Nobody

One Shot Malay Horror

           Sehun dan aku bercadang untuk bermalam di rumah Kris memandangkan hari sudah gelap tambahan lagi hujan turun dengan lebat. Mula2 memang aku ngan Sehun nak balik jugak tapi Kris ni kata lebih baik kitorang bermalam kat rumah dia je. Aku ngan Sehun dah telefon mak bapak kitorang, cakap yang kitorang stay kat rumah Kris.

 

"Weh, korang ! Nak dengar satu cerita x ?"

Kris menanya aku dan Sehun.

 

        Aku dengan Sehun just mengangguk je.

 

 

"Tapi cerita ni cerita seram la. Aku takut korang ni rasa takut je nanti."

Kris berkata.

 

        Sehun pun ketawa.

 

"Well, aku bukan lah penakut. Kau, Luhan ?"

Sehun berkata dan memandang aku, begitu juga Kris.

 

"Same ah. Tak kan la aku nak takot kot ??"

Aku mengekek ketawa.

 

"Ok kalau camtu. Aku citer ek."

Kris memulakan ceritanya.

 

"Aku kan baru pindah kat rumah ni. Orang kata rumah ni berhantu sebab dah lama orang tak duduk sini tambahan pula rumah ni terbiar camtu je. Aku pernah kena ganggu waktu time2 camni. Tepat 12 malam."

Kris berkata dan kami semua melihat ke arah jam dinding yang sudah tersedia.

 

          Tepat 12 malam.. 

 

"Kau kena ganggu camne ?"

Sehun bertanya kepada Kris.

 

"Macam... Kaki aku kadang2 kena tarik masa aku tengah tidur, dengar budak perempuan menangis, dengar orang ketawa and lampu kadang2 tutup buka."

Kris berkata dan bulu roma di tengkuk aku sudah mula tegak.

 

          Aku sebenarnya kalau boleh memang tak nak dengar cerita si Kris ni. Tapi aku tak nak la dorang ingat aku ni penakut, so aku dengar je lah. Tapi sebenarnya, masa aku datang rumah ni lagi aku rass semacam. Banyak kali aku nak minta diri untuk balik rumah tapi si Sehun ni paksa aku untuk duduk sini sekejap agi. Alih2 hujan lebat tak henti2. Tak guna punya Sehun !

 

"Hey Luhan ! Kau berangan ke ?"

Sehun memetik jarinya di hadapan mata aku dan aku kembali ke realiti.

 

"U.. Urm.. Kris, kau tak rasa ke yang kita patut tidur sekarang ? Dah lewat malam la.."

Aku berkata kepada Kris. 

 

"Rilek ah.. Esok bukannya sekolah pon !"

Kris membalas.

 

"Memang lah.. Tapi aku rasa mengantuk la."

Aku menipu. Sebenarnya aku berasa tidak sedap hati.

 

"Ke... Kau takut Luhan ???"

Sehun mengusik aku.

 

"Aish ! Aku cakap betol lah ! Aku mengantuk tau tak ?!"

Aku membalas kata2 Sehun.

 

            Baru sahaja aku hendak berdiri..

 

TANNNNNNGGGGGGGGGG !!!!!!!!!!!!!!!

Petir berbunyi dengan kuat dan menyebabkan lampu di bilik Kris (bilik kitorang skarang) terpadam. Mungkin dah terbakar.

 

"Aish~! Lampu terbakar la nih !"

Aku mendengar keluhan Kris.

 

          Aku mengeluarkan telefon aku dari poket jean aku. Aku membuka lampu flash di henpon ku. Aku menghalakan lampu itu sekeliling bilik ni.

 

"Luhan, kau tolong aku cari lilin."

Kris berkata kepada aku.

 

"Ok."

Aku menjawab.

 

"Kau nak ikut tak Sehun ?"

Kris memandang ke arah Sehun.

 

         Terima kasih kat henpon aku sebab dah terangi bilik ni walaupun tak sepenuhnya.

 

"Eh ? Mana Sehun ??"

Aku dan Kris berkata serentak apabila kami mendapati yang Sehun tidak ada di tempatnya sebelum ini mahupun di dalam bilik ini.

 

"Aish ! Mana pulak budak ni pergi ?! Time2 camni gak dia menghilang !"

Aku mengeluh geram.

 

"Takpe lah. Jom cari lilin dulu, pastu kita baru cari Sehun."

Kris mencadangkan dan aku mengangguk.

 

         Aku dan Kris berjalan ke arah dapur rumahnya. Ibu bapa Kris pergi keluar oversea untuk seminggu. Jadi, tinggal Kris seorang sahaja lah di rumah ni. Sebab tu jugalah dia ajak aku ngan Sehun lepak kat rumah dia sebab tak de sesape selain dia.

