Final

[Malay] Story of A Failure Person

Hana merenung keputusan SPM yang baru diambilnya. Remuk hatinya tatkala melihat keputusannya. Mahu saja dia memaki hamun orang sekitarnya tapi otak warasnya menghalang. Dia terduduk menangis, menyesal. Semua perasaan bercampur baur menjadi satu dalam dirinya.

Kalaulah aku rajin belajar mesti tak jadi macam ni? Kalaulah aku tak duduk depan laptop berjam-jam mesti keputusan aku lebih baik.

Dia tak pernah mengharap keputusan straight A, kerana dia tahu kemampuan dirinya. Walaupun dia tahu orang sekitarnya sentiasa mengharapkan keputusan yang terbaik untuknya.

Straight A ibu kata? Ni bukan setakat tak dapat straight A, A yang aku dapat pun tak lepas satu tangan kira. Mati aku, apa aku nak jawab.

Hana pulang ke rumah dengan dijemput oleh abangnya. Melihat mukanya abangnya sendiri tahu terdapat kekecewan yang jelas di wajah adiknya.

“ Dapat berapa?” Hana tersenyum kelat. Dia menundukkan wajahnya.

“ Tak payah tanyalah bukan banyak pun.” Hana jawab acuh tak acuh. Hafiz tersenyum kecil, dia mengusap lembut kepala adiknya.

“ Tak apalah, bukan rezeki kot.” Hana hanya mengangguk. Dia terus menerjah masuk ke dalam kereta. Kawan-kawannya langsung tidak ditegur, dia terus berlari setelah mengambil keputusannya. Dia malu, malu yang amat. Satu ketika dahulu, dia pernah menjadi orang harapan, tetapi kini kisah gembira itu telah berlalu pergi.

 

 

Hana menghempas pintu biliknya, mengurung diri. Air mata tak henti-henti mengalir. Dia membaling semua bantal-bantal miliknya. Kalau diikutkan hatinya mahu saja dia meraung, menjerit tetapi bila difikirkan ada orang lain di dalam rumahnya, niatnya terbantut.

“ Apa ni! Result apa macam ni?! Ah, bencilah!!” Hana menumbuk-menumbuk bantal tidur miliknya dan menekup mukanya. Air mata keluar lagi, hatinya sedih, dan kecewa. Walaupun dia sendiri tahu semua ini memang kesalahannya.

“ Macam mana nak hadap dengan kawan-kawan Sesra ni. Tolonglah jangan telefon, aku tak nak jawab. Aku lagi gembira kalau korang tak telefon aku.”

Hana mengambil telefon dan menekan button off. Dia meletakkan telefon bimbitnya di bawah bantal. Malas rasanya mahu melihat telefon itu. Sakit matanya.

 

“ Hana! Hana, keluar bilik sekarang.” Suara ibunya memecah kesunyian. Dia segera mengesat sisa air mata di pipinya. Selepas berpuas hati melihat balikan mukanya di cermin dia keluar.

“ Ada apa ibu?” Soalnya tenang, walaupun hati bergelora. Perasaan takut menguasai dirinya.

“ Result kau mana? Ibu nak tengok.” Hana mengeluh perlahan, dia memusingkan badannya dan melangkah lambat ke dalam biliknya. Hana membuka beg sekolahnya dan mengambil fail yang terisi keputusan SPM nya itu.

Dia menyerahkan fail itu kepada ibunya. Ibunya menilik fail miliknya dan terkejut. Hana tahu mereka pasti kecewa. Setelah menghabiskan duit beribu-ribu untuk dirinya, dia gagal membalas semua itu dengan kejayaan miliknya. Hana tunduk menekur lantai.

“ 4 A? Matematik yang senang tu pun kau tak boleh nak score? Kau janji apa dulu, nak dapat straight A kan? Paling kurang pun 7 A. Ni 5 A pun tak sampai. Kau tak segan ke nak jawab dengan cikgu-cikgu sekolah lama kau dulu. Kau keluar dari SBP balik semula sekolah harian biasa, tapi ini jek kau dapat?” Kekecewaan jelas terpancar pada wajah ibunya. Hana diam membisu.

