Youngjae atau 'Youngjae'?!

Horror School

 

Hari menginjak senja, para pelajar beransur pulang. Kini, tinggallah geng GOT7 dan empat orang pengawas yang perlu mengawasi mereka. 

“Weh JB. Malam ni kita nak tidur mana?” tanya Jr.

“Dalam kelas nilah.. korang duduklah, aku nak mandi. Korang tak nak mandi ke?” tanya JB pula. Yang lain mengeleng. JB mencapai tuala dan baldi mandinya lalu dia bergerak ke tandas yang berada di tingkat paling bawah.   Ada orang sedang mengikuti JB dan JB tahu. Tak tahan, JB pun menoleh ke belakang. “Yah, Ken! Aku nak pergi tandas kot, perlu ke kau ikut?!” aish dia ni... nak mandi pun terbantut! 

“Yep, mestilah. Mana tau kot2 kau lari ke.” Balas Ken.

“Hergh.. malas aku layan kau Mr. Poker. Dah, kau tunggu kat luar ni je. Ke, kau nak mandi dengan aku?” tanya JB sinis. 

Ken tersenyum. “Apa salahnya kalau kau nak.”  

JB membulatkan matanya lalu dia menghempaskan pintu.   Suasana sangat sunyi. Hanya bunyi air menderu yang kedengaran. Ken dah jenuh menunggu JB. Lama gila kot mandi.  

“Woi, JB! Lama lagi ke? Kau mandi ke kau tadah air dalam jamban tu?” laung Ken dari luar.  JB yang sedang mengesat rambutnya terpinga-pinga.

“Apa yang orang tua ni merepek pulak? Oi! Aku dah siap mandilah!!” JB melaung semula.  

Ken pelik. “Kau jangan tipulah wei! Aku dengar bunyi air ni!”

  “Aku dah siap mandilah!!” JB meneliti. Memang ada bunyi air pun. Dia keluar dari tandas dan mencari sumber bunyi air tersebut.  

“Eh.. datang dari tandas ni lah..” JB berdiri di depan tandas yang paling hujung. Tetiba dia teringat yang tandas tu... ROSAK! 

“Oi, yang kau tenung tandas tu kenapa? Buang tebiat eh?” Ken memerli.   “Amboi.. sedap je perli orang. Kau pergi jauh-jauh, aku nak tendang pintu ni.ö JB bersedia dengan posturnya.  1  2  3 

BUSHH!!!

 pintu ditendang dan...    

“WOI! APA KEJADAHNYA KAU TENDANG PINTU TANDAS NI!! NASIB BAIK AKU PAKAI TUALA!!” Rupanya Woohyun sedang mandi!!  

“Erk...” JB dan Ken speechless. Satu, sebab Woohyun. Dua, sebab Woohyun yang tak berbaju. Abs dia... fullamak... 

“HOI! Pergi jauh2lah!! Aku nak mandi ni!! Cis, kacau daun je!” Woohyun menghalau. 

 “Ish.. yalah yalah..” JB menarik Ken pergi dari situ, meninggalkan Woohyun sendirian, menyambung mandiannya yang tergugat tadi. 

“Wei..bukan tandas tu rosak ke? Dan mana ada paip pun dalam tu? Macam mana....” tak sempat nak sambung ayat,  “Banyaklah kau rosak, dah sebulan lebih dah dibaiki. Itulah, reti buat masalah je. Kadang-kadang tu care lah sikit pasal sekolah. Faham?” woohyun menerpa mereka berdua.  

“Ohh... ye ke? Manalah kitorang tahu...”  

-- 

 Akhirnya hari sudah malam. Geng GOT7 semuanya kebosanan. Menunggu dan menunggu. Ken, N, Woohyun dan Sungkyu sedang tekun menyiapkan kerja sekolah. 

“Oi, ada nampak Youngjae tak? Aku tak nampak dia dari tadi lagi ni.” Tanya Jackson sambil mengesat rambutnya yang basah. Dia baru je siap mandi dan dia malas nak kisahkan orang lain.

