017— ♥ [FINAL]

Happy Little Pill
Please Subscribe to read the full chapter

“BYUN BAEKHYUN!!!!!!!!” aku menjerit lantang dan kejar Baekhyun. Nasib baik kelas dah kosong sebab semua dah rehat, jadi tak ada sesiapa yang akan marah aku. 


Aku dapat dengar tawa Baekhyun dan aku tersengih sendiri. Sejak dah gembira ni Jung Irene makin angau. Asyik menyengih tak tentu pasal je. 


“Jom la Irene!” Baekhyun menjerit dan aku geleng kepala. Nak tahu kenapa? Dia ajak aku ponteng sekolah. Gila.


“Weh bodoh la kau ni! Kalau kena tangkap macam mana? Mesti parents kena call nanti. Eeeiii, aku taknak.” Aku menggeleng dan Baekhyun menjeling. Dia datang dekat sambil tangan dia pegang beg sekolah aku. Aku menjegil dan cuba untuk capai beg aku tapi tak berhasil sebab dia dah angkat beg tu tinggi. Dia lagi tinggi dari aku, ingat?


“Oi kelapa, sebelum aku jadi monyet dan panjat badan kau baik kau bagi.” Aku mengugut dan Baekhyun pandang aku dengan pandangan nakal.


“Panjat badan aku? Ooohhhh....hokohokhok!!!!” 


Badan Baekhyun ditepuk kuat oleh aku sampai dia terbatuk batuk. “HA FIKIR APA TU? FIKIR APA!!!!!!” Aku menjerit lagi. Baekhyun sangat annoying harini dan aku pun macam emo semacam. Bila dah jatuh cinta ni memang perangai pun tak betul ke?


“Takde lah. Gurau je. Jom.” Baekhyun terus lari dan tarik tangan aku sekali. Aku dengan dia melepasi gate dengan sangat mudah. 


“Kenapa abang guard tu tak tahan?” Aku menggaru kepala yang tak gatal dan Baekhyun pandang aku jengkel. 


“Jangan panggil dia abang boleh tak? Guard je boleh kan? Eee.” Baekhyun tiup rambut aku. “Dia jiran aku so aku dah komplot dengan dia awal awal. Pastu aku dah suruh Youngji tolong coverkan kita cakap kita sakit perut sebab makanan yang kau bawak dari rumah dah basi.” Dia terangkan panjang lebar dan lepas tu dia lepaskan tangan aku.


Aku mendengus. Part makanan dah basi je kau jual nama aku kan? Tapi kan.. aku rasa macam kosong bila dia lepaskan tangan ni. Kami teruskan perjalanan ke perhentian bas sambil menyanyi kuat.


“Baek. Aku takde duit nak naik bas.” Aku cakap jujur dan Baekhyun lepaskan ketawa dia yang kuat tu. Ketawa tu tak boleh ke sopan sikit? Jolok tekak tu kang.


“Kau anggap je ni unofficial date kita yang pertama. Semua aku belanja okay? Don't you worry kiddo.” 


“Fulamak speaking dah sekarang.” Aku cucuk pinggang dia dan dia hanya senyum. “Tapi kenapa unofficial date?”


“Sebab kita pegi date dengan uniform sekolah. Tak sweetnya!” dia separuh merungut dan memuncung.


“Mengadanya jantan ni nak sweet sweet bagai...” aku berbisik kepada diri aku sendiri dan julingkan mata. Tak lama selepas itu, bas yang sepatutnya bawa aku dengan dia ke bandar sampai. And guess what? Tempat duduk semua dah penuh.


Aku mengeluh dalam hati dan tengok muka Baekhyun yang bersalah. “Sorry la kau kena diri macamni. Nanti masa official date kita aku janji tak macamni. Promise!” Baekhyun kata bersungguh sungguh dan aku tersengih. Sebenarnya bukan aku kisah sangat pun. Aku cuma nak duduk sebelah Baekhyun je sebenarnya. Hoho.