Memang dia sendiri yang berjanji dengan cikgu-cikgu dan kawan-kawan sekolah lamanya, yang dia akan buktikan walaupun dia keluar dari SBP dia tetap boleh berjaya.  Dia yakin dia mampu, tapi bila masuk ke tingkatan 5. Dia tak tahu kenapa dia rasa macam dia dah give up dengan kehidupannya sendiri. Buku jarang disentuhnya, hanya subjek-subjek kegemarannya saja yang ditelaah, yang lain ditolak tepi. Lagi-lagi subjek sains.

 

Hana masuk kambali ke dalam biliknya, mengunci dirinya lagi. Dia penat mahu mendengar kekesalan dari ibu bapanya. Cukuplah dia dah merasa kekecewaan dan kesedihan ini. Hana cuma mohon jangan ungkit masa silamnya. Dia mengambil album miliknya. Dia menilik foto-foto di dalam album itu, air matanya menitik lagi.
 

Aku gagal Miera, Sara, Fiqah. Aku dah gagal, mesti korang dapat result baikkan.

 

Sesra, satu nama yang mengukir makna yang cukup mendalam bagi dirinya. Kisah pahit dan manis diukir di bumi Sesra. Hana masih lagi ingat, ketika dia mendapat tawaran ke SBP bagi tingkatan 4, hatinya melonjak girang. Apa taknya, dapat SBP memang dah menjadi impiannya. Kerap kali dia terbayang-bayang kehidupan seorang pelajar asrama. Keterujaan ditambah lagi, apabila dia menjadi pelengkap legasi adik-beradiknya yang kesemua belajar di SBP sejak di tingkatan 1. Rezekinya datang lebih lambat tapi dia tetap bersyukur.

 

Kehidupan di SBP sangat berbeza tetapi sangat menyeronakkan. Minggu orentasi yang penuh dengan warna-warni dan iri hati. Biasalah semua dari sekolah berlainan pastilah kesemua nak tunjuk pandai, nak jadi ketua. Hana pula jenis yang tak menonjol, dia hanya mengikut saja. Dia malas mahu menonjolkan diri. Bosan katanya, jadi perhatian ni. Nanti semua gerak geri kita diperhatikan. Musuh pun banyak, jadi lebih baik dia berdiam diri jek.

Kehidupan Hana di sini memang seronok. 4 bulan pertama, penuh dengan celoteh dan sesi suai kenal. Masih lagi kekok, ada juga yang tak tahan dan keluar dari SBP. Hana tak pernah terfikir untuk keluar dari sekolah ni. Maklumlah dah memang menjadi impian dia sejak dia tingkatan 2 lagi. Dia cemburu bila melihat kakak dan abangnya sibuk bercerita tentang kehebatan sekolah masing-masing.

 

Setiap cerita gembira pasti ada sedihnya. Begitu juga dengan kisah hidup Hana, kehidupan di sekolah ni tak semanis seperti apa yang dibayangkan. Apabila cikgu mula ada rasa kurang selesa dengan kita di situlah bermulanya titik kejatuhan diri kita.

Hana, bukanlah budak yang suka melanggar peraturan seperti bangun lewat, atau tinggal solat subuh berjemaah, tapi mungkin sudah tercatat di dalam kisah hidupnya Allah mengujinya dengan rasa kurang senang guru kepadanya. Jika ditanya, 90% cikgu yang mangajar Hana, akan menjawab Hana budak yang baik, tak pernah langgar disiplin sekolah, senyap pulak tu. Tak pernah dengar suara dia kalau cikgu tak tanya Hana soalan.

