Chapter 1

Switch over.

" annyeonghasaeyo. " Mirae menunduk kepada semua pekerja sebaik sahaja tiba di Cafe. Mirae meneruskan langkahnya menuju  ke bilik staf. Mirae membuka lokarnya dan terus menukarkan pakaiannya ke baju uniform yang disediakan. Sejurus selesai Mirae menukarkan pakaiannya, Mirae memulakan kerjanya seperti biasa. Mirae ditugaskan bekerja di bahagian kaunter.

" Mirae.. Mirae.. Mirae!! " Eunji berlari ke arah Mirae. Eunji tercungap-cungap disebabkan lari terlalu laju. Eunji merupakan rakan sekerja Mirae di Cafe. 

" apahal kau ni?? Baru lepas marathon ke apa ni?? " tanya Mirae. Eunji menarik nafasnya beberapa kali.

" Boleh tolong aku tak?? " pinta Eunji sambil memegang tangan Mirae. 

" huh?? Tolong?? " 

" ha'ah.. tolong.. tolong aku hantar coffee ni dekat Music Show punya tempat.. bolehlah.. " semakin kuat genggaman eunji.

" Music Show?? Kau nak aku hantar kat siapa ni?? " 

" Infinite.. L tu yang nak.. boleh lah.. aku ada emengency ni.. okay aku  kene pergi sekarang.. Thanks tau! " Eunji berlari meninggalkan Mirae.

" yah!! Eunji-ah! Ishh.. " Mirae menanggalkan apronnya. 

" unnie.. boleh tolong ambil alih sekejap tak?? Saya nak hantar coffee ni.. terima kasih. " Mirae mengambil coffee di atas meja dan terus berlari menuju ke tempat Music Show itu berlangsung. Setibanya di tempat itu, Mirae menunduk setiap kali bertembung dengan sesiapa yang sedang bertugas di situ.

" Mana pulak bilik infinite duduk ni?? Eunji pun satu, bukannya nak bagitahu aku.. " Mirae meneruskan misinya mencari bilik infinite. Akhirnya, Mirae mengambil keputusan untuk bertanya kepada sesiapa yang lalu di situ.

" excuse me.. " Mirae menahan seseorang dari terus berjalan.

" yes?? Ada apa-apa boleh saya bantu?? " 

" saya nak tanya.. dekat mana waiting room infinite?? " tanya Mirae dengan penuh berhati-hati. 

" ohh.. dekat tingkat 2.. carilah bilik yang ada nama infinite.. " kata salah seorang pekerja di situ.

" ohh.. terima kasih. " Mirae menunduk dan terus berlari menuju ke tingkat 2. Mirae berdiri di hadapan lif. 

" ishh.. lama lagi ke ni?? " Mirae melihat jamnya. Mirae mengambil keputusan untuk menaiki tangga. Setibanya di tingkat 2, Mirae mematikan langkahnya untuk menarik nafas. 

" huu~~ haaa~~ " setelah menarik nafas beberapa kali, Mirae meneruskan langkahnya di koridor. Mirae dapat melihat ramai idol di tingkat itu. Mirae menunduk apabila bertembung dengan idol yang lalu di koridor itu. 

" Banyak giler idol kat sini.. wahh" kata Mira sendiri. Akhirnya, Mirae tiba di bilik infinite. Mirae mengetuk pintu beberapa kali. Tetapi tiada jawapan. Mirae dengan perlahan membuka tombol pintu bilik itu.

" annyeonghasaeyo.. " Mirae menunduk. Semua orang di dalam bilik itu memandang Mirae. 

" boleh saya tahu, siapa yang ada pesan coffee??? " Kata Mirae sambil menunjukkan coffee yang dipegangnya. Mirae semestinya sudah mengetahui siapakah gerangan yang memesan coffee ini tapi tak apalah. 

" sini! " Myungsoo mengangkat tangan. Mirae terus berjalan menuju ke arah Myungsoo. Mirae menyerahkan coffee yang dipesannya tadi kepada Myungsoo. 

" berapa?? " Tanya Myungsoo sambil bermain dengan phonenya. Mirae terleka mengintai dari jauh apa yang tertera di phone Myungsoo. Soalan Myungsoo tidak dijawab. Myungsoo memandang Mirae.

" awak tengok apa?? " Myungsoo menyimpan phonenya dan telah menyebabkan Mirae tersedar.

" eo?? Mianhe.. apa awak cakap tadi?? " Tanya Mirae sambil menunduk meminta maaf. 

" saya tanya berapa?? " 

" 2000 won " jawab Mirae ringkas. Myungsoo memberikan sejumlah wang kepada Mirae sambil minum coffee yang diberikan sebentar. Sewaktu Mirae menerima wang daripada Myungsoo, Myungsoo tersedak.

" Awak tak apa-apa?? " Kata Mirae sambil mengelap baju Myungsoo yang terkena air dengan kelam-kabut

" air apa awak bagi ni?? " Myungsoo memberikan semula air kepada Mirae. Mirae merasa air itu. Mirae juga turut tersedak. 

" bukan awak minta air ni ke?? " kata Mirae. Myungsoo merampas kembali wang yang diberinya tadi. Mirae terkaku. 

" sekarang awak pergi balik semula ke Cafe.. ambil air yang aku order tadi dan datang sini balik dalam masa 5 minit .. faham?? " Myungsoo memegang bahu Mirae dan memusingkan Mirae ke arah yang bertentangan. 

" what?? 5 minit?? Mana sempat.. " Mirae cuba untuk berpusing tetapi dihalang oleh Myungsoo. 

" I don't care.. kalau kau lambat, aku takkan bayar coffee yang kau bawa nanti. Sekarang kau pergi.. " Myungsoo menolak badan Mirae sehingga di depan pintu. 

" tapi.. " tidak sempat Mirae menghabiskan kata-katanya, Myungsoo menghempaskan pintu tepat-tepat dekat muka Mirae.

"ish.. nasib baiklah kau ni idol.. kalau tidak.. dah lama aku lenyek-lenyek muka kau.. mengada-gada betullah.. " Mirae berlari menuju semula ke Cafe.

 

 

 

################

Habis juga update chapter 1... macam mana?? Okay?? Hehe.. Jangan lupa suscribe, upvote kalau sudi.. heheh..

Please comment^^

 

-ChanHun98-

 

 

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
wannuraishah
#1
Chapter 5: update lagi!!! ciyer unnie best... ^^
Lay_La
#2
Chapter 4: Nice story
Tapi agak pendek
Awak ad idea and saya suka idea awak
Sorry tau kalau tersaket kan aty ckap ff ni pendek
Anyway Hwaiting for this ff