Kembali

MIA (persahabatan Jungkook, Mark, Daehyun, Kyungsoo) *hiatus*

Daehyun berjalan perlahan bergerak ke biliknya. Beg pakaian digalas di bahu dan kasut dipegang bawa masuk ke bilik. Daehyun tidak mahu mengejutkan neneknya yang masih lena di ruang tamu. Cucu Kim Heejun itu jalan berjengket, perlahan kerana lantai kayu rumah lama itu menghasilkan bunyi dalam setiap tapak dipijak. Daehyun sudah arif mengenai bahagian mana yang menhasilkan bunyi yang kuat dan perlahan. Rumah tersebut menjadi tempat tinggalnya dari umurnya setahun hingga 20 tahun.

“Daehyun, kamu ke tu?”, neneknya bertanya tapi masih belum bangkit sepenuhnya. Dia seakan dapat merasai kehadiran cucu tunggalnya itu dalam rumah tersebut.

Daehyun cemas seketika. Dia tidak mahu neneknya tahu yang dia pulang ke kampung pada awal pagi ni. Pasti pukulan dan bebelan akan diterima kerana neneknya sudah memberi amaran supaya jangan pulang ke kampung selagi tidak dapat pekerjaan yang tetap. Usahkan kerja tetap, kerja separuh masa pun masih jauh dalam capaian anak muda itu. Daehyun yakin neneknya akan marah kerana Daehyun melanggar peraturan tersebut. Namun Daehyun tetap berdegil balik. Kad undangan yang diterima semalam membuatkan Daehyun dipenuhi perasaan ingin tahu.

“Daehyun?”

“Meow~”, Daehyun mengeluarkan bunyi kucing, sengaja mahu mengelirukan wanita tua itu. Lantas dia berlari ke biliknya.

“Bertuah punya cucu!”, satu pukulan dirasakan mengenai bahu Daehyun.

“Ahhh!”, satu jeritan sakit dan terkejut pacul keluar apabila melihat neneknya berdiri terpacak di belakangnya.

Penyapu dihayunkan mengenai Daehyun, “Nenek kan dah cakap, jangan berani nak balik selagi tak dapat kerja! Kamu dah kerja ke?! Berani kamu lawan cakap nenek!”. Kim Heejun terus menerus memukul Daehyun.

“Aduh! Sakitlah!”, Daehyun mengaduh sakit lantas memegang batang penyapu tersebut, menhentikan neneknya, “Nenek ingat cari kerja kat Seoul tu senang ke? Susah!”

“Habis tu, kenapa balik sini? Kenapa tak pergi cari kerja?”, Heejun ingin terus memukul tapi tenaga Daehyun yang menahan ternyata lebih kuat.

“Daehyun balik sebab rindukan nenek. Nenek tak rindukan Daehyun ke?”, dimuncungkan mulut, Daehyun mencebik masam. Sengaja menyerang titik kelemahan neneknya. Ditenungnya mata Kim Heejun, mengaut simpati dan belas kasihan.

“Aigoo~ kamu ni kan”, Heejun mengalah. Tewas dengan kecomelan Daehyun. Penyapu yang dipegang dilepas jatuh ke lantai.

“Nenek~ jangan marah Daehyun”, suara manja Daehyun terus memujuk rayu neneknya.

“Betul kamu balik sebab rindu nenek? Atau kamu ada masalah kat bandar tu?”

“Taklah. Mana ada masalah. Daehyun sangat rindukan nenek”, wanita lewat 60-an itu dipeluk erat.

                                                >>>>>>>

Bayangan bangunan pencakar langit di Seoul semakin pudar dalam pandangan. Kereta Honda yang dipandu Mark semakin jauh meninggalkan ibu kota tersebut. Setelah mereka berdua berbincang malam tadi, Mark dan Jungkook memutuskan untuk menghadiri majlis yang mengundang mereka berdua itu. Persoalan tentang pemilik sebenar yang menhantar kad tersebut hanya akan terjawab jika mereka menghadiri majlis berkenaan.