Hanya seorang saja guru yang menjawab, "Hana bagi saya first impression yang buruk. Saya lihat Hana macam budak sombong." Hanya seorang guru tapi mampu membuatkan hidup Hana bertukar seratus peratus. Kalau dulu, Hana sangat ceria, Hana tak pernah nangis depan kawannya. Tapi semuanya berubah, lepas kelas malam Hana akan menangis, bila Hana telefon ibunya, dan mendengar suara ibunya Hana jadi sebak, air matanya jatuh sendiri walaupun dia tahu, ramai orang yang lalu lalang di situ.

 

 

Hana mula menjadi orang yang berfikiran negatif dan akhirnya pelajarannya terjejas. Dia mengalami kesukaran untuk belajar. Apa yang guru ajar susah untuk diproses, Hana dah tak seceria yang dulu. Dia sering menanti bila waktu yang mereka boleh pulang atau cuti sekolah. Hana rasa tertekan, Hana rasa dirinya gagal, dia tak boleh nak belajar. Ilmu yang diajar guru tak lekat di otaknya. Bukan seorang tetapi hampir kesemuanya. Hana alami kesukaran untuk faham, walaupun dia stay up sampai matanya bengkak. Dia cuba, dia usaha tapi tetap gagal.

 

“ Hana, janganlah sedih kitaorang boleh ajar kau lah. Janganlah risau.” Hana tersenyum kecil. Fiqah mengusap perlahan bahunya. Dia menepuk-nepuk tanda memberi semangat. Hana cuma menunduk. Dia bersyukur kawan-kawannya masih memberi kata-kata semangat untuk dirinya.

“ Entahlah Fiqah, aku rasa macam dah tak boleh belajar dekat sini. Aku nak tukar sekolahlah. Cikgu Siti tu macam tak suka aku jek.” Hana menconteng buku teksnya. Afiqah mengeluh perlahan.

“ Ala, tapi janganlah sampai pindah. Cikgu Siti tu memang macam tu. Diakan memang garang, janganlah ambik hati,.” Fiqah terus memujuk Hana. Hana menekur lantai.

 

 

Allah masih mahu menguji hambanya ini. Hana akhirnya mengutarakan yang dia mahu tukar sekolah, dia cukup tertekan. Dia mahu keluar. Hana tahu dia melarikan diri dari masalah hidupnya, tapi dia tak kisah. Sebelum dirinya jadi lebih tertekan, sebelum otak waras bertukar menjadi gila, Hana mahu bebas dari dunia ini.

 

Hana tahu ibu bapanya tak bersetuju dengan cadangannya. Mereka menyuruh Hana bertahan, ini baru permulaan. Tapi bagi Hana tidak, ini tekanan emosi. Ini depression. Hana tak tahan. Hana tak tahan apabila tiba waktu guru yang dimaksudkan, Hana akan berasa restless, tak tentu arah dan bimbang. Dia kerap kali menjadi sasaran. Dia penat, dia mahu lari.

 

Akhirnya ibu bapanya bersetuju, itupun setelah Hana menangis setiap malam menelefon mereka. Bila ditanya ada apa telefon, Hana jawab taka da apa saja. Tapi waktu itu jugalah air matanya mula bergenang. Entah kenapa setiap kali mendengar suara ibunya air matanya mengalir laju.

 

Allah menguji Hana lagi. Hana berfikir dia sudah boleh menarik nafas lega setelah surat permohonan tukar sekolahnya dihantar ke meja HEM sekolahnya. Hana tidak tahu satu lagi dugaan emosi menunggunya. Dia dipanggil ke bilik kaunseling untuk dinasihat, dan diberi kaunseling. Hana kurang mesra dengan guru kaunseling barunya.  Hana rasa tersekat untuk meluahkan isi hatinya.

Allah mengambil guru kaunseling yang disayang dan ditukarkan ke negeri asalnya Sarawak. Dia selalu bergurau dengan cikgu itu atau lebih mesra dipanggil ‘Sir’ oleh Hana.Walaupun gurunya ini berbangsa Cina tetapi dia amat mesra dengan Hana dan rakan-rakannya. Hana menangis sewaktu mendapat tahu Sir dapat tawaran berpindah. Dia satu-satunya guru yang memahami dirinya dan rakan-rakannya. Kami tak kisah menangis depan Sir, dia akan pujuk dan akan beri kata-kata semangat. Kehilangannya satu tamparan buat diri Hana.

 

“ Sir, betul ke Sir nak pindah?” Hana bertanya separuh menjerit. Sir Henrik hanya tersenyum.

“ Ya, maaf ye Hana. Saya tak dapat tolong awak lagi. Saya memang asal Sarawak. Jadi, saya rasa happy lah dapat tukar sana.” Sir Henrik melabuhkan punggungnya di kerusi. Dia memandang tepat wajah Hana, kemudian dia memandang Sara, Fiqah dan Miera. Kesemuanya Nampak sedih.

“ Ala Sir, habis kalau Sir pindah tak bolehlah kitaorang nak lepak bilik kaunseling lagi. Sir, kitaorang baik dengan Sir sorang jek.” Sara memuncungkan bibirnya. Sara pun kerap datang ke sini. Kami akan bercerita, bergurau dan berkongsi rahsia dengan Sir.

“ Jangan risau sekarangkan ada fb, nanti Sir boleh contact-contact awak semua.”

 

 

Guru kaunseling yang baru ini, lebih bersifat tegas, dan orang kata tak mesra alam gitu. Hana kyrang selesa dengannya. Bila ditanya kenapa mahu pindah, Hana tak pernah cakap Hana ada depression, atau tekanan emosi sebab guru tetapi Hana akan selalu beritahu, keputusan peperiksaannya kurang baik, dan dia susah untuk mengejar pengajaran gurunya. Hana sangat berharap dia akan mendengar kata-kata manis daripada mulut guru ini seperti yang didengar sewaktu bersama Sir dahulu, tetapi kata-kata sinis dan pedas sahaja yang didengarinya.

“ Kalau pakai payung pun masih kena hujan apatah lagi tak pakai payung. Kalau duduk sekolah SBP pun dah tak berjaya apatah lagi duduk sekolah harian biasa.”

 

Hana akan ingat kata-kata tu sampai bila-bila. Hana tak mungkin akan lupa, tak mungkin! Hana tak simpan dendam, tapi Hana cuma kecewa dengar kata-kata sinis daripada mulut seorang guru kaunseling. Hana cuma mahu kata-kata lembut, dan manis. Berilah dia sedikit harapan. Hana cuma mengharap itu saja.

 

 

Ujian dari Allah terus diberikan kepada Hana. Jika tadi dia dapat kata-kata sinis, kali ini dia dimalukan depan rakan-rakannya. Hana sedar sekolah lamanya itu luar bandar dan memang tak ada pun dalam ranking sekolah terbaik, cuma itu sekolah paling terdekat dengan rumahnya. 

 

Guru HEM masuk ke kelasnya, kerana dia terpaksa relief satu waktu guru kelas kami. Hana mula menggigit jari. Dia hanya tersenyum kecil memandang Hana, tapi bagi Hana itu senyuman yang penuh dengan maksud.

“ Hana, macam mana dah betul-betul confirm ke nak pindah?” Satu kelas memandangnya, mereka terkejut, mereka tak tahu. Hana hanya tersenyum kecil. Hanya rakan-rakan baiknya saja yang tahu. Guru HEM mengeluarkan telefon bimbit milinya dan bertanya Hana lagi. “ Hana, awak nak tahu tak ranking sekolah yang awak nak pindah tu. Saya betul-betul nak tahu ni. Kejap saya telefon kawan saya.” Hana cuma menggangap kata-kata gurunya itu sebagai gurauan tetapi mimpi buruknya menjadi realiti.

 

Guru itu betul-betul menelefon pihak atasan untuk bertanya ranking sekolah lamanya. Dia bertanya dalam nada yang kuat, dan cukup untuk dedengari seisi kelas. Hana hanya tersenyum, dia pernah berjanji pada dirinya yang dia tak akan menangis di hadapan budak lelaki. Gigi diketap, Hana menggengam jari jemarinya. Miera mengusap perlahan belakangnya. Humiliation. Bagi Hana perkara ini cukup memalukan dirinya.

Hana diuji dengan peperangan emosi, perasaan suka dan gembira bertukar menjadi benci. Hana benci sekolah ini. Hana mahu cepat-cepat keluar dari sekolah ini. Pengumuman namanya dan rakannya di perhimpunan sekolah memalukan dirinya. Dia dan rakannya dianggap pesalah walaupun mereka Cuma hanya mahu menukar sekolah. Semenjak dari itu, semua yang teserempak dengannya pasti akan bertanya soalan yang sama. Hana muak, muak. Cukuplah penyeksaan jiwa dan batinnya di sini. Dia mahu bebas.

 

 

Hana akhirnya bebas dari dunia kurungan batinnya. Dia kembali menapak ke sekolah lamanya, ya sekolah harian biasa. Kedatangannya disambut pelik oleh rakan-rakannya. Keputusan Hana yang kurang memberangsangkan mengejutkan ramai di situ.

Hana pernah jadi top student dulu. Itu kisah dulu, dia tersenyum pahit. Setiap hari Hana akan belajar tetapi dia sendiri tak tahu apa yang dibaca. Senang cerita semuanya tak masuk otaknya. Masuk kiri keluar kanan. Hana pernah terfikir, kenapa jadi begini? Mungkin ada cikgu yang masih tak redha dengannya? Simpan dendam? Cikgu lamanya. Lama Hana berfikir, dia tak sempat nak meminta maaf kerana waktu yang suntuk ketika itu. Dia takut, jika cikgu itu masih menyimpan sisa saki baki keburukan dirinya di dalam hati. Hana tak pernah rasa tenteram.

Dia penat, dia cukup penat. Dia tahu dia mempunyai depression yang teruk. Selalu termenung, mindanya diawangan. Belajar pun tak masuk, akhirnya Hana ambil keputusan untuk give up. Hana give up. Dia belajar ala kadar just untuk lepaskan lulus sahaja. Dia pilih subjek, subjek sains ditolak tepi. Add Math, jangan cerita lagi entah mana dilempar.

 

Dia akui, dia kurang berdoa pada Allah, memanglah dia solat 5 waktu, puasa dan lain-lain. Tapi dia lupa Allah sayangkan hambanya yang banyak berdoa. Banyak meminta dariNya. Hana kurang berdoa, solat pun doanya pendek-pendek. Solat hajat jarang dibuat. Kadang-kadang saja dibuat. MasyaAllah teruk Hana dulu. Yang Hana tahu cara nak release tension dengan menghadap laptop berjam-jam. Tengoklah video kpop walaupun otaknya tak focus di situ. Dia lupa cara mendapat ketenangan dengan banyakkan berdoa, solat dan membaca al-Quran.

Akhirnya result yang digenggam pun ala kadar juga, setimpal dengan usahanya yang ala kadar. Baru dia nak menyesal, baru nak menangis. Hana sedih.

Hana menutup album memorinya itu. Dia mengesat air matanya dan tertidur di sejadah miliknya.

 

 

Bermula episod baru dalam hidup Hana. Hana ingat dia dah boleh tersenyum selepas keluar dari SBP, tapi tak Allah tetap uji emosinya lagi. Kisahnya diungkit, di meja makan, sewaktu nak solat dan di mana-mana, ayahnya akan mengungkit. Kekecewaan yang jelas dalam diri ayahnya. Hana menangis, setiap hari dia menangis, menatap kosong keputusannya itu. Dia berdoa agar Allah memberikan peluang kedua dalam hidupnya.

Hana tak keluar dari rumahnya 3 bulan, sebab dia malu untuk berhadapan dengan dunia luar. Dia kecewa, dia segan, dia tak nak dengar orang bertanya soal result kepadanya.

 

 Keputusan UPU dan matrix diumum. Hana menaip nombor IC nya dengan perasaan berdebar-debar.

 

‘Dukacita dimaklumkan, permohonan saudari tidak berjaya. Sila kemukan rayuan di laman tertera. ‘

 

Hana menjerit dalam hati, mahu saja dihempas laptop di hadapannya. Hanya satu permohonannya yang berjaya, ke tingkatan 6. Dia menyiapkan diri untuk melangkah ke alam baru.

Hana bertemu semula dengan rakan tuiesyennya, Tasya. Dia bersyukur dia tidak keseorangan. Oleh sebab bilangan perempuan Melayu tidak ramai mereka mula rapat dalam jangka waktu yang cepat. Hana berkenalan dengan Fatin, dan Mimi. Mimi seorang yang sangat manis dan amat Hana hormati, walaupun mereka baru saja berkenalan 2 hari lepas. Sifat Mimi yang lemah lembut menarik perhatian Hana.

Hana dan Tasya memohon ke satu kolej swasta bersama-sama. Mimi pula hanya mahu meneruskan pengajiannya di tingkatan 6. Hana sangat terkejut bila mengetahui result Mimi sangat baik, 8A. Mana nak dapat, menangis Hana tengok. Tapi mungkin rezeki Mimi di sini, dia tak dapat tawaran ke mana-mana, UPU mahupun matrix.

 

 

Seminggu selepas permohonan Tasya berjaya ‘melarikan’ diri dari tingkatan 6, dan cemburu mula menguasai diri Hana. Hana mula rasa hilang iman, dia mula menyalahkan takdir. Dia rasa tak adil, baginya Tasya mendapat result yang serupa dengannya kenapa dia tak dapat tawaran juga. Hana menangis, dan mula berasa dunia ini tak adil. Hana salahkan takdir Allah, takdir yang telah tertulis untuk dirinya.

Hana menghantar mesej kepada Mimi, untuk bertanya soal Tasya. Mimi mengiyakan persoalan Hana. Hana mula sedih.

 

To : Mimi

Text : Mimi, jomlah kita doa yang kita pun nanti dapat rayuan UPU. So, bolehlah kita blah tinggalkan form 6. XP

 

To : Hana

Text :  Allah know better for us. So just believe in Him =)

 

Hana seakan tersedar dari lamuan kehidupannya. Ya, dia seakan menjadi orang gila yang hilang iman. Allah baru uji dirinya dengan kegagalan, tetapi Hana sudah mula menyalahkan takdir hidupnya. Hana menangis sewaktu membaca mesej daripada Mimi. Yes, Allah know better for us, just trust Him. Hana menangis menyesal, dia menangis tanda taubat.

Allah, betapa alpanya dirinya akan kehidupan dunia yang menipu ini. Hana tak sedar Allah ada rancangan yang lebih baik dan lebih hebat untuknya. Hana menyesal, tidak percaya kepada Allah. Allah itu wajib dipercayai, ini semua ujian daripadanya.

 

Hana mengambil wuduk, dan segera solat taubat. Lama dia berteleku menangis memohon keampunan. Dirinya berdosa, dia berdosa, dia tak percaya pada qada dan qadar Allah.

 

 

Hana mula menerima kehidupannya. Dia mula belajar bersungguh-sungguh dan sentiasa meminta supaya guru-guru memaafkannya dan mendoakannya. Dia tak mahu ada guru yang menyimpan perasaan kurang senang terhadap dirnya. Cukuplah sekali dia berasa begitu.

Alhamdulillah, Hana mula mendapat ketenangan dalam hidupnya. Dia yakin dengan Allah, dia yakin Allah pasti mengaturkan yang terbaik buat hidupnya. Dia percaya rezeki itu ada di mana-mana. Hana mula berasa tenang untuk belajar. Pelajarannya lebih lancar dan tak tersekat. Hana sentiasa berbincang dengan rakan-rakannya. Setiap saat digunakan dengan mengulang kaji pelajaran. Dia mahu menebus kesilapan lalu dalam hidupnya.