  Tiba-tiba ada angin kencang menderu. Dedaun kering berterbangan hingga menyebabkan mereka cuak. 

“Entahlah. Aku rasa dia kelar jalan-jalan kot. Kau faham-fahamlah sendiri mamat tu. Kuat berfeeling.” Balas Mark sambil membaca komik. Mereka duduk dalam bulatan macam pak cik2 sedang berbual.  

“Oh~ takpelah kalau camtu. Aku nak cari dia. Bye bye.” Jackson pun beredar.  Dan.. 

“Jack, aku nak ikut kau.” Kata N dengan tegas. Jackson buat tak endah. Lantak pi lah dia.

 

Suasana kat luar tu memang scary. Lagipun, sekolah dorang tu kat hujung jalan. Belakang tu belukar pastu ada taman perumahan.

“Kau rasa Youngjae pergi mana?” tanya N dengan serius. Dia yakin yang Youngjae takkan berani cabut lari sebab dia sedia maklum yang Youngjae ni penakut..

“Entahlah.. mamat bulan mengambang tu bukannya boleh dijangka.” Balas Jackson acuh tak acuh. Lantaklah. Dia pun tak faham sebenarnya dengan perangai Youngjae. Entah kat manalah mamat tu pergi.

 

Hasss........hasss........

 

“Omona! Bunyi apa tu!” Jackson terlompat kebelakang N. N terkejut. Bukan terejut dengan bunyi berdesir tu tapi terkejut dengan lompatan spontan Jackson.

“Kau ni pahal?! Ish, tunggu sekejap..biar sunbae pergi check.” N mengeluh berat. Sudahlah gelap, ingatkan Jackson boleh temankan dia tapi rupanya, penakut tahap gaban!

N berjalan hingga ke hujung blok untuk mencari sumber bunyi tersebut. Bulu romanya tegak sebaik sahaja berada di hadapan kelas 3 Rov. Demi memberanikan diri sendiri, dia pun menarik Jackson sekali.

“Aa, sunbae rasa sumber bunyi tu dari sini ke?” tanya Jackson cuak. N mengangguk. Dia masuk ke dalam kelas 3Rov itu dan menyalakan lampu.

“Eh, Youngjae! Pahal kau duduk sini?” tanya N lega. Fuh, nasib tu Youngjae.

Tetapi Youngjae tidak membalas. Dia tunduk merenung meja.

“Youngjae! Oi, Youngjae!” Jackson menggoncang bahu Youngjae. Youngjae pantas mendongak. “Oi, dengar rupanya! Youngjae, kau buat berfeeling apa kat dalam kelas ni?!”

“Nama aku bukan Youngjae..Nama aku...CHOI...” suara Youngjae sedikit garau.

“Laa, memanglah! Nama penuh kau kan Choi Youngjae!” balas Jackson.

N menepuk dahi. Sah, mamat Hongkong ni tak faham apa yang sedang berlaku! Lantas dia menarik Jackson ke tepi.

“Jom blah dari sini! Jom!” N menggesa Jackson.

“Nape lak?” Jackson blur. N menoleh ke tpi dan ternampak mata Youngjae yang merah menyala, sedang merenungnya tajam!!

“Arrr mati aku Jackson.. Nyah, jom blah!!” ah, dah tak kira dah! N membuka langkah seribu bersama Jackson yang dia heret sekali.

“Eh, mana dorang pergi?!” N dan jackson tercengang. Kelas yang mereka berkumpul tadi kosong!

“Macam...dorang larikan diri je. Bersepah sekali.” Jackson menghidu sesuatu yang kurang menyenangkan.

“Aku rasa kan, baik kita lari! Cepat!!” N panik seketika. Jackson segera keluar dari kelas setelah mencapai beg galasnya dan beg galas N.

“Tunggu, nak lari mana tu...” satu suara menyapa.

N dan Jackson pantas menoleh.

“Young..youngjae..” Jackson terketar-ketar memanggil nama Youngjae yang sebenarnya bukan Youngjae. (harap faham ayat aku yang macam keling ni)

‘Youngjae’ tersenyum sinis.

“Asal shaking? Pergh, aku ni hensem tau. Korang nak lari mana?” ‘Youngjae’ menyoal.

“Itu bukan urusan kau!” lantang N bersuara. “Pulangkan kawan kitorang!!”

Makin sinis senyuman ‘Youngjae’.

“Kawan? Sukati aku lar.. Kau sibuk kenapa?!” ‘Youngjae’ bertindak mencekik Jackson yang lebih kurang semeter dengannya berbanding N yang berada lima meter jauh.

“Arrr tolong!!!” naas Jackson terputus-putus.

“Yah, Choi Youngjae!!” N naik geram, dia menarik kolar baju ‘Youngjae lalu menyandarkannya pada dinding koridor.

“Kau sedar tak apa yang kau buat ni?!” suara N turut berubah menjadi garau. Bukan apa, first time dia menjerit sekuat tu.

“Heh, aku nak bunuh korang...korang tak boleh lari.. Ha!Ha!Ha!!”

“YOUNGJAE!” pang!! Satu tamparan hinggap dimuka ‘Youngjae’. Jackson terkelu melihat tindakan berani N.

“Auch... Sunbae!! Asal tampar saya ni!?” Youngjae menjerit sambil mengusap-ngusap pipi kannya yang sakit dek tamparan sulung N.

“Youngjae ke Choi?! Cepat cakap!” Jackson menanya. Youngjae memandang Jackson dengan pelik.

“Choi Youngjae lah! Pemenda nye korang ni? Ouch.. sakitnya..” Youngjae naik angin. Sudahlah tampar ikut suka, mentang-mentanglah dia pengawas pelatih pastu tanya soalan aneh pulak.

“Dah, jom blah. Kita kena cari dorang!” N menarik lengan Youngjae. Jackson mengikut dari belakang.

 

Puas pusing-pusing, mereka berhenti keletihan.

“N, kalau kita pusing setakat blok ni je, mana nak jumpa dorang nya!” Youngjae berkata dalam lelah.

“Betul cakap Youngjae. Kita kena keluar dari blok ni!” Jackson mengiyakan.

N mengeluh. “So, kita nak keluar macam mana?”

Jackson tersenyum sinis begitu juga Youngjae.

 


 

Woohop! Sorry lama tak update. I’m sorry I’m sorry!! T_____T

Btw, sesiapa yang rajin tu, aci tak jenguk kedai saya yang ohsem (start dah author ni nak merapu :P) ni. FLORISTAR Graphic!

Dan lagi, ada sesiapa nak kemunculan L? WooGyu moments? Nantikan CHAPTER 5!

 

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ROVIXAYEE_96
#1
Chapter 4: Daebak!!!!
hyeriiisso
#2
Chapter 2: comel
kazuha03
#3
Chapter 5: me!!! i'm excited for L tapi sedih klau Sunggyu dah mati... please update soon... harap author dpt tulis lebih byk horror story lepas nie...
Aida_Rusdi
#4
Chapter 5: Andwae!!!! Huuu, atuk Gyu dah takde. Pupuslah sudah leader Pinite. Hehhe, update tau. Nak sngt klu Chunji Teen Top ada dlm ni. Jadi hantu pun takpe.
mpreggoland
#5
Chapter 5: *gulped* awk ckp apa? Sunggyu dh mati??? andwae!!!!!!
bubble_na_baebeul #6
Chapter 5: Meeeeee!!!
nurulatira24 #7
Chapter 4: nak jugakkk kmnculan L ,nanakkk ~ hwaitingg //
nurulatira24 #8
Chapter 1: meee , the most who liked WOOGYu
Khairina1004
#9
Chapter 4: Update cepat ^^ X sabar nak bce sambungan ni.. :3
Kkyungwifeuu12_
#10
Chapter 4: Wuuu~Update soon ! ~^^