goodbye New York 3

goodbye New York
Please Subscribe to read the full chapter

Chae-li 

"hei,charly...apa yang sedang awak fikirkan?"tanya Amanda.

"Ehh...tidak ada apa-apa.Jom!"chae-li terus menuju ke kaunter tiket

Setelah membeli tiket,mereka menunggu ketibaan subway yang menuju ke King Hwy sambil terus berbual.Nampaknya,hari ini subway tiba agak lewat berbanding kebiasaannya.

Situasi seperti ini jarang berlaku,melainkan berlakunya sebarang masalah teknikal.Para penumpang kelihatan resah menanti.Ada yang acap kali melihat jam di tangan.Ada juga yang berdiri,kemudian duduk semula di kerusi menunggu.Semuanya serba tidak kena.

Bagi chae-li dan kawan-kawannya pula,tiada apa yang perlu mereka kejar.Hari ini,mereka hanya mahu keluar untuk bergembira bagi merehatkan fikiran setelah asyik mengulangkaji pelajaran.Memandangkan usia mereka sudah mencecah hampir 17 tahun,mereka mahu mengukuhkan prestasi akademik di sekolah supaya mereka berjaya di masa hadapan kelak.

Apabila kereta api Subway tiba, tiga sekawan itu menaikinya dan duduk berdekatan antara satu sama lain.Tempoh perjalanan dari stesen berkenanaan ke destinasi yang dituju ialah dalam anggaran 35 minit.

Tempoh masa perjalanan mereka diisi dengan perbualan yang semakin rancak.Menurut Amanda dia mahu membeli sepasang gaun untuk dipakai semasa majlis perkahwinan abangnya nanti.Scotty pula berhajat untuk membeli gadjet mudah alih yang terkini.

Chae-li tersenyum lebar mendengar perancangan rakan-rakannya.Dia pula tidak bercadang untuk membeli apa-apa.Ada tujuan lain yang lebih penting untuk dicapai dan dilaksanakan pada hari ini.

"Next destination is Rockefeller Centre".Pengumumam destinasi menghentikan perbualan remaja-remaja itu.

"Ehh...sudah hampir tibalah,"ujar Amanda sambil menepuk paha chae-li.

Sebaik sahaja pintu kereta api subway dibuka, mereka mengatur langkah dengan pentas tetapi kemas dan penuh dengan etika.Kehadiran orang sangat ramai,sempena cuti hujung minggu ini memaksa mereka untuk segera keluar dari stesen berkenaan.

Sinar matahari kembali menyentuh kulit nipis tiga sekawan itu.Wajah mereka tampak girang sekali,saat menyaksikan bangunan-bangunan tinggi yang serba moden dan dihiasi dengan percikan cahaya berwarna-warni dari pelbagai arah,Semuanya bersatu menjadi satu permandangan yang unik dan hanya boleh didapati di Times Square,New York.

"Tercegat apa lagi di situ? marilah cepat! macam tidak biasa pula kamu berdua dengan suasana di sini,"usik Scotty.

"Sebentarlah! Yang awak tergesa-gesa sangat itu ,kenapa?"balas chae-li.

Sudah lama dia dibesarkan di negara Amerika Syarikat.Kemodenan bandar New York membuatkannya kagum,setiap kali dia berpijak di bandar ini.Namun,segalanya akan tinggal kenangan dalam kamus hidupnya suatu masa nanti setelah dia kembali ke Malaysia.Sebab itulah chae-li mahu menikmati pemandangan bandar ini dengan sepenuh hati.Rakan-rakannya pula masih tidak mengetahui perkara sebenar.

"Jadi,kita mahu pergi ke mana sekarang?"soal Amanda.

"Saya cadangkan

Please Subscribe to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!
dsoldier04
best x cerita ni?

Comments

You must be logged in to comment
MariahZahirah #1
Chapter 4: Nnti ade mase smbung ah fnfc kauu...nk tau ape jadi..hihi..fighting!!
MariahZahirah #2
Chapter 1: Pendek nye chappter ni