Aku juga punya perasaan.

Description

Park Yoora

  • Gadis yang berperwatakan kasar dan mempunyai ramai kawan lelaki dari kawan perempuan.
  • Manchester United hardcore fan
  • Suka mengenakan jeans dan kemeja 'checkered'
  • Dia berada dalam 'senior year' disekolah perempuan; Stella High School yang amat terkenal dengan gadis2 yang lemah-lembut dan ayu kecuali dia
  • Mempunyai 2 sahabat baik iaitu Jang Sena & Lee Deyaa
  • Dia mendapat tawaran untuk bersekolah di sebuah sekolah lelaki yang hanya mengambil pelajar perempuan yang berumur diantara 18-19 tahun (Tingkatan 6); sekolah tersebut merupakan sekolah yang berprestij tinggi dan sangat terkenal dengan murid-muridnya yang bijaksana dan berkualiti
  • Hidup Yoora berubah 360 darjah apabila dia berpindah ke sekolah lelaki tersebut; La Salle High School.

 

Kim Myungsoo

  • Jejaka yang diminati oleh gadis-gadis pada masa kini dan amat terkenal dengan sikap peramahnya yang telah banayak membuatkan ramai gadis jatuh cinta kepadanya
  • Manchester United hardcore fan
  • Merupakan seorang ketua pelajar di La Salle High school
  • Pemain bola sepak yang terhandal disekolahnya 
  • Perkara yang paling digemarinya adalah MAKAN.
  • Hidup 'senior year' dia berubah dimana telah menjadi tradisi sekolah mereka untuk mengambil pelajar perempuan bagi Tingkatan 6; pada ketika itu kesemua pelajar lelaki Tingkatan 6 turut berubah kesemuanya.

___________________________________________________________________________________________________

Karakter-karakter lain akan muncul didalam cerita ini.

p/s: Cerita ini pada mulanya mungkin tidak akan kelihatan menarik tetapi selaju masa berjalan para pembaca akan merasa sesuatu perasaan yang seringkali para remaja merasai pada ketika ini. Saya menulis cerita ini untuk sekadar berkongsi kepada seseiapa yang berada diluar sana yang sudi membacanya. Anda semua boleh memberi pendapat atau dan jika ada sesuatu yang membuatkan anda tertanya anda juga boleh ajukan pertanyaan.

 

Foreword

"Bagi pelajar yang baru mendaftar sila buat satu barisan anda mengikut sekolah masing-masing." Seorang cikgu yang berambut pendek paras bahu dan memakai kaca mata itu memberikan arahan kepada para pelajar perempuan yang baru sahaja mendaftar memasuki La Salle High School.

Aku dengan langkah yang longlai mencari rakan-rakan yang sama seperti ku mendapat tawaran bagi melanjutkan Tingkatan 6 di sekolah ini. Oleh kerana sudah 5 tahun bersekolah di sekolah perempuan aku berasa janggal melihat terlalu banyak lelaki yang memandang kearah kelompok pelajar perempuan yang baru masuk mendaftar ke sekolah ini.'

"Saya Ji Amy, anda semua boleh memanggil saya Mdm. Amy dan saya merupakan ketua pentadbir Tingkatan 6 disekolah ini. Semua yang berkaitan dengan Tingkatan 6 anda semua bolehlah merujuk kepada saya dengan serta merta. Selepas ini saya akan memberi taklimat mengenai peraturan-peraturan di sekolah ini dan saya harap semua pelajar mengambil perhatian." Cikgu yang tadi berambur paras bahu itu telah memperkenalkan dirinya.

Kedengaran para pelajar lelaki mengeluh kerana bagi mereka taklimat tersebut tidak perlu. Mereka telah berada di sekolah ini hampir 6 tahun dan peraturan-peraturan tersebut telah mereka ketahui dari dahulu lagi.

"Okay boys, senyap. Saya tahu awak semua dah tahu peraturan-peraturan sekolah ni tapi oleh kerana kita mempunyai pelajar perempuan kita ada sedikit tambahan dalam peraturan tersebut dan awak semua juga harus tahu." Kata Mdm. Amy.

___________________________________________________________________________________________________

Taklimat yang berlangsung selama 1 jam itu telah membuatkan banyak pelajar yang mengantuk dan ada juga pelajar yang telah tertidur kerana kebosanan.

"Seperti yang anda sedia maklum, anda semua temasuk pelajar lama sekolah ini yang berada di Tingkatan 6 juga akan turut melalui hari orientasi selama 1 minggu." 

Aku yang dah nak tertidur terus mengangkat kepala setelah mendengar info yang dimaklumkan oleh Mdm. Amy. Gila kau seminggu orientasi; orientasi masa masuk Tingkatan 1 tu tak cukup ke? Dan aku baru teringat yang aku bukanlah di Stella High lagi. Ini akan menjadi 1 minggu yang mengazabkan bagi aku.

 

 

 

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet