Punishment!

Horror School

 

“Hoi! Yang tengah panjat pagar tu! Turun! Turun!” Sungkyu melaung dari Blok K. Dia sedang meronda kelas dan merupakan salah seorang pengawas peronda di Blok K. Dari hujung koridor blok, dia ternampak beberapa orang pelajar lelaki yang sedang memanjat pagar.

 

“Yah!! Jangan nak lari! Berhenti!!” gelagat Sungkyu mengejar para pelajar tersebut tak ubah macam polis trafik mengejar pemilik kenderaan yang tidak berlesen!

 

“Sunbae! Janganlah kejar kami lagi!!” Bambam bersuara sambil termengah-mengah. Sudahlah tadi dia penat-penat berlari sebab kena kejar dek anjing liar, sekarang ni bapak anjing pulak yang kejar!

 

“Dah tu berhentilah berlari! Yah!!!!” Sungkyu menggunakan seluruh tenaganya dan akhirnya tangannya berjaya mencapai rambut yang berada di paling belakang.

 

“Ouch!! Sunbae!! Kenapa tarik rambut saya pulak ni!?” Jackson mengaduh. Dialah yang kena tarik rambut oleh Sungkyu tu. Padan muka, lambat sangat. Sungkyu mengeluarkan buku catatan pengawasnya dari poket.

 

“Dah, jangan nak banyak songeh lah. Apa nama...wait.. tak payah nama, saya dah ada nama korang semua, memang dah jadi fan-list dalam buku saya ni. Hah, apa alasan kamu semua kali ni?” Sungkyu berpeluk tubuh. Malas pulak rasanya nak layan 7 orang pelajar yang memang suka sangat buat masalah ni.

 

“Er.. er... ehehehe...” mereka semua tersengih-sengih sambil menggaru kepala. Sungkyu mencebik. Takde alasan lah tu yang tersengih-sengih macam kera jatuh pokok tu!

 

“Dah, berhenti senyum. Saya nak bagi awak surat ni. Lepas ni, pergi ke bilik pengetua.” Sungkyu beredar selepas memberi sehelai notis. “Oh ye, kalau awak semua nak lari lagi, nahas awak pengetua kerjakan.” Eh, sempat pulak Sungkyu ni bagi nasihat!

 

“Aish... semua ni salah kau ah..Jackson!” Mark menyalahkan Jackson. Rambutnya sengaja dikusutkan kerana kekusutan kepalanya (o.O korang paham tak ayat aku ni?)

 

“Hah?! Kenapakah aku yang disalahkan atas segala-galanya?” Jackson membuat muka sedih. Tapi..ayatnya...skema kan ayat dia? “Janganlah marah kat aku.. kalau nak marah, marahlah kat Youngjae!”

 

“Eh eh eh! Aku pulak yang kena! Pesal aku pulak?” Youngjae membulatkan matanya.

 

“Kau punya idea lah ni! Safe konon! Puii! Muka innocent sangat tapi perangai, boleh blah ah! Bodoh!” JB meradang. Kesian pulak kat si Youngjae.

 

“Laa, aku bagi cadangan je! Aku tak suruh korang ikut kan! Yang korang bodoh sangat pergi ikut tu nape? So, skang ni kau ke aku yang bodoh?” Youngjae geram.

 

“Hei hei! Sudah lah tuh! Korang berdua ni sama je! Dua-dua bodoh! Dua-dua bahlul! Now, baik kita pergi bilik pengetua sebelum orang tua nyanyuk tu membebel habis bakul kain kat rumah aku!” Jr menenangkan mereka berdua.

 

JB dan Youngjae masih lagi tidak berpuas hati tetapi akhirnya mereka terpaksa akur. Anjing liar dengan bapak anjing okey lagi tapi kalau singa jantan macam mana? Okey lagi ke?

 

 

Di bilik pengetua...

 

Ketujuh-tujuh orang pelajar itu masuk ke dalam bilik pengetua.

 

“Hah! Dah sampai pun trouble makers ni! Korang tahu tak kenapa korang dipanggil?” pengetua bertanya sinis.

 

“Aishh.. tahu.. kena denda lagi.” Balas Yugyeom bersahaja.

 

“Haa, baguslah kalau korang bertujuh tahu! Kenalkan, ni Ken dan N.” Dua orang lelaki yang memakai uniform kelabu hanya tersenyum melihat mereka bertujuh. Senyuman mereka..penuh dengan makna.

 

“Cikgu panggil kitorang Cuma nak kenalkan dua orang mamat nih je ke??” Bambam menyoal hairan.

 

“Haha~ Mestilah tak!” pengetua bermain dengan misainya, “Esok hari minggu kan? Dan hari ni merupakan kes korang bertujuh yang ke 77 kan?”

 

“Wah, pengetua kira ke berapa kali kitorang timbulkan masalah??” Jackson bersuara kagum. Ambil berat juga pengetua sekolah dorang ni, ye?

 

“Jackson Wang Ka-yee! GOT7! Hah, tak kisah apa pun, yang pastinya korang akan menerima hukuman!” tegas pengetua berkata. Siap dengan action mengetuk meja lagi. Terkejut Ken dan N.

 

“Hu-hukuman apa...?” JB bersuara takut-takut.

 

“Hukumannya....” pengetua berjeda. (ceh, macam citer saspen pulak dah)

 

Geng GOT7 menelan liur.

 

“TINGGAL DI SEKOLAH SELAMA DUA HARI!!” 4 orang watchers akan mengawasi kamu! FAHAM?!”

 

Suara pengetua yang turun naik membuatkan semua yang berada dalam bilik pengetua itu lari lintang pukang. Termasuklah Ken dan N!

 


 

Annyeong! First chap is up! Sila komen2 yep! BTW, sape suka WooGyu kat sini? ^^

Like this story? Give it an Upvote!
Thank you!

Comments

You must be logged in to comment
ROVIXAYEE_96
#1
Chapter 4: Daebak!!!!
hyeriiisso
#2
Chapter 2: comel
kazuha03
#3
Chapter 5: me!!! i'm excited for L tapi sedih klau Sunggyu dah mati... please update soon... harap author dpt tulis lebih byk horror story lepas nie...
Aida_Rusdi
#4
Chapter 5: Andwae!!!! Huuu, atuk Gyu dah takde. Pupuslah sudah leader Pinite. Hehhe, update tau. Nak sngt klu Chunji Teen Top ada dlm ni. Jadi hantu pun takpe.
mpreggoland
#5
Chapter 5: *gulped* awk ckp apa? Sunggyu dh mati??? andwae!!!!!!
bubble_na_baebeul #6
Chapter 5: Meeeeee!!!
nurulatira24 #7
Chapter 4: nak jugakkk kmnculan L ,nanakkk ~ hwaitingg //
nurulatira24 #8
Chapter 1: meee , the most who liked WOOGYu
Khairina1004
#9
Chapter 4: Update cepat ^^ X sabar nak bce sambungan ni.. :3
Kkyungwifeuu12_
#10
Chapter 4: Wuuu~Update soon ! ~^^