Lalu dia pegang pemegang yang disediakan supaya tak terjatuh dan aku melongo. Dia ni pun satu, dia lupa ke aku ni pendek? Baekhyun lontarkan pandangan ke arah aku dan ketawa senyap. Mungkin taknak ganggu orang yang tidur dalam bas tu. “Tak sampai rupanya.” 


Tanpa menghiraukan aku, dia terus keluarkan handphone dan main. Aku pulak, seorang Jung Irene yang enggan berputus asa untuk mencapai pemegang tu berusaha bersungguh sungguh tapi hambar. Baekhyun terus pegang pemegang yang sepatutnya aku pegang lepas tu dia kata, “pegang lengan aku. Aish susah betul ada girlfriend pendek ni.” Dia gosok kepala aku dan aku dapat rasa muka aku jadi panas. 


Jarang la Baekhyun baik macam ni. Panggil aku girlfiend pulak tu. Belum sempat aku berangan yang lebih jauh, Baekhyun menyampuk. “Apehal pipi kau merah ni? Panas sangat ke dalam bas ni? Nak aku kipaskan tak?” Dia terus tiup muka aku dan rambut aku berterbangan. Dia ketawa kuat dan aku ikut ketawa sama. Tak sampai hati nak marah. 


Perjalanan selama 45 minit untuk ke bandar berlalu dengan sangat cepat. Tahu tahu je dah sampai. Aku turun bas, diikuti dengan Baekhyun di belakang. 


“Baek...” suara aku meleret sambil buat muka comel.


“Apa kau nak?” dia tengok kiri dan kanan sebelum melintas sambil pegang tangan aku. Kitorang nak masuk shopping complex. Wah, nampak badass kan? Ponteng sekolah, lepak kat shopping complex. Hmm..


“Nak aiskrim.” Aku tayang gigi aku yang tersusun kemas dan dia tolak kepala aku. 


“Takyah cakap pun aku dah tahu. Jom. Kau nak apa?”


“Chocotop!!! Yang McD punya tu!! Jom Baek.” Aku bercakap dengan penuh semangat dan jalan dulu daripada dia. Aku lupa yang dia masih pegang tangan aku jadi dia pun tertarik sekali. Nasib baik tak jatuh. Dia tak cakap apa apa, cuma menggeleng kepala. Apa dia ni, biasanya sekepala dengan aku.

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
taeliaa
im working on the additional chapter you guys want, but sorry in advance if its dissapointing! hahaha

Comments

You must be logged in to comment
aquariusxpisces
#1
Chapter 18: Wahhh @taeliaaa unnie finally ff ni complete ^^
KeiYin #2
Chapter 19: Kenapa link tu tak boleh bukak????
yukishizu #3
Chapter 20: Wahwah!!x tau nk komen apa!!baek jeles!!Jeles plak kat Irene,baek suka dia camtu skali..
achihuy #4
sorry for this

but just klik this

http://youthtoearn.com/?ref=364566

and you know later

^_^
BaeBacon__L #5
Chapter 18: Baek even annoying pon, terselit dia punya sweet dia. Apa aku ckp ni. Fhm2 kn je la. Btw suka part yg kt dlm bas tu. OMG. I can't control myself
jimiekhyun
#6
Chapter 18: Chapter 17: Gagagagagagagag the end dahhhhhhh! Baekkk why sooo cute :333333333333333333333333333 *mata penuh Baek*
MiliaExoL #7
Chapter 18: Aargg..cutenya baek.
Nasib baik kk pieqah a.k.a jungkookdaughter recommendkan story ni kt saye,klu x mmg xbace la story yg daebakkk ni..
Authornim try tgk dkt malay recommendation kk pieqah.,story author yg first dia recommend.
Saye pun nk sequel..
kriscasso_
#8
Chapter 18: kalau lepas ni buat sequel buat pov baek yang masa chanyeol suruh irene ajar dia *senyum kambeng* pretty please wahai author-nim yang mulia lagikan baik