 

"Luhan, kau cari kat sana. Aku cari kat sini."

Kata Kris sambil menuding jari ke arah kanan.

 

"Macam mana kau nak cari kalau tak de benda yang nak disuluh ?"

Aku berkata kepada Kris, keliru.

 

"Aku ade ni."

Balas Kris lalu mengeluarkan pemetik api dari poketnya.

 

"Oh. Ok. Aku cari kat sana."

Aku berkata kepada Kris dan terus mencari lilin di situ.

 

          Cari, cari dan cari.. TAK JUMPA2 JUGAK ! Ni yang buat aku stress ni !

 

"Weh Kris ! Tak de pon !!"

Aku berkata setengah menjerit tanpa memandangnya.

 

"Kau cari la betol-betol.."

Tiba2 aku terdengar satu suara yang asing.

 

        Aku menelan air liur. Bulu roma di tengkuk dan tangan ku sudah menegak. Peluh mula membasahi dahi ku.

      Suara tadi tidak macam Kris mahupun Sehun. Ianya sangat garau dan menakutkan. Nada suara tadi kedengaran seperti tengah marah.

       Aku cuba menenangkan diriku sambil otak ku ligat memikir di manakah Sehun dan Kris.

       Sehun hilang sewaktu lampu di bilik Kris terpadam. Kris pulak hilang waktu aku tengah cari lilin. Kat mana dorang sebenarnya ? Aku memang betol2 pasti yang tadi tu bukan suara Sehun ataupun Kris. Ianya sangat MENAKUTKAN.

 

"K-kris ?"

Aku cuba mengenal pasti sama ada itu adalah Kris tapi lebih menyeramkan ialah tiada siapa menyahut panggilan aku.

 

            Aku mula menggigil seluruh badan ku. Peluh mula mengalir di tubuh ku. Apa yang patut aku buat sekarang ? Lari ? Jerit ? Aku betul2 nak kuar dari rumah ni !!!

 

Kreeeeeeekkkkkkkkkkkkkkkkk......

aku terdengar pintu bilik air terbuka secara perlahan-lahan.

 

         Kalau diikutkan hati, memang dah lama aku angkat kaki and cabut ! Tapi aku takut kalau kat situ ialah Kris ataupun Sehun. Aku memberanikan diri untuk menjenguk siapa yang ada di dalam bilik air itu.

       Perlahan-lahan aku melihat di dalam bilik air itu dan...

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

"Luhan."

Aku terdengar suara Kris dan Sehun dari arah belakang aku.

 

            Aku menarik nafas lega dan terlupa untuk melihat siapa di dalam bilik air itu. Aku berpusing ke belakang untuk melihat Kris dan Sehun.... Tapi,........ Malangnya...

 

 

"AAAAAAAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Aku menjerit sekuat hati ku kerana aku melihat ada POCONG betul2 di depan aku.

 

           Aku terus berlari keluar dari rumah Kris dan terus berlari sehinggalah aku sampai di depan rumah aku. Aku menuju ke pintu rumahku dan mengetuk pintu itu dengan sangat kuat.

 

"OMMA !! APPA !!!!!!"

Aku memanggil omma dan appa ku dengan kuat.

 

          Aku mengetuk tanpa henti. Ya, aku berlari sewaktu hujan yang lebat ini. Aku memang tak pikir ape dah. Kalau korang yang tengok hantu tu sendiri, kompem korang akan pengsan kat situ jugak.

 

"OMMA !! CEPAT BUKAK PINTU NI !!!"

Aku menjerit dengan kuat.

 

            And then, pintu rumahku terbuka dan aku melihat appa dan ommq ku berdiri di depan pintu itu.

 

"Luhan ? Kenapa kamu dekat sini ? Kamu kata nak tidur rumah Kris. Kenapa muka kamu pucat ni ?! Ape dah jadi ni Luhan ?!"

Omma ku menanya aku tanpa henti.

 

"Bagilah Luhan masuk dulu, omma .."

Aku berkata kepada omma dan omma memberiku ruang untuk masuk ke rumah.

 

         Aku duduk di atas sofa dengan pakaian ku yang basah. Aku dah tak kesah ! Omma ngan Appa duduk di sofa hadapanku.

 

"Ape sebenarnya dh jadi ni Luhan ?"

Appa bertanya kepadaku.

 

"L-luhan.. N-nampak p-p-pocong kat rumah Kris.."

Aku berkata dan muka aku lebih pucat.

 

"MWO ?!"

Appa dan omma ku berkata serentak. Mestilah dorang terkejut kan ?

 

"Mana Kris dengan Sehun kalau macam tu ? Diorang masih ade kat dalam rumah tu ke ?"