“Bila kali terakhir kau balik kampung?”, Mark bertanya cuba menghidupkan suasana. Dia tidak suka suasana senyap suram.

Pandangan Jungkook tertetap ke luar tingkap, melihat pintasan alam semula jadi yang mana jarang dapat dilihat di Seoul. “Hmmm, rasanya tahun lepas. Aku balik setiap tahun, melawat adik-adik aku. Cuma setiap kali aku balik, aku hanya singgah di rumah mak saudara aku, kemudian terus pulang ke Seoul”, jawab Jungkook bersahaja.

“Jadi adik kau sekarang dijaga oleh mak saudara kau? Bila mak kau meninggal?. Sorry la bro tapi aku tak tahu langsung pasal tu”

“Masa umur aku 15 tahun. Lepas tu, aku dengan abang aku dapat yayasan anak yatim dan aku terpaksa pindah ke asrama anak yatim di Seoul.”

Mark hanya mengangguk. Sejujurnya sejak 12 tahun lalu, dia lansung tidak pulang ke kampung tersebut. Dia hilang dan terputus hubungan dengan semua kenalannya di Kampung Deojeong itu termasuklah Jungkook, Daehyun dan Kyungsoo. Selepas dia ke luar negara, Mark sangkakan mereka bertiga akan terus kekal menjadi kawan baik tapi sangkaannya meleset. Mereka berempat berpecah lepas peristiwa yang berlaku 12 tahun yang lalu.

“Lepas aku pegi ke luar negara, apa yang terjadi sebenarnya?”, Mark beranikan diri bertanya walaupun dia tahu Jungkook pasti tidak suka menjawab soalan sedemikian.

Apa yang terjadi? Jungkook lantas teringat suasana suram 12 tahun lepas. Kematian Mia seolah membawa awan mendung. Keadaan berubah dan tidak pernah seceria dulu. Hujan lebat menyelubungi hidup Daehyun dan Jungkook yang masih berada di kampung itu ketika masa tersebut.

“Lepas kau pergi, aku, Kyungsoo dan Daehyun dah jarang keluar bermain. Masing-masing bersedih atas kematian Mia. Apabila keputusan akhir tahun sekolah rendah keluar, Kyungsoo dapat markah cemerlang dan sambung sekolah menengah di tempat kakaknya di Daegu. Maka tinggallah aku berdua dengan Daehyun menyambung pengajian di kampung, tapi kami berbeza kelas. Aku jarang jumpa Daehyun sebab dia selalu ponteng sekolah dan mengurungkan diri dalam rumah. Aku keseorangan buat hal aku sendiri sampailah aku kehilangan mak aku dan kemudian pindah ke Seoul. Daehyun pula aku rasa tetap meneruskan belajar di sini sebelum dia ke Seoul cari kerja.”

Mendengar penjelasan Jungkook adalah sesuatu yang tidak diduga oleh Mark. Kumpulan rakan yang dibanggakan semasa kecil bubar sebegitu saja. Mark tidak pasti apa reaksi yang patut diberikan. Separuh perasaannya menyalahkan diri sendiri.

                                          >>>>

Keadaan di rumah ibu bapa Kyungsoo tenang dan aman seperti biasa. Ketenangan yang Kyungsoo sukakan. Biarpun sudah bertahun masa berlalu, keadaan sekeliling rumah tersebut tidak banyak berubah. Walaupun berdindingkan kayu sahaja, rumah tersebut masih utuh dan kukuh. Rumah yang menyimpan segala memori Kyungsoo ketika dia membesar bersama dua orang kakaknya. Kenangan pahit manis, tempat jatuh dan bangun Kyungsoo masih segar dalam ingatan setiap rumah tersebut ditenung.

Kyungsoo pernah mengajak kedua ibubapanya ke Seoul untuk tinggal bersama supaya mudah Kyungsoo menjaga mereka tapi ajakannya ditolak. Ternyata kedua mereka telah jatuh cinta dengan kampung Deokjeong dan sayang meninggalkan rumah mereka.

“Kyungsoo ah~ mari makan”, Puan Cho Eunbin memanggil.

Kyungsoo bergerak ke dapur di mana sebuah meja kecil sudahpun tersedia dengan makanan. Dia mengambil tempat duduk bersila di sebelah ibunya. Dilihat sup kacang taugeh masih berasap panas serta beberapa jenis lauk yang sukar didapati di bandar.

“Mana Appa?”, soal Kyungsoo sebaik perasan ayahnya tidak ada bersama.

“Dia ada kat luar, baru selesai potong kayu”, jawab Puan Cho sambil meniup perlahan sup kacang yang baru masak agar mudah untuk anak lelakinya makan.

“Cakap kat Appa, tak payah buat kerja berat dah. Nanti kalau jatuh sakit lagi susah”

Puan Cho menggeleng-geleng lalu mengetuk sudu pada mangkuk sup. “Sudah-sudah, jangan banyak cakap. Makan”

Beberapa saat kemudian, ayah Kyungsoo datang menyertai mereka. Peluh di dahi dilap menggunakan tuala yang tersangkut di leher sepanjang kerjanya tadi. Uban mula kelihatan di sebalik rambut yang menipis. Kyungsoo mewarisi mata dan hidungnya daripada Do Haeseul. Daripada tiga beradik, Kyungsoo merupakan anak yang paling mirip dengan ayahnya. Malah mereka berdua juga kongsi sifat kedegilan yang sama.

“Appa, tak payah susah-susah nak potong kayu. Nanti musim sejuk saya akan belikan pemanas. Jangan risau, sekarang saya dah ada duit banyak”, ujar Kyungsoo sambil menghirup sup yang disediakan ibunya.

“Aigoo!”, kepala Kyungsoo diketuk dengan penyepit makanan. “Baru setahun kamu jadi peguam dah nak berlagak! Simpan duit tu, buat nak jaga anak kamu. Haish! Ada isteri tapi diceraikan”, nada Do Haseul tegas seperti biasa.

“Ahhh~”, Kyungsoo menggosok kepalanya, sakit diketuk.

“Anak kamu mana? Kenapa tak bawa ke sini sekali?”, soal Cho Eunbin teringat akan satu-satunya cucu dalam keluarganya itu.

“Dia ok. Sekarang dia dengan Sohee. Minggu ni giliran Sohee jaga dia”, jawab Kyungsoo bersahaja.

“Malam ni kamu bermalam di sini? Kamu balik ke Seoul bila?”

“Yup. Rasanya saya balik ke Seoul lusa atau hari selepas tu. Saya ada hal sedikit.”

“Kamu nak jumpa Daehyun ke?”

“Daehyun?”, Kyungsoo mendongak lihat wajah ibunya, sedikit terkejut nama kawannya tiba-tiba disebut. Kyungsoo berhenti makan seketika. “Daehyun ada di sini?”

“Tadi Omma ke pasar dan terserempak dengan nenek Daehyun. Katanya Daehyun pun baru pulang hari ni”

Persoalan mula timbul dan difikirkan oleh Kyungsoo. Adakah Daehyun juga mendapat kad undangan yang sama? Adakah yang lain juga sama? Adakah mereka tahu apa-apa mengenai Mia?

                                            >>>>>>>>

Jiyeon sedang leka membaca komik di pangkin bawah pokok luar rumah mak saudaranya. Suasana petang  kelihatan redup dan tenang. Mata Jiyeon yang tertumpu pada ilutrasi pada komik terganggu apabila sebuah pacuan empat roda yang tidak pernah dilihat sebelum ni, menyinggah masuk ke perkarangan depan rumah.. Jiyeon berasa hairan tapi masih tidak berganjak dari tempatnya. Saat seorang lelaki keluar dari perut kereta, barulah Jiyeon tahu yang itu rupanya abangnya sendiri.

“Oppa!”, Jiyeon berlari ke arah Jungkook.

“Waaa, ni adik kau ke? Jiyeon si tocang kuda tu?”, Mark sedikit terkejut dengan gadis yang datang menerpa itu.

“Oh! Dae~ bak! Abang dah ada kereta dan pemandu! “, Jiyeon teruja. Selalunya abangnya akan pulang dengan menaiki motorsikal skuter tapi kali ni Jiyeon menyangka kereta tersebut ialah milik Jungkook.

“Bukanlah!”, dahi Jiyeon dijentik. “Ini Mark, kawan abang yang selalu usik main rambut kau masa kau kecil dulu. Ini kereta dia, bukan kereta abang”

“Ouh, Abang Mark yang nakal dan berlagak tu”, Jiyeon mengusap-usap dahi sendiri.

“Aigoo~ dah besar kau ye”, kali ni rambut Jiyeon diusap kasar oleh Mark. Sama seperti mana Jiyeon berumur lima tahun dulu yang mana selalu menjadi mangsa usikan Mark yang berumur 12 tahun.

“Eh, makcik mana?”, soal Jungkook sambil membawa keluar beg pakaian dari bonet kereta.

“Mak cik pergi ladang. Dia balik lewat sikit. Abang dengan abang Mark nak bermalam di sini?”

“Haah, kami ada hal sikit. Mungkin lusa kami balik ke Seoul semula”.

“Woah, daebak! Jieun mesti suka kalau tahu abang tidur di sini”

“Kau seorang je ke? Mana Jieun?”, Jungkook bertanya mengenai adik perempuannya yang seorang lagi.

“Jieun biasalah, petang-petang macam ni dia pergi bermain dengan kawan dia.”, balas Jiyeon sambil membantu abangnya mengangkut barang ke dalam rumah.

Mark tersenyum melihat gelagat dua beradik itu.  Sejenis kebahagiaan yang Mark tak mampu miliki apatah lagi membeli tak kira berapa nilai wang sekalipun. Kasih sayang dan ikatan adik beradik. Sejak kecil Mark selalu mencemburui Jungkook kerana mempunyai abang yang melindungi dan dua adik yang comel dan manja. Berbeza dengan Mark yang dilahirkan sebagai anak tunggal tiada adik beradik. Oleh kerana itu Mark selalu datang ke rumah Jungkook dan mengusik Jiyeon

“Wei Mark! Jom masuk!”, Jungkook melambai mengajak Mark yang masih tercegat di luar rumah.

                                      >>>>

Keadaan malam dan siang tidak banyak berbeza di kampung Deokjeong. Cerah atau gelap, kampung itu sentiasa tenang, cuma pada waktu malam, cengkerik dan nyamuk lebih aktif.

“Daehyun ah~. Macam mana kamu hidup di bandar tu? Setiap hari nenek memikirkan kamu, entah makan ke tidak, tidur di mana, mandi di mana. Kenapa kamu masih tak dapat cari kerja lagi?’, bebel Kim Heejun sambil memotong kimbap yang dibuat khas untuk cucunya.

“Nenek rindukan Daehyun eh? Nenek jangan risau.”, balas Daehyun dengan mulutnya masih dipenuhi kimchi. “Saya makan, saya tidur. Kat sana Daehyun sewa rumah murah. Nak cari kerja kat Seoul tu bukan senang nek, ramai saingan”

Kimchi, kimbap, kuih nasi, kuih ikan dan beberapa lagi makanan Heejun sediakan untuk cucunya itu. Biarpun Daehyun dilarang balik ke kampung jika masih tidak mendapat kerja, Heejun sebenarnya mahu Daehyun sentiasa berada di sisinya.

Satu keluhan keluar dari bibir wanita tunggal itu. “Daehyun ah. Semenjak anak nenek ambil kamu dari rumah anak yatim, nenek dah anggap kamu sebagai darah daging sendiri. Kamu satu-satunya keluarga nenek yang masih hidup. Nenek risau, lepas nenek mati nanti, siapa akan jaga kamu? Sebab tu nenek suruh kamu hidup berdikari dan cari kerja. Nenek nak kamu bina hidup sendiri.”

Selera Daehyun terbantut. Sudunya diletakkan di tepi. Daehyun berhenti makan. “Daehyun tak suka nenek cakap macam tu. Daehyun tak suka kalau nenek sebut pasal mati”, ujar Daehyun perlahan, tertunduk.

Cucu Kim Heejun itu lalu bangkit bangun, meninggalkan neneknya keseorangan di dapur dengan makanan yang masih banyak tidak terluak. Dia merajuk.

“Aigoo budak manja ni. Kamu nak kemana Daehyun ah? Ni siapa nak makan semua ni?”

                               >>>>>>>>>>>

“Woah! Katak aku paling besar!”

Kyungsoo, Daehyun dan Jungkook segera berpaling ke arah Mark, melihat binatang dua alam yang baru ditangkap oleh anak keluarga Tuan itu. Mereka bertiga menghampiri Mark.

Katak dilihat bersembunyi ketakutan, bimbang ditangkap oleh empat orang kanak-kanak lelaki yang lasak. Air kolam pula semakin keruh dan air bergelodak. Mark, Kyungsoo, Daehyun dan Jungkook, masing-masing berlawan kehebatan dalam menangkap katak paling besar. Kolam tasik cetek di kampung Deokjeong menjadi sasaran mereka.

“Daebak! Mark, itu raja katak!”, Daehyun teruja, cuba menyentuh katak yang meliat-liuk dalam genggaman tangan Mark.

“Aku rasa nak bawa balik katak ni. Aku nak bela”, ujar Mark bangga. “Wei Jungkook, tolong ambilkan plastik untuk aku. Kita letak katak ni dalam plastik baru dia tak boleh lari”

“Mana boleh letak dalam plastik, nanti mati la katak tu”, bantah Kyungsoo namun tidak dipedulikan.

Jungkook bergerak perlahan ke bahagian tepi tasik, cuba mengambil plastik seperti yang diarahkan Mark tadi. Air lumpur dan gelodak paras betis itu melambatkan pergerakan budak lelaki berumur 10 tahun itu.

“Cepat sikit, nanti katak ni lompat”, Mark menggesanya.

Tangan Jungkook baru sahaja ingin mencapai plastik yang ditindan oleh batu sebelum satu tangan mengambil rampas. Jungkook melihat si empunya tangan berdiri terpacak di tepi tasik. Dengan gaya yang kasar dan rambut pendek, Jungkook cam budak baru dalam kelasnya itu.

“Bagi balik barang aku”, Jungkook meminta plastik tadi yang berada di tangan budak tersebut.

“Korang main apa? Aku nak main sekali”, budak itu bersuara, sedikit lantang suaranya.

“Kita orang main tangkap katak. Budak perempuan tak boleh main. Korang kan takut dengan katak”, balas Kyungsoo dengan nada berlagak.

“Haah, betul tu! Nanti sikit-sikit nak jerit ahh~ ahh~. Habis katak semua lari nanti.”, giliran Mark bersikap angkuh mengejek. Tiba-tiba katak yang dipegang terlepas dan melompat semula ke dalam air.

“Ah! Tengok ! katak aku dah terlepas, kau punya pasal lah ni”, Mark merengus geram sambil tangannya meraba-raba dalam air kolam yang kotor dan keruh.

“Kau tu budak perempuan, takkan nak main dengan budak lelaki”, ujar Jungkook yang berada dekat.

Mia menjelingnya. “Siapa cakap?! Aku pun  boleh tangkap katak. Aku akan tangkap katak yang paling besar”, ujar Mia lalu menanggalkan selipar dan turun masuk ke dalam kolam tersebut.

“Ok, kalau kau dapat katak yang besar, baru kau boleh main dengan kita orang”, suara Daehyun kedengaran seperti amaran.

“Ok!”, Mia tersenyum lebar..

 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
k-hope
#1
Chapter 4: Best giler citer ni...Dah habis ehh cuter nie??
LeeYeonRin
#2
Chapter 3: Saya dapat rasakan apabila mereka berempat bertemu semula.
T_T
Update cepat!
Tak sabar!
galaxy_here
#3
Chapter 2: daebak.
saya selalu tnggu unnie update.
hwaiting ya.
mieyhyun
#4
Chapter 1: Update soon =)
ELFlisa #5
cant wait for the update~~~...