae bangun dari sofa.

" sekarang korang boleh pergilah dari sini. Kalau ada apa-apa calling-callinglah sesama kita ya. Aku nak pergi kerja. " semua orang keluar dari rumah Mirae dan mereka semua menaiki kereta Mirae dan kembali semula ke bangunan SBS. 

--------------------------------------------------------------------------------------

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
wannuraishah
#1
Chapter 5: update lagi!!! ciyer unnie best... ^^
Lay_La
#2
Chapter 4: Nice story
Tapi agak pendek
Awak ad idea and saya suka idea awak
Sorry tau kalau tersaket kan aty ckap ff ni pendek
Anyway Hwaiting for this ff