Omma bertanya kepada aku.

 

"Luhan tak pasti. Dorang dua dah tak de. Masa ada kilat yang kuat gila tu, lampu kat rumah Kris terbakar. Mase tu kami bertiga dalam bilik Kris. Bila Luhan bukak lampu flash kat henpon Luhan, Luhan ngan Kris perasan yang Sehun dah tak de kat dalam bilik tu. Kris pulak hilang masa Luhan nak cari lilin kat dapur. Tiba2 Luhan terdengar yg pintu bilik air terbuka perlahan-lahan. Luhan try la nak tengok kat dalam bilik air tu kot2 qde Kris ataupun Sehun. Belum sempat nak jenguk bilik air tu, Luhan dengar suara Kris and Sehun panggil Luhan dari belakang. Luhan pun pusinglah and skali nampak pocong betol2 kat depan muka Luhan."

Aku menceritakan kepada omma dan appa ku.

 

"Nasib baik kamu tak ape2 Luhan~.."

Omma mengeluh lega.

 

"Appa ada benda nak bagitau kamu, Luhan."

Appa tiba2 berkata kepada ku dan mimik mukanya serius. Aku memandang ke arah appa begitu juga dngn Omma.

 

"Sebenarnya.. Lepas kamu pergi rumah Kris, ada panggilan telefon yang masuk. Telefon rumah. Appa angkat lah panggilan tu. Rupanya, orang yg call tu ialah Sehun. Sehun cakap kat appa yang dia tak jadi nak pergi rumah Kris sebab keluarga dia nak pergi balik kampung. Dia suruh appa bagitau kat Luhan. Tapi bila appa nak call Luhan, tak dapat pulak. Lepas tu, Luhan telefon kami and omma yang angkat. Luhan kata Luhan nak bermalam kat rumah Kris ngan Sehun. Appa pun terkejut lah bila omma kata Luhan yang cakap cmtu. Tapi appa fikir mungkin Sehun tak jadi gi balik kampung and datang rumah Kris. And bermalam kat rumah Kris dengan kamu.. Jadi, appa biarkan je lah.."

Appa menjelaskan kepada ku dan aku sangat terkejut mendengar penjelasannya itu.

 

"And satu lagi.. Lepas kamu dah selesai telefon, satu panggilan masok. Dan ianya Kris. Appa yang angkat panggilan tu. Kris cakap kat appa soh bagitau Luhan yang Kris akan balik sini esok. Dia nak Luhan tolong jemput dia esok kat stesen train sebab dia dah selesaikan hal dia kat Incheon. Appa pon terkejutlah. Appa terus letak telefon and nak pergi ambil kamu kat sana tapi lepastu, appa ngan omma dengar yang kamu ketuk pintu and panggil kami dengan kuat. Appa dah agak apa yang terjadi kat kamu dan ianya betul."

Appa menjelaskan lagi dan ini makin membuatkan aku betul2 terkejut.

 

"Jadi... Siapa dengan Luhan tadi ????"

 

******

 

First story.. Okay x ?????? Luhan jdi watak utama. Well, bias aku pon Luhan. Haha ! 

 

(kalaunakpanggilaku,panggilakuRaeje)

(akupompuanya..^-^)

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
Kim_Rae-ah
sies.. mungkin aq akn hiatus.. lol.. but don't worry.. i will be back.. aku mungkin akn upate triple bila aku dh senang2 nanti.. love u readers

Comments

You must be logged in to comment
izatizatixoxo88 #1
Chapter 5: Ahh...keciannyer...Jessica unnie dah mati...huhuhu..
izatizatixoxo88 #2
Chapter 2: Ahh..takutnyer...someone please help me...nasib baik la aku kongsi bilik ngan kakak aku.. kalau tak...huh..tidur ngan omma aku la jawabnyer...
izatizatixoxo88 #3
Chapter 1: Ahh...scary nyer..dah la baca waktu malam2 pulak tu...mimpi ngeri la jawabnyer ×_×
syaaaa_ #4
Chapter 5: Please update asap ^^
KairaLavender
#5
Chapter 5: Jessica mati? So that mean, gmbr yg dia snap td tu?
Jessica_snsd #6
Hiatus ? Bape lame ? Bosnnya kalo author x update~ T^T nnti kalau dh free update k? Fighting !
Nisaniel
#7
Chapter 5: jessica mati...T.T update tau nnti.. xsabr nk bace!!
Nisaniel
#8
Chapter 4: best cite awak...
oppabimbap
#9
Yuhuuu author . Saya menunggu ni :D yeayyy
KairaLavender
#10
Chapter 4: Woah...thanks for the explaination XD