Akhirnya, dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM. Hana tersenyum gembira. Dia gembira dapat melihat senyuman kebahagian di bibir orang tuanya. Jika dulu dia gagal, tapi sekarang dengan izin Allah dia berjaya. Ibunya memeluknya bahagia.

“ Ibu tau kau boleh.” Hana tersenyum dan terus memeluk ibunya.

 

 

 Tapi kisah hidupnya masih belum berhenti.  Selagi jantungnya berdegup, selagi mana kakinya masih melangkah selagi itulah Allah akan hadiahkan ujian buat dirinya agar lebih kuat dan hebat. Hana berjanji pada dirinya yang dia mahu menjadi mujahidah yang hebat.

 

“ Jadilah mujahidah yang hebat, yang namanya sentiasa disebut malaikat di Arasy, bukannya mujahidah yang namanya sentiasa disebut insan bernama lelaki.”



 

 

A/ N : Ok, kenapa taju cerita ni macam tu. Sebab Hana memang failure pun SATU KETIKA DAHULU. Tapi, lepas tu dia try berubah. Semua pernah fail, cuma antara kita nak bangkit ataupun tidak jek.

Sorry, sebab cerita ni takda watak kpop anda. ^^ Ni just story about life. A happy, sad, painful and betray stories. It's create a great experience to us.

Oh satu lagi xde SBP nme Sesra...saya ubah lainkan sedikit..he3

 

 

Dapat ilham masa tengok Tanyalah Ustaz..(oh wow) tiba-tiba terfikir nak tulis story yang berpengajaran kepada yang sudi baca. Ni bulan Ramadhan kan tak salah kongsi pengalaman dan ilmu. ;)

Jangan baca jek cerita ni cuba cari pengajaran dia.

1. Doa guru makbul, lagi-lagi cikgu perempuan. Jangan cuba sakitkan hati cikgu. Macam mana kita jaga hati orang tua kita, macam tu jugak kita kena jaga hati cikgu. 

2. Jangan jadi macam Hana cepat sangat give up. Jangan give up. Kalau anda jatuh kali ke-7, bangunlah untuk kali ke-8.

3. Sentiasa check hubungan kita dengan Allah. Ni sangat penting untuk muslim.

4. Jangan pernah salahkan takdir macam Hana, terima takdir hidup kita, seikhlasnya. 

 

Cerita ni idea dari saya..erm cerita saya atau kawan saya atau sapa-sapa jek...Biarlah jadik rahsia saya dengan Allah. 

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
taepanzee
#1
Chapter 1: Authornim sekolah SBP memang tegas camni ke? baru ingat nak mohon sekolah tu hewhewhewhew
GreenDecember #2
Chapter 1: Terbaik lah,,,bnyk pengajaran
jeonnamjoo
#3
Chapter 1: ya Allah, saya rasa cerita ni sgt best T T
hampir mengalir air mata saya. saya terpaku dan tak tahu nak kata apa dah. thanks for this beautiful story ^^
aree_double_e #4
Chapter 1: Assalamualaikum..wah..cerita awak hebat..saya suka..masyaAllah..saya rasa kagum dengan cerita awak...saya nak bagi 5 bintang #thumb up ...hehe..tapi saya nak tanya sikit..apa muak muak?hehe..saya ni org brunei manalah faham.. ^^
B2STitmeyzeiha #5
Chapter 1: 1) Cerita awak terbaik. pengajaran yang sungguh hebat. Saya x tau nak cakap macam mana tapi thank you.. awak buatkan saya sedar yg tekanan tu boleh buatkan kite jadi lagi teruk dan kadang2 jauh sangat daripada Allah. Asyik duk selak tengok KPop padahal nampak dah Allah tu lah tempat penyelesaian di mana kita nak luahkan perasaan,nak menangis.. Bukannya dengan hempas bntl,bertumbuk dan sebagainya.


Thanks a lot. May Allah bless you.. =)
KyoRyy_Greeniez
#6
Daebak lah akak punya cerita.Tak tahulah nak ckp apa tapi memang hebatlah!!! THANKS se ab buat cerita mcm ni dlm AFF.