Bab 1

My Enemy is My Love

  Langit yang indah menarik perhatian Elysha untuk meneruskan kerja hariannya iaitu menulis lagu . Sejak dari kecil Elysha amat menyukai muzik yang enak didengarinya . “Jigeum iseungan--“ , nyanyian Elysha dihentikan dengan satu pergaduhan yang amat sengit sehinggakan jiran disebelah boleh mendengarinya . “Awak tu yang salah ! Awak dah janji dengan saya sebelum kita kahwin , awak takkan kahwin lain ! Penipu” , satu tamparan diberikan kepada papa . Elysha segera berlari ke ruang tamu , “Ma ! Sabar !” , kata Elysha cuba menenangkan mamanya .

  Papanya menjawab , “Dalam islam , lelaki boleh kahwin empat ! Saya lelaki jadi saya boleh kahwin !!” . Pergaduhan ini tidak dapat dihentikan lagi . “Memang dalam islam kata macam tu ! Tapi janji tetap janji !” , mama cuba menghalang papa dari berkahwin dengan wanita lain . Elysha hanya berdiam diri menahan tangisan . Pergaduhan diteruskan tanpa menghiraukan Elysha . Titisan air mata mula jatuh , “Mama , papa , Sha nak tinggal dekat Malaysia…” . Ketika itu , suasana yang tadi bising menjadi sunyi .

  “No .. Kamu tak boleh pergi Malaysia ..” , balas papa . Mama mengangguk setuju .

  “Sha tetap nak pergi Malaysia . Kalau mama dan papa nak duduk Korea , dipersilakan . Sha boleh jaga diri !” , Elysha mengelap titisan air mata yang jatuh di pipinya .

  Mama dan Papa memandang antara satu sama lain .

  “Mungkin ini dah sampai waktunya Sha berdikari . Baiklah , mama dan papa akan lepaskan Sha ke Malaysia . Minggu depan kamu bertolak ke sana..” , jelas papa .

  Elysha hanya mengangguk dan berlalu pergi .

  Makan malam telah disediakan . Namun , Elysha tidak berasa lapar . Dia terus melihat keindahan malam di luar . Ketukan pertama , Elysha tidak menyahut . Ketukan kedua , Elysha tidak menyahut . Ketukan ketiga , Elysha terus membuka pintu , “Kenapa ?” , tanya Elysha dengan nada yang perlahan . “Makan malam dah siap . Jom mak--“ , Elysha terus menjawab tanpa melengahkan masa , “Takda selera” , pintu ditutup semula . “Elysha , Elysha…” , satu keluhan yang berat dikeluarkan oleh mamanya .

  Mama dan Papa menjamu makan malam dengan suasana yang sunyi . Biasanya kalau ada Elysha , dia akan bising tetapi kini tiada lagi Elysha yang bising itu . Elysha secara diam-diam mengintai mereka dari atas . Papa cuba bersuara , “Sedap awak masak” . Kekok . “Saya risau pasal Sha” ,Mama berkata .

  “Betul tu .. Boleh ke kita lepaskan dia ?” , Papa mengeluh . 

  Elysha muncul apabila melihat riak wajah mereka berubah , “Sha boleh jaga diri Sha sendiri . Jangan risau"

 

 

 

“Sha , mama rasa Sha--“

 

  “Mama rasa Sha tak patut pergi Malaysia sensorang ? No mama . Sha nak belajar kat sana . Kat Korea memang bagus pembelajarannya tapi Sha pun nak tahu macam mana pembelajaran Malaysia” , terang Elysha panjang .

 

  Papa dan Mama memandang sesama sendiri . “Betul kamu sanggup pergi sana sensorang ?” , tanya mama . Elysha mengangguk bertanda hendak pergi ke sana seorang diri . “Baiklah , papa cuba tengok flight untuk ke Malaysia bila . Sha siap sedia okay ?” , kata papa setelah hatinya tenang . Elysha memandang mama yang masih risau , “Mama , jangan risau . Sha akan okay . Nanti mama tolong carikan sekolah untuk Sha kat Malaysia eh ?” , kata Elysha memujuk mamanya agar tidak berasa risau tentangnya .

 

  Seminggu kemudian , “Sha ! Cepat Sha ! Nanti terlepas flight !” , jerit mamanya dari halaman rumah . Elysha muncul dengan dua bagasi yang besar dan satu beg galas yang penuh dengan buku . “Banyaknya beg !” , kata ayahnya . “Ni macam nak duduk sana sampai bila-bila je” , sambung kata ayahnya . Elysha ketawa kecil . “Sha , ni fail yang sekolah – sekolah yang mak dah daftarkan , kamu pergi kat semua sekolah ni nanti pandai-pandai sekolah tulah nak buat . Jaga diri kat sana tau !” , kata mamanya panjang lebar .

 

  Waktu sedang berjalan , “Mama , Sha pergi dulu eh ? Mama jaga diri tau dekat rumah . Jangan pergi mana-mana ! Dan jangan menangis !” , kata Elysha sambil memeluk mamanya . Mamanya mengangguk . Mereka bersalaman lalu Elysha bertolak dengan menaiki kereta papanya .

 

  Suasana di dalam kereta menjadi sunyi . Hanya radio yang kedengaran . Sampai sahaja di Incheon International Airport , muka papa mula berubah kerisauan . Elysha mendekati papanya , “Papa , jangan risau Sha akan okay . Oh ? Dorang dah panggil ? Papa , Sha pergi dulu ye ?” , Elysha mencium tapak tangan belakang papanya dan berlalu pergi .

 

TBC 

 

Thanks you for reading ! :) Please leave a comment :) ♡

 

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet