Satu;

Misunderstood
Please log in to read the full chapter

"Tahniah puan Sera. Saya mengesahkan puan telah mengandung dalam 5 minggu 4 hari.” jawab Doktor Kim dengan penuh kepastian setelah memeriksa UPT (Urine Pregnancy Test) tersebut. Sera yang sedang duduk berhadapan beliau terus terpaku seketika. Matanya membulat manakala rahangnya jatuh.

"Jap, betul ke apa yang saya dengar ni? Saya. . . mengandung?" Sera bertanya kerana masih tak mempercayai kata-kata beliau itu tadi. Patutlah dalam beberapa hari yang lalu dia sering termuntah-muntah dan berasa mual.

"Ya, puan. Puan telah mengandung. Saya sangat pasti. Cuba tengok ujian UPT tu." beliau menunjukkan UPT tersebut kepadanya. Sera mendekatkan jarak UPT yang berada dia tangannya dari mukanya. Terdapat dua baris kelihatan yang ada pada UPT tersebut dan bermaksud ia positif!

Tidak lama kemudian, mulutnya bertukar senyuman dan air matanya mengalir ke dua belah pipinya. Dia lantas memeluk beliau dengan erat sekali. Sudah hampir dua tahun Sera menunggu untuk mendapat seorang cahaya mata untuknya dan suaminya. Dan akhirnya, kini impiannya sudah tercapai. Dia akan menjadi seorang ibu tidak lama lagi.

Selepas mengucapkan terima kasih kepada Doktor Kim buat kali terakhir, Sera beredar dari klinik kecil itu dan memulakan enjin keretanya. Dia berpandu menuju ke rumah banglonya yang berdekatan. Hatinya berasa tidak sabar untuk memberitahu tentang ia pada suami tercinta iaitu Byun Baekhyun atau lebih kenali sebagai seorang penerbit filem yang sangat terkenal.

 Namun, pada pagi hari itu juga, Sera bercadang untuk membuat kejutan khas untuk suaminya di tempat kerjanya dan memberitahu bahawa di mengandung. Dia juga akan membuat kek berperisa coklat istimewa hanya untuk suaminya kerana ia adalah makanan kegemarannya. Lagi-lagi jika ia dibuat olehnya sendiri. Bahan-bahan yang diperlukan pun sudah disediakan oleh bibik Joonri di atas meja. Ia memerlukan dalam lebih kurang sejam untuk membuatnya. 

 Waktu tengahari itu, kelihatan Sera sedang bersiap untuk berangkat ke tempat kerja suaminya. Kotak yang berisi kek coklat itu berada di kedua-dua tangannya. Tetapi, tiba-tiba dia mendapat satu panggilan dari rakan rapatnya, Chorong. Dia menekan punat hijau telefon tersebut untuk menjawab.

 "Hello?"

 "WEYH, AKU NAMPAK LELAKI KAU DENGAN PEREMPUAN LAIN!" sempat Sera menjauhi dirinya dari telefon bimbitnya selepas mendengar suara seperti dinosaur itu.

"Kau boleh cakap perlahan sikit tak? Aku ni belum pekak lagi tau pastu kau nak pekakkan aku pahal! Lelaki aku. . . dengan perempuan lain? Maksud kau?" Sera bertanya, keliru.

Please log in to read the full chapter
Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
No comments yet